Bila Beruk Dan Kera Bawa Kereta
[kemaskini] ANTARA sebab kenapa saya tidak pulang pada hari raya atau sebelum raya ialah kerana tidak mahu bergelewat dan serabut kepala di jalanan. Kalau musim raya akan berbondong-bondonglah kereta menuju ke Kelantan. Semua jenis plat ada, banyaknya bermula dengan W (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).
Kebetulan pula saya ada tiga majlis kenduri berturut-turut di Kelantan. Pada 15, 16 dan 17. Kalau hendak ikut 'erel' pada 18 September pun ada. Kenduri itu tidak ada helah untuk menolaknya terpaksa hadir walaupun dalam keadaan bagaimana sekalipun. Itu tidak dikira dengan jemputan rumah terbuka hari raya secara personal lagi. Banyak.
Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli ada majlis di Sungai Pria, Kuala Krai, ceramah untuk pungut derma bagi mendirikan bangunan sekolah agama di kampung itu. Dia juga minta jenguk ke majlis itu.
Saifuddin Nasution Ismail juga ada majlis rumah terbuka 17hb Sept di kampung halaman isterinya di Alur Hijau, atau Air Hijau. Tetapi yang menarik hijau, bukannya biru air laut ataupun biru langit. Khabarnya ribuan juga rakyat yang hadir.
Umno Rantau Panjang juga ada majlis rumah terbuka pada 17hb. Tetapi nasib baik saya tidak diundang dan dijemput oleh sesiapa. Kepingin juga untuk menjenguk majlis hari raya Umno Rantau Panjang itu untuk melihat apakah dua geng yang bergomol; Mohd Zain dan Abdullah Yassin berada dalam satu dewan yang sama. Katanya Tok Empat Umno Kelantan, Mustapa Mohamed juga turut hadir. Mungkin ada gambar Setopa senduk kuah gulai untuk Zain dan Dollah.
Jadi kerana jemputan dan majlis itu berturutan saya ambil keputusan untuk pulang pada majlis itu lagi pun bersesuaian selepas hari raya. Saya sangat mengira pulang selepas raya senang, tidak serabut. Tidak berlaku jam dijalan dan terhindarkan daripada melihat pemandu yang separuh mabuk todi dan separuh samseng, macam beruk dan kera yang hendak menunjuk lagak.
Saya sangat benci kepada mereka ini. (Maaflah). Benci saya kepada mereka samalah dengan bencinya saya apabila mendengar mercun atau nampak budak kecil main bunga api yang ditemani oleh orang tuanya. Benci ini samalah juga dengan bencinya saya mendengar lagu daripada artis yang makan dadah atau pun ditangkap kerana bersekedudukan dengan jantan atau betina.
Entah kenapa saya jadi begitu benci sekali kepada penyanyi yang makan dadah. Begitu mendengar lagunya tidak kira di radio, tv atau dimana saya akan tutup kalau saya berkuasa ke atasnya, atau akan menutup telinga. Anak-anak saya sudah faham perangai saya ini kalau mereka kebetulan tertekan channel dan ada penyanyi yang makan dadah di skrin tv mereka cepat-cepat akan tukar channel sebelum saya melihatnya.
Saya pernah dikatakan kejam seorang penjenguk dengan sikap saya itu. Tetapi itulah hukuman saya kepada mereka. Biar mereka menyedari bahawa ada orang yang membenci mereka atas perbuatan itu. Mudah-mudahan pemulauan itu akan menyedarkan mereka daripada untuk tidak mengambil tahi syaitan itu. Nah, demikianlah dengan pemandu yang samseng dan nak tunjuk lagak di jalanan, sungguh-sungguh saya benci.
Kerana itu saya memilih untuk pulang hari raya ke enam kerana mengira lagak yang memualkan itu tidak akan ternampak dek mata saya. Dengan harapan tidak ada kera dan beruk menjadi raja di jalanan, lega dan selesalah memandu. Tetapi ternyata tekaan saya tidak benar. Jalan raya masih lagi sesak dan gelagat pemandu samseng masih ada. Masih ternampak di depan mata. Bukan seorang tetapi puluhan orang, setiap tempat jam maka adalah kera dan beruk menari di jalan raya.
Waktu balik hari itu jalan lenggang, tidak banyak kereta yang mengarah ke Kota Bharu, tetapi yang berpatah balik masih banyak.
