Mana Setiakawan Pas Dalam Pakatan
SEJAUH manakah kemantapan dan keakraban parti-parti dalam Pakatan Rakyat? Hubungan ini sering kali dipersoalkan oleh pihak UBN tetapi dinafi keras oleh Pakatan Rakyat. Apabila ada pemimpin UBN mengatakan ikatan Pakatan Rakyat longgar, caca merba atau tidak kukuh, maka pemimpin Pakatan Rakyat akan menafikan sekeras-kerasnya. Mereka akan mengatakan tuduhan itu sengaja untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.
Dari apa yang dapat disaksikan malam tadi, ternyata apa yang dikatakan itu benar. Bahawa setia kawan dan keakraban kalangan pemimpin Pakatan Rakyat tidak begitu padu dan kukuh. Kepaduan mereka tidak sampai ke tulang hitam. Kepada saya persahabatan dalam PKR adalah persahabatan 'serba salah'.
Malam semalam semasa PKR membawa para pendokongnya ke mini stadium untuk menenangkan perasaan selepas kalah, tidak ada seorang pun pemimpin Pas di pentas ataupun turut tampil dalam upacara itu. Ke mana mereka? Ataupun media massa tersalah lapor? Harap mana-mana pemimpin Pas yang turut berada di petas atau dalam mini stadium tetapi tidak terjangku oleh wartawan dapat memaklumkan kepada saya untuk tidak mneimbulkan fitnah mengenai hal ini.
Beberapa berita yang dibaca baik cetak atau protal di internet tidak menyebut seorang pun nama pemimpin Pas di pentas mini stadium itu selepas kekalahana itu. Kenapa? Kenapa? yang ada ialah pemimpin PKR, dan DAP. Antara pemimpin PKR yang ada ialah Mohamad Azmin Ali, Sivarasah, Norida Kamaruddin dan Fauziah Salleh. Manakala pemimpin DAP, Lim Kit Siang.
Mungkin tidak perlu semua perlu berada di mini stadium itu. Tetapi cukup kalau seorang pemimpin tertinggi mewakili Pas sebagai menandakan bahawa Pas juga turut bersimpati dengan kekalahan calon PKR. Benar Zaid bukan calon Pas, tetapi Pas kena ingat Zaid adalah calon Pakatan Rakyat.
Mungkin Mursyidul Pas Nik Abdul Aziz tidak perlu hadir kerana beliau uzur. Begitu juga dengan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang. Tetapi pemimpin seperti Nasharudin Mat Isa, Sallahuddin Ayub yang sihat belia harus ada di pentas kekalahan. Jangan hanya menanti dan menunggu masa untuk panjat pentas kemenangan saja. Anda harus menunjukkan semangat setia kawan dan sikap gentlemen yang tinggi. Malu kepada Lim Kit Siang dan tirulah perangai dia berpolitik.
Saya berani menegaskan kalau Zaid menang akan berbaris orang Pas berebut kerusi untuk duduk di depan. Tentu akan ada Mustapa Ali, Nasharuddin Mat Isa, dan silap-silap Abdul Hadi Awang juga akan diusung sama.
Suasan dan realiti ini diperhatikan oleh orang ramai. Orang akan mempersoalkan keadaan ini. Dengan apa yang berlaku itu ia boleh menambah dan mengurangkan semangat sokongan mereka. Mungkin bagi yang tidak tajam pengamatan tidak merasakan apa-apa sebab, kalau sudah kalah balik sajalah.
Dalam politik dan apa saja perjuangan untuk mencari rakan setia sangatlah suasah. Rakan akan datang tanpa diundang apabila saat kemenangan dan pembahagian ghanimah. Rakan dan kawan akan menghilang bila saat kekalahan dan harta ghanimah sudah dibahagikan dan berkurangan. Medan perjuangan akan dinggalkan saat asap dan puing-puing kekalahan memenuhi runag. Kenapa? Di sinilah kelemahan dan ia perlu diperbetulkan di masa akan datang. Baik saat menang dan saat kalah semua pemimpin hendak bertanggungjawab. [wm.kl. 12:10 t/hari 26/04/10]
PAS sudah banyak berkorban utk PKR.Sejak awal PKR yg angkuh tidak mahu PAS campurtangan dlm urusan PRK Hulu Selangor.Last2..bila melihat jentera pilihanraya PKR cam tidak bermaya, PAS dtg menghulur bantuan atas nama semangat setiakawan...dah dikira banyak juga jasa PAS dlm membantu PKR menempuh halangan UBN..cuma sekiranya PAS tidak ada dipentas utk memujuk kekecewaan penyokong PKR..mungkin ada byk sbb.Hanya merek yg terlibat mampu menjawabnya..
ReplyDeleteApapun semangat setiakawan dlm Pakatan masih utuh..biduk lalu kiambang kat bertaut..mudah2an begitulah harapnya.PRU13 makin hampir..sudah lama bersama, kejayaan di ambang nyata jgnlah tetiba ikatan terjalin terburai sia2.
Biasalah saudara, perpatah Itali ada kata: "Victory has many fathers, defeat is an orphan."
