Umno Bersedialah Hadapi Kehilangan MCA
KALAU saya merupakan ahli Umno yang mindanya bergerak dan tidak mengutamakan perut (perutisme) tentu saya akan merasa bimbang dengan perkembangan yang berlaku dalam Barisan Nasional (BN) muasir ini terutamanya mendengar kenyataan atau apa yang diistilah pembaharuan minda dalam politik MCA.
Saya jadi cukup cemas mendengar penegasan dan sikap berani tanpa menghiraukan perasaan rakan komponennya lain yang diambil Presiden MCA, Chua Soi Lek (foto) Saya percaya Soi Lek membuat kenyataan dan pendekatan itu semua bukan bersendirian tetapi merupakan konsensus MCA atau masyarakat Cina seluruhnya.
Meneliti kenyataan-kenyataan Soi Lek tampaknya beliau tidak menoleh ke belakang lagi. MCA atau masyarakat Cina kini sudah tidak ada pantang larang lagi. MCA tidak pedulikan lagi apakah kenyataan dan pendekatan yang diambil itu menyakiti hati orang atau tidak. Iya, bila Sazali sudah besar, sudah punya wang banyak dan sudah berkuasa, Sazali akan melakukan apa saja. Bapak apa tau...! Begitulah MCA yang saya nampak dengan meneliti kenyataan dan ulah Soi Lek ia seperti Sazali dalam filem "Anakku Sazali".
Perhatikan kepada beberapa kenyataan "Sazali" akhir-akhir ini dalam usahanya untuk memastikan MCA menjadi wadah orang Cina. Semua kenyataan dibuat menggambarkan keberanian MCA dan Soi Lek mahu membawa MCA ke arah yang dikehendakinya. Cara Soi Lek bercakap hari ini sudah tidak berahsia lagi. Fenomena globalisi dipergunakan secukupnya oleh Soi Lek.
Beliau juga sudah tidak segan silu lagi. Semangat setia kawan atau perasaan ingin menjaga hati kawannya (Umno) juga sudah tidak ada lagi. Soi Lek berpegang kepada realiti dan bukannya retorik. Dalam kata mudah, Soi Lek khasnya dan MCA amnya, sudah tidak berpegang kepada semangat perpaduan dizaman HS Lee, Dr Ismail, Sambanthan, Razak Hussein dan Tunku Abdul Rahman lagi. MCA kini sudah melepas satu sempadan baru. MCA juga terlepas dari lingkaran ketegaran (chauvinis) Melayu Dr Mahathir Mohamed.
MCA mempelajari dan mengkaji akan perbezaan watak-watak ataupun naluri tokoh-tokoh Umno dari Tunku Abdul Rahaman, Tun Razak, Dr Ismail Abdul Rahman, Hussein Onn, Abdullah Badawi dan Najib Razak. MCA atau Soi Lek mengkaji semuanya. Sikap dan watak pemimpin Melayu hari ini berubah dan berbeza jauh dengan pemimpin dulu.
Begitu juga Soi Lek mengenali pasti siapa dan bagaimana Najib Razak, Hishmuddin Hussein ataupun Muhyiddin Yassin. Soi Lek juga mengenali dan mengetahui pemimpin Umno hari ini bukan lagi memilik semangat nasionalis, tetapi semuanya mengagungkan semangat pitisisme - materialistik. Jadi apabila hati dan jiwa orang Melayu sudah rosak maka itu mudahlah untuk orang Cina meruntuhkannya.
Perubahan sikap, nilai perjuangan orang Melayu itulah menjadikan MCA berani melakukan apa saja. Bagi MCA mereka sudah menanggalkan semangat Perikatan yang dibina sebelum tahun 1957. Kemerdekaan yang dicapai 31 Ogos telah diterima sebagai kemerdekaan kaum itu juga yang mana kegiatan dan sorakan kemerdekaan itu didiamkan saja selama ini sehingga kini ia boleh dilaungkan secara terus terang.
