Saturday, August 7, 2010

Ulasan Kunjungan Ke Kilang Carlsberg

Gambar Khalid Akan Digantung Di Kilang Carlsberg

SAYA tidak pasti apakah saya nak ucap tahniah atau tidak kepada ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, (foto) adik kepada bekas menteri, Shahrir Samad yang berjaya memecah rekod menjadi wakil rakyat pertama dari Pas yang melawat kilang arak, Carlsberg di Shah Alam Selangor. Pihak kilang juga mengakui sejak ianya ditubuh lebih 30 tahun lalu itulah kunjungan pertama dari seorang wakil rakyat.

Lebih bermakna lagi ianya dikunjungi oleh wakil rakyat parti Islam.. Pas. Khalid juga was-was dengan kunjungan itu. Seperti mana katanya (dalam blog beliau) ia mungkin mengejutkan banyak orang. Tetapi saya katakan yang saya tidak terkejut dengan kunjungan itu. Saya rasa juga orang lain termasuk Presiden Pas, Abdul Hadi Awang atau Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga tidak terkejut. Mungkin mereka tersenyum saja membaca beritanya.

Ini kerana perubahan drastik dalam Pas sekarang ini terutamanya pembaharuan dan pendekatan yang dibawa oleh Khalid Samad sendiri. Sebelum ini beliau bukan saja berikhtikaf dalam masjid tetapi juga tidak segan silu menghampiri gereja. Semasa pilihan raya kecil di Sibu, Sarawak tidak lama dulu beliau turut mendekati gereja dan memberi risalah kepada orang ramai di situ.

Bukan saja Khalid pemimpin Pas lain juga turut sama masuk ke gereja. Abdul Hadi Awang dan Nik Abdul Aziz Nik Mat juga masuk gereja. Bila gereja kena bakar tidak lama dulu mereka melawat dan menghulurkan simpati dan sedikit wang. Era Pas kini era masuk gereja. Era masuk ke dalam kuil hindu dan juga 'ketik' Siam. Tidak menjadi masalah. Kalau pemimpin lain boleh masuk gereja, kuil, ketik apalah sangat dengan kunjungan Khalid ke kilang Carlsberg itu.

Arak hanya boleh memabukkan tetapi tidak sampai boleh merosak akidah!

Jadi Khalid jangan risau, tidak ada siapa yang ingin marah kepada beliau. Atau merasakan politik beliau itu songsang. Bukankah Islam itu syumul dan toleran? Ruang lingkup dakwahnya meliputi apa saja termasuk ke dalam kilang arak. Bukankah di zaman kehebatan Khalifah dulu banyak gereja artodoks ditukar menjadi masjid. Jadi mungkin ada usaha untuk menukar kilang arak menjadi kilang tuak. Dunia politik itu sangat merindui kuasa dengan apa cara sekalipun.

Seperti mana kata Khalid dia mengujungi kilang itu dengan membawa mesej tertentu. Dengan kunjungan itu beliau tahu yang pekerjanya 300 orang, sebahagiannya umat Islam. Dia juga tahu bahawa kilang itu tidak akan dipindah kerana kosnya mahal. Maksudnya beliau ingin menyelesaikan masalah yang ditimbulkan kilang berkenaan sedikit sebanyak merosakkan imej partinya, Pas.

Jadi apakah manfaat atas kunjungan itu? Tidak terdengar pula Khalid meminta agar kilang itu dimusnahkan saja. Atau pun bercadang nak jadi kilang itu sebagai kilang kopiah. Tidak ada! Cuma dia memberi tahu kepada taukeh kilang itu bahawa kewujudan kilang itu mencacatkan bandaraya Selangor. Dan dia pula mendapat bayangan dari taukeh itu yang mereka tidak akan pindahkan kilang itu kerana kos perpindahannya mahal. Itu saja.

Sepatutnya Khalid lebih berani dari itu. Misalnya beliau boleh cadangkan supaya kilang itu dipindah kalaupun tidak menutupnya terus. Khalid tahu ia mencacatkan Shah Alam. Jadi sebagai ahli parlimen kenapa beliau tidak minta saja kilang itu dipindah dengan cuba mendapat peruntukan kerajaan Selangor membayar kos perpindahannya. Khalid boleh memberi jaminan akan membantunya bagi mendapatkan wang memindahkan kilang berkenaan.

Pada saya lebih molek kalau kerajaan Selangor sediakan kos perpindahan, daripada kilang itu tercegak di situ menjadi mercu tanda yang tidak enak dilihat seperti mana dibayangkan Khalid. Walhasil balik asal.. kunjungan Khalid itu tidak membawa apa-apa perubahan melainkan beliau mencatat rekod sebagai ahli parlimen pertama membuat lawatan bersama ahli-ahli majlis bandaraya.

Saya tidak tahu apakah dengan kunjungan Khalid yang sempat bergambar kenangan itu sebagai menandakan dia seorang ahli parlimen mesra kilang arak? Yang pastinya selepas ini akan tergantunglah gambar Khalid di kilang arak berkenaan.

Kunjungan atau lawatan muhibah Khalid itu nampaknya tidak menjadi masalah. Tidak banyak yang memperpanjangkan lawatan berkenaan. Barang kali kalau kunjungan itu dilakukan orang lain, semisalnya Dr Hassan Ali mungkin lain jadinya. Begitu juga kalau Abdul Hadi Awang yang mengujungi, lain jadinya. Ataupun kalau Idris Ahmad ataupun Tuan Ibrahim Tuan Man. Mungkin Pas terpaksa memanggil muktamar khas bagi membincangkan kunjungan berkenaan.

