Tuesday, June 15, 2010

Susupan Tengah Hari

Jenazah Hassan Shukeri Selamat Disemadikan

JENAZAH bekas Timbalan Presiden Pas, Hassan Shukeri selamat dikebumikan di tanah perkuburan Taman Selasih, Gombak kira-kira jam 10:30 pagi ini. Hassan meninggal dunia semalam dalam usia 71 tahun di hospital Selayang akibat serangan jantung.

Ribuan orang mengiringi jenazah Hassaan ke tanah perkuburan selepas selesai solat jenazah kira-kita jam 9:45 pagi. Ruangan lapang berhampiran rumahnya menjadi penuh sesak dengan orang ramai yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir serta menyembahyangi jenazahnya.

Orang ramai yang hadir sejak petang semalam tidak putus-putus hingga ke pagi ini.

Solat diimani oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang. Semua pemimpin tertinggi Pas kelihatan hadir. Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun tidak berapa sihat hadir sama. Beliau sampai pagi tadi di Kota Bharu Kelantan.

Nik Aziz tiba di perkarangan rumah Hassan jam 9:10 pagi. Beliau terus memasuki ke rumah Hassan untuk menatap wajah sahabatnya itu buat kali terakhir. Semasa menanti jenazah di bawah untuk disembahyangkan Nik Aziz tidak dapat menahan sebak dan menangis.

Mungkin kerana lemah dan terlalu sedih atas takdir Allah itu beliau terpaksa duduk di sebuah kerusi. Keadaan itu sungguh mengharuhkan. Ia berlalu dalam beberapa jurus. Suasana yang sudah sepi menjadi semakin sepi. Mata yang berdekatan memerhati dan turut sama merasa kedukaan dirasai Nik Aziz.

Turut sama hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Bahrum.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Hassan dan ditempatkan di makam para Arifbilah! [wm.kl. 12:00 t/hari 15/06/10]

Jenazah dibawa dengan van untuk ke tanah perkuburan dengan diiringi ribuan orang.

Orang ramai penuh sesak yang dianggarkan lebih 3,000

Kelihatan Abdul Hadi Awang memperkatakan sesuatu kepada guru Hassan Shukeri sambil diperhatikan oleh Nasharudin Mat Isa.

Nik Aziz tidak dapat menahan sebab atas kehilangan Hassan Shukeri.

Sebatang gang yang yang panjangnya tak sampai 500 meter yang dinamakan dengan nama Haji Hassan adalah satu-satu peninggalan Hassan Shukeri.


1 comment:

  1. Membaca posting ini, melihat video kilp kisah Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, membuatkan saya sedar inilah yg sebenarnya patut dilakukan; menegakkan hukum Allah di bumi ini.
    Tak kira parti apa pun ia ; cap ayam, lembu, bn, pas, etc, kalau ia mahu menegakkn hukum Allah, saya akan sokong. Allahuakbar!

    ReplyDelete