Tuesday, May 18, 2010

Sebelum Tidur

Taib Mahmud, Samy Vellu - Begitulah Lagak Orang Politik!

KETUA Menteri Sarawak yang sudah berkhidmat selama lebih 23 tahun, Taib Mahmud menolak kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Sibu Ahad lalu sebagai penolakan orang terhadap kepimpinanya.

Beliau beralasan mengatakan BN itu kalah kerana tektik pembangkang yang berkempen secara baru. Peliknya kalau sudah tahu pembangkang berkempen cara baru kenapa tidak diatasinya? Adalah sangat bodoh sebagai KM yang sudah tahu orang agresif kita masih pasif!

Sebelum ini ada pendapat mengatakan kekalahan BN itu kerana rakyat Sibu benci kepada Taib Mahmud yang jadi ketua menteri terlalu lama dan mengamalkan rasuah dan menganiaya rakyat Sarawak. Perkara ini dijelas sendiri oleh pensyarah di Universiti Sarawak (Unimas). Kalau ia dianalisa oleh orang Semenanjung mungkin ianya ada unsur dengki dan khianat. Tetapi bila anak Sarawak sendiri mengatakan demikian ia tidak boleh ditolak lagi.

Manakala Najib Razak pula kata kempen Pakatan Rakyat agresif kali ini. Kalau tahu agresif membawa kemenangan kenapa Najib tidak arah jentera BN juga berlaku agresif? Bila masanya dalam sejarah pilihan raya BN tidak agresif?

Seorang lagi yang memegang tampuk parti lebih 22 tahun ialah S Samy Vellu. Samy membayangkan dia akan berhenti pada September atau Disember tahun depan. Ini bermakna masih ada setahun lagi beliau memegang kuasa dalam MIC.

Sudah acap kali saya mendengar Samy nak lepas jawatan dan memberi kepada muka baru. Tetapi nampaknya setiap kali dia membuat kenyataan, natijahnya jadi berbelit-belit. Apakah boleh dipercayai dengan kata-katanya kali ini? Semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor lalu beliau mengatakan akan bersara awal kalau calon MIC menang.

Nah, Kamalanathan yang disokong kuat oleh Umno dan Perkasa sudah menang. Kenapa Samy tidak berhenti? Jelaslah apa diucapkan Samy itu hanya kata-kata yang diucap oleh lidah tidak bertulang saja. Saya tidak fikir pada tarikh yang Samy katakan itu dia akan berhenti. Mungkin dalam tempoh setahun ini dia akan berusaha mengukuhkan kedudukannya. Selepas ini akan adalah pula asalan untuk beliau terus memimpin MIC.

Melihat gelagat Taib Mahmud dan Samy Velly ini itu ia tidak menghairankan. Itulah gelagat orang politik dalam dunia hipokrasi dan munafiknya. Mereka tidak akan mengakui kelemahan diri masing-masing dan tetap beranggapan diri kuat dan masih berpengaruh. Orang seperti ini kalau sayap sudah patah dengan menggunakan paruh pun mereka akan terus berjalan dan berkuasa.

Mereka tidak akan peduli apa yang terjadi kepada parti atau kerajaan yang dipimpinnya, yang penting mereka masih berkuasa. Untuk tidak berhenti mereka akan mencari sejuta alasan baik yang tersaul dek akal atau sebaliknya. Pada saya orang politik adalah golongan paling munafik dan sombong.

Sikap begini tidak bagus. Mereka tidak sepatutnya menggunakan keistimenwaan yang ada kepada diri mereka untuk terus tercongak atas kerusi kekuasaan. Penghormatan orang ramai sepatutnya tidak diambil kesempatan untuk terus berakar umbi di kerusi kekuasaan. Mereka harus ingat bahawa cara mereka itu akan memberi keburukan kepada parti. Ia juga akan membunuh pemimpin muda yang berbakat dan kaya dengan idea.

Apabila mereka enggan meninggalkan jawatan menyebabkan pemimpin muda akan jadi mandul. Sepatutnya mereka berhenti dan serahkan kepada orang muda. Apabila pemimpin sudah mandul untuk diserah jawatan ia tidak ada guna lagi. Di kala mereka muda, bersemangat inilah diserahkan jawatan, manakala mereka yang tua bangka itu hanya perlu memantau saja.

Baik Taib Mahmud, atau Samy Vellu atau sesiapa perlulah insaf sebelum terlambat. Janganlah disebabkan kedegilan mereka menyebabkan parti dan kerajaan akan merana. Ingatlah beringat sebelum kena dan jangan menyesal di kemudian hari. [wm.kl. 9:30 pm 18/05/10]

4 comments:

  1. Semua pemimpin politik TAMAK KUASA tak kira mereka dari Parti mana. Bertahan untuk agenda membangun negara tak salah, bukan bertahan untuk agenda peribadi.

    ReplyDelete
  2. a.misni,ada bezanya.tok guru masih disayangi dan dikehendaki oleh majoriti rakyat kelantan.adapun taib mahmud dan samy vellu adalah sebaliknya.

    ReplyDelete
  3. Tuan mso,
    saya secara peribadi berharap kpd
    orang yg tuan maksud itu, cuba2
    selesaikan masaalah daerah yg di wakili, seperti pasar market yg teramat kotor, perihal anak2 muda
    melayu yg konon nya,perjuangan nya melayu,yg ternyata terumbang ambing
    tidak terbela, maka cuba berikan perhatian sedikit terhadap masaalah tempatan dari pda hanya tertumpu kpd masaalah2 besar
    yg tidak begitu serius utk di beri sepenoh masa, nya.

    ReplyDelete