Pas perlu memimpin bukan dipimpin
MULAI Khamis hingga Ahad ini (10 hingga 13 Jun) giliran Parti Islam SeMalaysia (PAS) pula mengadakan kongres ataupun muktamar. Muktamar kali ini berlangsung di Pusat Terbiyah Islamiah (Putik) Pengkalan Chepa. Dua minggu lalu rakan mereka, PKR berjaya mengadakan kongres ke-6 di Kota Bharu Kelantan.
Muktamar kali ini menggunakan tema “Keadilan Islam”. Pemilihan tema ini dikira tepat dan bersesuaian dalam rencana PAS untuk menjadi parti global di masa akan datang.
Seperti muktamar yang lalu muktamar ke 56 ini juga penting. Walaupun ianya tidak melibatkan pertandingan tetapi ia tetap mendapat perhatian dari dalam dan luar negara.
Ada sedikit kelainan dalam muktamar kali ini. Di mana muktamar dewan pemuda dan muslimat yang ghalibnya di rasmikan oleh Timbalan Presiden tetapi kali ini perasmian serentak dewan-dewan akan dilakukan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sesuai dengan muktamar kali ini tidak melibatan pertandingan, sudah pasti ianya akan memberi lebih tumpuan kepada memesyuawarah beberapa isu semasa yang ada sangkut paut dengan hala tuju perjuangannya. Memandangkan pilhan raya umum ke – 13 semakin dekat sudah pastilah muktamar turut memberi fokus kepada persiapaan menghadapi pilihan raya dengan permantapan parti dan juga pengemasan ikatan dalam Pakatan Rakyat.
Yang tidak akan terelak dari disinggung nanti juga ialah mengenai isu kepimpinan dalam PAS. Isu ini akan akan dicuri oleh perwakilan untuk memperkatakan kerana pada tahun depan PAS akan berhadapan dengan pemilihan hierarki kepimpinannya, sedikit sebanyak kempen untuk pertandingan akan datang akan terbawa pada muktamar.
PAS yang kini dibawa pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden dengan Nasharuddin Mat Isa, sebagai timbalannya manakala Datuk Mustapa Ali selaku Setiausaha Agung tentu akan dinilai sejauh manakah kemantapan dan keberkesanan kepimpinan mereka. Tidak dapat tidak kempimpinan mereka berdua yang diidolakan sebagai kepimpinan ulama akan diperkatakan.
Apakah perwakilan akan memberi kredit ataupun akan mengdiskreditkan kepimpinan mereka?
Dari zahir ianya seperti tidak ada masalah yang timbul setakat ini antara kedua mereka serta saf kepimpinan yang termasuk Naib-Naib Presiden dan ketua-ketua Dewan, Ulama, Pemuda dan Muslimat. Walaupun ada gangguan-gangauna kecil yang boleh sifatkan kenakalan semulajadi dalam sesebuah organisasi namun mereka utuh dan dapat melaksanakan tanggungjawab parti dengan baik.
Kemajuan yang dicapai PAS waktu ini, terutamanya mempamerkan kemantapan organisasi, kesetiaan dan komitmen ahli dan penyokong di bawah naungan mereka menjelaskan akan keberkesanan kepimpinan mereka. Kemantapan parti memberi erti kepimpinan mereka di terima dan disokong.
Sesungguhnya ahli PAS boleh berbangga dalam suasana rakan mereka PKR bersabung nyawa berhadapan dengan kerenah ahli yang tidak sabar dan lebih mementingkan diri sehinggakan ada yang berpaling tadah, namun fenomena ini tidak berlaku kepada PAS. Kekukuhan iktikad perjuangan di kalangan ahli PAS khasnya para wakil rakyat adalah berkat kepimpinan dan doa mutabar ulamanya.
Cuma malang sedikit bila mana ada usaha kecil untuk memecilkan mereka dari gelora mainstrem PAS waktu ini. Sifat kurang mesra atau wajah serius Abdul Hadi masih lagi menjadi sebutan. Begitu juga dengan pembawaan Nasharuddin yang dikatakan mirit keelitan, turut disebut-sebut. Sepatutnya roman kemanusiaan ini tidak menjadi perhatian sebaliknya apa yang perlu dilihat ialah keberkesanan dan kemajuan harakah di bawah tangan mereka. Bak seorang imam dalam solat, mungkin cara takbiratulihram dan rukuknya tidak sama atau sempurna, tetapi yang lebih afdal diperhatikan bahawa solatnya masih utuh pada rukun-rukun asasnya.
