Friday, August 27, 2010

Mengiringi Azan Jumaat

Strategi Khatib Pak Ya Mat Mengena!

SUKAR untuk saya mengesahkan apakah khatib bernama Zakaria Ahmad (Pak Ya Mat) yang kini berjaya meneggelamkan Mat Maslan yang cuba memberi tahu rakyat bahawa Felda adalah sebuah institiusi kerajaan yang berjaya dan banyak membantu orang Melayu, ada strategi politik ataupun tidak apabila beliau membaca doa untuk kesejahteraan dan kemakmuran kerajaan Pulau Pinang dibawah pimpinan Lim Guang Eng.

Sekiranya Pak Ya Mat ada strategi tersendiri dan mahu menenggelamkan populariti Mat Maslan, semisalnya, ternyata strategi itu berjaya dan mengena. Sejak Pengerusi Umno Pulau Pinang, Ahmad Zaid Hamidi cuba memberi imej buruk kepada Pak Yat Mat dan kerajaan Pulau Pinang, nama Pak Yat Mat menjadi sebutan di mana-mana. Gara-gara tindakan Zahid itu juga menyebabkan rakyat Malaysia tidak tahu kewujudan Pak Ya Mat di dunia ini, menjadi tahu dan kenal padanya.

Nama Pak Ya Mat disebut sepanajng masa sehari dua ini dan tindakannya itu dilihat dengan berbagai tafsiran. Yang nyatanya dia popular. Bukan saja Pak Ya Mat boleh menimbuskan kehebatan dan populariti ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang sering muncul dengan isu-isu kontroversi entah-entah yang menyerabutkan kepala, tetapi nama Mufti Perak, Harussani Zakaria juga terpinggir. Untuk kembali menjadi popular Harussani nampaknya kena cari idea baru dan merekasakan macam-macam lagi untuk mengejutkan orang ramai.

Orang melihat tindakan Pak Ya Mat itu sebagai berani dan sihat. Ia lebih sihat daripada tindakan Mutfi Perak yang cuba meletakkan kesalahan atas kelemahan Melayu kini kepada Pas dan PKR. Bahkan, kehebatan Pak Ya Mat itu juga mengatasi presiden Pas sendiri, Abdul Hadi Awang, dan Mursyidul Amnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana mungkin mereka tidak akan tergamak mendoakan kesejahteraana untuk kerajaan Pulau Pinang tetapi dilakukan Pak Ya Mat. Saya berani berkata kalau Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz diundang membaca khutbah di Pulau Pinang mereka tidak berani melakukan apa yang Pak Ya Mat lakukan itu, mendoakan kesejahtraan kerajaan Lim Guan Eng.

Justeru apa yang Pak Ya Mat lakukan itu, menunjukkan dia berani. Beliau telah menambahkan nota baru dalam kitab-kitab siasah politik negara. Mengharuskan yang dirasakan haram sebelum ini. Tindakan ini sebagai hebat. Seseorang ustaz atau ulama seharusnya sedia membuka minda dan membawa pemikiran baru dalam usaha menyemarakkan agama.

Saya tidak sedia untuk mempertahankan tindakan Pak Ya Mat itu dengan turut mengcari hadith atau ayat Quran yang sewajarnya. Cuma saya nak katakan kalau Pak Ya Mat mendoakan untuk kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang di dalam masjid ia tidak akan menjadi persoalan. Sudah tentu bukan saja Zahid dan Mat Maslan menyokongnya tetapi, Najib dan Rosmah juga bersetuju.

Apa juga yang saya suka dan syoknya bila mana Pak Ya Mat tidak mudah mengaku kalah. Dia tidak gentar dengan gertakaan Zahid. Dia mengakui apa yang dituduhkan ke atasnya dan mempertahankan sebagai tidak salah, cuma tempat saja tidak sesuai. Itupun dijawabnya selamba saja seperti orang memamah sireh. Inilah agamawan yang kita mahu, tegas dan tidak mengubah setiap apa yang diijtihadkan. Bila kita sudah yakin dengan ilmu yang kita pegang maka ia hendaklah diyakini sampai ke peringkat kul haqku yakin.

Pak Ya Mat juga juga tidak gentar bila Zahid terus cuba memanipulasikan kejadian itu dengan meminta Pak Ya Mat memohon kepada Yang Dipertua Agung. Kata Zahid siasatan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) ke atas Pak Ya Mat tidak cukup. Ia terlalu ringkas saja. Bila Zahid berkata begitu ia seakan mahu membuka semula balutan pekung di dadanya. Saya setuju kalau Zahid mendesak MAIPP buat siasatan semula, tetapi beliau juga harus meminta polis membuat siasatan semula ke atas laporan motoris bernama Amir Badzli yang didakwa dipukul oleh menteri itu.

Pak Yat Mat tidak pun takut dengan ugutan Zahid itu. Sebaliknya dengan tegas dia bertanya untuk apa dia memohon maaf kepada Yang Dipertua Agong kerana dia tidak bersalah. Iya tak iya juga macam mana Zahid nak suruh orang melahirkan anak daripada orang yang tak mengandung? Mat Maslan pun ketawa ayat ini, he he he...

Pernyataan Pak Ya Mat itu itu menempelak Zahid. Khatib itu tidak takut pun kepada menteri pertahanaan itu. Nampaknya Zahid bukan saja tampil untuk mempertahankan keselamatan negara, tetapi telah obius mempertahankan partinya Umno. Mungkin Zahid sedar selepas keris lucah Umno tidak mampu mempertahankan Umno, selepas C4, bom M 16, sterling dan sebagainya tidak boleh diguankan untuk mempertahankan Umno maka beliau cuba mengheret sultan agar memancung Pak Ya Mat.

Keberanian dan ketegasan Pak Ya Mat itu saya tegok bukan berhenti di situ saja. Orang seperti beliau diperlukan dalam membangunkan negara ini. Kerana itu saya rasa Pas atau PKR wajar kalau menyediakan kerusi untuk Pak Ya Mat dalam pilihan raya akan datang. Saya rasa kalau dia menentang Abdullah Badawi di Kepala Batas pun boleh menang. DAP tentu akan menyokong penuh Pak Ya Mat yang mendoakan kesejahteraan ke atas kerajaannya. Dan kalau ini berlaku maka satu lagi keajiaban politik Malaysia yang mana keajaiban ini menyebabkan Umno akan tumbang.

Pak Ya Mat adalah lambang kepada ustaz, ulama, saik, pemukul beduk, khatib dan para imam yang menentang Umno. [wm.kl.11:10 am 28/08/10]

No comments:

Post a Comment