SAYA yakin Muhyiddin Yassin tidak akan berani untuk menyahut cabaran Zaid Ibrahim agar mereka sama-sama tampil mendedahkan kekayaan masing-masing. Sejauh mana keberanian Muhyiddin sudah terbukti beberapa kali! Bahawa Muhyiddin bukan seorang yang berani dan berpegang kepada kata-katanya sendiri. Muhyiddin hanya berani berdepan dengan Abdullah Badawi sahaja, tetapi bukan dengan orang lain.
Keberaniannya mendesak Abdullah meletak jawatan dulu pun kerana didalangi oleh Dr Mahathir Mohamad. Kalau bukan kerana Mahathir, tidak mungkin Muhyiddin berani membuka mulut menghalau Abdullah dari Putrajaya. Kisah perbincangan Muhyiddin dengan beberapa orang tertentu di atas halikeptor masih belum terungkap. Saya yakin kalau kisah ini terungkap Muhyiddin akan malu besar.
Hati budi Muhyiddin sangat dikenal oleh Abdullah Badawi. Apakah Abdullah telah memaafinya atau tidak walauahulam. Namun yang jelasnya Abdullah memang terasa hati dengan Muhyiddin. Semasa ucapan penggulungan akhir di perhimpunan agung Umno Abdullah ada menyebutnya dalam nada sungguh sinis.
Begitu juga dengan kata-kata Muhyiddin sejauh mana ianya boleh dipegang. Semasa pilihan raya kecil Manik Urai, Kelantan dulu Muhyiddin beriya memberi tahu kepada pengundi dan rakyat Kelantan bahawa Petronas akan membuat penjelasan berhubung royalti minyak yang dituntut oleh kerajaan Kelantan. Menurut Muhyiddin Kelantan tidak berhak mendapat royalti minyak. Kononya penjelasan Petronas itu akan menjawab segala-galanya.
Kenyataan Muhyiddin itu ditunggu ramai. Hinggalah ke hari mengundi Petronas tidak membuat apa-apa penjelasan seperti mana dinyatakan Muhyiddin. Ertinya kata-kata Muhyiddin itu kosong dan tidak dipedulikan oleh Petronas.
Kepalsuan itu berulang lagi di Hulu Selangor ini. Beberapa hari sebelum calon diumumkan beliau berjanji akan menurunkan anak tempatan dari MIC. Tetapai apa yang berlaku hari ini, orang luar Hulu Selangor yang diumumkan sebagai calon.
Apa yang berlaku hari ini menunjukkan wibawa Muhyiddin sebenarnya. Walaupun beliau timbalan Prediden Umno dan TPM, namun beliau tidak dapat untuk mengawal keberanian Samy Vellu dan membaca kelincahan politik presiden MIC itu. Akhirnya Muhyddin terperangkap dalam jerat Samu Vellu.
Cabaran Zaid terhadap Muhyiddin itu ekoran kenyataan Muhyiddin mengatakan beliau bukan calon selayaknya diturunkan PKR. Kenapa Zaid dipilih kerana Zaid seorang yang kaya, kata Muhyiddin. Zaid mentafsirkan kenyataan Muhyiddin itu cuba mengaitkannya sebagai seorang yang perasuah dan tidak mengenang budi Umno kerana bertanding atas PKR.
Tepat sekali kalau Zaid membuat cabaran itu. Muhyiddin tidak boleh bercakap saja tanpa bukti-bukti menunjukkan kekayaan Zaid. Mungkin buktinya tiada, kerana itu adalah ilusi Muhyiddin sahaja. Kalau setakat melihat kediaman Zaid, di Tropicana, di Petaling Jaya ia tidak mencukupi.
Adalah dangkalnya asas digunakan Muhyiddin itu. Kalau kerana kedimanan Zaid di Tropicana sebagai buktinya, menunjukkan Muhyiddin mencari-cari keburukan Zaid untuk ditaburkan kepada pengundi. Apakah Muhyiddin lupa selain Zain beberapa pemimpin Umno lain juga mendiami di Tropicana? Apakah mereka yang tinggal di situ boleh disifatkan kaya dan membuat kekayaan itu dengan rasuah?