Begitu juga dengan lujnah yang diwujud di bawah pentadbiran mereka setahun lalu akan turut dinilai dan dikaji. Apakah ianya telah melaksanakan tanggungjawab parti yang disarankan dalam muktamar PAS lalu atau sebaliknya.
Isu-isu lain yang akan dikemukakan nanti tentulah berhubung persekitaran kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS dan peranan PAS dalam komponen itu sendiri. Kerjaaan Pakatan Rakyat Kedah yang diterajui PAS tidak akan terlepas dari disorot dan diulas oleh para muktamir. Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah kini agak gawat ekoran beberapa orang Adun telah menimbulkan masalah di Kedah. Isu itu akan jadi tumpuan para muktamir berkenaan.
Para muktamir akan bangkit mengemukakan cadangan atau memberi idea jalan keluar bagi mengatasi masalah yang berlaku di negeri berkenaan. Mungkin juga ada yang mencadangkan satu mekanisme perlu diambil bagaimana untuk menghalang kejadian keluar atau lompat parti dari berlaku.
Selain itu yang mungkin juga akan diberi pehatian ialah mengenai apa yang berlaku di Kelantan tertuamanya wujud apa disifatkan sebagai ‘musuh dalaman’ yang membuat onar sehingga mengkucar kacirkan pentadbiran kerajaan. Masalah ini perlu diberi perhatian agar Kelantan senantiasa berada dalam keselamatan dan terus menjadi negeri pemancu dan pemimpin kekuatan Pakatan Rakyat.
Perkara-perkara lain yang kemungkinan akan menjadi perhatian perwakilan ialah mengenai penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS. Pembentukan dewan ini satu kemajuan kepada PAS namun ia perlu diperhalusi secara komprehensif oleh para perwakilan. Apakah Dewan ini perlu diberi kuasa memilih seperti ahli lain atau sebaliknya.
Untuk memberi laluan kepada ahli Dewan Himpunan bertanding menggunakan lambang bulan tidak menjadi masalah, tetapi untuk menentukan dasar dan polisi parti mungkin ada masalah. Kalau PAS boleh memberi keizinkan kepada Ibrahim Ali, apa salahnya diberikan kepada ahli Dewan. Rasanya ahli Dewan lebih ikhlas dan jujur daripada Ibrahim Ali.
Isu lain yang tidak boleh dikesampingkan oleh perwakilan dan ini saya rasa cukup penting mengenai keupayaan PAS sebagai sebuah parti alternatif kepada semua parti dan semua bangsa dan kaum di negara ini. Dengan anjakan perubahan dan kemajuan yang dicapai PAS mendadak muasir ini, di mana melangkau batas-batas kebiasaan dan budaya, PAS sebenarnya sudah kuat dan relevan menjadi sebuah parti alternatif bukan saja kepada Melayu tetapi juga kepada bukan Melayu.
Misalnya kewujudan Dewan Himpunan yang mempunyai ahli seramai 20,000 menunjukkan keyakinan masyarakat bukan Islam kepada PAS sebagai sebuah badan siasah di negara ini. PAS patut mengkaji mengambil kesempatan ini untuk meletakkan diri mereka sebagai sebuah parti yang kuat. Apa yang umum nampak penerimaan itu kerana progresif dan rasionalnya perjuangan PAS waktu ini. Penerimaan mereka itu juga menunjukkan mereka percaya dan yakin dengan kepimpinan PAS pada masa ini.
Di sini menunjukkan orang percaya kepada PAS. Keyakinan ini bersendi kepada sikap dan pembawaan PAS yang realistik dalam masyarakat majmuk dan sedia membuat ijtihad politik yang baru. Misalnya kejayaan dan ketulusan serta penerimaan kerajaan PAS Kelantan menjadi sumbernya dan kejayaan ini turut sama disebut-sebut parti rakan Pakatan Rakyat dan juga parti lawan.
Kehebatan ini juga ada sangkut paut dengan kekeramatan pemimpin kerohanian PAS, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.
