Sebuah Benar Mengenai Cikgu
Cikgu Pakai Lencana, Murid Bawa Bendera Di Sekolah
LANGKAH kerajaan membenarkan guru siswazah Gred DG41 hingga DG 48 boleh aktif dalam politik menimbulkan pro dan kontra. Pembangkang kurang senang dengan tindakan itu kerana ia dilihat sebagai strategi untuk mengukuhkan kedudukan UBN khususnya Umno.
Ada logiknya kebimbangan itu kerana sesuatu polisi atau peraturan (kelonggaran) baru tidak akan dibuat kalau ianya tidak memberi keuntungan kepada Umno. Kerajaan senantiasa saja memperkenalkan peraturan baru atau memberi kelonggaran semata-mata untuk membantu UBN. Apakah kelonggaran ini menandakan pilihan raya umum semakin hampir? Manakala kedudukan UBN pula begitu terdesak sekali?
Sebelum ini guru-guru siswazah dibenarkan aktif dan memegang jawatan dalam parti politik. Mulai tahun 1993 satu peraturan baru diperkenalkan di bawah Peraturan 21, Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - di mana guru siswazah tidak dibenarkan memegang jawatan atau aktif dalam politik kecuali pegawai sokongan saja.
Peraturan itu dibuat untuk kebaikan perkhidmatan awam itu sendiri mungkin setelah mendapati guru-guru yang aktif dalam politik mengabaikan tugas mereka di sekolah. Kesannya merugikan pendidikan dan murid. Kenapa tidak, bila guru sudah terlibat dalam politik masa mereka banyak dihabiskan kepada politik. Atau terpaksa berpawah dengan politik. Malam berceramah siang bermesyurat atau menghadiri program parti. Ada kalanya tidak sempat nak ke sekolah.
Kisah cikgu Shaari dalam filem Masam-Masam Manis yang jadi penyanyi sambilan di kelab malam kita lihat sudah menganggu tugasnya sebagai guru di sekolah. Asyik tidur saja. Kalaulah cikgu aktif dalam politik apa lagi memegang jawatan ketua atau timbalan atau setiausaha, tentu akan tidur lebih teruk daripada cikgu Shaari itu.
Hal ini benar-benar berlaku bukan rekaan. Akhiarnya yang jadi mangsa ialah anak-anak murid di sekolah. Masuk penggal dua setengah daripada sukatan pelajar yang diajarkan oleh guru aktif politik belum khatam lagi. Siapa rugi?
Bukan itu saja, ada juga cikgu yang aktif dalam politik ini menyalah gunakan harta benda sekolah. Misalnya menggunakan peralatan dan kemudahan pejabat untuk aktiviti parti. Saya masih ingat semasa sekolah dua bagaimana dua orang cikgu sekolah saya (keduanya lulusan siswazah, seorang guru besar dan seorang penolong kanan) terlibat dalam politik.
Seorang memegang jawatan setiausaha parti peringkat kawasan dan seorang guru besar menjadi penyokong setia sebuah parti. Dalam sebulan mereka akan menghadiri aktiviti parti dan terpaksa tuang kelas terpaksa meminta cikgu lain mengganti tempatnya. Yang seorang mengajar Bahasa Melayu dan seorang lagi mengajar Ilmu Alam (Geografi).
Cikgu yang menjadi setiausaha itu saya tengok hampir setiap minggu bersama buku cadangan mengajarnya dikilik sama minit mesyuarat partinya atau terselit surat jemputan berlogokan parti. Ada kalanya dia menggunakan stensilan (kertas pendua) pejabat untuk menaip minit mesyuarat bahagian partinya. Begitu juga dengan kemudahan mesin pendua turut digunakan. Kertas untuk dicetak soalan ujian digunakan untuk mencetak minit mesyuarat.
Kerana cikgu besar juga parti sama dengan cikgu itu dia tidak ditegur. Dia sendiri pernah masuk mengajar tanpa memecat lencana parti yang tersemat di dadanya. Ceritanya, suatu hari dia baru pulang dari penamaan calon satu pilihan raya kecil di Kota Bharu. Terlupa nak buang lencana parti politik terus masuk ke kelas saya untuk mengajar. Saya dan murid lain menyedarinya. Tidak ada siapa berani nak menengur guru berkenaan. Saya yang memang membawa bendera sebuah parti politik sebagai sapu tangan, mengelurkan dari poket dan mengelap muka.
Cikgu besar itu ternampak dan menerkam ke arah saya. "Siapa suruh bawa bendera parti ke sekolah. Kecil-kecil dah nak main parti ke?" sergahnya dengan muka merah. Mukanya yang hitam saya nampak merah menyala macam ayam bapak kejar betina. Murid lain tercengeng ketakutan.
"Itu... cikgu pakai apa! Cikgulah yang ajar saya," saya menunjukkan lencana parti yang tersemat di dadaya. Dia memandang ke dadahnya dengan muka marah.
Apa lagi si cikgu besar ini naik angin. "Mari ikut aku ke bilik," dia memerintah saya memasuki ke biliknya. Bilik guru besar. Di dalam bilik dia suruh saya buang bendeara itu dan jangan bawa datang ke sekolah lagi. Saya melawan dengan mengatakan, saya tidak akan buang kalau cikgu juga tidak buang bendera parti di baju cikgu.
