PKR Runtuh Atau BN, Naas?
MUHYIDDIN Yassin menganologikan PKR sebagai 'parti kian runtuh'. Begitu angkuh dan sombong sekali nada kata-kata Muhyiddin. Beliau membuat anologi atau assessment itu berdasarkan ramai pemimpin PKR yang berpaling tadah dan meninggalkan parti berkenaan.
Saya tidak tahu sejauh mana nilai dan mutu politik Muhyiddin. Apakah beliau sengaja membuat anologi itu untuk melemahkan PKR dan Pakatan Rakyat atau memang kerana kecetekan beliau dalam membuat assessment berhubung perkembangan politik.
Apakah beliau sedar dan tahu punca kenapa beberapa kerat pemimpin PKR yang membuat pengumuman meninggalkan parti itu? Sudahkah beliau mengkajinya sedalam-dalam. Kalau beliau sudah membuat kajian secara adil, tidak salah beliau membuat andaian itu. Umno dan BN bernasib baik kalau kenyataan itu benar. Tetapi macam mana kalau kajian itu meleset dan lebih kepada kenyataan gatal mulut saja?
Muhyiddin (foto) boleh jumlahkan berapa ramai pemimpin PKR yang meninggalkan parti berkenaan. Biar rakyat semua tahu? Dan biarlah rakyat juga kenal siapa mereka yang berpaling tadah itu. Apakah mereka ada kualiti sebagai seorang pemimpin atau hanya pengikut cabuk saja?
Kalau Muhyiddin hanya bersenandung dengan tindakan itu dan lebih kepada tujuan untuk perang saraf, rasanya Muhyiddin akan terjerat dengan kenyataan dan pandangannya sendiri. Muhyiddin dan UBN akan jadi syok sendiri saja.
Apakah yang Muhyiddin maksudkan itu pemimpin PKR yang keluar sambil mengencingkan denai perjuangannya sebelum ini seperti, Ezam Mohd Noor? Atau Nalakarupan atau Sallehhuddin Hashim? Ataupun mereka itu ialah Zahrain Mohd Hashim dan Tee Beng? Ataupun apakah mereka itu Zulkefli Nordin. Itukah pemimpin yang Muhyiddin maksudkan itu.
Atau mereka itu serangkai yang lain? Mereka yang terawal dari Ezam yang bertindak mencaci Anwar dan PKR, iaini sekumpulan anak muda serigala yang terhidu bau bangkai di Putrajaya dan ramai-ramai cuba menerkamnya dulu? Itukah yang Muhyiddin maksudnya sebagai pemimpin PKR?
Muhyiddin perlu sedar mereka yang dikatakan pemimpin oleh media massa itu hanya pengikut berketurunan Pak Pandir dan Pak Kadok saja. Malahan mereka itu setengahnya lebih oportunis daripada Lebai Malang, yang malang itu. Orang-orang yang meninggalkan parti dan memburukkanya apa lagi beliau sendiri menubuhkannya, mereka adalah politician tidak siuman.
Untungkah bagi BN menerima orang yang tidak siuman ini. Pada saya ia menyusahkan kerana UBN kena sediakan kandang khas untuk mengurung mereka kalau tidak mereka akan menganggui ketenteraman orang lain. Kebanyakan yang tinggal PKR itu bukan kerana prinsip tetapi kerana umpan yang diletakkan di muka jerat!
Kalaulah itu yang Muhyiddin maksudkan maka beliau membuat penilaian yang silap. Kalaulah itu Muhyiddin menerima mereka sebagai pemimpin ianya salah. Jauh lagilah politik Muhyiddin Yassin dalam mengenali lurah-lurah dan jalur-jalur politik.
Bagi Anwar Ibrahim, Mohd Azmin Ali, Saifuddin Nasution Ismail (foto) dan rakan-rakannya yang lain dalam PKR kini mereka tidak hairan dengan tindak tanduk mereka itu semua. Sebabnya mereka bukanlah dari kalangan pemimpin PKR yang ulit dan utuh. Yang berjiwa besar dan semangat juang yang tinggi.
Mereka ini sudah lama diketahui Anwar, adalah talibarut yang dipasang oleh Umno sejak reformasi lagi. Mereka ini menyertai reformasi dan PKR kerana yakin Anwar akan jadi Perdana Menteri. Mereka adalah pencari makan di tepi-tepi tong sampah politik tidak lebih dari itu. Mereka tidak banyak bezanya dengan anjing dan kucing yang menyelongkar tempat pembuangan sampah.
Saya tidak merasakan PKR sebagai parti kian runtuh seperti mana anggapan Muhyiddin itu. PKR tidak akan runtuh malahan PKR akan menjadi semakin kuat pada masa akan datang. Selagi PKR bergantung hayat dan menyatukan diri dan perjuangan bersama DAP dan PAS, serta SNAP selagi itulah PKR akan menggegar Malaysia ini.
Sama ada PKR semakin runtuh atau semakin lemah, tunggulah pilihan raya ke-13 nanti. Rakyat Malaysia hanya perlu bersabar kira-kira setahun saja lagi untuk mengetahui hakikat ini. Bila datangnya pilihan raya ke -13 kelak maka akan tahulah semua orang termasuk Muhyiddin apakah PKR semakin runtuh atau sebaliknya.
Melihat kepada keputusan pilihan raya kecil Sibu semalam, nampaknya yang makin runtuh dan lemah bukan PKR dan Pakatan Rakyat, sebaliknya, BN. BN sudah ada tanda-tanda akan menjadi Barisan Naas pada pilihan raya umum akan datang. Kalau Umno tidak kawal dan berbuat sesuatu kenyataan ini akan berlaku.
