Thursday, August 19, 2010

Menyimpul Isu

Umno Kena Bertanggungjawab
Kalau Berlaku 'Perang Besar'


KELANTANGAN dan keisengan kaum Cina membuat berbagai desakan untuk kepentingan mereka dan kebangkitan orang Melayu menentang desakan itu membimbangkan sesetengah pihak. Pertembungan 'acahan' politik ini dikhuatir akan berlaku perang besar. Manakala golongan Melayu lain pula cuba menafikan apa yang berlaku itu hanya sandiwara ataupun strategi pihak UBN.

Ada membayangkan tindakan MCA membuat desakan sehingga menyakiti hati orang Melayu itu seperti desakan agar ekuiti Bumiputera dikurangkan itu adalah satu tektik saja yang direstui Umno. Mereka sengaja membangkitkan isu perkauman untuk meraih simpati orang Melayu. Ia disuluh sebagai pemutaran film lama.

Dalam kata lain UBN menggunakan isu perkauman itu demi kepentingan politik mereka. Umno masih percaya dengan membangkitkan isu itu ia akan menimbulkan kebimbangan orang Melayu yang akhirnya mereka akan terus menyokong Umno.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim juga turut menolak andaian itu yang cuba diperbesarkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Katanya isu perkauman ditimbulkan kerana Umno sudah tertekan dan itu sebagai satu tektik ugutan.

Saya tidak mahu memihak kepada pandangan mana dalam soal ini. Kita sama-sama boleh berfikir kalau berlaku 'perang besar' yang dikatakan lebih hebat dari tragedi 13 Mei itu apakah sebabnya dan siapakah bertanggungjawab atas perkara itu. Mencari jalan keluar atas kemungkinan itu lebih aula daripa cuba-cuba membayangkannya.

Apa yang hendak diulas di sini ialah mengenai apakah faktor menyebabkan kaum Cina jadi begitu berani dan sudah tidak 'malu alah' kepada Umno lagi sehingga diramalkan akan berlaku 'perang besar'. Inilah yang perlu disedari bagai menyelesaikannya daripada cuba menimbulkan keributan itu. Mana-mana pihak tidak guna melagukan isu itu sebalik apa yang baik ialah mencari penyelesaian.

Kalau benar pandangan Anwar tadi, apakah kita masih perlu menggunakan tektik dan strategi mengugut dan menakut-nakutkan kerana hendak mempertahankan kuasa.

Logiknya tentu ada sebab kenapa orang Cina jadi lantang dan berterus terang dewasa ini. Semua kena tahu kenapa desakan kaum Cina termasuk MCA dan DAP atau di luar kumpulan itu tidak pernah berhenti. Desakan ini bukan sekarang tetapi sejak dulu. Desakan agar mereka diberikan hak yang sama, anggapan tidak dilayani adil berlaku sejak lama dulu. Desakan itu berterusan hingga ke hari ini.

Dalam hal ini saya lihat ada beberapa kemungkinan kenapa terjadi demikian yang mungkin terlupa menananginya atau pun disengajakan.

1. Kerana orang Cina kini sudah merasakan mereka mempunyai harapan besar dalam politik. Mereka melihat apa saja tuntutan mereka akan dipenuhi. Mereka makin percaya bila mana Melayu yang berkuasa atau Melayu yang bakal mendapat kuasa teus menumpahkan seribu janji buat mereka. Orang Cina bangsa yang bukan mudah lupa. Mereka senantiasa menyematkan janji yang diluahkan kepada mereka. Dan mereka bersedia mencatatkan janji-janji itu atas panji-panji merah perjuangannya.

2. Orang Cina menyedari Melayu Umno dan Pas tidak akan bersama kerana ideologi perjuangan mereka berbeza. Orang Cina cukup yakin bahawa ideologi Melayu tidak akan sama. Ketegasan Nik Aziz Nik Mat dalam konteks mendesak agar idelogi Umno dan Pas disamakan mendapat sokongan orang Cina.

Keadaan diburukkan lagi dengan wujudnya Melayu yang bergabung dalam NGO. Walaupun Melayu dalam NGO adalah Melayu yang asalnya bersemangat Umno atau Pas, tetapi secara tak langsung Melayu sudah jadi kepada tiga kabilah. Melayu kebilah ketiga ini ialah Melayu yang baru sampai ke tanah Melayu untuk mengambil haknya. Manakala 'kesemarawukan' Melayu ini telah diambil kesempatan oleh Cina untuk menjadi power broker.

Orang Cina yakin di masa akan datang atau secepatnya pada pilihan raya umum akan datang mereka akan menjadi power broker. Mereka akan jadi penentu di antara dua kabilah Melayu itu siapa yang akan berhak (dibantu) untuk membentuk kerajaan. Ketika inlah nanti tuntutan-tuntutan lebih besar dijangka akan berlaku dan lebih menghiris perasaan Melayu terutamanya Melayu kabilah ketiga.