Dia membuka lencananya dan letak atas meja. Dan saya juga meletakkan bendera parti yang saya buat sapu tangan atas mejanya. Sambil memberi amaran kepada saya dia berjalan diiringi saya masuk semula ke kelas menyambung pelajaran Geografi yang masanya sudah tersisa lebih separuh.
Ha, itulah sekelumit kisah daripada bahana cikgu yang tergila dan mabukkan politik. Jadi berhubung dengan kebenaran guru aktif dalam politik mulai 1 Ogos nanti seperti diumumkan KSN, Tan Sri Mohd Sidik Hassan (foto) itu, saya bimbang akan ada cikgu yang menjadi seperti dua orang cikug saya itu. Kalau adalah perangai macam itu parahlah anak murid.
Kelonggaran itu bukan saja menyebabkan cikgu terlali dengan tanggungjawabnya sebagai pendidikan, tetapi kelonggaran itu juga akan menimbul masalah lain. Bila cikgu dibenarkan aktif, bukan semua cikgu akan menyokong Umno. Ada yang menyokong pembangkang. Bila cikgu sokong pembangkang maka akan adalah tindakan menukar cikgu ke luar daerah kerana menyokong pembangkang. Ini merugikan murid dan menyusahkan cikgu berkenaan.
Kejadian seumpama ini pernah berlaku di Kelantan pada tahun 60-an,70-an dan 80-an. Di mana cikgu yang menyokong Pas atau pun yang kelihatan menghadiri ceramah Pas ditukar ke Hulu Kelantan, ataupun di luar Kelantan sebagai hukuman.
Saya sangat bimbang kalau kejadian ini berulang apabila cikgu-cikgu dibenarkan aktif dalam parti. Siapa boleh jamin cikgu yang walaupun dihantar menghadiri kursus indoktrinasi agar menyokong Umno di Biro Tata Negara atau semacamnya akan menyokong UBN. Mereka yang sudah mengetahui akan keburukan, penyelewengan dan sifat semulajadi UBN tidak akan sedia menyokongnya. Mereka bersedia dikenakan apa juga tindakan. Hari ini pun tanpa kelonggaran itu sudah ada yang aktif dan memegang jawatan dalam parti.
Jadi kesimpulan kelongran yang diberikan itu tidak menguntung murid sekolah dan bakal menyeksakan kehidupan cikgu yang gian untuk aktif dalam politik. Tersilap aktif mereka akan menerima bahana ditukar ke hulu negeri. Adalah elok kalau kelonggaran itu tidak dibenarkan, biarlah cikgu mengajar muridnya tanpa diganggui dengan elemen-elemen politik. Atau kalau benar mahukan pemimpin berpengalaman, berilmu maka bukalah kelongaran itu kepada semua jangan saja kepada Umno. Saya tegaskan kalau dilihat cara kita berpolitik elok larangan itu dikekalkan. [wm.kl.11:45 am 29/07/10]
SOKONG tuan, beratus2 peratus saya sokong.
ReplyDeleteSenario hari ini- tujuan berpolitik adalah semata-mata wang dan bukannya perjuangan. Ramai guru samada guru besar atau pegawai ppd / jpn yang kuat politik UBN khususnya akan menggunakan kemudahan sekolah atau pejabat. Ini berlaku di sekolah kawasan saya. Guru yang aktif dalam politik pembangkang telah dipanggil oleh pengarah atas arahan ketua UMNO bahagian, pengarah ditekan untuk menukarkan guru-guru tersebut.Ketua bahagian punyai pengaruh yang kuat- Penang mari(seberang perai)
ReplyDeletedari segi kebaikan mungkin ia menguntungkan umno dan dalam pada masa yang sama juga menguntungkan PR
ReplyDeletemasing-masing ada alasan sendiri untuk meneruskan agenda politik mereka, mengapa kerana jasa baik kerajaan yang melonggarkan syarat itu sedemikian rupa
last-last apa jadi, takkan nak tengok anak kecil masing-masing mula jadi taksub tak tentu hala.. anak kecil ejek warna lambang itu anak kecil yang satu lagi ejek warna lambang ini...
apakah nanti sebab orang besar punya punca akan ada seperti ala-ala sembahyang jamaah 2 imam, kita semua boleh bayangkan apa yang boleh dan bakal berlaku
tak pasal-pasal masa guru sedang mengajar sambil pula mahu menyelitkan citra-citra politik secara berlapik dalam pelajarannya, ia memang berlaku semasa era reformasi dahulu dan akhirnya fokus terganggu dan hampir-hampir hilang fokus utk SPM tapi mujurlah tak melarat...
hakikatnya politik melayu dalam budaya melayu macam kartun sahaja, adalah lebih baik jangan diteruskan saranan ini
sokong sepenuh-penuhnya nukilan tuan mso...
apapun seperti biasa kerajaan akan ada sajalah alasannya yang boleh dianggap terbaik dan wajar......
Kita juga seorang guru.Tapi jika yang menjadi ahli PAS seperti watak dua guru tadi, sudah tentu tidak pun boleh menjadi Guru Besar atau Pengetua.Kita pun pernah di tawar jadi Guru Penolong Kanan tapi jauh sejauhnya dan menyusahkan kita yang mempunyai anak sekolah.
ReplyDeletebagi kebenaran atau tidak beri, tak ada bezanaya.Guru guru yg berpolitik memang curi tulang dan salah guna kuasa. jangan sesiapa nak nafi nafi kenyataan ini.
ReplyDeletegook Luck murid murid and pelajar pelajar sekolah kita, Malaysia Boleh.
Another joke for this year.