Kedukaan Mahathir Kedukaan Kita Jua
KEBIMBANGAN Dr Mahathir Mohamad terhadap masa depan Melayu saya kira jujur dan bukan bermotif politik. Bekas PM itu membayangkan Melayu akan menjadi minoriti sekiranya perpecahan yang dialami kini tidak dikawal bendung.
Mahathir serius kali ini? Beliau mengulangi kebimbangan itu sekali lagi di dalam blognya selepas menyatakan demikian semasa merasmikan program Melayu Bangkit (tetapi tidak berapa bangkit) di Kuala Terengganu.
Hujah Mahathir, kedudukan (kuasa dan politk) orang Melayu terancam apabila Melayu yang kini menguasai 60 peratus penduduk negara terpaksa membahagi kepada tiga puak atau kumpulan. Puak itu ialah Umno, Pas dan PKR.
Mahathir mempertahankan hujah dan kebimbangan itu walaupun ada penganalisa mengatakan Melayu tetap akan menjadi majoriti berdasarkan kepada populasi. Apa yang dimaksudkan oleh penganalisa, Melayu akan terus kekal dengan angka 60 peratus dan ia tidak menjejaskan dominasi Melayu. Alasannya angka itu akan terus berganjak dengan kelahiran-kelahiran baru.
Ada perselisihan dalam memahami perkara ini. Menurut Mahathir disebabkan perpecahan itu, orang Melayu terpaksa membahagikan sokongannya kepada tiga entiti. Ini menyebabkan Melayu tidak lagi majoriti. Dalam perkiraan Mahathir setiap satu kumpulan hanya mendapat 20 peratus saja.
Saya bersetuju dengan Dr Mahathir dalam hal ini. Sebagai sebuah negara mengamalkan demokrasi, di mana kuasanya terletak kepada bilangan undi bukan jumlah penduduk, fenomena yang ada sekarang ini meyebabkan Melayu akan lemah. Cuba, kalau Melayu terpaksa membahagi kepada tiga, ini menyebabkan satu kumpulan pun tidak memperolehi majoriti.
Dari jumlah penduduk ia masih majoriti tetapi dari segi kuasa politik mengikut parti, sudah minoriti.
Cuma kalau kita ingin menyedapkan hati kita mungkin boleh berkata bahawa kaum lain juga berdepan akibat sama apabila kaum itu juga terpaksa membahagikan lebih dari satu puak. Tetapi kita kena perlu insaf bahawa sikap dan persefahaman kaum bukan Melayu dalam soal kepentingan nasib dan masa depan mereka begitu kental sekali. Mereka boleh bingkas menjadi seperti kiambang apabila biduk berlalu.
Soalnya apakah bangsa Melayu juga akan mengikut perangai kiambang?
Serentak dengan kebimbangan Mahathir itu semua orang Melayu harus bangkit. Sudah lama dianjurkan supaya Melayu mengurangkan politiking, bermahasabah serta mengendurkan sedikit nafsu amarah terlalu menggilai kepada kuasa. Orang Melayu juga kena fikir apakah dalam mereka berjuang mendapatkan kuasa itu jika ia dicapai ianya mutlak?
Bukan saja Mahathir tetapi banyak pihak juga merasai ini semua. Kewujudan berbagai NGO atau puak yang membangkitkan semangat Melayu, mengungkit sejarah keperitan Melayu adalah kerana kebimbangan yang sama. Tujuan itu semua untuk melihat Melayu bersatu.
Kepada saya semua itu tidak memberi apa-apa erti. Saya sudah tulis sebelum ini buatlah sejuta NGO pun tidak menjadi. Masyarakat negara ini masih meletakkan harapan tinggi kepada parti politik. Mereka sudah terbius dan dikukus dengan parti politik. Makanya parti politik jugalah mampu untuk menyatupadukan Melayu. Mereka tidak akan mempedulikan walaupun NGO menjerit kandatipun suaranya mencecah puncak gunung.
Bercakap soal ini di mana hendak kita mulakannya? Kabur dan kosong megenangkan ini. Kita hanya mendesis dalam diri saja tetapi tidak boleh berbuat apa-apa. Tengoklah sikap dan perangai para pemain politik mereka tidak mempedulikan langsung apakah kesan dan akibat mereka lalukan. Apa yang mereka kejar hanya 'bola' sehingga melupai syarat-syarat yang ditentukan dalam permainan itu. Mereka hanya mahu gol dan gol.
Justeru saya merasakan walaupun kebimbangan Mahathir itu ada kebenarannya, tetapi ia hanya menjadi siulan dan nyanyian sedih beliau saja. Ia tidak akan didengari oleh sesiapa. Beliau sendiri juga silap kerana dalam masa 22 tahun jadi PM beliau tidak pernah ingat akan bahaya itu sebalik terus juga ralik atas padang politik hegemoninya. Apa yang saya istilahkan 'perang salik' antara Najib dengan Anwar bukan mudah untuk ditamatkan.
