Thursday, May 20, 2010

Menenun Nasib Bangsa

Wan Ahmad, Senator Boy Kalau Nak Bercakap Jangan Bubuh Guli Dalam Mulut!

TIMBALAN Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar mungkin merasai apa yang dilakukan SPR pada pilihan raya kecil Sibu Ahad lalu sesuatu yang memalukan suruhanjaya berkenaan sehingga beliau merasakan perlu memberi penjelasan kepada umum dengan menjadikan DAP sebagai punching bag.

Kelewatan menjumlah undi pos pada pilihan raya itu menyebabkan keputusan pilihan raya itu lewat diumumkan. Apa yang berlaku di Sibu tempoh hari menggambarkan SPR terlewat dua abad ke belakang. Mungkin sijil ISO yang diberikan kepada institusi itu perlu dikaji semula kalau pun tidak ditarik balik.

Gara-gara itu menimbulkan kemarahan orang ramai. Kelewatan itu atas apa sebab sekalipun ia menyebabkan orang berpelung membuat andaian yang buruk kepada SPR. Ia akan dikaitkan dengan ketidakcekapan SPR atau kerana SPR ada motif jahat.

Hari ini Wan Ahmad tampil membela SPR dengan menyalahkan DAP. Katanya kelambatan itu kerana sikap biadap DAP yang menghalang para pegawainya untuk membawa undi pos ke dewan Suarah. Betulkah berlaku dan kalau betul SPR perlu mengkaji kenapa terjadi demikian. Mengkaji kelemahan diri sendiri lebih baik daripada menuduh orang jahat.

Menurutnya itulah pengalaman pertama buat SPR menghadapi 'tentangan' DAP di tempat mengira undi. Beliau juga membandingkan (memuji) pemimpin BN yang tidak biadab dan membuat kacau, bila mereka menang. Beliau memberi contoh apa yang berlaku di Bagan Pinang dan Hulu Selangor.

Ceritanya, pemimpin BN tertib dan duduk diam dalam dewan pengiraan undi. Cara Wan Ahmad bercerita seolah-olah dia adalah salah seorang pemimpin tertinggi BN.

Sebenarnya Wan Ahmad tidak payah sebut perkara itu. Membandingkan dengan keadaan DAP di Sibu dengan pemimpin BN di Hulu Selangor samalah membandingkan dua jenis binatang yang satu bersisik dan yang satu lagi bertaring dan berkaki empat. Apa yang patut beliau sedari sebelum menyalahkan DAP ialah suasana yang wujud ketika itu.

Beliau sepatutnya mengkaji apakah kelemahan dan kesilapan sehingga penyokong DAP menyerbu mereka? Lalat atau semut tidak akan menyerbu ke sesuatu tempat itu kalau tidak ada apa-apa tarikan. Begitu juga penyokong DAP tidak gila untuk menyekat pegawai SPR kalau mereka tidak mengira SPR ada nawaitu nak buat kerja gila.

Orang terus persoalkan kenapa undi pos lewat di bawa sedangkan undi pos ini diproses sehari sebelum hari mengundi. Kelewatan ini tentu ada motifnya. Jauh sebelum ini undi pos banyak menjahanamkan harapan orang. Apa yang berlaku kepada calon PKR, di kerusi Lembah Pantai tahun 1999 (nama calonnya sudah lupa sebab dia sudah keluar PKR) semua orang ingat. Kenapa calon itu kalah setelah undi pos di bawa masuk menjelang tengah malam.

Undi pos bukan saja diragui akan kaedah pengundiannya tetapi cara ia dibawa masuk. Jadi kerana pengalaman itulah menyebabkan pemimpin DAP mengawalnya bagi menjamin tidak ada penyelewengan kering-kering terhadap undi pos. Malam itu BN sangat mengharapkan undi pos untuk menimbus undi biasa yang sudah memihak banyak kepada DAP.

