40 Ulama Bukannya 40 Penyamun!
SEMACAM kejuatan tetapi ia tidak mengejutkan! Begitulah yang dapat disimpulkan berhubung keinsafan dan kesedaran 40 orang ulama yang menyerahkan borang menyertai Umno. Marilah kita semua mengucapkan ahlan wasalan ya marhaban kepada mereka semua. Semoga niat mereka untuk berdakwah dalam Umno dan memperbetulkan kepincangan agama termasuk soal kerohanian akan diberkati Allah.
Malam tadi mereka telah menyerahkan borang penyertaan menjadi ahli Umno kepada Najib Razak sambil diperhatikan oleh Muhyiddin Yassin. Malangnya penyertaaan yang diura-urakan seramai 100 orang itu hanya 40 orang saja tanpa chef devissionnya, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Asri dikatakan akan ikut menyertai dalam masa terdekat.
Setidak-tidaknya kelewatan Asri menyertai Umno malam tadi, 13 Rejab 1431 menepati firasat saya sebelum ini. Saya telah mengira tidak secepat itu Asri menyertai Umno tanpa menolek dan melihat riak risik di belakang. Kalau pun Asri akan menyertai Umno juga itu adalah pilihan terakhir buatnya kerana kebutuan dan bukan ketentuan. Yang pada saya tindakan tetap tidak bijaksana kandipun menyertai Pas.
Dalam sidang akhbar semalam saya nampak ada bekas MB Perlis Shaidan Kassim. Apakah Shahidan Kassim menemani 40 ulama berkenaan. Apakah Shahidan bertindak menjadi Mursyidul Am kepada kumpulan itu. Walaupun tidak lagi jadi MB tetapi sekurang-kurangnya jawatan itu menyamakan dia dengan Nik Abdul Aziz.
Sekali lagi kita ucapan syabas kepada Shahidan Kassim kalau benar kemasukan itu kerana inisiatif dan usahanya. Kerja Islam harus dilakukan sesiapa saja tidak kira dari celah mana dia datang. Membawa orang masuk jemaah Islam akan mendapat pahala!
Yang hendak perkatakan di sini apakah matlamat penyertaan 40 ulama itu akan sampai atau tercapai. Seperti mana kata ketuanya, Dr Fadzlan Mohd Othman, 35 penyertaan mereka untuk bekerjasama dengan Umno berkaitan agama di kerohanian. Ada dua subjek di sini, agama dan kerohanian.
Bila sebut agama sudah tentulah soal-soal mengenai ibadat, mualamat, munaqahat dan sebagainya. Ini termasuklah soal sembahyang , puasa, haji dan sebagaiunya. Inilah pengertianan agama difahamkan oleh Umo selama ini. Sebab bila sebut perjuangan sebut politik ia bukan agama lagi bagi Umno. Bagi Umno politik dan agama dua perkara yang berbeza dan perlu diasingkan seperti minyak dengan air. Larangan menggunakan masjid sebagai medan politik adalah tunjuk ajar dan kefahaman Umno yang sekular.
Maknanya maksud Dr Fazlan itu ialah hanya berkaitan atau kena berkait kepada soal-soal sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja. Ia tidak akan boleh melebihi daripada sempadan itu. Misalnya, Dr Fadzlan dan ulama lain tidak boleh menterbiyah bagaimana kewajiban warga dalam sebuah negaranya. Jauh sekali untuk membincangkan soal-soal penegakan hukum Islam dalam masyarakat dan negara. Tidak boleh kerana itu bukan intri dalam kamus agama Umno.
Manakala bila disebut kerohanian pula, ia bersangkut soal-soal yang seni atau ghaib - hakikat. Dalam hubungan ini ialah mengenai pemikiran, fahaman mengenai agama dan ilmu-ilmu keTuhanan. Kerohanian itu bab-bab yang menyentuh soal semangat, soal jiwa dan soal hakikat. Apakah dalam hal ini ulama itu akan memberi roh (kerohanian) kepada Umno? Mereka akan mendakwa supaya Umno mendekati kerohanian, mengenal Tuhan dan diri sendiri atau berbicara soal falsafah manusia dan keTuhanan? Begitukah.