Sekiranya Soi Lek masih berpegang kepada semangat itu, setiakawan Perikatan beliau tidak akan mengganggu tidur Umno dengan meminta ekuiti 30 untuk Bumiputera dalam semua sektor dihapuskan. Kalau beliau ingin menyuarakannya juga beliau akan buat secara senyap. Tetapi semangat dan rasa hormat itu sudah tidak ada lagi. Kenapa?
BN ada majlisnya dan menerusi majlis ini beliau boleh sampaikan permintaan itu. Atas kapasitinya sebagai presiden MCA, Soi Lek boleh minta berjumpa Najib atau Muhyiddin bila-bila masa dan di mana saja. Itulah yang diamalkan oleh pemimpin MCA terdahulu kerana itu kekeliruan atau ketegangan politik tidak terlatas kepada umum.
Tetapi kenapa beliau berani mengeluarkan tuntutan itu secara terbuka malahan menegaskan akan berusaha untuk melaksanakan 12 resolusi yang diambil dalam Kongres Ekonomi itu. Jawabnya kerana MCA tidak hormati Umno lagi dan sudah tidak bimbang dengan sebarang tindakan kerana Umno sendiri kini makin menghujung. Dalam pada itu MCA sudah merasakan dia mempunyai rakan lain yang lebih istimewa dari Umno.
Soi Lek juga mengatakan dia tidak takut untuk berkongsi pandangan dengan DAP atas kepentingan Cina. Sekali lagi kenyataan ini menjadikan Perkasa senak perut. Kenyataan dan pandangan itu cukup menghiris pedihkan hati Umno. Mungkin ahli Umno yang perutnya tidak buncit menyedari isyarat Soi Lek. Perkongsian dengan DAP itu bukan saja perkongsian pandangan tetapi politik juga. Iya, Umno dan Melayu harus melihat jauh dari itu dan memahami sirr Soi Lek.
Soi Lek atau MCA ada alasan sendiri kenapa beliau berani mengeluarkan hawa politik begitu. Beliau melihat kepada realiti politik hari ini. Beliau tidak mahu terkebelakang dalam memberi harapan kepada orang Cina. Politik orang Cina pula politik ada standard, ada kelas. Politik orang bukan di negara asal datuk nenek. Politik orang Cina politik untuk kepentingan kaum, politik bersama dan bukan politik nafsu nafsi. Juga politik perdagangan. Terima atau tidak, mereka senantiasa sedar bahawa negara ini bukan negara datuk nenek moyang mereka. Justeru mereka senantiasa berwaspada dan akan mencari seramai mungkin kawan di mana juga demi kelangsungan hidup.
Dari perspektif politik, kenyataan atau frame politik Soi Lek itu nampak terbuka dan hijau dan otentif. Beliau membuat perubahan berani itu kerana mengambil iktibar dari sejarah tsunami 2008. MCA cukup bimbang kalau politik BN tidak diperbaiki tsunami itu akan menenggelamkan parti itu. Dan DAP akan menjadi bahtera baru kepada orang Cina manakala MCA akan disumpah kaum itu selamanya. Ini yang hendak dielakkan Soi Lek dan untuk itu beliau sanggup menjadi tidak popular kepada orang Melayu.
Kerana itu dalam keadaan payah, mencabar dan mungkin dianggap jahat, tetapi MCA harus keluar dari belenggu itu demi menyelamatkan partinya.
Soi Lek dan MCA mengkaji kekalahana BN dan mengkaji juga kemenangan Pakatan Rakyat. Dalam kajian inilah menemukan beliau dengan solusi-solusi politik yang menyakitkan Umno. Tetapi sebagai kaum yang optimis MCA akan menyelamatkan dirinya dulu sebelum mengambil kira atau simpati kepada rakannya itu.
