Tuesday, May 11, 2010

Melihat Sarawak Dengan Mata & Hati

Kekayaan di Hulu Mengenyangkan Orang Di Hilir!

MELALUI jalan sungai dari Kucing ke Sibu, Sarawak memberi pengalaman baru. Perjalanan selama kira-kira lima jam itu mempamirkan secara realiti apa yang diceriatakan orang sebelum ini. Kalau tidak melalui jalan ini mungkin apa yang dapat disaksikan itu tidak akan ditemui mata.

Untuk sampai ke Sibu, boat ekspress yang dinaiki singgah di dua persinggahan. Di Tanjung Manis dan Sarikei. Perjalanan dengan boat bukan membosankan kalau kita dapat mengambil manfaat darinya, memerhati pemandangan di sepanjang sungai berkenaan.

Ada dua perkara yang menjamah mata saya di sepanjang perjalanan itu. Pertama dapat melihat kehidupan sebenarnya rakyat Sarawak. Di sepanjang tebing terdapat perkampungan bumiputera. Sepanjang pinggir sungai Sarawak adalah penempatan yang popular. Terdapat ratusan buah pengkalan atau jeti di sepanjang perjalanan dari Kucing ke Sibu itu. Suasana rumah mereka yang relatif daif sungguh menyedihkan.

Dalam perjalanan itu saya teringat bagaimana susahnya rakyat Sarawak melalui kehidupan mereka. Suasana kehidupan mereka seakan belum berubah. Kemerdekaan negara selama 53 tahun seperti tidak terjangkau ke kampung halaman mereka. Mereka masih hidup dalam ruang lingkup mereka sendiri.

Situasi ini menyebabkan mereka tidak berubah. Jaraknya yang jauh untuk ke bandar menyebabkan mereka belum dipengaruhi kehidupan moden dan ini menyebabkan mereka kekal dalam budaya asal mereka.

Terbayang juga kepada guru-guru yang ditempatkan untuk berkhidmat di dalam daerah pedalaman itu. Betapa sukarnya mereka. Bayangkan kalau memerlukan lima hingga 10 jam untuk ke luar ke bandar seperti Kucing, Sarikei atau Sibu.

Sebelum menaiki boat atau perahu mereka terpaksa berjalan kaki keluar dari kampung ke jeti atau pengkalan berjam-jam. Untuk keluar ke jati ada yang bermotosikal tetapi banyaknya yang mengayuh kaki.

Selain pemandangan itu yang menghiasi sungai Sarawak, satu lagi pemandangan yang kontras dengan keadaan itu ialah kewujudan pengkalan (lodge) balak. Puluhan pengkalan balak di sepanjang kiri dan kanan sungai Sarawak dari Kucing ke Sibu. Kewujudan pengkalan ini menunjukkan penghasilan balak yang menjadi hasl semulvjadi di negeri itu masih rancak.

Kontrasnya semua pengkalan itu bukan milik rakyat asal. Tetapi ianya pemilik saudagar balak dari bandar-bandar besar seperti Kucing. Kalaupun rakyat asal terlibat hanya sebagai penggolek balak untuk dibawa ke dalam tongkang saja.

Di samping ratusan pengkalan itu juga kita akan menyaksikan berpuluh buah tonkang yang mudik ke hilir membawa ratusan batang balak. Semua balak itu diambil dari hutan di hulu. Perusahana ini berlangsung sejak beratus dekad lalu.

Melihat kepada deretan tongkang yang mudik ke hilir itu ia mencerminkan orang di hulu tidak susah lagi. Hasil balak dikira dapat membantu membangunkan kehidupan mereka. Hasil balak itu adalah anugerah Allah untuk bumi Sarawak dan semua penghuninya. Namun realitinya bukan begitu. Hasil dari hulu hanya mengenyangkan para taukeh dan ahli politik di hilir saja.

Balak-balak Sarawak di bawa ke luar negara. Penyelewengan dalam penjualannya menyebabkan hasil itu tidak pulang seluruhnya kepada negeri. Tidak sampai suku daripada hasil penjualan balak itu pulang ke negeri. Selebihnya ia masuk ke dalam poket taukeh dan orang politik di Sarawak.

Apabila diberi tahu itu menyebabkan saya termenung sejenak memikirkannya. Tiada jawaban mengenainya melainkan ia berlalu begitu selagi rakyat Sarawak tidak berani bertindak mengubah status quo yang ada hari ini. Dengan membiarkan kerajaan hari ini terus menguasai Sarawak maka balak-balak itu atau apa saja kekayaan di hulu milik rakyat Sarawak itu terus akan mengalir ke hilir memasuki poket dan karung orang-orang di hilir yang terdiri dari taukeh, ketua samseng dan orang politik. Tidak terkecuali juga ia masuk ke dalam poket Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.