Takkan Wan Ahmad tidak tahu tektik dan strategi ini. Saya yakin sebanyak dua juta peratus beliau tahu apa yang berlaku di sebalik undi pos ini. Kalau nak sokong BN pun biarlah tersaul dek akal dan jangan orang menampak terang-terang kebodohan dan kejahatan kita. Pencuri kalau tidak bijak akan mendapat dua dosa, pertama dihukum Tuhan kedua akan ditangkap polis.

Ingat dan sedarlah rakyat boleh ditipu sebanyak dua kali, tetapi mungkin tidak untuk tiga kalinya. Dalam mengulas soal DAP ini, pada saya yang biadap ialah Wan Ahmad bukannya para penyokong DAP. Sebagai pegawai kepada suruhanjaya bebas sepatutnya beliau adil. Kalau tidak tukarkan sahaja suruhajaya pilihan raya itu kepada "Suruhan Menjayakan UBN" (SMU).

Dan cadangan saya bagi mengelakkan timbul kekeliruan dan keraguan kepada undi pos, harap SMU boleh ubah peraturan mengira undi ini, ia perlu dibuat awal sebelum penjumlahan dari peti-peti undi. Cara ini saja menjadikan ia telus. Kalau di buat diakhir (lewat) ia akan tetap diragui walaupun SMU akan telus dan adil terhadapnya. Kenapa kaedah atau sistem ini tidak diubah? Nah, makanya di sinilah peranan SMU untuk memberi undi memenangkan calon UBN.

Tinggal Wan Ahmad, kita pergi kepada Ezam Mohamad Noor yang sudah menjadi senator itu. Nampaknya jawatan senator itu khusus membelasah Anwar. UBN nampaknya terpaksa menggunakan anggota senat untuk membelasah Anwar. Fungsi anggota senat yang sebelum ini menjadi rubber stamp kita bertukar menjadi senator boy Najib untuk menghentam Anwar.

Dalam surat khabar yang sama ada menyiarkan ulasan dan pandangan senator boy itu terhadap Anwar. Katanya Anwar akan tetap jadi ketua pembangkang di Parlimen walaupun DAP mempunyai kerusi lebih. Alasan senator boy kerana Anwar satu-satu pemimpin Melayu yang menidak ketuanan Melayu di negara ini dan selari dengan perjuangan DAP.

Hujah senator boy lagi, Kit Siang dan Karpal Singh yang dulunya musuh Anwar kini dilihat sudah membela Anwar di parlimen dan mahkamah.

Senator boy sama juga dengan Wan Ahmad, dia cuba menimbulkan sesuatu yang orang sudah faham, dan beliau yang buat-buat tidak faham. Kalau nak bercakap juga carilah modal lain. Apa salahnya kalau Anwar terus menjadi ketua pembangkang. Yang senator boy sibuk-sibuk kenapa? Apakah kerana bimbang takut Anwar mendedah banyak lagi masalah bos barunya itu?

Yang nyatanya sikap dan setiakawan DAP lebih terhormat daripada cara senator boy berkawan. Dalam konteks ini DAP lebih menghayati budaya dan adat Melayu berbanding dengan senator boy yang mengaku Melayu tapi sanggup menikam kawan dari belakang. Kalaupun Karpal Singh dah Lim Kit Siang menyerang Anwar dulu mereka buat secara berdada. Mereka tidak main belakang seperti senator boy. Jiwa mereka ternyata lebih besar dari hati senator boy.

Karpal Singh dan Lim Kit Siang tidak berkawan dan menumpang hidup dari Anwar dulu baru menghentam Anwar. Dia bergaduh mencari penyesuaian dan bukannya bergaduh mencari alasan untuk lari meninggalkan pengkalan. Karpal Singh dan Lim Kit Siang lebih terhormat dan gentleman dari senator boy. Hanya dengan jawatan senator, senator boy sanggup melakukan apa saja termasuk meludah ke langit. Kalau senator boy cerdik dan ikhlas kenapa dia harus menjadi bodoh selama 12 tahun sebelum jadi cerdik dengan meninggalkan Anwar?

Cara senator boy menghentam Anwar juga lebih kurang SPR menghentam DAP sahaja. Dia kata Anwar menolak ketuanan Melayu tetapi dalam masa yang sama dia juga bersekongkol dengan parti yang tidak mampu berbuat apa-apa untuk mempertahankan ketuanan Melayu. Apakah senator boy sudah berbangga dengan Umno hanya dapat mengkekalkan lambang keris pada parti itu.

