Thursday, August 12, 2010

Menjelang Berbuka 2

Surat Biru Kepada Wan Azizah Dijawab Ezam

LAMA saya tidak mendengar suara apa lagi bertentangan mata dengan pemuda yang saya anggap sebagai macho dan romantis. Kali terakhir berjumpa dengannya ialah siang hari sebelum dia memasuki ke stadio tv untuk berdebat dengan Husam Musa. Dia diminta oleh penerbit rancangan debat berkenaan untuk mengganti Ahmad Zahid Hamidi yang mulanya disiapkan untuk berdebat dengan Husam tetapi membatalkan niat.

Selepas perjumpaan itu saya tidak lagi berjumpa dengannya. Ada beberapa kali saya mengirim SMS tetapi tidak dijawab oleh pemuda macho ini. Entah kenapa? Mungkin dia merasakan penamnpilan saya dalam layar internet dan penulisan akhir-akhir ini tidak menyeronokkannya.

Tidak mengapa. Perjalanan politiknya saya pantau dari belakang. Dia seorang anak muda yang saya culakan bakal menjadi pemimpin besar suatu hari hari kelak. Itulah perkiraan saya dengan melihat bakat, kemampuan dan penampilan syaksiahnya. Dia juga dilihat sebagai tenang, tetapi memiliki sekeping hati yang bugis. Itu saya kira dan itulah sifat-sifat pejuang tulen.

Semalam tidak semena-mena saya menerima sapaan SMS daripadanya. Saya sudah terlupa nombor telefon tertera di skrin BB saya itu nombornya. Selepas membaca SMS berkenaan maka kenallah saya, bahawa dia adalah Khasbul Khafi yang macho dan romantik itu. Ezam.

Inilah SMS dari Ezam,

"... Salam ramadhan mubarak ustadz. baru sempat baca blog ustadz dgn semangat ramadhan saya ingin tegaskan tinggalkan anwar bukan krn (kerana) sebab politik ttp (tetapi) agama. juga bukan krn saingan azmin tpp (tetapi) xmahu (tidak mahu) subahat hal kedayusan azmin yg jelas di kutuk agama. round sogor (selangor) (dah stegh msia dah round) bukan soal puluhan atau ribuan. soal lunaskan hutang sy bela orang secara salah supaya boleh menghadapi ilahi dlm keredhaana. selamat berbuka ustadz. wassalam. ezam...."

Ezam menghantar SMS itu selepas saya postingkan catatan Surat Biru Untuk Kak Wan. Suka dan gembira saya menerima SMS Ezam berkenaan. Tak semena-mena surat untuk Kak Wan membuatnya terpanggil untuk menghubungi saya. Saya menganggap SMS itu salam Ramadhan. Dan saya memblalas SMS Ezam itu seperti mana berikut;

"... terima kasih sdr ezam kena (kerana) mengingati saya. mulanya saya dah ambil sikap tak mahu usik (sdr) selapas saya pancing rakyat agr sdr ditonjol jadi mb (Selangor) tapi bila baca kenytaan kak wan yang diusik sdr saya menjadi simpati. harap janganlah kaitkan kak wan tapi lawanlah anwar. selamat bersaur...."

Selepas itu tidak ada SMS berikutan dari Ezam. Mungkin dia ke masjid mendirikan solat tarawih 20 rekaat.

Hari ini dalam sebuah portal saya lihat Ezam masih terus mengulangi mencabar Azizah. Menyatakan kesediaan untuk berdepan di mahkamah dan meminta juga Azizah bersumpah laknat. Ezam juga dipetik sebagai menceritakan bagaimana ibunya yang dipanggil bonda oleh Azizah meminta Azizah berkata benar.

