Zaid Kemuka Petisyen Dan Saman Utusan
HARI ini Zaid Ibrahim telah mengumumkan dalam sidang akhbar di rumahnya di Tropicana Petaling Jaya, Selangor akan membuat bantahan terhadap keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor Ahad lalu. Beliau akan mefailkan petisyen meminta mahkamah mengistyharkan pilihan raya itu terbatal dan tidak sah. Serentak itu juga beliau menjelaskan akan saman Utusan Malaysia kerana melebelkan beliau sebagai kaki botol.
Kata Zaid, pihaknya mempunyai bukti kukuh berhubung dengan penyelewengan yang berlaku pada pilihan raya berkenaan. SPR didakwa tidak menjalankan tanggungjawab atau gagal melaksanakan tugas mereka dengan adil dan saksama. Utusan Malaysia pula telah menggambarkan beliau sebagai seorang kaki botol.
Kata Zaid tindakan mahkamah itu adalah untuk memastikan keadilan terjamin dan beliau tidak mahu pihak tertentu melakukan sewenang-wenangnya tanpa menghormati lunas undang-undang semata-mata kerana ingin menang.
Ketika ditanya apakah beliau akan mengambil tindakan kepada bloger yang turut melebelkan beliau sebagai kaki botol, Zaid menjelaskan; bloger tidak payahlah, biarlah Utusan saja.
Dalam pada itu beliau juga mengumumkan PKR akan menubuhkan kelab penyokong PKR di peringkat antarabangsa. Ianya akan di lancarkan di London pada Julai depan. Rakyat Malaysia yang berada di luar negara boleh menyertainya. Peranan kelab ini menjelaskan kepada dunia tentang perjalanan proses pilihan raya di negara ini yang tidak adil, katanya.
Tindakan Zaid itu diharap akan membuka perkembangan baru dalam politik negara ini. Dengan kedudukan beliau sebagai seorang peguam yang dikenali ramai serta mempunyai kenalan dengan peguam senior mungkin beliau mampu memberi kseedaran kepada pihak-pihak tertentu terutamnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Tindakan itu dilihat bukan sangat beliau kecewa dengan kekalahan pada Ahad lalu tetapi lebih kepada ingin memberi pengajaran kepada pihak tertentu supaya tidak menggunakan kuasa sewenang-wenangnya bagi memanipulasikan keadaan kerana inginkan kemenangan.
Mengenai perkara yang menjadi bantahan Zaid, ianya akan diumumkan oleh peguamnya minggu depan. [wm.kl. 6:15 pm 27/04/10]
salam...
ReplyDeleteelok gak tu kalau nk saman pun. Zaid kan peguam berwibawa, dia tahu la tu peluang yg ada ttg kes tersebut. Tentang petisyen PRK P94 tu, pada ambe buang mase je laa...bleh lihat sendiri soal jawab di tv 3 suku selepas keputusan PRK di ketahui,pengerusi SPR tanpa segan silu dan senang hati memburuk2kan pembangkang. Siapa yg tgk soal jawab mlm tu? pengerusi majlis pun duduk mcm org tak cukup zat jer..
Tak sabar rasenya nk dgr komen pok mso ttg ezam mohd nor di lantik senator. Ape la karisma yg ade pada si ezam ni smpi bleh di lantik ke tahap senator. adakah itu habuan yg di janjikan selepas menyertai umno?
Pembangkang akan lebih kuat sekiranya mempunyai pemimpin2 yang tegas seperti Pak Zaid nii, fuuuhh...kasi ganyang sama perosak bangsa Malaysia, aku rasa Umno nii bukan merosak bangsa Melayu aja laa, Cina dan India pun dikaut sekali.
ReplyDeleteKuatkan semangat,cantas segala kemukaran, kezaliman pemimpin-pemimpin Umno di mukabumi ni. Sebarkan segala bukti kemungkaran dan kezaliman Umno kepada nangoi-nangoi Umno dan rakyat, agar mereka sedar, dan bertaubat.
Sesungguhnya Pak Zaid akan menjadi pelengkap dan harapan rakyat dalam mengukuhkan lagi persahabatan Pakatan Rakyat.