Jika inilah yang akan diberikan penekanan ia satu benda yang baru dalam Umno. Inilah tranfosrmasi sebenarnya. Soal kerohanian, pembentukan jiwa manusia menjadi manusia yang kamil yang senatiasa takut kepada Allah tidak ada dalam Umno selama ini. Jiwa Umno tidak pernah dibentuk dan dibangunkan secara bersepadu dalam soal ini. Kerana itulah jika diperhatikan jiwa manusia sebagai pemimpin dalam Umno dan jiwa manusia bergelar pemimpin rosak dan kering dengan air dinul hayat.
Bukti paling jelas berlakunya berbagai kejataan dan kemungkaran dalam Umno, atau kerajaan yang dipimpin oleh Umno. Jenayah, rompak, tipu, rasuah dan sebagaiunya telah bersarang dan berjelumu dalam kerajaan hari ini. Bila sebut kerajaan tersebutlah Umno. Perhatikan bagaimana kotornya proses pemilihan dalam Umno. Kekotoran ini adalah simbol dan angkubah mengenai kemungkaran Umno yang kering dengan jiwa keagamaan.
Persoalanya kini bolehkah ulama itu melaksanakan apa yang dikehendaki itu? Bekerjasama dalam bidang agama dan kerohanian. Memberi tafsiran benar tentang agama kepada Umno yang sudah ditinggal dan dilupai lebih 60 tahun? Dan membawa manusia Umno seramai 3 juta itu kembali kepada diri manusia yang merupakan hamba Allah dan khalifah di atas muka bumi ini? Boleh dan mampukah?
Bagi Umno penyertaan mereka itu tetap mengutungkan mereka. Ia akan memperukuhkan parti berkenaan. Ia akan dijadikan modal besar kepadanya untuk menempelak Pas. Dalam Pas rancak dan ghairan memanggil bukan Islam bersama mereka (juga atas maslahat dakwah), Umno pula kini sedang berjalan menuju kiblat benar bersama mini kiblat itu. Perubahan ini orang melihat Umno yang melakukan islah dan tajdid yang benar ke atas pengisian harakinya.
Inilah yang hendak dijual.
Kita harus berpandangan baik dengan apa yang dihajati itu. Cuma di sini saya ingin menyebut bahawa sebelum ini juga sudah ada agenda seperti itu. Usaha untuk mengubah Umno dari dalam telah dibuat sebelum ini. Malahan berbagai kumpulan dan puak juga telah menyertai Umno dalam usaha memantapkan memperukukuhnnya sebagai parti agama dan bangsa.
Anwar Ibrahim dulu pun menyertai Umno bersama beberapa rakananya dari gerakan Abim atas alasan yang sama. Bukan main lagi madah dan gurindannya untuk menghalalkan tindakan itu. Kemasukan Awnar itu sehingga ditangisi setengah rakan lain kerana tempatnya bukan dalam Umno tetapi dalam Pas.
Bekas Naib presiden Pas, Nakhaei Ahmad juga telah menyertai Umno. Mungkin tujuannya kerana mahu meneruskan aktiviti siasahnya setelah beliau bermasalah dengan Pas. Ketokohan Nakhaei saya rasakan lebih hebat dan besar dari 40 ulama baru itu. Mohd Asri Muda juga turut sama menyertai Umno dengan harapan Pas akan berkubur. Malahan ramai lagi orang-orang agama baik dari Pas atau lain menyertai Umno.