Itulah MCA yang tidak seperti Umno yang terus bernostalgia dan menganggap kepada mitos Umno selamanya akan mendapat sokongan Melayu dan menjadi kepala kepada kaum lain di negara ini. Pegangan Umno itu adalah pegangan yang tidak bersendikan kebenaran dan satu kepercayaan lapok yang bidaah. Kerana berpegangan kepada fahaman bidaah politik itulah makanya Umno kini sedang karam.
Perkembangan dan sikap baru MCA harus diberi perhatian serius oleh Umno. Umno tidak lagi perlu berpegang kepada piagam Perikatan. Piagam itu juga sudah lapok dan tidak relevan. Dikhuatiri kalau Umno masih gah dan bernostalgia dan merasakan mampu bertahan dengan kebendaan sekarang, parti itu bakal kecewa besar. Keangkuhan Umno yang memandang kecil dan hina kepada rakan sejenisya yang lain, akan membawa padah.
Tanpa persediaan dan kesedaran itu terutamanya bijak menebak arah yang difokuskan MCA kini, saya merasakan Umno akan ditinggalkan kawan bernama MCA. Tidak musathil berdasarkan kenyataan Soi Lek itu kalau MCA akan bergabung dengan DAP kemudian membina kekuatan baru orang Cina dalam Pakatan Rakyat. Sedang buat masa ini Umno pula terkial-kial mencari kekuatan yang hilang untuk ditawarkan kepada Umno.
Dan saya kira 'desakan' atau 'ugutan' yang dibuat Soi Lek atas nama perubahan politik MCA itu tidak akan terlayan oleh Najib dan cabaran itu tidak akan tersambut olehnya. Jadi, apa yang akan jadi, Najib perlu mencari ikhtiar dan tali pergantungan baru. Sayang KLCC puncaknya tinggi, Melayu hanya merenung dari kejauhan! [wm.kl. 1:15 t/hari 17/08/10]
melayu, mari bersatu di bwh panji islam. Islam yg adil , yg syumul, patuh dan tunduk pada Pencipta yg Maha Kaya, Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.
ReplyDeletekalau adil dan amanah, bukan islam pun akan turut serta.
malaysia sudah tenat dgn hukum buatan manusia.
salam. saya tak setuju pendapat tuan yang terlalu cauvinis melayu itu tapi saya beranggapan teguran tuan amat bertepatan untuk menyedarkan melayu cuma saya bimbang tuan seolah-olah menjadi agen UMNO-APCO untuk kembali menarik sokongan Melayu kepada UMNO dan dalam masa yang sama jika tuntutan tersebut dipenuhi orang cina akan kembali menyokong MCA. Kalau saya menjadi UMNO, saya akan biarkan atau dengan bahasa kasarnya mengusir MCA daripada BN kerana mereka senantiasa menangguk di air yang keruh. Saya masih merasakan melayu masih kuat WALAUPUN ditakdirkan MCA dan DAP bergabung kerana kerusi Melayu masih dikuasai UMNO, PAS dan juga PKR. Dan jika ditakdirkan DAP dan MCA bergabung dan menang PRU13, saya rasa masih belum terlambat UMNO,PAS dan PKR bersatu membentuk kerajaan. Apapun UMNO perlu kekal untuk TIDAK memenuhi tuntutan daripada MCA tersebut jika tidak mahu dianggap sebagai pengkhianat bangsa. Salam Ramadhan
ReplyDeleteSalam tuan MSO,
ReplyDeleteSatu Tanah Melayu sedang tunggu reaksi Presiden UMNO.. Sebagai ahli UMNO, saya lebih rela terlucut gelaran pemerintah dari tercicir maruah. Apa pun majoriti ahli UMNO tahu dan sedar apa yg terjadi. Ini semua ada hikmahnya. Tiada apa yg perlu dirisaukan sangat jika kita tahu jati diri kita dan keutamaan kita. Ini masa terbaik untuk tahu siapa kawan dan lawan. Agaknya apa yg sedang direncanakan oleh Hadi Awang bersama Nik Aziz sekarang ini? Nampaknya kunci penyelesaian seperti hampir ke arah PAS. Menarik kan permainan takdir. Apakah PAS masih seperti yg tuan MSO pernah ungkapkan, iaitu hanya akan bergerak bila DSAI bergerak? Cuma doa saya agar jgn berlaku huruhara. Kita kan dah cukup matang utk berlawan secara poltik.
last-last mungkin kita semua perlu putuskan untuk jadi MELAYU untuk diri kita sendiri dan kepada sesiapa yang kita sayang..