Jadi hari ini kalau Mahathir bercakap, ia tidak lebih sebagai sebuah ilusi saja. Ilusi menggambarkan hati dan perasaanya sakit. Kesakitan bekas PM itu adalah juga kesakitan kita semua.
Saya tidak mahu mengungkitkan apa yang Mahathir lakukan dalam aktviti dan agenda jahat beliau memecah Melayu dalam mengukuhkan kuasa politiknya yang kosong itu. Semua orang sudah tahu. Kepada saya dosa berlakunya perpecahan Melayu ini tergenggam ditangan Dr Mahathir juga.
Namun dalam hal ini kalau kita terus menyalahkan beliau, ia bukan satu perbuatan yang praktikal sebab semua manusia tidak dapat lari dari melakukan kesalahan. Satu lagi, kalau Mahathir salah, maka kita amat berharap jangan Najib pun salah, Anwar pun salah, Haji Hadi dan Nik Aziz juga akan turut sama salah! [wm.kl.4:40 pm 17/06/10]
saya sokong pemikiran Dr Mahathir tetapi tidak politik Mahathir
ReplyDeletepada pandangan saya,perpecahan ini disebbkan ego parti masing-masing dan kenakalan sejarah ketiga-tiga parti melayu yang besar, Pas dengan isu islamnya, UMNO dengan isu bangsanya, PKR dengan isu real 1 Malaysia dan keadilan tanpa mengira bangsa.
ReplyDeleteadalah wajar untuk semua si matang cuba mengolah ketiga-tiga isu ini dan menerapkan kepada semua si muda, supaya padang yang berlekek lekuk, menjadi sama rata.
bagi saya UMNO wajar berubah dengan sebenar-benar ubah, masukkan elemen islam dan keadilan sepertimana yang dimahukan oleh PAS & PKR. Siapa PAS dan PKR kalau bukan parti pecahan UMNO yang tidak bersetuju dengan dasar UMNO.
Peluang untuk bersahabat di bawah payung melayu hanya ada sekali shaja lagi,sekiranya gagal kenakalan sejarah lebih teruk mengguris luka melayu. bila sejarah melayu ini akan bermula biar masa menentukan.
generasi bundle
Assalamu alaikum tuan. Dalam banyak hal bila mahathir bercakap ada kebenaranya dan kejujurannya. Malangnya orang masih teringat apa yang pernah dilakukan dulu. Kini, dia bercakap sebagai orang yang tidak berkuasa sedang ketika dia berkuasa apakah dia tidak melihat semua itu? Cuma kita tak menyalahkan kesalahan silam untuk menghukum pesalahnya kerana kita hidup untuk hari ini bukan semalam. Lantaran itu, keruh di hulu jangan di bawa sampai ke hilir kerana anak-anak dan cucu-cucu ramai yang sedang menunggu di hilir. Jernihkanlah air dalam perjalanannya agar anak di hilir dapat menikmati kesegarannya
ReplyDeletesalam kepada semua...cerita melayu tidak ada habis nya begitulah kehidupan yang tidak menggunakan pertimbangan akal fikiran yang waras akhir nya merosakan bangsa melayu itu sendiri...selepas umno/bn mengalami kejutan 1999 mula la satu cara untuk mengekalkan kuasa mesti di cari dengan cara mengecilkan kuasa mengundi formula pun dilaksanakan dengan membuat persempadanan baru pilihanraya dan akibat nya kita sebagai bangsa melayu merasai nya sekarang...nak tanya tangan siapa yang mengubah ini semua...tepuk kepala tanya akal..pasti ada jawapan nya..
ReplyDeleteizinkan ambo memutarkan pendapat.
ReplyDeletenegarawan mahathir mohamad pernah menjadi PM Malaysia Bumi Bertuah
dalam tempoh yang TIDAK PENDEK.
jadi apa yang terhasil HARI INI
adalah NATIJAH atau HASIL.
Apa Yang BerLaku Hari ini
TIDAK DAPAT TIDAK dipengaruhi
oleh Pemimpin-Pemimpin Kita dalam tempoh 30 tahun sebelum Ini.
Jadi, PM ke 4 Malaysia Perlu
Menerima Hakikat di Hadapan Mata Hari ini.
contoh paling mudah,
PKR Muncul Zaman Mahathir.
Terima kasih.
Salam,
ReplyDelete1) kenyataan TDM sebenarnya, pada pandangan saya, tidak sama dengan kenyataan tuan. Kenyataan beliau tidak meletakkan perpecahan pada bangsa lain dengan kewujudan kepelbagaian parti bangsa lain juga. Hakikatnya, semua bangsa mengalami masalah yang sama.