Begitu juga berbagai kumpulan dan golongan profesional diheret dan diseret menyertai Umno. Dari artis, pelawak, pelakon, hinggalah mat rempit dan penjolok buah kepala sawit semuanya diangkut. Tetapi apakah yang berlaku kepada Umno? Apakah mereka berjaya? Saya tidak mahu menidakkan usaha mereka dan mengatasi takdir. Tetapi sejarah masa lampau boleh dijadikan sempadanan.
Begitu juga kalau dengan kemasukan itu, Umno mengalu-alunya untuk memperkukuhnya, ia juga menyangsikan. Kemasukan yang bak melukut di hujung gantang itu tidak akan dapat mengubah keadaan dalam Umno. Saya juga tidak percaya kalau Umno sedia mengubah dasar dan prinsip Islam yang diterima pakainya selama ini yang liberal dan rencam kepada prinsip yang murni dan lebih jelas.
Dengan melihat perangai dan perwatakan Umno saya meragui kalau mereka ini diberikan peranan yang luas dalam Umno. Mereka akana dikawal serapinya. Golongan bojuis dalam Umno yang rata-rata tidak berpendidikan dan latar belakang Islam tidak mudah untuk menerima dakwah dan fikrah mereka. Kalau golongan ini ke depan akan berlaku pertembungan nanti, di mana ia akan berakhir dengan pemusnahan para ulama seperti para jahiliah membunuh anak perempuan mereka kerana golongan borjuis itu mempunyai wang, berkuasa dan pengaruh yang merata.
Tetapi tidak mengapa kita lihat dan perhatikan bagaimana mereka hendak bermula. Bagaimana mereka akan merencanakan agenda mereka. Janganlah masuk kerana diajak ataupun dipengaruh dengan janji-janji molok. Ingat anda adalah orang berjiwa murni dan rapat dengan Tuhan. Tuhan tidak mudah dipengaruh ataupun diperalatkan! Masuklah dengan memberi impak kepada Umno dan bukan masuk kerana mencari 'daun-daun' perlindungan.
Masuk Umno tidak menjadi masalah, tetapi jangan kemasukan itu seperti masuknya 40 penyamun ke dalam gua "Niat nginson matakaji semar ngising!" Akhirukalam biarlah 40 itu benar-benar ulama dan bukannya 40 penyamun! Jadikan diri anda ikan di lautan yang tidak tepu dengan air laut meskipun duduk di situ berkurun. Cuma ingatlah, meskipun terror ikan mengawal diri, dia tidak juga mampu untuk menawarkan air laut. Ingat beringat! [wm.kl. 10:40 am 26/06/10]
Salam..
ReplyDeleteYa pak mso..ambo ucapkan selamat berjuang kepada ulama' muda dalam umno..Alhamdulillah..umno sudah diminati ulama. Dimana tempat golongan2 ini dalam umno nanti?
Assalamu alaikum tuan. "Niat nginson matakaji semar ngising!". Mungkin telah ada mereka yang tolong membantu 40 ulama ini membaca jampi P. Ramlee itu sehingga pintu gua uMNO itu terbuka sehingga ulama boleh menyertainya.
ReplyDeleteSesuatu kebaikan harus dimulakan dengan niat baik oleh yang nak membuat baik, caranya juga mesti baik, Golongan yang mengajak juga mesti berniat baik dan memberi laluan dengan cara baik. Berbekalkan segala kebaikan itu yang termasuk di dalamnya adalah matlamat yang baik, maka doa kita kebaikan akan diterima oleh UMNO. Ujian awal buat para ulama ini memang telah menunggu iaitu sejauh mana isu judi yang cukup kuat diasak oleh pelbagai pihak boleh diguna oleh ulama-ulama berkenaan dalam menterjemahkan "Ulama Pewaris nabi-nabi" dalam UMNO ini atau isu judi itu hanya akan meletakkan mereka sebagai "syaitan bisu" atau "terompah buruk". Kegagalan mengeksploytasikan isu judi oleh para ulama ini hanya menjatuhkan imej mereka semata-mata.