ReplyDeletedalam zaman globalisasi yang seolah-olah syurga itu luaran neraka itu dalaman NEGARA AGAMA dan BANGSA memang agak kabur.. dilihat tiada tak dipandang ada....
Assalamu alaikum tuan. Perkara yang dibincangkan dalam posting tuan kali ini adalah satu perkara yang menarik untuk dibincangkan sedang ia juga adalah sesuatu yang amat membimbangkan sedang Melayu makin hilang kemelayuannya. Soi Lek, tidak akan berbuat apa yang dibuat kalau UMNO tidak jadi macam apa yang UMNO jadi sekarang. Jelas, Soi Lek dan MCA memang hilang keyakinan secara total terhadap UMNO lantas mereka harus menyelamatkan diri dari terus menjadi kebencian rakyat terhadap UMNO-BN. Soi Lek memang benar dalam tindakannya.
ReplyDeleteWalau apa pun, Soi Lek pasti tahu bahawa Melayu masih punya kekuatan yang belum teruji dan kekuatan itu bukan lagi pada UMNO. Kini terserah pada PAS untuk menunjukkan keadilan Islam sebagaimana yang sering dilaung-launkan. Soi Lek sebenarnya telah dan sedang membuka pintu kepada PAS untuk menunjukkan kehebatannya yang sebenar dan yakinlah kalau Islam sebenar dapat diterjemahkan oleh PAS dengan segala kebaikan dan keadilan maka Soi Lek dan MCA tidak akan teragak-agak untuk bersama PAS pula dan ketika itu nadanya akan pasti berbeza sebagai tanda hormat kepada PAS. Namun, kalau PAS gagal dan UMNO memang tak akan boleh pulih maka kita harus mengucapkan "selamat menumpang di bumi sendiri" kepada orang Melayu.
Nah! PAS, Perahu sudah di air, dayung sudah di tangan, silakanlah.
MCA dan Chua Soi Lek mungkin memasang perangkap atau serampang dua mata.;
ReplyDelete1. Memang berniat utk mendptkan apa yg telah diputuskan dalam Kongres Ekonomi MCA, kemudian memancing sokongan kaum Cina agar kembali menyokong MCA...di saat PRU13 makin mendekat.
2. MCA dan Chua Soi Lek juga sudah ada plan B mereka.Jika UMNO menyingkirkan mereka dari BN, DAP dan Pakatan sentiasa membuka pintu utk bersama.Lagi pun org Cina dan MCA mampu hidup lebih mewah dari UMNO kalaupun mereka hidup bersendirian kerana mereka [ Cina ] adalah penakluk kuasa ekonomi negara.
Perlu untuk direnungkan : MCA tidak berani bersuara sebenarnya jika tiada 'lampu hijau' dari PM.Mungkin semua ini masuh dlm silat politik BN itu sendiri.Sengaja menimbulkan isu utk menarik sokongan Cina kepada MCA,dlm waktu yg sama UMNO dan Melayu PERKASA berpura2 menentang.Belakang tabir mereka bergelak ketawa,sbb Pakatan tertipu dgn mainan mereka. Politik : tiada yg mustahil.
Buat Pakatan, selagi belum hijau,belum biru muda dan selagi belum benar2 merah usah tidur dlm perut dgn sekutu BN ini kerana UMNO dan sekutunya sedang merangka pelan srategik utk menang PRU13 akan datang.So,pelbagai helah dan tipu muslihat akan mereka lakukan..
Cukupla sekali terpedaya.