Saya setuju dengan Ezam, sesiapa pun harus berkata benar termasuk dirinya sendiri. Tetapi dalam hubungan ini, saya rasakan tidak perlu untuk Ezam mendesak alis menyerang Azizah begitu. Ezam kena faham hubungan Azizah dengan Anwar sebagai suami isteri. Azizah adalah anak-anak kepada Anwar. Sebagai seorang bersaksiyah tinggi Ezam tidak sepatut berbuat begitu. Ezam harus melihat ke wajah isterinya Bahirah sebelum mendesak demikian. Ezam juga harus mengenangkan kepada anak-anaknya sebelum meminta Azizah bercakap benar. Ezam harus memahami betapa kemen dan sucinya sutra ikatan suami dan isteri.

Kepada saya kebencian dalam politik walaupun tidak ada batas, tetapi kemanusiaan kita harus membatasinya, sebab kita masih makhluk yang mulia. Manusia diberikan Allah ehsan, tetapi politik adalah game yang tidak mempunyai apa-apa ehsan, dan penuh bobrok. Ezam sepatutnya membatasi itu. Saya agak kecewa kerana dia yang saya merasakan bukan saja romantis tetapi mempunyai keperibadian tinggi tetapi hilang segala itu bila beliau kecewa. Kekecewaan bukan pengakhiran kepada hidup kita.

Masalah Anwar adalah masalah peribadinya. Dan masalah dia dengan Tuhannya. Macam juga masalah Dr Mahathir Mohamad itu masalah Mahathir dengan Tuhannya. Begitu juga Najib dan Rosmah. Kita boleh berbicara dan menegur di luar daripada bilik peribadi itu. Walaupun Ezam ada hak menegurnya atas untuk menebus dosa tetapi Tuhan tetap menyediakan kaedah dan cara-cara yang harmonis. Keterlanjuran atau dosa Anwar, Tuhan tidak suruh hamba-hambaNya melihat begitu saja tanpa menegur dan mengislahkan. Tetapi dalam pada itu caranya tetap ada.

Cara Ezam lakukan hari ini tidak boleh diterima. Kanditipun beliau ingin menbus dosanya, tetapi bukan cara itu. Ingatlah kebaikan itu disertakan dengan niat yang baik. Dan niat yang baik itu dizahirkan dengan perbuatan yang baik juga. Ada mis-mis Ezam mahu mengaibkan Anwar di pentas politik lantas menumbangkannya. Nyah Anwar dari Selangor!

Sekejam mana seekor harimau yang membaham mangsanya, manusia yang membunuh harimau itu ternyata lebih kejam. Dalam hukum manusia, manusia yang membunuh harimau itu akan dihukum bukannya harimau yang membaham mangsa.

Tiada masalah kalau Ezam hendak menebus dosa, hendak bertaubat. Pintu taubat masih terbuka. Ezam membaca banyak buku agama, tentang kewalian. Malahan pernah mendampingi Sheikh Mahmud di Dengkil, Selangor. Kenapa Ezam tidak mengambil jalan kewalian untuk berbuat baik kepada diri dan kepada diri orang lain. Itu paling afdal. Kalau Sheikh Mahmud boleh berkawan dengan sami Buddha kenapa Ezam harus sekejam itu dengan Anwar?

Saya teringat kisah seorang wali yang berdosa kerana hanya melihat betis seorang perempuan, telah lari ke gunung untuk memohon keampunan daripada Allah. Kisahnya begini, wali ini (nama lupa) telah kegelapan dan bermalam di rumah sahabatnya. Dia tidur di ruang luar. Ruang itu hanya ada bilik yang ditabir dengan kain. Entah macam mana angin bertiup ke dalam rumah dan menyelak kain tabir. Tak semena-mena wali itu terpandang betis isteri kawannya itu yang sedang baring.

Lantas dia merasa sangat bersalah dan berdosa kerana memandang betis perempuan yang bukan muhrim itu. Lalu keesokkan harinya dia memanjat gunung masuk ke gua bermohon kepada Allah agar mengamuni dosanya itu. Dia tetap di gunung berkenaan sehinggalah ke akhir hayatnya. Begitu thariq wali berbeza dengan thariqa Ezam.