Orang Cina dari pelusuk mana saja sudah jelas menolak BN. Dalam masa sama peranan MCA dan Gerakan pula semakin mengecil. Orang Cina yang mempunyai citarasa dan cara berpolitik tersendiri. Mereka tidak terikat dengan syarat dan setiap masa ingin membebaskan diri dari ikatan lapok. Begitu juga orang Cina bukan orang Melayu yang terus bernostalgia dan berbangga dengan sejarah. Orang Cina suka mencipta sejarah manakala orang Melayu suka membaca sejarah. Ini perbezaan.
Tidak mustahil kalau MCA dan Gerakan akan bergabung dengan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya akan datang, orang Cina akan mencipta satu sejarah baru yang agung buat mereka. Nah, kalau ini berlaku ibarat kata Umno akan menjadi yatim piatu di negara ini.
Kepada Muhyiddin jangan terlalu mempersendakan PKR. Apa yang baik baginya ialah memperkuatkan Umno. Menyakinkan orang Umno supaya terus bersama parti berkenaan. Politik baru yang diperkenalkan Pakatan Rakyat juga harus dihalangi dengan agenda dan manifesto yang lebih menyakinkan. Kelemahan Umno mengatasi ini semua menyebabkan Muhyiddin tidak akan berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri. Paling malang lagi kalau-kalau selepas Najib Razak ini, PM ialah dari kalangan orang China?
Pada saya daripada Muhyiddin 'mengatuh' mengata dan mencercakan PKR dan Pas, lebih baik beliau berfikir bagaimana ingin membawa orang Melayu berada dalam satu wadah baru untuk menghadapi cabaran globalisasi sekurang-kurangnya dalam negara ini. [wm.kl. 10:00 am 17/05/10]
Glossi:
1. Mengatuh = berkokok, selalunya yang mengatuh burung terkukur dan merbok.
tahniah tuan MSO atas ulasan yang bernas dan padat..
ReplyDeletesaya sentiasa mengikuti perkembanagn semasa dari blog tuan MSO untuk perkembangan yang tepat dari sumber.
saya akan terus menyokong perjuangam tuan mSO selagi mengikut quran dan sunnah.
blog saya boleh dilawati di
http://satuummah.blogspot.com
Assalam Tuan,
ReplyDeleteSaya rasa umNO atau B-End tak perlu buat apa apa postmotem atau perubahan kerana walau apa sekalipun mereka lakukan kebanyakkan rakyat dah tak ambil pot,mereka hanya perlu tunggu untuk menjadi pembangkang di-malaysia saja.Kita di-Malaysia hidup harmoni dengan berbilang kaum dan tak salah PM kita selepas najib nanti mungkin dari orang cina atau orang india kerana yang penting mereka beragama ISLAM dan taat kepada ajaran islam.
Harapan Baru Untuk Malaysia dan Berpadu Berubah Berkat sememangnya slogan yang menaikkan semangat siapa sahaja kerana keterujaan untuk mencipta sejarah, kita mahu melakukannya kerana ada antara kita yang sememangnya jujur dan mahu melihat perubahan ini adalah demi untuk kebaikan bersama kepada sesiapa sahaja dalam Malaysia ini
ReplyDeleteapakah sebenarnya maksud bagi bangsa Malaysia, adakah cina-cina india-india dan kaum-kaum lain jahil dan tak faham tentang perlembgaan negara
saya pernah diberitahu rakan bahawa kaum-kaum ini sebenarnya tidaklah terlalu berkenan dengan jawatan tertinggi dalam negara hatta jawatan PM sekali pun, katanya orang cina ni kalau ekonomi makmur dan negara cukup stabil pun dah kira cukuplah...
itu mungkin pandangannya sebagai seorang rakyat marhaen biasa, tetapi politik menghitam-putihkan apa sahaja, langsung kebenaran dan kejujuran itu tak ternampak dan terus hilang
hakikatnya adakah kita berlaku jujur pada diri sendiri kepada agama bangsa dan negara, apakah kita masih nak terus menipu diri sendiri bahawa BANGSA MALAYSIA itu sesuatu universal, jujur, natural dan tanpa syarat-syaratnya
DAP semakin ampuh dan kuat kerana mereka kerap mencipta sejarah, takkan lah dia dah gertak sikit dah jadi terkejut beruk takut tak tentu hala malah berbondong-bondong marah, apagunanya pakatan rakyat pada akhrinya, bukankah ia untuk kebaikan bersama...
masyarakat melayu semakin gusar dengan survival politik mereka.namun perkembangan terus menunjukkan perpecahan makin ketara. hendak beralih dari kerajaan, parti melayu dari pembangkang pula hanya balaci yang tak ada prinsip. oleh itu mereka beralih ke NGO. tapi apakah NGO seperti Perkasa mampu meneruskan survival politik melayu sedang mereka bukan parti politik. tidak dapat tidak, meraka terpaksa mengharapkan kedua jasad melayu UMNO DAN PAS untuk bersama-sama meneruskan survival politik mereka. Andai ini tidak menjadi kenyataan, survival politik melayu akan tamat dan akibatnya survival Islam di Malaysia akan berakhir...
ReplyDeleteSaya rasa Umno / BN (Being Ended) tak perlu buat postmortem untuk memperbaiki parti tersebut...because the party is being ended.. dah cukup haul.. dah cukup hayatnya kot... ibarat orang kena barah (x kira lah, barah hati ke barah tetek ke).. bila dah teruk.. dah sampai ke otak (dah makan otak yakni dah mula nazak) hantar hospital pon hospital taknak terima.. mengabih kan boreh ja... baik la letak je di rumah biar sanak saudara melawat baca yasin tunggu saat pengakhirannya.. ITU LAH BN.. BEING ENDED
ReplyDelete