Keadaan rumah di tepi sungai ini berbeza di kawasan sekitar kawasan bandar. Rumah rakyat di bandar agak selesa. Namun kehidupan di tepi sungai itu walaupun ia menjadi kebiasaan tetapi ia sungguh menyedihkan. Setiap kali hujan lebat mereka akan digodam cemas kerana bimbang banjir akan menghanyutkan mereka. [d'kota kl 2:00 pm 11/05/10]

5 comments:

  1. gulongan kapitalis dan pemerintah
    sentiasa berusha utk tidak berlaku perubahan drastik dlm masharakat serawak dan sabah demi utk mempertahankan kepentingan mereka
    oleh itu banyak dari gulongan jahat itu sangat tidak selisa dengan pendedahan dari semenanjong
    oleh itu mereka tidak bersunggoh2
    meminta peruntukan2 sepaya rakyat
    mereka terus lena dgn kemiskinan walaupon negeri mereka kaya dgn sumber alam.semuga allah membalas kejahatan mereka dgn kesedaran rakyat di kedua2 negeri yg miskin
    itu.

    ReplyDelete
  2. Tuan MSO
    Bagitulah lumrah ragam manusia politik dan rakyat Malaysia.

    Rakyat diMalysia tidak bijak memilih pemimpin yang benar-benar sayangkan pengundinya.Orang politik Malaysia hanya setakat menjaga makan minum pengundinya.Bagitu juga pengundinya,mereka hanya perlukan isi perut.
    Mereka tak tuntutan kemudahan pasarana-kemudahan awam.Walhal mereka mempunyai kekuatan kuasa untuk menuntut memandangkan hasil balak yang dikeluarkan di keliling mereka.
    Orang politik mengambil kesempatan dari kejahilan pengundi bagi mengaut keuntungan bersama taukeh balak.

    ReplyDelete
  3. Assalamu alaikum tuan. bila membaca posting tuan kali ini jelas meletakkan betapa kemiskonan adalah sesuatu yang cukup mengerikan. Mungkin itulah membuatkan Rasulullah memberitahu umatnya bahawa kefakiran boleh membawa kekufuran.

    Sesungguhnya untuk disalahkan kepada rakyat yang miskin dan kurang pengetahuan ini dalam kegagalan memilih pemimpin yang baik adalah tidak adil. Mereka tidak hendak sejahil itu dan semiskin itu tetapi saya cukup yakin bahawa kemiskinan itu adalah sesuatu yang mesti dikekalkan pihak BN. Dengan kemiskinan itulah akan mengekalkan mereka di tampok kuasa dan menyukarkan golongan miskin ini mengembangkan kebolehan dan petensi diri lantas kebijakan tidak dapat dibangunkan dengan seadilnya. Untuk golongan miskin seperti itu ilmu mungkin telah menjadi bukan keutamaan kerana sesuap nasi bagi meneruskan hidup sesuatu yang cukup memeritkan dan perlu dipastikan ada untuk anak dan isteri hari itu.

    Lantas, ilmu dan pengetahuan yang tidak menjadi keutamaan mereka membuat mereka terus miskin dan jahil dan inilah pencapaian hina penjahat-penjahat politik dan ekonomi yang memiliki ijazah kedoktoranan dan sarjana, bergelar dengan gelaran hebat tetapi tergamak melihat keringat dan air mata rakyat membajai kantong mereka. Justeru, kitalah yang harus berusaha untuk membela mereka dengan apa cara sekali pun walau pun orang semananjung terpaksa menongkah arus di Sarawak dan dipandang serong dalam pilihanraya Sibu ini.

    Sesungguhnya, kalau kemiskinan dan kejahilanmereka tidak terbela maka pemimpin negeri dan negaralah yang bersalah dan patut dipertanggungjawabkan. Bagi golongan miskin ini, 10 ringgit yang dirasuah oleh BN cukup besar nilainya untuk hari itu kerana ia datang secara terpijak tanpa berusaha. kita mungkin tidak merasa betapa mahalnya sepuluh ringgit itu kerana bill streamyx kita pun hampir 100 ringgit dibayar tanpa banyak soal. Itu pun ada orang Malayu yang bergaji ribu-ribu di Semenanjung masih tidak kenalkezaliman UMNO-BN dan mengundi UMNO-BN dalam pilihanraya. Mari kita berazam untuk menghintikan semua ketidak adilan ini dengan melakukan apa yang boleh. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  4. Hurai la sikit...apa yang sama macam kelantan tu?
    Sama mcm mana?Nak tau jugak,.....a.misni.
    Keluasan negeri sama ke,keluaran dalam negeri,bilangan penduduk,sosio-politik,hasil minyak,royalti minyak,hurai la sikit.

    MB kelantan sama mcm KM Sarawak ke?Sapo lagi kayo?

    ReplyDelete