Wednesday, May 12, 2010

Simpulan Tapak Gajah

Apakah Najib, Rosmah dan Ezam Dipanggil Ke Mahkamah?

PERBICARAAN tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim oleh pembacuh kopinya semakin menarik. Kalau semalam wujud percanggahan antara pengakuan pembacuh kopi dengan siasatan dilakukan polis, hari ini terbit pula nama-nama yang sebelum ini sudah dijangka ada hubung kait dalam pertuduhan ini.

Semalam pembacuh kopi bertegas mengatakan dia diliwat secara paksa oleh Anwar, manakala siasatan dilakukan ke atas tuduhan itu kononnya Anwar dan si pembacuh kopinya melakukan liwat atas suka sama suka. Anwar sepatutnya disiasat dibawah perkara 377c Kanun Keseksaan bukannya 377b.

Tanggapan kes liwat kedua ini merupakan satu Konspirasi II untuk menjahamkan Anwar nampaknya semakin jelas. Hari ini si pembacuh kopi ketika disoal bertalu-talu oleh Karpal Singh menjelaskan dia ada menemui bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohamad Noor (foto). Pertemuan itu berlaku di Rawang, Selangor selepas sehari dia mendakwa diliwat Anwar.

Pembacuh koipi itu menjelaskan pertemuan dengan senator itu di awal malam hingga ke pagi. (Apa yang dibincangkan?).

Pembacuh kopi itu juga menjelaskan dia ada menghubungi Ketua Polis Negara, Musa Hassan. Kejadian itu berlaku ketika beliau bersama ACP Rodhawan Mohd Yusuff.

Selain itu pembacuh kopi itu juga menjelaskan dia ada berjumpa dengan Najib Razak (yang ketika itu TPM) di rumahnya di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Perjumpaan itu sebelum dia membuat laporan polis. Semasa ingin pulang dari rumah Najib katanya dia juga berjumpa dengan Rosmah Mansor isteri Najib. Pertemuan itu bukan secara peribadi!

Dengan terbitnya nama-nama berkenaan apakah mereka akan dipanggil ke mahkamah untuk menjadi saksi? Sekiranya Najib, Rosmah, Ezam, Musa dan Rodhwan dipanggil ke mahkamah, pasti perbicaraan ini akan lebih menarik dan satu sejarah Perdana Menteri dan isteri hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan.

Apakah hakim akan membenarkan Perdana Menteri, isterinya (Rosmah) Senator dan Ketua Polis Negara hadir ke mahkamah? Semoga perbicaraan itu akan telus dan memuaskan hati semua pihak. Seandainya mereka diminta menjadi saksi dan mahkamah menghaangnya pasti ia akan dipertikaikan oleh umum. Orang akan menuduh spekulasi bahawa tuduhan liwat itu sebagai satu konspirasi adalah benar.

Elok kalau mahkamah atau pun pihak pembelaan memanggil mereka ke mahkamah untuk mengesahkan dakwaan pembacuh kopi itu yang mereka ada bertemua mereka semua. Rasanya bukan menjadi satu hala yang tidak relewan kalau mereka dipanggil menjadi saksi. [wm.kl. 4:00 12/05/10]

2 comments:

  1. Assalammualaikum Pak MSO,
    Terlebih dahulu saya ingin menjelaskan saya bukan penyokong tegar DSAI.

    Bagi siapa yang menyokong tuduhan fitnah dan mempercayai apa yang dipertuduhkan, saya cadangkan saudara2 sekalian kaji2lah kitab2 agama dan juga dapatkan pandangan dari ustaz2 dan alim ulama kita tentang hal ini.

    Salah tuduh, berat jatuhnya hukum Allah terhadap kita. Lainlah kalau kita tak takut mati atau tak akan mati.Tuduhan meliwat/berzina tidak sama dengan menuduh orang mencuri.

    Saya mempercayai ianya berniat jahat, kerana jika benar Anwar suka me****t tentu, Zahrain, Dr Halili, Ezam, Azmin, Nik Nazmi sudah kena. Tapi kenapa si pembacuh kopi dan si Azizan sahaja yang kena. Logik akal juga sukar diterima. Malahan Azizan menarik balik pengakuannya di****t dalam perbicaraan Konspirasi I.

    Cuma si Pembacuh kopi ini yang agak pelik sedikit perangainya. Terhegeh mengaku di****t, hinggakan tidak mandi wajib tetapi telah bersembahyang dalam hadas besar. Islam apa yang dianuti tidak diketahui. Tetapi jahatnya budak mentah ini hingga sanggup menghitamkan dahi sehingga membawa gambaran pak haji atau pak lebai yang berdahi hitam tak boleh dipercayai.

    Untuk maklumat, dalam Islam ada cara hendak mengadili pe****t atau penzina, bukan cara begini dengan sengaja mengaibkan orang. Caranya tertutup dan adil kepada yang dituduh. Sila buka kitab Islam untuk maklumat lanjut.

    Akhir sekali, bila Allah hendak turunkan bala, semua orang akan kena, yang alim, yang berlebai, yang mencuri, merompak, merasuah, semuanya kena. Sesungguhnya azab Allah maha hebat.

    ReplyDelete
  2. Assalamu alaikum tuan. Seingat saya dulu pun Mahathir pernah nak dipanggil untuk jadi saksi tapi di tak datang. Kalau guru tak datang, tak kan anak murid berani nak datang.

    ReplyDelete