ReplyDeleteTuan MSO
ReplyDeletePerkara sebegini perlu dipandang berat oleh semua peminpin PAS bukan sekadar hanya merayakan kemenangan (jika ditakdirkan)tapi kekalahan pun perlu bersama-sama menilai kembali usaha yang telah dilaksanakan dan mebina semula keyakinan penyokong dan ahli parti. Itulah kriteria peminpin sejati senangdan susah sentiasa bersama.
Sekian.
Tuan MSO,
ReplyDeleteberkenaan semangat setiakawan Pas dalam Pakatan Rakyat, kita juga akan dengar khabar angin dari Hulu Selangor mengatakan jentera Pas berkempen untuk menarik ahli2 baru untuk menguatkan Pas dan pada masa yang sama memperkecil2kan PKR. tak tahu sama ada kisah ini benar atau tidak. mana semangat setiakawan Pas jika benar ini berlaku kerana, Pakatan Rakyat tak mampu mempunyai rakan yang mahu menikam dari belakang. apatah lagi semasa PKR sedang bertanding di kerusi itu.
Saya petugas PAS drpd jentera PAS Wangsa Maju yang berkampung di Pekan RASA selama 4 hari. Sepanjang saya bertugas, tiada ada seorang pun Petugas Parti Keadilan membantu. Semua kempen digerakkan oleh PAS. Bendera keadilan tu pun semuanya dipasang oleh CINA DAP. Kalo setakat tak duduk atas pentas tu, apale sangat nak dikira. Keadilan yg patutnya berterima kasih dgn PAS !!!
ReplyDeleteIbnu Razali, saya faham dan orang lain juga lebih faham yang menggerakkan pilihan raya itu adalah Pas. Sdr tidak payah menjelaskan kerana saya lebih tahu rasanya apa yang bergelora di dalam.
ReplyDeleteSaya juga tahu bagaimana budak-budak Pas berkerja, penuh jujur dan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa imbuhan berupa, rokok (sudah pasti orang Pas tak hisap), gula-gula ataupun t shirt.
Apa yang saya nak tegaskan di sini ialah semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat. Orang Pas yang faham yang berkerja lebih masa dari orang PKR seperti sdr tidak merasakan itu, tetapi situas di mini stadium itu membuka ruang kepada musuh Pas dan Pakatan Rakyat mengeksploitasikan keadaan ini lah politik. Media dan orang macam saya akan mengulasnya.
Seharusnya ruang-ruang fitnah itu tidak dibuka terlalu luas. Ada silap kalau sdr melihat apa yang saya lihat itu tidak memberi bekas. Terima kasih.
Salam Tuan MSO dan rakan rakan penjunguk Merah Tinta..
ReplyDeleteTahniah kepada Tuan MSO kerana sepanjang Pilihanraya kecil Ulu Selangor ini, tuan sentiasa memberikan ulasan semasa yang telus dan adil... khususnya kepada Pakatan Rakyat..
Tetapi untuk ulasan kali ini.. saya berpendapat, ulasan tuan tidak berapa tepat.. malah berani saya katakan tidak tepat..bukan dari segi butiran, tetapi dari sudut tujuan dan maksud ulasan. Untuk mengatakan bahawa tiada semangat setiakawan dari PAS dalam Pakatan Rakyat... ianya dikira suatu penghinaan kepada PAS secara keseluruhan..
Tuan MSO yang saya kasihi... tuan sebagai orang lama dalam arus politik tanahair.. sepatutnya tuan lebih mengerti suasana politik daripada saya yang cuma memerhati dari pandangan rakyat...sebagai pengikut..
Ulasan tuan yang mendakwa PAS hilang semangat setiakawan hanya kerana tiada di atas pentas selepas kalah.. cukup menguris perasaan saya.. bukan taksub tuan.. tetapi bolehkah tuan catatkan bila.. dan adakah pernah wujud dalam buku sejarah, bahawa PAS era sekarang pernah mengkhianati setiakawan yang telah dijalinkan.. tunjukkan kepada saya tanpa prejudis..
Pucuk pimpinan tertinggi PAS, sedia berkampung di Uku Selangor disebabkan oleh hanya satu alasan.. setiakawan.. mengerahkan jentera parti (walaupun khabar angin mengatakan PKR tidak memerlukan) bertungkus lumus siang dan malam... setiakawan..
Saya tidak pandai menulis semacam tuan.. kerana itu saya hanya mengikuti apa yang ditulis khususnya oleh tuan..
Bukan sombong.. bukan takabbur dan bongkak.. jangan bercakap soal setiakawan dengan kami dari PAS.. kerana setiakawanlah kami memejam mata kami.. bekerja siang dam malam untuk kemenangan Pakatan Rakyat.. yang kadang kala calunnya yang bukan dari PAS... statusnya.. meragukan.. kerana ISLAM mengajar kami begitu...