Wasalam
Wasalam
Kekalahan harus diterima sebagai menghormati hak pengundi....tetapi penipuan,eksploitasi dan manipulasi harus kita tentang......mudah-mudahn SPR dan konco-konco pemimpin umno buka mata setelah selama ini mereka "membutakan mata" dan "memekakkan telinga"
ReplyDeletesaya cukup bersetuju dengan pengumuman zaid bahawa pkr akan menubuhkan kelab penyokong pkr di London. Peranannya untuk menjelaskan kepada dunia ketidakadilan proses pilihanraya di negara ini. Jangan lupa jelaskan juga bahawa kemenangan parti pembangkang di Kelantan, Kedah ,Pulau Pinang dan Selangor adalah melalui proses pilihan raya yang tidak adil.....? Cuma andaian sahaja, mungkin zaid boleh menang kalau bertanding diatas tiket PAS.
ReplyDeleteTuanMSO
ReplyDeleteSungguh Molek Zaid Ibrahim mengambil tindakan menyaman Utusan kerana menghebohkan dan mengaibkan nya dalam akhbar . Akhbar yang patut bengkrap ini mesti diajar.
Akhbar ini turut berkempen bagi pehak UBN dengan mengatakan calon kerajaan adalah yang terbaik. Tak ada sepatah pun perkataan calon pembangkang semasa pilihanraya baik.Akhbar ini bukan akhbar demokrasi yang memberi peluang rakyat Malaysia tidak kira apa parti menyatakan pendiriannya.
Bagitu juga pehak yang ada kuasa,setiap kali hendak pilihanraya, ketika itulah menyampaikan bantuan wang,membaiki jalanraya,meluluskan projek sekolah,terutama sekolah jenis kebangsaan.
Semua ini adalah rasuah politik menggunakan wang kerajaan kepentingan parti.
Sepatutnya SPR mengambil tidakan.Inilah yang dicanangkan oleh SPR piliharaya yang telus.
Sekiranya perkara ini tidak berlaku saya pasti yang punya kuasa hari ini akan KO.
Teruskan niat baik anda Zaid
anzam2009
Salam Tuan Hj MSO,
ReplyDeleteRasuah bukan sahaja semasa Pilihanraya, namun selepas Pilihanraya juga tetap berterusan. Lihat saja dengan pengumuman perlantikan empat Senator baru.
Bolehkah sekiranya ditafsirkan perlantikan bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd Noor sebagai Senator suatu bentuk habuan "Rasuah Politik" oleh kerajaan pimpinan PM 1Malaysia? Apakah istimewanya atau kelayakannya sehingga dilantik menjadi Senator?
Benarlah tekaan dan telahan Tuan Hj berkenaan habuan yang akan diterima oleh pihak MIC, perlantikan G.Palanivel sebagai Senator mengesahkan lagi satu bentuk habuan berupa "Rasuah Politik" kesan pilihanraya Hulu Selangor. Janji yang sudah tertunai, kesanggupan tidak menjadi calon di balas dengan habuan Senator. Itulah negara 1Malaysia yang amat memalukan.
Wasalam.
Padan muka puak2 UMNO..setia bagai nak gila pada parti last2, org macam Ezam yg dah lumat mengutuk, mengeji, menghina,menuduh macam dgn pelbagai gelaran..akhirnya diberi jawatan SENATOR.Habis..camna dgn mereka yg sejak awal sampai hari ini tidak pernah berpaling tadah kepada UMNO tu?apa hadiah PM untuk para pemuka UMNO yg bergelar dan berpengaruh terutamanya?...Kalau Ezam yg pernah menderhaka kepada UMNO, Rais Yatim pun sama diberi jawapan dan hadiah yg mmg dikejar oleh begitu ramai pemuka UMNO tetiba Ezam rampas begitu mudah..Nampaknya, PRU13 nanti, protes rakyat [ ahli UMNO ] akan lebih hebat.Rasanya Ezam bakal calon Parlimen utk Shah Alam nanti...tetapi bakal tewas dgn pukulan KO kerana ahli UMNO pasti akan menjatuhkannya..
ReplyDeleteApapun 'tahniah' buat Ezam da, G. Palanivel..org lain 'berpeluh darah' utk rakyat mereka ni senang lenang di beri jawatan SENATOR..mmg begitu UMNO ni.Saya menyeru kepada semua pemuka UMNO,masuk lah pembangkang kalau nak jawatan dlm UMNO..lepas lanyak,hentam, kutuk, dan fitnah macam2..kemudian isytihar masuk UMNO..barulah UMNO nampak anda [ mereka yg berpaling tadah ]seorg yg hebat...lebih baik berpaling tadah sekarang..sbb dekat PRU13 nanti, tunjukkan kederhakaan anda kepada UMNO..supaya UMNO sedar anda mmg org yg hebat.Buktinya..lihat pada EZAM..dia dpt hadiah lumayan sekarang.