Nah, Ezam ambillah cara wali itu dalam memohon keampuan atas dosanya lalu. Bukan menerusi saluran yang dibuat kini bersekongkol dengan Noh Omar dan Khir Toyo. Mungkin Ezam kata kondisi dosanya dengan wali itu berbeza. Tetapi renungi dan ambil ikhtibar dari cara penyelesaian wali itu. Dia berdosa secara peribadi dan tidak libatkan orang lain. Begitu juga dengan Ezam, rakyat Malaysia tidak tahu berapa kotak dan berapa peti dosa Ezam disebabkan membantu Anwar selama ini? Tidak. Dosa itu masih bersifat peribadi.

Jadi untuk apa Ezam naik dan turun pentas bagi mentahrah dan menyamakkan dirinya. Ezam juga perlu sedar cara beliau menyamak dan menyuci itu menyebabkan orang membenci dan marah kepadanya. Sedar juga menimbulkan keadaan boleh menyebabkan orang prejudis kepada kita juga sebagai dosa.

Dalam SMS itu Ezam kata tindakan itu bukan kerana politik. Saya ingin tanya satu soalan mudah saja. Kalau benar bukan kerana politik kenapa Ezam menerima tawaran sebagai senator boy? Bukankan jawatan itu ada kena mengena dengan politik? Saya tidak percaya apa yang Ezam katakan itu tidak ada kaitan dengan politik selagi beliau tetap menyuci dosa atas pentas politik dan tidak meletakkan jawatan sebagai senator. Apakah kalau tertakdir Anwar jatuh kerana kempennya Ezam akan bersara? Oh tidak.... [wm.kl. 4:40 pm 12/08/10]

13 comments:

  1. Salam pok mso..

    Ezam sebenarnya terjerat oleh jerat yang di pasangnya sendiri. Apapun yg diperkatakannya rakyat tidak mudah percaya. Sebagai contoh, seorg pencuri, sekali dia telah di tangkap mencuri, sampai bila2 penduduk kampungnya tidak akan mempercayainya lagi.

    Begitulah juga dgn Ezam. Ketika berkiblatkan anwar dulu, Ezam mengakui yg anwar penah memberitahunya yang Najib tidak ada kaitan dgn kes altantuya. Di sebabkan arahan anwar akan di gunakan jugak isu ini utk bantai Najib, Ezam yg sentiasa berckp soal kejujuran dan prinsip tetap bantai Najib walaupun dia tahu isu itu tidak libatkan Najib. Saya nk tanya Ezam, kenapa Ezam sanggup bantai Najib sdgkan Ezam tahu akan kebenarannya. Kenapa mesti menongkah arus?

    Jadi apabila telah bersama Umno, tiada siapa lg yg nk percaya akan katanya lg. Dia bantai anwar cukup2 bila dah bersama Umno. Masa bersama Anwar, dia bantai Najib cukup2. Inilah silap si Ezam ni dalam percaturannya. Rakyat menilai bkn sekadar memerhati. Saya setuju dgn pandangan Pok Mso yang Ezam ni ada karisma untuk menjadi pemimpin besar pada masa akan dtg. Tetapi di atas kesilapan memilih gelanggang untuk bersilat di tambah dgn perasaan dendam kesumat yang menebal, keyakinan dan kepercayaan padanya telah terhakis dan merosakkan imejnya sendiri. Ezam akan terus di segani bila masih bersama Anwar, tetapi sejak bersama2 dgn Umno Ezam bkn lagi di lihat sebagai pejuang rakyat tetapi hanya balaci Umno yang akan terus menyerang mengikut arahan tuannya. Sekian.

    ReplyDelete
  2. Salam Ustaz MSO. Sy setuju ngan ustaz. Sy sendiri dh meluat ngan senator boy ni. Lagi bayak dia menghina DSAI lagi menampakkan siapa diri dia sebenarnya. Tentu kata2nya itu hanya disetujui mak cik pak cik felda, itu pun xsemua. Tanya kat senatorboy ni ..mana dia dapat duit buat umah besar tu?