Mungkin sudah riuh randah dihebuhkan baik oleh Umno dan Pas sendiri. Mungkin sudah ada yang eksploitkan yang Hassan dan Hadi turut memberi sokongan membiarkan kilang itu tercokol di situ. Tetapi kerana ianya dilakukan Khalid tidak ada siapa berani bercakap. Kerana Khalid dilihat sudah immune dengan hal-hal sebegitu. Apakah kunjungan itu tepat? Dan kenapa Hassan dan Hadi tidak mahu kunjung kilang arak itu ialah kerana nak elakkan gambar mereka di sangkut di dinding kilang berkenaan.

Pada saya, kalau kunjungi itu tidak merubah keadaan ia tidak membawa apa-apa makna. Ia mungkin saja dianggap sebagai sikap terbuka ahli parlimen berkenaan. Saya tidak tahu, kerana malam ini ada majlis punggut derma yang mensasarkan untuk dapat RM20 juta, apakah kilang arak berkenaan juga akan menghulur derma dengan cara membeli meja? Saya tidak tahu. Assalamualaikum Tok Guru, bertongkat nampak! [wm.kl.4:50 pm 07/08/10]

7 comments:

  1. kalau khalid nak samakan lawat gereja dgn lawat kilang arak. memang patut la JAIS tak bagi dia bagi ceramah agama

    ReplyDelete
  2. tahniah khalid samad!

    Juga TAHNIAH buat Ayahanda Sayuti atas highlight ini.




    herman che mok
    jalan abdul samad
    80100 Johor Bahru
    MALAYSIA BUMI BERTUAH.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan,
    Terus terang saya katakan bahawa Saya Sedih dengan perkembangan PAS sekarang ini.Biarlah apa sekalipun alasannya.Semua alasan boleh di sadarkan dengan mana2 kisah etc...wbp pada hemat saya, ria tetap tidak molek apatah lagi selepas lawatan tiada apa-apa hasil konstruktif yang dilaporkan. Jika setakat untuk mendapatkan laba politik bukan Islam, saya tidak fikir PAS sefakir dan terdesak sampai begitu sekali. Saya bimbang dengan kelompok2 yang sukar dijangka yg berselirat di dalam parti PAS sekarang ini.

    ReplyDelete
  4. 1. Lawatan khalid sangat baik...tidak mengapa tidak membawa perubahan besar, tp yg penting ia menjadi pemula dan 'ice-breaking'...

    2. Yang penting khalid membawa mesej jelas pandangan sebenar PAS dan dakwah Islam secara sangat berhemat dan pada masa sama memahami masalah lokaliti yg tidak memungkinkan perpindahan..

    3. Kalau Selangor nak tanggung kos perpindahan, ianya merugikan duit rakyat (termasuk duit rakyat bukan Islam yg ramai) terutamanya pada masa ekonomi yg belum mantap, prioriti memansuhkan kemiskinan, membanteras jenayah jauh lebih penting drpd keinginan 'menunjuk-nunjuk' imej yg baik dan juga akan menambahkan polemik politik antara Islam-bukan Islam juga...

    4. Mungkin ada suata masa yg lain yang sesuai untuk difikirkan lokasi baru kilang tersebut, yang akan dilakukan secara baik...

    5. Apapun saya ucapkan tahniah kpd YB Khalid yg berjaya memecahkan satu lagi taboo dlam masyarakat Islam dan majmuk Malaysia yg ramai jenis otak kementot... terutamanya dari pemimpin UMNO yg selepas ini mugkin melabelkan Khalid sebagai 'Khalid Carlsberg' pada masa yg sama dok togak air kencing syaitan di bar-bar mewah

    ReplyDelete
  5. salam. bagus jugak khalid lawat kilang tu. Mungkin khlaid ada cadangan supaya kilang tersebut tidak lagi menggunakan alkohol dalam pembuatan arak dan boleh diminum oleh semua orang.

    ReplyDelete
  6. Pas selama ni berkempen untuk hapuskan arak, tapi kunjungan Khalid ni tak memberikan gambaran yang ia mahu menghapuskan arak. Sebaliknya menunjukkan sikap friendly, malah nak tolong bagi tanah untuk pembesaran kilang.

    Isunya bukan isu lawat kilang arak. Isunya ialah hipokrisi sebuah parti yang berlabel Islam.

    Sebelum kita berkuasa, kita beria-ia kutuk habis-habis. Kononnya hari ni dapat kuasa, esok tutup kilang arak. Tapi bila kita berkuasa, kita pun buat apa yang orang lain buat.

    Kalau bab tutup kilang arak tu, kita masih boleh tolerate. Kita tau, benda tu tak boleh di buat sekelip mata.

    Tapi, tiba-tiba, dari nak tutup kilang arak jadi lawatan sambil belajar. Malah dengan penuh mesra tanya lagi nak tanah lebih untuk pembesaran. Ini satu hipokrisi yang amat memalukan parti berjenama Islam yang menggunakan isu arak sebagai modal politik.

    Saya post benda yang hampir sama di blog khalid samad, tapi langsung tak disiarkan. Dia malu kot. Kalau tindakkan dia betul, takkan dia malu nak siarkan komen saya yang semudah ini.

    ReplyDelete
  7. Tolong jangan kaitkan PAS dgn tindakan Khalid. Malu aku org PAS.

    Dia nak bgtau kat sume org yg die pemimpin liberal demokrat yg hebat.

    Khalid ni klu dgn pemimpin PAS mcm Hasan Ali, Nasharudin, Presiden memang dia tak friendly. Klu dgn tokey kilang arak dia akan friendly!

    ReplyDelete