Thursday, July 1, 2010

Catatan Awal Julai

Zahid Jangan Tutup Tahi Dengan Telapak Tangan

KATA Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menyiasat pembelian kapal selam yang tidak boleh menyelam Scorpene kerana pembeliannya mengikut prosuder biasa. Ia juga tidak perlu katanya sebab pembelian itu dilulus oleh Kementerian Kewangan. Apakah setiap yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan itu tidak terkecuali dari berlaku penyelewengan?

Apakah Zahid tahu nilai apa yang beliau ungkapkan itu? Kalau beliau tahu nilainya dia tidak akan tergamak membuat saranan itu. Hanya orang yang cetek pemikiran saja ataupun kerana bimbang kepada sesutau yang membuat cadangan itu.

Sebagai menteri yang berada di bawah kepimpinan yang telus, berintegriti, Zahid tidak perlu takut kepada SPRM untuk menjalani apa-apa siasatan ke atas apa-apa juga isu yang timbul. Kenapa Zahid perlu begitu takut dan bimbang kalau SPRM menyiasat pembelian itu. Sekiranya pembelian itu benar mengikut prosuder dan tidak ada elemen rasuah di sebaliknya, Zahid bukan 'halang', sebaliknya mengalu-alukan kalau ada pihak menyuruh SPRM menjalankan siasatan.

Siasatan itu akan membersihkan pembelian berkenaan yang dianggap sebagai skandal rasuah oleh pihak pembangkang. Tanggapan buruk ke atas pembelian itu yang mencecah ratusan juta komisyen tidak akan lenyap dengan gesaan Zahid itu. Sebaliknya dengan 'halangan' Zahid itu menyebabkan semakin tebal rasa was-was orang ramai di sebalik pembelian berkenaan.

Saya tidak tahu kenapa Zahid yang dikenali sebagai menteri yan mengerti hukum hakam dan dikenali seorang kuat beragama tiba-tiba boleh bersikap demikian. Apakah beliau menjadi galang ganti untuk menutup lubang-lubang luas dalam Kementerian Pertahanan yang wujud sebelum ini. Bahwa Zahid tidak mampu untuk berdepan dengan harus kemungkaran dalam parti dan kerajaan yang dianggotai?

Secara peribadi saya suka kalau Zahid kekal di Jabatan Perdana Menteri menjaga urusan keagamaan. Sejak beliau menjadi menteri agama ada beberapa perubahan positif yang dilakukan untuk pembangunan ummah. Beberapa cadangan yang dibuat juga menarik dan dilihat satu cadangan progresif dan dinamik. Jawatan itu juga dirasakan serasi dan sesuai dengan jiwa Zahid dan latar belakangnya yang mendapat pendidikan agama diperingkat sekolah lagi.

Jadi apabila Zauid alih-alih dipindah ke Kementerian Pertahanan di mana bosnya pernah berkhidmat di situ menyebabkan orang terfikir tentu ada muslihat dan strategi bila Zahid bercakap berkadas dengan nalusi rakyat. Makanya bila melihat beberapa kenyataan Zahid berhubung isu di kementerian berkenaan ia seperti dibuat untuk menutup lubang-lubang dalam dan curam yang wujud di kementerian berkenaan.

Tidak menjadi kesalahan kalau kita melindungi keaiban seseorang. Begitu juga kalau bantu melindungi bos sendiri. Tetapi Zahid harus kena sedar dan insaf di sebalik tanggungjawab itu ia perlu lihat apakah ianya bertepatan dengan prinsip Islam atau sebaliknya. Misalnya haram kalau kita melakukan rasuah, melindungi musuh ataupun membela penjenayah?

Saya berharap dan mendoakan tindakan Zahid dalam sesetengah kenyataan dan sikapnya di kementerian itu tidak sampai ke peringkat itu. Adalah malang sekali kalau tindakan Zaid itu umpama orang yang cuba menutup tahi dengan telapak tangan. Jangan pula tahi tidak terlindung dan tetap berbau tangan kita pula ikut berbau busuk. Kalau hendak jadi Pak Sanggup pun biar berpadah-padah sesuai dengan bidalan berbunyi; buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.

Berhubung cadangan agar pembelian kapal selam yang tidak boleh menyelam , biarlah kalau SPRM hendak menjalankan siasatan. Ia baik untuk Zaid dan Perdana Menteri dan juga kawan baik Perdana Menteri, Razak Baginda. Bila SPRM menjelaskan bahawa pembelian itu telus ia akan menutup segala cakap-cakap songsang mengenainya. Sebaliknya kalau SPRM dihalang untuk membuka kertas siasatan maka persepsi buruk dan busuk terhadap pembelian itu akan terus berlanjutan. Natijahnya orang akan beranggapan memang ada skandal rasuah di sebalik pembelian kapal berkenaan. [wm.kl. 2:30 pm 01/07/10]

3 comments:

  1. Setuju dengan catatan tuan...... walaupun mungkin ada cakap-cakap SPRM tak telu ke apa ke... tak mengapalah.... better than nothing.... walau kita tahu kesukaran yang akan dialami oleh SPRM... pertahanan aka rahsia negara - susah sikit...

    ReplyDelete
  2. Inilah Yang Amat Mendukacitakan.
    Wajarkah Seorang BerPangkat Menteri Kepada Rakyat 1Malaysia ini DIHORMATI sebagai seorang Menteri Yang Bijaksana.

    Sedih ambo...

    ReplyDelete
  3. Tok guru seringkali dicemburui akan segala urusan pentadbiranya.Ada2 sahaja isu utk memberikan peluang kepada SPRM masuk membuat siasatan.Tokguru tidak pernah menghalang.Malah tokguru sentiasa mengalu-alukan kedatangan SPRM utk membuat siasatan.Jika ada kesalahan ambil tindakan.Silakan katanya. Maka agak pelik jika Zahid Hamidi melarang atau semacam membantah kalau SPRM cuba membuat siasatan ke atas pembelian kapal selam negara yg sememangnya dari awal menimbulkan keraguan.Untk apa bercakap dgn nada demikian jika berada di pihak yg benar.Kita perlu berpegang kepada prinsip "BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH"..jika tiada apa2 yg ingin disembunyikan maka hasrat SPRM itu perlu dialu2kan.Jika bersuara dgn nada berlainan..rakyat akan beranggapan ada sesuatu yg tidak kena dgn urusan pembelian kapal selam berkenaan...Hanya jauhari yg mengenal manikam.

    ReplyDelete