3. Atau pun, kenapa orang Cina tidak pernah diam ialah dasar yang dibuat oleh Umno dan BN selama ini memang berat sebelah dan dirasakan tidak adil. Mereka tidak 'betah' dengan dasar-dasar atau polisi yang dibentangkan BN. Apakah berlaku penindasan atau ketidakadilan meluas. Kalau dasar BN memuaskan mereka, menguntungkan mereka sudah pasti tuntutan tidak akan berlaku.

Dalam konteks ini kalau benar berlaku kerana perkara itu, maka UBN kena bertanggungjawab ke atas apa-apa musibah dan natijah yang berlaku kelak termasuk tuntutan berbagai itu. Umnolah kena dipertanggungjawabkan atas protes dan desakan yang akhirnya membangkitkan soal kaum dan akhirnya berlaku 'perang besar' itu.

'Perang besar' yang akan berlaku akan datang bukan salah Melayu di luar Umno. Ia adalah tanggungjawab sendirian berhad Umno. Persoalan sekarang apakah Umno akan mengubah polisi dan dasar itu sehingga memuaskan hati orang Cina? Apakah Najib Razak akan memberi reaksi segera dalam masa terdekat? Dan apakah tertakdir Melayu kedua di luar Umno menguasai kerajaan mereka akan cuba memenuhi tuntutan itu juga demi kuasa?

Kemungkinan-kemungkinan ini akan berlaku cuma masanya saja apakah 'bangat' ataupun lambat. [wm.kl. 10:30 am 19/08/10]

3 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan MSO yg saya hormati,
    Jika benar berlaku sebagaimana apa yang tuan nyatakan yakni pertembungan antara dua bangsa....maka janganlah cepat kita menyalahkan satu sama lain terutama sesama kita.Melayu bukan PAS juga sembahyang, juga menunaikan zakat...kalimah allah tetap basah didahi mereka tatkala lepas mengambil air sembahyang. Tiada untungnya mengambil pendekatan mencari sapa salah. Yang lebih bererti ialah mencari makna dan hikmah disebalik semua yg dihijab oleh Allah s.w.t pada bulan Ramadhan ini. Tanah air ketuanan Islam ini tidak mampu dibiarkan diperintah oleh bangsa yg tidak membenarkan suara azan sebagaimana di Selangor. Kita tidak akan mampu stabil dengan emosi. Perpaduan sesama ummah tanpa mengira ideologi adalah suatu yang semakin kritikal. Maafkan saya.

    ReplyDelete
  2. Pendapat saya,

    tak perlu kita orang bumiputra/melayu bersungguh2 mempertahankan 30% ekuiti/hak istimewa demi kemajuan dan kemakmuran negara.

    namun jika bumiputra/melayu terpaksa berkorban..

    maka kaum2 lain juga perlu berkorban dengan menggunakan satu bahasa, satu nama, satu budaya, satu sekolah melainkan agama dalam kehidupan seharian mereka

    ini diperlukan untuk menyatupadukan rakyat malaysia.

    Kenapa tidak boleh ada kompromi? kenapa perlu kalut? kenapa perlu berdebat pasal hak 30% ekuiti/istimewa? tak perlu semua itu

    semasa merdeka, kaum2 lain diberikan status warganegara dengan syarat kaum bumiputra/melayu diberikan hak istimewa

    jika hak tersebut perlu ditarik balik/30% ekuiti tidak diperlukan

    maka adalah lebih baik Malaysia mengunakan satu budaya, satu bahasa, satu sekolah, satu nama...

    demi untuk mencapai perpaduan sesama kaum

    ReplyDelete
  3. apa yang dilakukan orang cina walaupun nampak spontan tak mungkin hanya mereka sekadar meluahkan sahaja secara membabi buta kalaupun membabi buta

    apa yang mereka luahkan walaupun mereka tahu menyakiti orang melayu tidaklah sampai apa yang mereka kata akan mencetuskan huru-hara kalau tidakpun perang

    tetapi kalau kata-kata itu sampai boleh menimbulkan perang tentulah sesautu yang bodoh kerana ada beza antara huru-hara dan perang kerana kalau perang keadaan yang sedia ada akan berubah untuk selama-lamanya

    sebenarnya selepas kemenangan Obama dan hampir-hampir tamatnya perang melawan keganasan kesannya kalau dipandang secara kasar telah mengubah segalanya, bumi ini dan masa akan berlangsung berterusan lagi utk alaf-alaf yang akan datang.. terasa tahun 3000 seperti akan menjelang dan hampir pasti berlaku sekiranya diizinkan Allah

    kesimpulannya soal kaum itu sendiri seperti sudah ketinggalan apa yang diluahkan orang cina itu adalah hakikat yang bakal berlaku

    seorang kawan ada memberitahu tiba masanya nanti akan muncul satu bangsa yang kuat dan berpegang teguh kepada suruhanNya dan agama yang diiktirafNya.. mereka akan memimpin dunia ini menjadi lebih baik

    masanya hanya Allah yang tahu.. terpulang kepada kita bila sebenarnya kita mahu menjadi apa..
    kalau tak mahu fikir lebih lebih baik fikir pasal diri sendiri dan kepada sesiapa yang kita sayang sahaja.....

    ReplyDelete