Di pihak Najib pula, adalah lebih baik di masa ini membatalkan lesen judi ini dengan berkata kepada umum dengan kata-kata lebih kurang begini: "setelah berbincang dan mendengar teguran dari 40 ulama yang baru masuk UMNO maka saya bersetuju untuk membatalkan jidi bolasepak.". Dengan ini 40 ulama ini akan mendapat lonjakkan hebat kerana baru masuk telah berjaya membatalkan lesen judi. Bila ini berlaku nescaya orang Melayu akan mula percaya kepada UMNO dan 40 ulama ini. Lepas tu macam biasa kerana kalau dah UMNO tu UMNO juga lah.
Kiasan ada menyebut kalau nak basuh tong najis mesti dari luar tong bukan dari dalam tong. 40 ulama ini saya yakin hanya akan mengulangi sejarah silam golongan agama di masa lalu melainkan mereka mampu merubah perlembagaan UMNO dan dasar-dasar penting UMNO.
berlapang dada bersangka baik
ReplyDeleteInsya Allah, kemasukan Ulama muda ini dapat memberikan impak yg baik.
100 ker 40 ker numbers dosen't matter is the impact that is count.
Salam Saudara MSO,
ReplyDeleteSaya rasa ramai rakyat Malaysia yang terkejut apabila seramai 40 orang ulama' telah menyertai UMNO. Begitu mudah di akhir zaman ini khususnya di Malaysia untuk melahirkan para ulama' dan menggelarkan diri sebagai ulama'. Betulkah begitu?
Saya masih bersangka baik dengan 40 orang ulama'-ulama' tersebut. Jika mereka benar-benar ulama', alhamdulillah, kita harus merasa sungguh bertuah dan bersyukur kerana rupa-rupanya ramai ulama' di tanah air kita tercinta ini. Atau mereka ini ulama' megikut tafsiran dangkal pemimpin UMNO untuk jadi modal kempen ke pelusuk negara yang UMNO pun nak kepada Islam?
Mungkin saudara MSO boleh kupas nanti isu ini lebih mendalam lagi. Apakah dengan hanya mempelajari kitab-kitab para ulama' muktabar di Mesir atau di tempat-tempat lain dan kemudian mendapat segulung ijazah, dan kebolehan menghurai sedikit ayat Quran dan Hadis, terus seseorang itu boleh melabelkan dirinya ulama'? Mudah sangat kalau macam tu nampaknya nak mendapat title ulama'.
Apa yang saya faham, gelaran ulama' itu tak perlu kita jaja dan cari. Masyarakat Islam akan menilai dengan sendirinya samada seseorang itu ulama' dengan melihat sumbangannya, ketokohannya, kewarakkannya, kemampuannya untuk berijtihad, dll. Gelaran itu tak perlu dicari tapi ia akan datang sendiri bila sampai masanya.
Wallahu'alam.
Salam Tuan MSO..
ReplyDeleteDari raut wajah yang dipertontonkan dalam dada akhbar menunjukkan barisan ulama' muda yang menyertai UMNO adalah golongan ustaz @ penceramah yang tidak mendapat tauliah dari kebanyakkan Jabatan Agama Islam negeri-negeri di Semenanjung Malaysia kerana akrab dengan ulama' berfahaman Wahabi yang sememangnya condong kepada pemerintah...Ada sebilangan yang pernah ditahan oleh JAIS & JAINS...
Wallahualam...
perlulah bersangka baik demi saudara seugama kita dan demi islam tercinta.
ReplyDeleteMereka yang dikatakan ulama, yang menyertai UMNO sebelum ini, ke mana perginya? Apa kesan dakwah yang mereka perjuangkan dalam UMNO?
ReplyDeleteAdakah 40 'ulama' yang baru masuk UMNO ini mampu meng'Islam'kan UMNO atau mereka akan terikut dan hanyut dalam budaya elit UMNO?