2) Politik semasa hari ini, TRENDnya menidakkan politik yang bersifat perkauman, walaupun pada hakikatnya masih lagi memperjuangkan berasaskan kaum masing-masing. Awlawiyatnya sudah berubah. Apa lagi dengan gagasan 1Malaysia yang meletakkan "I'm Malaysian first, then Malay,Chinese, or Indian". Pada pandangan saya, atas premis inilah menyebabkan masyarakat Malaysia menyokong 72% atas konsep / idea 1Malaysia; walaupun pelaksanaannya JAUH sekali.
3) Ini menunjukkan keutamaan untuk menjadi dan memperjuangkan nasib negara Malaysia sebagai nombor 1, kemudian baru bercakap atas kapasiti bangsa.
4) Pada saya juga, kenyataan TDM bersifat politik, atau sekurang-kurangnya dilihat cenderung kepada politik. Kalau TDM ikhlas, ayatnya seharusnya bermula dengan 'KEMANA ISLAM'. Ia lebih relevan dan sudah tentu 99% menyentuh kepada keseluruhan Melayu dalam UMNO, PAS, dan PKR, DAP, malah bangsa lain, sekaligus mempromosi 1Malaysia sebagai gagasan yang benar!
5) Pada saya, ini satu lagi permainan TDM dalam mengusik hati masyarakat. Bukankah itu kemahiran utama TDM? 'Stir the calm water, then, make it calm again'
komen cdet itu bagus dan hendaklah dijadikan strategi untuk pakatan rakyat.umno 20%,pas 20% dan pkr 20% bagus utk pakatan rakyat kerana sudah dpt 40%,jadi masing2 umno dan pakatan cuma tarik yg atas pagar 40% lagi.ini lah formula asas utk menang pru 13 nanti.pandai2 lah memenangi hati orang melayu yg 40% diatas pagar tu.kalau yg 40%ini ramai peminat harakah dan mso maka pakatan menang,kalau ramai minat utusan dan agenda daily umno menang dlm pru13 nanti,pandai2.
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan MSO n semua,
ReplyDeleteLama sudah saya tidak mengunjungi laman blog sdr. Saya amat bersetuju dengan posting sdr kali ini, ianya agak terbuka dan boleh diserap dengan baik CUMA apabila sdr membuat hukuman terhadap Tun M dengan pernyataan peribadi yang agak kasar bagi saya maka saya rasa itu sedikit tidak kena. Tidak mengapalah itu, antara sdr dgn beliau.
Mengulas tentang kebimbangan akan situasi Melayu, saya bersetuju. Dalam hal ini Saya ingin mengaitkan ulasan sdr dengan idea YB Tok Guru Hadi di PUTIK baru2 ni yg berhasrat membenarkan bukan Melayu dalam PAS menjadi MP untuk PAS. Pada hemat saya jika ini dilakukan maka jumlah MP Melayu dalam dewan rakyat akan makin menyusut....maka apakah yang akan terjadi kelak?. Jadinya....saya harap sdr dapat membuat nasihat kepada pemimpin PAS agar lebih strategik dalam merencanakan dasar parti dengan mengambil kira faktor mikro dan makro. Jadi sememangnya betul bahaw Melayu dalam bahaya jika hal-hal sebegini berterusan berlaku.Ikhlas
Assalamualaikum Tuan MSO,
ReplyDeleteSaya agak keliru dengan kenyataan tuan.Pada pandangan saya orang Melayu hanya berpecah dari segi politik tetapi matlamatnya sama.Mahu bangunkan bangsa dan negara.
Tengok di negara lain seperti Amerika dan Britain.Republican dan Demokrat dianggotai oleh orang kulit putih majoritinya tetapi adakah mereka berpuak-Bahkan Ahli Kongres Republican boleh kritik pentadbiran pentadbiran Bush walaupun mereka dari satu parti.
Kita sepatutnya bergerak ke arah politik matang dan politik sihat.Bukan lagi memainkan isu-isu perkauman dan agama yang melampau.Sampai bila negara kita mahu maju jika terus memainkan isu-isu seperti ini?Mahathir ada menyumbang ke arah perpecahan itu.
Sdr Ryzal72 sila baca posting saya sebelum ini mengenangi cadangan Sallahudin Ayub yang saya rasa tidak wajar. Di situ saya sudah ungkitkan akan hal yang sdr bimbangkan itu. Wassalam.
ReplyDeleteYa..memang Melayu telah berpecah belah....sudah sampai masa semua ahli-ahli Umno menyertai PAS atau PKR supaya menambahkan peratus orang Melayu yang berkuasa.
ReplyDelete