Malangnya kelebihan dan penghormatan itu semacam tidak dikesan dan dimanfaat oleh PAS. PAS terus menjadi parti yang merendah diri dan tidak mahu menabirkan kekuatan dan kehebatannya. PAS masih merasakan diri mereka kerdil kerana terlalu menebalkan sikap zuhud.
Dengan kelebihan itu seharusnya PAS tidak berada di belakang parti lain yang menjadi penyedak ataupun penguat semangat. Sesekali pemimpin PAS harus berani mengemukakan idea dan berani memberi pandangan dan melentang keliberalisasian wawasan Pakatan Rakyat. Apa yang penting PAS perlu melorongkan idealisme Islam ke dalam Pakatan. Tidak ada guna PAS menang pilihan raya dan menawan beberapa negeri tetapi PAS tidak boleh untuk melaksanakan apa yang menjadi matlamat perjuangan asalnya.
Masalah dan perkara ini juga patut direnung dan diwacanakan dalam muktamar kali ini. Para perwakilan tidak perlu malu ‘alah’ mengenai hal ini dan takut untuk menyebutnya. Muktamar adalah forum untuk kita mengemukakan pandangan dan pendapat secara bebeas tetapi tetap beradat.
Sekali lagi ditegaskan PAS harus mempersiapkan diri untuk muncul menjadi parti memimpin dan bukan dipimpin. Lagipun disegi usia PAS merupakan parti yang tertua dalam Pakatan. Persediaan untuk menjelmakan PAS menjadi parti memimpin, para pemimpin harus menyatukan idea dan bergerak seiring memperbetulkan fikrah, uslub dan strategi seperti mana dimaktub dalam perlembagaan. Percanggahan ideologi, uslub serta buta strategi tidak memungkin untuk PAS mengapai harapan ini.
Isu-isu remeh dan lapok yang digunakan untuk tujuan peribadi seperti si anu masih berhubung dengan si anu ataupun si anu tidak Islamik, seharusnya dilupakan saja. Apa yang penting semua keretakan-keteretakan kecil yang berlaku dalam parti hendaklah diplaster biar ianya tidak nampak dek mata zahir. Yang penting PAS perlu dikonkrit dengan semangat ukhwah Islamiah dan iltizam yang satu demi menegakkan kalimah Allah atas muka bumi ini berdasarkan acuan Quran dan Hadith.
Manakala mengenai persiapan menghadapi pilihan raya akan datang PAS perlu meletakkan agenda utamanya untuk merampas Terengganu, mengekalkan Kedah dan Kelantan. Selain itu satu plan tindakan kena digarap bagaimana untuk menambahkan kerusi PAS di Perlis, Perak, Selangor, Pahang dan lain-lain negeri. Keperluan itu untuk menjadikan PAS akan memimpin negeri-negeri itu di masa akan datang. [Rencana ini boleh dikuti dalam Siasah terbaru esok]
keutuhan parti adalah implikasi dar
ReplyDeletei kekuatan dalaman, apalalagi jika parti itu telah mendapat amanah dari rakyat utk menerajui kerajaan
maka nya dalam pentadbiran sudah tentu liku nya berbiza bila hanya
setakat membangkang, oleh itu penerimaan rakyat sangat penting,
aspek fizikal tidak kurang penting
dari aspek rohani terutama bagi pas kelantan ,permasaalahan nya banyak, 1-air berkeduduk dan terputus2 tidak sesuai dgn giograpi negeri.2- pembalakan,seol
ah2 kerajaan negeri terpaksa meluluskan lesen oleh tekanan pengaruh2 luar yg kerajaan negeri tidak mahu bertegas utk menjaga hati sehingga menjadi gangguan moral dan integerati kerajaan negeri.3 sestem perparitan dan tambatan banjir di bandar2 dan kampong2 sentiasa menjadi puncacemuhan rakyat.4-penghijrah
an yg keterlaluan rakyat kelanta
an di sebabkan kekurangan prasarana di kelantan menyebabka
n kekurangan pakar2 dan tenaga kerja utk membangun negeri sendiri. dll, seperti keterbiaran pemuda2 kelantan.kebersihan bandar2
dan penganguran semua ini akan menjadi isu PR13 akan datang yg akan mengamcam kerajaan pas kelantan.