Timbalan Menteri Kewangan 2, Awang Adek Hussein juga tinggal di Triopicana. Rumahnya juga sama besar dan sama hebat dengan rumah Zaid. Malahan rumah mereka berdua ini sama hebat dan sama besar juga dengan rumah Muhyiddin di Bukit Damansara. Wartawan dan kolongmerat media massa, Kadir Jasin juga tinggal di Tropicana. Apakah mereka ini juga termasuk dalam bilangan orang kaya seperti mana yang Muhyiddin ilusikan itu?
Biarlah, mungkin asas itu kukuh. Bahawa orang Melayu yang tinggal di Tropicana itu semuanya kaya raya belaka. Mereka yang tinggal di situ diikhtirafkan sebagai kaya. Justeru mungkin orang bersetuju kalau Zaid mengistyharkan hartanya. Tetapi seperti mana kata Zaid, biarlah Muhyiddin, Najib Razak dan menteri-menteri lain termasuk Muhammad Mohd Taib, Rahim Tamby Chik, Daim Zainuddin dan lan-lain juga ikut sama mengistyharkan harta masing-masing.
Menurut Zaid antara orang yang tidak setuju supaya menteri mengistyharkan harta masing-masing semasa Abdullah jadi PM dulu ialah Muhyiddin Yassin? Kenapa? Sudah pasti kalau karung Muhyiddin tidak busuk dia tidak akan cuba menyembunyikannya.
Masa masih ada. Muhyiddin boleh mengambil note atas cabaran Zaid ini. Satu majlis boleh diadakan di Hulu Selangor untuk tujuannya itu. Biarlah semua rakyat tahu harta siapa yang lebih banyak. Muhyddin tidak perlu takut. Sebaliknya kalau cabaran ini tidak disahut Muhyiddin, ini bermakna dakwaan beliau itu hanya ilusi saja. Dan 'kekembirian' beliau dalam hal ini menyebabkan orang ramai akan menuduh, bahawa Muhyiddin juga mempunyai kekayaan berlaut! [wm.kl 11:15 pm 15/04/10]

bijaknya Najib meletak Muhyidin dibarisan depan PRK Parlimen Hulu Selangor..adakah Hulu Selangor tempat utk Najib "sembelih politik Muhyidin"...bunga2 awal dh nampak..kalau ditakdirkan UBN kalah..confirm..nafas politik Muhyidin turut padam disitu..
ReplyDeleteDari awal saya melihat TS Najib cuba cuci tgn dlm isu PRK.94 ni.Soal calon dia suh TS Muhyiddin selesaikan...dah la Muhyiddin awal2 lagi sudah prejudis dgn TS Muhammad Taib..ini juga akan membuatkan TS Muhammad terguris hati,pasti ada tindakbalas nanti [ mungkin undi protes dari kumpulan yg pro TS Muhammad ]Lagipun TS Muhyidin bukan org Najib dan bukan regu Najib.DS Najib mmg hebat dlm melepaskan diri.DS Najib sebenarnya seorg yg takut berdepan secara "one by one '..lihatlah latar belakang sejarahnya..suka 'play save' dlm byk proses pemilihan parti.Pertembungan Mahathir dan Ku Li 1987, DS Najib membuat perubahan saat akhir,dan byk lagi isu yg menampakkan DS Najib ni suka cuci tangan.PRK Hulu Selangor DS Najib masih mengamalkan pendekatan yg sama.Apa2 akibat akan ditanggung oleh TS Muhyiddin..nampak lembut tapi ' kejam' dari segi helah politiknya..
ReplyDeletetuan bijak membuat bacaan politik..khususnya pemilihan calon bn....apakah tepat pilihan yang dibuat oleh pkr...zaid ibrahim...bagi saya ..pemilihan zaid adalah dibuat oleh orang2 yang kurang siuman...dan jika tuan pun menyokong pemilihan zaid , tuan pun jadi bengong....
ReplyDelete