Apakah konsep 1 Malaysia yang dislogankan oleh bos baru itu adalah ciri-ciri ketuanan Melayu. Sayang senator boy ketika Najib ingin membuat transformasi untuk meleburkan ketuanan Melayu beliau pula mampir untuk memperkukuhkan ketuanan Melayu. Kita tengok sejauh mana kehebatan senator boy mempertahankan Melayunya itu. Diharapkan janganlah senator boy menjadi lebai malang nanti.

Kepada senator boy dan juga Wan Ahmad jangan cuba hendak bercakap kalau anda telah memasukkan guli dalam mulut. Kalau cuba bercakap juga tentunya nada dan butirannya tidak berapa jelas dan menjadi telor. Bagi telinga yang kurang deria rasanya tentu tidak akan dapat mendengar elok apa yang ada hendak perkatakan dan ini menyebabkan akan berlaku salah faham.

Walok..wolokklala.. wolololo..wololalakaka lah jadinya. [wm.kl. 9:10 am 20/05/10]

6 comments:

  1. berkat kerjasama ngan PAS dan PKR , DAP dpt mengekang tipu helah UBN melalui SPR . Dulu , DAP tak cukup tenaga utk mengawal peti undi di kwsan pendalaman .. DAP juga tak reti taktik SPR , tapi laa nii dgn tunjuk ajar dan bantuan PAS , mainan kotor dpt dikekang ..
    itulah kejayaan paling manis buat PR , bukannya kejayaan dpt Sibu , tapi nikmat kerjasama.. laa nii PR tau , dgn kerjasama erat , gergasi UBN tidak mustahil dpt ditumpas.

    ReplyDelete
  2. Assalam Tuan,

    Dulu Anuar Ibrahim di-penjara kerana kesalahan penyalahan gunaan kuasa sebagai TPM.Pada masa sekarang PM kita lagi banyak menyalahkan gunakan kuasa sebagai contoh perlantikkan SENATOR BOY untuk kegunaan peribadi PM bukannya untuk manafaat rakyat,sedangkan elaun mereka rakyat yang bayar.Minggu lepas Senator boy ada berkempen di tempat saya di-Johor,kempennya hanyalah menyebarkan keaiban orang dan memfitnah serta mengadu domba.

    ReplyDelete
  3. Betul le pemimpin BN beradap, kan SPR
    tengah buat KERJA untuk mereka.Silapnya, pegawai disarawak kurang cerdik. Kalau macam diHulu Selangor MASAK PR.Oleh itu,pegawai pegawai SPR kenalah rancang taktik baru jika nak cari makan dengan kerajaan BN.
    Hebat, Najib percaya Ezam aset bagi UMNO.Lebih hebat, Ezam percaya Najib & UMNO mudah diperkudakan.LUNCAI TERJUNG DGN TAWKEY2NYA.

    ReplyDelete
  4. Tuan MSO

    Tulisan tuan menggembirakan saya kerana tepatnya ulasan tuan terhadap "penggkhianat demokrasi" dan "pengkhianat parti".

    anzam2009

    ReplyDelete
  5. salam,

    Apa kata kita cadangkan kepada Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad supaya undi pos ini dikira awal dan diumumkan terus BN berapa dapat, PR berapa dapat. Umum terus, dan semua pihak kena setuju. Kalau ada yang tak setuju maknanya mereka memang bercita-cita untuk menggunakan undi pos itu sebagai back up terakhir untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya sebagai pemenang.

    Kesimpulannya ialah kita minta SPR KIRA DAN UMUM TERUS KEPUTUSAN UNDI POS SEBELUM HARI MENGUNDI.

    ReplyDelete
  6. Anwar Ibrahim tetap dijadikan ketua pembangkang walaupun DAP lebih kerusi menunjukkan DAP mengamalkan 'dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'. Ketuanan Rakyat Keistimewaan Pribumi.

    ReplyDelete