Tuesday, August 31, 2010

Tengah Malam

Catatan Untuk Sebuah Kemerdekaan

DARI birai jendela di tingkat 12 saya menghamparkan pemandangan ke arah pusat bandar Kuala Lumpur. Dari sudut ini sebahagian bandarya Kuala Lumpur yang indah dan permai jelas terbidas ke dalam mata. Dari kejauhan nampak puncak menara berkembar Petronas - lambang kemegahan dan kegoaan seorang bekas Perdana Menteri. Neon isyarat yang bekelip-kelip dari bangunan itu menyambar pemadangan.

Sejajar dan seiringi dengannya beberapa bangunan pencakar langit yang lain, kelihatan sinis dan pesmis kerana cemburu kepada keegoaan menara berkembar itu. Biarlah panorama itu berbalah sesamanya. Jauh di sudut hati terbetik rasa bangga dan megah kerana panorama yang disaksi dibeberapa buah negara membangun juga wujud di sini. Namun kemegahan itu terkoma seketika bila mana tiba-tiba berarak sepatah pertanyaan, siapakah yang memilik itu semua?

Sebenarnya rasa cemburu itu tidak perlu timbul. Kalau semangat Malaysia bergumpal dalam diri, ia tidak menjadi persoalan. Sesiapa yang memiliki segala kemegahan dunia itu, ia adalah hak rakyat negara ini juga. Kemegahan itu adalah perkongsian bersama. Makanya kalaupun tidak dapat menjamah dan memiliki dengan tangan cukup dengan mata. Iya mata.

Di langit udara pekat. Awan seakan tidak bergerak meskipun setapak. Macam ada tanda-tanda hujan akan turun. Di sekeliling yang lain, suasana temaram nan tenang persis menanti sesutau. Dari jendela ini dapat saya merasakan denyut nadi setiap warga ibu kota ini. Bahawa mereka semua sedang menanti detik 12:00 tengah malam dengan penuh perhatin dan debaran. Debaran sama yang dirasai bila setiap kalai tiba saat, tarikh dan hari 31 Ogos.

Demikian keramatnya detik 12:00 tengah malam yang akan menginsutkan detik kedewasaan kemerdekaan kita, 31 Ogos. Tepat pukul 00:00 maka bunyilah dentuman mercun memecah kepekatan malam terbit dari segala penjuru. Cahaya bagaikan kilat memacar ke atas bagikan alunan ombak kegembiraan dan kemegahan sekalian manusia. Suasana yang tadi tenang bagaikan lautan berombak laksana bangkitnya sebuah raksasa dari bumi. Di kejauhan juga terdengar pelbagai suara menjerit dan laungan dengan berbagai makna sebagai mengapriasasikan kemerdekaan.

Untuk kira-kira 15 minit langit Kuala Lumpur dan sekitarnya riuh randah. Di mana-mana kelihatan pancaran bunga api bagaikana mahu memberi tahu makhluk dilangit bahawa alam di bawah milik mereka selamanya. Suasana sungguh gamat dan gegak gempita dan kalut.

Dalam menghayati dan merenungi keriuhan yang melautan itu tiba-tiba terusik di hati apakah keriuahan dan kegembiraan itu suatu masa nanti akan bertukar menjadi kebisingn dan kebingitan sebuah peperangan? Sebuah percakaran dan sebuah perbalahan? Bunyi yang kalut dan riuh itu adalah bayangan kepada satu tragedi benar?

Naunzubilahiminazalik... tidak! Saya mendoakan dan mengharapkan agar kegembiraan, keriuhan dan gegak gempita kemerdekaan ini tidak akan bertukar menjadi gegak gempita sebuah peperangan. Biarlah ia kekal dengan erti dan makna hari ini. Bahawa api dan dentuman itu tetap kekal menjadi sebuah kemerihan dan kebanggaan - lambang kebebasan dan kebesaran bangsa Malaysia.

Kebisingan itu adalah luapan semangat kecintaan dan perpaduan. Api itu adalah menjadi pancaran semangat untuk terus mencerahkan bumi tercinta ini selamanya. Jangan tukar api kegembiraan dan kebebasan itu dengan api peperangan yang manakutkan. Warna yang berbagai rona dan bak kialau belian ini jangan sapu dengan warna merah darah. Jangan tukarkan riuh kegirangan itu kepada suara ketakutan dan histeria.

Biarlah Kuala Lumpur terus mengulik kedamaian untuk semua orang kandatipun alas tidur masing-masing berbeza saiz dan berbeza kempukkan.

Jangan khianati kemerdekaan kita sebaliknya isilah ruangnya dengan erti dan makna kita sendiri. Ayuh kita bergerak menujur kemerdekaan dan meninggalkan belenggu penyeksaan. MERDEKA! [wm.kl. 1:00 pm 31/08/10]

1 comment:

  1. Salam Merdeka kawan2 semua. Kurangkan racism, tambahkan humanism...hapuskan scandalism...

    ReplyDelete