Kemenangan Mengejutkan Semua Pihak?
SYABAS diucapakkan kepada DAP, dan syabas juga kepada Pakatan Rakyat dan syabas juga kepada pengundi Sibu di atas kemenangan calon DAP, Wong Ho Leng dalam pilihan raya kecil Sibu. Kemenangan itu seperti mana dikatakan ia adalah satu kejutan. Kejutan itu bukan saja kepada DAP tepai kepada BN.
DAP harus terkejut kerana mungkin mulanya mereka merasakan sukar untuk menang apabila BN telah sedia menurunkan Perdana Menteri, Najib Razak untuk memenuhi apa saja kehendak rakyat. Najib tanpa merasa malu dan segan menawarkan RM18 juta untuk sekolah Cina. Masyarakat Cina bijak dan arif segala pemberian instant itu, mereka menerimanya sebagai tanggungjawab tetapi bukan untuk mengikut heretan Najib dan BN. Dalam erti kata lain orang Cina tidak sedia menjadi lembu.
Ternyata janji untuk menatahkan bumi Sibu dengan intan berlian ditolak oleh pengundi di Sibu khasnya orang Cina. Dalam pada itu kemenangan itu memberi gambaran bahawa politik baru yang mengemukakan harapan baru oleh Pakatan Rakyat mula 'menjelira' ke dalam hati masyarakat di sana.
BN harus berwaspada dengan apa yang berlaku. Kekalahan mengejutkan dan di luar dugaan itu perlu diberi tumpuan yang mendalam. BN tidak boleh cuba mencari helah-helah lain untuk tidak menerima kekalahan itu. Segala janji yang telah ditaburkan dan termasuk replika cek yang diberikan harus ditunaikan.
Kekalahn itu memberi peringatan kepada BN bahawa politik wang yang diagungkan selama ini bukan menjadi modal dan penentu kepadanya. Rakyat tidak dapat menirima projek dan wang untuk melindungi keburukan pentadbiran kerajaan BN yang lain.
Kepada Taib Mahmud pula kekalahan calon SUPP-BN itu mungkin memberi ilham kepadanya untuk membuat penilaian semula bagi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak. Sudah pasti kemenangan DAP dengan meraih 398 undi itu memberi isyarat yang parti itu akan menjadi parti alternatif bagi masyarakat Cina terbaik di Sarawak untuk masa akan datang.
Sudah pasti persepakatan DAP bersama PKR dan Pas ia juga akan turut memberi keuntungan bersama kepada Pas dan DAP di negeri Bumi Kenyalang itu. Pas yang bertungkus lumus untuk mempengaruhi undi Melayu Melanau khasnya di Dun Nangka itu tentu tumpang bergembira dengan kemenangan itu. [*** 11:10 pm 16/05/10]
Tahniah kepada DAP. Tatkala orang Melayu masih berpecah-belah kepada 3 parti UMNO, PAS dan PKR.Orang Cina pula telah menyokong dan memilih DAP sebagai medan perjuangan mereka dam ternyata mereka lebih cerdik dan pintar berpolitik dari orang Melayu..Syabas DAP!
ReplyDeletep.s:Jangan terkejut kalu PR menang PRU akan datang yang akan jadi PM bukan dari PKR mahupun dari PAS tetapi dari DAP.Politics is the art of possible!
Assalam Tuan.
ReplyDeleteTahniah PR diatas kemenangan ini sekaligus menutup mulut orang umNO selangor yang begitu bongkak terutamanya dato nohomar semasa kemenangan di-hulu selangor.Orang cina memang cerdik dalam politik dan standard mereka sama seperti pengundi di-USA.Orang melayu sangat menyedihkan... terutamanya melayu Felda dan melayu kampong,politik mereka sama seperti lembu di-cucuk hidung,lembu yang perjuangan nya hanyalah untuk mengenyangkan perut.
Salam.
ReplyDeleteSetuju dengan Roomai.
DAP hanya perlu ada seorang Ahli Parlimen Melayu Islam yang berkelibar dan jadi PM. PAS dan PKR harus akur dan ini tidak menjadi kesalahan pun.
Kalau UMNO sayangkan Islam dan Melayu, mereka perlu berubah. Tapi sayangkan UMNO pada Islam dan Melayu?
Setakat ini, jauh panggang dari api!
Saudara MSO, Kekuatan orang melayu yang disedari oleh kaum cina ialah "orang melayu sanggup lingkupkan bangsa sendiri kerana marah, dengki atau dendam". Itulah yang berlaku diantara UMNO dan PAS. Akhir sekali siapa yang PUAS?
ReplyDeleteKalau politik org melayu-Islam seperti org cina.. alangkah bagusnya.. Melayu-Islam ayuh!! jgn terbuai oleh angan2 & nostagia lama lagi.. tinggalkan umno/bn & lakukan perubahan demi masa depan.. agama, bangsa & negara..
ReplyDeletebersedia menjadi HAMBA di tanah air sendiri....
ReplyDeletemesej orang cina,mereka dah sampaikan dengan jelas..mereka akan mentadbir bumi MALAYsia ni..
Kita perlu rujuk perlembagaan- soal sapa2 jadi PM. orang melayu yg mengaku sebagai islam wajib undi calon PAS pd p'raya akan dtg. sekiranya mau lihat kuasa melayu dan islam menjadi dominan kembali.selama mana pergantungan pd UMNO maka selama itulah Islam dan bangsa melayu akan hancur.
ReplyDeleteSdra Roomai,
ReplyDelete1. usah cuba menabur fitnah yang jawatan PM akan dipangku oleh pemimpin DAP jika PR menang dalam PRU13. Rasanya perlembagaan tidak membenarkan sebagaimana jawatan MB dinegeri-negeri melayu yang lain.
2. Inilah ayat keramat yang lapok yang ahli-ahli UMNO(baru) dok pegang, patut le yang selalu kena tipu dengan pemimpin mereka. Ingat, orng lain dah semuanya cerdik, celik mata kecuali ahli-ahli UMNO(baru) yang kena tipu dengan pemimpin mereka.
Kita ambil contoh ahli-ahli UMNO(Baru) di Kelantan dalam isu royalti minyak. Depa ingat dengan tak beri kat rakyat negeri, kerajaan pusat akan beri kat ahli-ahli UMNO(Baru) kelantan ke? Pak mat, makteh lijah, mat seman yang menjadi ahli UMNO cawangan akan senang lenang ke?
Kalau negeri Kelantan mundur, depa ingat geng-geng parti depa je yang maju? Yang senang, yang kaya hanya beberapa kerat pemimpin UMNO negeri je. Ahli-ahli UMNO(Baru) biasa sama susah, sama mundur dengan rakyat kelantan yang lain je.
bat8
Mengikut kajian bkn saja org2 cina bahkan masy. Melayu/Melanau dikwsn bandar jg menolak BN, cuma pengundi2 di kwsn Iban saja yg masih setia mengundi BN, penolakan ini jg disbbkn oleh peranan jentera p'raya Pas dan Pkr yg lebih tertumpu di kwsn kaum tersebut...
ReplyDeleteIni merupakn isyarat 'merah' kpd Taib Mahmud utk membubarkn DUN S'wak, maka skali lg BN S'wak akn 'panas punggung' spt mana yg pernah berlaku hampir 30 thn dulu diantara Taib Mahmud dgn Abd. Rahman Yaakob....