Wassalam..
saya sangat setuju dengan MSO... setiap pihak, khususnya di atas harus bertindak bijhak dan waras dalam setiap tindakan. Musuh bukan sekadar menentang atas kekuatan lawannya, tapi mereka juga akan menyelinap di celah kelemahan lawannya. Jadi pastikan gerakan di masa akan datang bermula dan berakhir dengan kebijaksanaan dan perancangan yang strategik.
ReplyDeletemasih ada 2 tahun lagi, semangat setiakawan masih ada masa lagi...
ReplyDeletekalau kalah juga.. kita tungggu lagi 5 tahun selepas tu
kalau ada yang tak sabar sila tarik diri, hanya mereka yang tahu dunia itu fana sahaja yang beroleh pahala utk bekalan ke akhirat......
menang atau kalah itu sinikal sahaja..
Kepada Rozman, terima kasih. Satu saja saya nak tanya bagaimanakah agaknya malam itu kalau Zaid menang? Sudah pasti bagi diri saya pula kalau Zaid menang soal "setiakawan" dalam konteks malam itu tidak akan saya bangkitkan.
ReplyDeleteSaya jelaskan tujuan saya ungkit ialah untuk memberi kesedaran kepada semua bukan saja kepada Pas. Kepada semua orang yang mungkin berhadapan dengan situasi seperti malam itu, tidak melakukan begitu.
Di mana kalau menang pasti semua akan menjolorkan muka. Alhamdulilah, PKR dan Zaid tidak mempersoalkan ini. Yang mempersoalkan adalah saya yang memerhati untuk kebaikan. Iya kalau sdr merasa tidak tepat, itu adalah hak sdr yang mungkin ada pandangan lebih tepat. Sikap sinis kepada teguran ikhlas begini selalu tidak disenangi oleh orang Pas yang melihat dirinya benar semuanya.
Kepada ibnurazali, saya rasa komen sdr tidak perlu ditarik kerana "persfamaan" itu tinggi tidak mungkin menimbulkan perbalasan. Setiap komen yang masuk ke dalam box komen saya, saya senser dengan penuh tanggungjawab.
Salam.
Salam Tuan MSO...
ReplyDeleteSaya harap tulisan sbegini tak dimuatkan dlm ni..tuan mungkin xberniat utk melukakan hati pejuang PAS yg telah bekerja siang malam utk kemenangan PR..tapi kita merancang, allah juga merancang dn perancangan ALLAH jua la yg berjaya..
Ketiadaan pemimpin PAS pd malam itu sepatutnya tdk dijadikan isu yg akan digunakan oleh ejen2 BN utk memecah belahkan PR. Baik perkara seperti ini atau mana2 perkara dalaman dibincangkan secara tertutup.. MEngapa kita nk menambahkan limau dlm masa kita semua tgh kepedihan?... Jangan ada yg cuba menjadi hero sedangkan kita meruntuhkan satu perjuangan..
Pejuang PAS sekalian, mg kalian tidak berkecil hati dgn kata2 tuan mso. teruslah bekerja dan berjuang utk mememangkan PR seterusnya menegakkan ISLAM di bumi malaysia tercinta ini..
sepatutnya zaid tidak diletakkan sebagai calon di hulu selangor. percaturan anwar ternyata silap. orang seperti zaid patut diletakkan di bandar-bandar besar. pengajaran di sini adalah rakyat bersedia memberi peluang kepada calon yang tak berpengalaman asalkan bersih. wan farid wan salleh dan rohaizad begitu juga.NAJIB TERNYATA LEBIH BIJAK DARI ANWAR DALAM HAL MEMILIH CALON.
ReplyDeleteTuan mso yang dikasihi lg dihormati,
ReplyDeleteDua keadaan itu adalah diatas dua pentas yang berbeza, kemenangan dan kekalahan. Kalau pentas kemenangan semua pimpinan PKR, PAS dan DAP akn beriringan bersama meyambut kemenangan. Dan semuanya akan ada rasa tangungjawab untuk berada dibarisan hadapan menunjukkan persefahaman yang kuat, tanpa ada agenda khusus ataupun tentatif untuk hadir dimajlis kemenangan itu. Berbeza dengan suasana kekalahan, setelah penat berminggu dalam berkempen dan mengatur gerak kerja pilihanraya, keletihan mulai terasa dipenghujungnya, seawal jam 3 atau 5 petang lagi jentera dari PAS sudah pulang menyerahkan kepada hentera tempatan kerana tugas sudah berakhiran. Tidak adillah mengatakan pimpinan PAS tidak setiakawan, kerana mungkin tidak ada agenda atau tentatif khusus untuk menyambut kekalahan itu.
salam..
ReplyDeletesaya fhm mungkin kefahaman dr sudut pandangn saya apa yang tuan mso maksudkn...ia sbg satu teguran sb pihak lawan(bn) tidak akn mewarwarkan jentera pas yang telh berpenat lelah semasa kempen...tp berusaha mencari dimane ruang2 yang boleh mereka ,memecahkn benteng kesepakatn,dan memesongkn keyakinan rakyat pada pakatan rakyat..jd perkara2 yg nmpak remeh ini mungkin amat menguntugkn pihak lawn untuk di gunakn sebagai senjata di masaakn datng...wallahualam.