    ReplyDelete
  3. Tuan MSO,
    Sesungguhnya apa yang Ezam lakukan ketika ini(memburukkan Anwar dan keluarga dan pemimpin PKR)sehingga ini tidak pernah pula kita mendengar Anwar dan keluarga memburukkan Ezam. Betul ke perangai macam ini.Tak tahulah kalau-kalau surat khabar yang menyebelahinya tidak mengeluarkan berita kritikan sikap Ezam.

    Ternyata sikap Ezam hari ini sikap politiknya untuk mencari wang yang kekeringan semasa dalam PKR.

    Terbukti perjuangannya tidak ikhlas kerana masuk UMNO dah ditawar senator yang dulunya dia mengatakan UMNO sebusuk parti.

    Orang yang percaya politik Ezam adalah seorang pengkhianat politik yang tidak boleh dimaafkan.

    ReplyDelete
  4. Saya rasa saudara MSO terperangkap apabila akhirnya mengakui tentang habit anwar - quote "Masalah Anwar adalah masalah peribadinya. Dan masalah dia dengan Tuhannya". Tuhan maha kuasa, wasalam.

    ReplyDelete
  5. Apakah langkah Ezam bersama UMNO satu langkah yg tepat dan seiring dgn apa yg Islam anjurkan?Sejauhmana pemimpin UMNO benar2 baik,suci,ikhlas,dan bersih dari segala noda dan maksiat?Sdgkan terlalu byk persoalan dan pertanyaan bersarang di minda rakyat berkaitan moral pemimpin UMNO yg ada.Walaupun tidak semua tetapi takkan Ezam tidak tahu langsung pasal kerosakan dan buruk akhlak pemimpin UMNO yg ada...saya rasa Ezam sekadar bermain politik juga.Benar seperti ungkapan Tuan MSO,kalau benar dia ingin menegakkan agama dan bukannya bermain politik utk apa dia terima jawatan senator?.Itu kan jawatan politik..masih ada 'pandir' rupanya dia.Namun apa nak heran kerana dulu Ezam adalah pemimpin UMNO.Sukar utk mencari pemimpin UMNO yg benar2 insaf bila berpeluang utk kaut kemewahan dan kekayaan.

    ReplyDelete
  6. Sdr UOP saya tidak nampak saya terperangkap seperti mana sdr maksudkan. Sdr terlepas dari konteks penulisan ini.

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan pak mso..baru saja nak melayari bulan tahun ni dgn aman, tiba2 panas mata pula dgn isu ezam serang kak wan ini. saya tak nak cakap banyak, tapi melalui sms beliau tu, nampaknya ezam kata tinggalkan anwar kerana agama. benarkah dakwaannya itu? saya fikir ezam sendiri tidak tahu agenda sebenar anwar. mungkin kerana tidak sanggup mengharungi onak dan duri jalan politik spt yg terpaksa dilalui anwar, maka ezam berpandangan anwar telah menjual agama Islam.
    cara nak pastikan tembolok terus diisi, ada banyak. gunakan alasan agama ialah yg terbaik seperti zul nordin. duduk dlm pkr banyak mana sgt sumber pendapatan..kalau x roslan kasim takkan tinggalkan pkr.dahlah siang malam dibantai sebagai melayu pengkhianat.
    jadi ezam ni hanya salah satu dari cth org yg gagal dlm perjuangan. amat menyedihkan selepas masuk umno, ungkapan hapuskan korupsi & rasuah yg terang2 dibuat depan mata tidak kedengaran lagi dari mulut ezam, yg ada hanya pujian kerana melantiknya sbg senator boy. nampak sedih sgt kalau betullah ezam berguru dgn sheikh dengkil tu, tapi x memahami aulawiyyat yg cuba dibawa anwar. agaknya dia terlupa nak belajar fiqh aulawiyyat..yg mana aula dlm agenda perjuangan ini, status quo atau menghapuskan korupsi yg semakin menghancurkan negara ini..
    p/s: kpd uuo, anda pun sama mcm org2 umno yg lain, menghukum berdasarkan zanni sahaja..bukti hanya dikutip di tepi2 jalan saja.tak usahlah mudah sgt permainkan tulisan pak mso. wallahu a'laam.