Assalamualalaikum. tuan MSO 40 orang ulama muda menyertai UMNO baguslah tu mereka beniat baik untuk mensuci segala keburukan UMNO tu. Tapi sayang deribu kali sayang mereka nak bersehkan tong najis mereka masuk didalam tong tersbut. Tapi walau bagaimana pun sama2 lah kita berdoa agar hajat mereka direstui oleh Allah. kita juga berdoa semuga Allah panjangkan umur kita agar boleh kita melihat UMNO mengubah dari sekuler ke islamik. insya allah.
ReplyDeleteUmNO akan jd kuat selepas ini...x lama lagi depa kena tendang mcm yg pernah berlaku...sejarah mungkin berulang lagi...nak betulkan umno...kena bg umno lingkup...bukan pergi menyerah diri dan membuatkan ia kuat kembali...bila dah kuat mana nak dengar kata dah...dia jer yg betul..PR maybe lingkup PRU13...itu yg sy nampak...sbb ramai rakyat malaysia senang dipujuk..kat rumah saya ada sorang...heheheh
ReplyDeleteTuan MSO ....
ReplyDeleteIzinkan saya mencoret sedikit pandangan dan komen ....
Saya adalah orang yang mengkaji bagaimana Inggeris membuat sesuatu di Negara Arab, India dan juga di Tanah Melayu ketika mereka memerintah untuk mengekang kemaraan golongan pejuang ulama tulen.
Di India .... apabila ulama beralih kepada usaha kesedaran dan dakwah, maka Inggeris mewujudkan agama Ahmadiah yang dipelopori oleh Ghulam Ahmad untuk menyebarkan ajaran Islam yang terseleweng. Masyarakat jadi keliru, dan ulama terpaksa berhadapan dengan Ghulam Ahmad pula .... oleh itu, jika dahulu mereka berhdapan dengan penjajah inggeris sahaja, kini mereka berhadapan pula dengan ajaran sesat yang mula menular. Sila baca sejarah kemunculan agama bahai, ahmadiah, taslim dan sikh.
Di negara Arab ... atas risikan Lawrence of Arabia, Inggeris menggunakan penguasa Nejd yang mengikut Sheikh Muhammad abdul wahab untuk menyebarkan keinginan untuk merdeka dari Othmaniah (bukannya nak bernaung atau autonomi). Sheikh Nejd mempergunakan gearakan wahabi sebagai batu loncatan. Wahabi terfitnah. Ulama yang berjuang nak pertahankan khilafah terpaksa berhadapan dengan pengikut wahabi yang fanatik.
Ingat wahai saudara .... Sheikh Abdullah Fahim dan mengingatkan kita akan bahaya wahabi (ketika itu Inggeris masih menjajah). Wahabi hanyalah masalah pebezaan pendapat dalam fiqh. Mereka tidaklah sesat. Tetapi Inggeris gunkn mereka untuk wujudkan "musuh " yang kedua untuk berhadapan dengan perjuangan ulama.
Masa kini .... Umno dah pun kalah hujah dengan PAS... nak kekang dari ke Putrajaya, maka diambil ulama muda yang Wahabi ataupun salafi ini. Pasti UMNo akan wujudkan perdebatan pendapat dan hujah akan "perbezaan fiqh" .... atau dengan kata lain, wujudkan panik dalam masyarakat bilamana war-warkan secara besar-besaran yang Hadis nabi melarang kita untuk menjatuhkan pemerintah selagi mana pemerintah itu Muslim, walaupun ia ada buat maksiat. Tak percaya??? nanti tengok.
Selama beberapa tahun Dr. Asri menjadi Mufti di Perlis ... saya dah rasa betapa peritnya nak perbetulkan minda masyarakat yang jahil tetapi terpengaruh dengan hujjah wahabi.
begitulah coretan saya ... Umno dah ketandusan hujah dengan PAS , akan digunakan hujjah 40 ulama ini untuk berhadapan dengan PAS. Terlalu licik cara permainan UMNO...