    ReplyDelete
  8. salam tuan MSO..
    benar kata tuan kita tak pasti benar atau tak anwar bsalah hanya dia yg tahu jawapannya..kita sbg hamba tak berhak menghakimi tuduhan berupa fitnah besar ini..hanya Allah yg Maha Mengetahui dan Maha Pengampun..buat senator boy Ezam biarlah dia bersama angan2nya konon dialah wira sejati cuba menampakkan kejantanan di hadapan tuan yg mengupahnya..Ezam!! anda harus sedar apa yg ada lakukan ini anda tidak di dukung sbg hero tetapi anda hanya di benci sebagai pengkhianat!!!!

    ReplyDelete
  9. Salam.....

    Sdr MSO,
    Teruskan usaha anda menulis dgn hikmah.

    Dalam perjalanan kewalian Ezam telah menjadi orang murtad...

    Dalam perjalan fekah Ezam harus dihukum atas fitnahnya & Menimbulkan syak.

    Dulu aku kagum kepada Ezam.
    Tetepi takku sangka Ezam seorang munafik.

    Sesiapa yang ikhlas berjuang x mungkin bersama UMNO.Pengkhianat agama.

    Masih belum terlewat untuk bertaubat.

    ReplyDelete
  10. A'kum Tuan,

    Boleh saya dapat no hp senator itu tak. Saja nak bagi tazkirah sikit.

    ReplyDelete
  11. Sdr Matt maaf saya tak boleh beri nombor telefon Ezam kerana itu personal. Lainlah kalau sdr dapat dari sumber lain. Saya kena hormati etika dan adat. Wassalam.

    ReplyDelete
  12. salam pak MSO... bila baca kisah ezam ni...

    ALLAH... hebat perancangan NYA...

    terbayang saya masa ezam kalah di parlimen shah alam... ketika itu heboh dikatakan ada peti2 undi yg masuk masa waktu selepas tamat masa mengundi...dia ezam kalah

    Syukurlah dia tidak menang disitu..bila dikenang sifatnya sekarang... masa itu kita bersedih sebab UMNO menang lagi di Shah Alam...mmm.. tapi siapa yg tahu sesungguhnya ALLAH akan memberikan satu pemimpin yg lebih baik dari beliau... Khalid Samad...

    Allah tunjukkan kepada penduduk shah alam baik pembangkang & UMNO sifat kemunafikkan UMNO bila mereka sanggup merantai rumah Allah di seksyen 8 setahun lamanya...

    kami penduduk seksyen 8 terpaksa merempat@bermusafir... ke surau2 lain... tapi takperlah... itu adalah ujian bagi kami disini, dan Alhamdulillah Allah telah anugerahkan kemenangan dan sungguh manisnya berjuang semasa itu..

    Sirah Rasul & sahabat bila ditindas oleh puak2 yg bencikan islam dapat kami rasai sekelumit manisnya walaupun tidak terbanding ujian yg dihadapi Baginda & para sahabat.

    Allah... Engkau maha mengetahui apa yg baik untuk kami...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Pak MSO..
    Teruskan menulis dan menegakkan kebenaran. Tulisan tuan yang hanya akur kepada kebenaran sahaja tidak mengira parti amatlah kami rakyat marhaen sanjungi. Sudah letihlah kami membaca cerita2 maksum di media perdana dan laman2 web alternatif, mengagungkan pemimpin puak masing2...

    ReplyDelete