Saya suruh anak bongsu saya kira dalam jarak tiga km jumlahnya 1,200 buah. Sampai dia loya untuk membilangnya dan disambung oleh ibunya yang kemudian juga loya kerana terlalu banyak. Boleh dianggarkan pada raya ke enam itu saja kira-kira 6,000 buah kereta yang menjalar di atas jalan antara jam 9:00 pagi hingga 2:00 petang pulang ke KL. Saya rasa kepulangan anak Kelantan diluar tahun ini agak luar biasa. Banyak! Apakah kerana mereka terpanggil dengan pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 yang membawa gelaran Sultan Mohamad ke V itu? Mungkin juga.
Kepulangan itu sebagai merafak sembah kepada Tuanku menyatakan taat setia dan kegembiraan kerana Tuanku telah sah menjadi Sultan. Kalau tidak kenapa tiba-tiba bilangan mereka kali ini berlipat kali ganda? Kalau benar begitu bermakna pemasyhuran Tengku Faris itu memang ditunggu-tunggu dan didoakan rakyat jelata.
Berkenaan dengan si kera dan beruk tadi mereka ini bukan saja bengkeng tetapi liar di jalan, tetapi juga tidak berhati perut. Mereka tidak reti langsung nak hormat orang dan dan mementingkan diri sendiri. Mereka buat jalan raya macam datuk nenek mereka punya.
Kesalahan yang banyak dilakukan ialah memotong sebelah kiri. Akibat perbuatan inilah menyebabkan berlakunya kesesakan. Mereka akan menyondol kereta mereka untuk masuk ke tengah jalan tanpa beri signal ataupun apa-apa isyarat.Tindakan ini menyebabkan telah menyusahkan pemandu lain yang terpaksa brek dengan mengejut.
Rata-rata bila dilihat kepada muka si pemandu ala beruk dan kera ini mereka semacam saja. Rata-rata yang melakukan kesalahan ini mukanya bengis, kebanyakan atas kepala ada topi dan keretanya juga ada ekor. Kadang ada yang berkaca mata hitam. Eksos keretanya juga sebesar betis gajah. Bunyinya berdaung macam meriam buluh. Asap hitam macam hutan terbakar.
Ada juga yang bersikap 'gedebe' dan tak makan saman ini membawa anak kecil dan ibunya. Saya tidak boleh fikir macam mana mereka sanggup melanggar peraturan lalu lintas sedangkan atas kereta mereka ada isteri, anak kecil dan ibu tua.
Paling merujakan lagi ada juga yang mabuk dan samseng ini terdiri kalangan betina yang di cermin depan dan belakangnya tertampal P. Saya sempat merakam gambar macam mana sebuah kereta dipandu oleh betina. Ketika nak masuk ke tengah jalan dia hampir menyondok kereta di depan saya. Berdecit berdecing saya menekan brek gara-gara si kera betina ini.
Bila berhenti di stesen Petronas di Raub terjumpa pula saya dengan kumpulan betina muda ini. Perangainya sungguh hodoh sekali. Geli geleman saya melihatnya. Pakai baju nampak ketiak berbulu macam janggut jagung, duduk di tembok sambil hisap rokok. Kaki di kangkang macam beruk naik bisul. Sungguh tidak sopan dan tidak tahu malu. Saya kira dia balik Kelantan bukan untuk berhari raya mungkin untuk pergi ke Golok tengok tarian rambung.
Sebenarnya keadaan ini berlaku setiap kali pulang raya. Pemandu yang degil, tidak berhati perut dan dirasuk syaitan ini tetap ada. Mereka tidak pernah insaf. Seruan dan rayuan pihak polis agar pandu berhemah, jangan potong sebelah kiri dan jangan langgar lampu isyarat, jangan pecut melebih had laju tidak dipedulikan. Kerana masih berlaku gelagat yang keji inilah maka saya merasakan mereka lebih kurang beruk atau kera saja.
Sebab kalau mereka manusia, insan kamil, mereka akan mengerti dan sedar apa yang mereka lakukan itu membahayakan diri mereka dan juga orang lain. Kalau diri sendiri celaka tidak mengapa, tetapi yang sedihnya pemandu lain yang tidak berdosa dan berhemah juga ditimpa celaka gara-gara memandu macam beruk dan kera. [wm.kl.10:00 am 18/09/10]
Salam.Selamat Hariraya. Sekadar cadangan untuk Hariraya tahun depan.
ReplyDeletea. Tuan seharusnya mencuba Lebuhraya Pantai Timur. Di penghujung nya Tuan hanya perlu pilih :
a. Jalan Jabor - agak lengang tapi mesti berhati2 ada kerbau. Kalau ada kerosakan kereta agak terhad kemudahan membaiki atau
b. Jalan Kuantan -Trengganu (Jalan pantai - banyak stesen minyak dan kemudahan membaiki kereta tetapi terlampau banyak Traffic Lights yang mengganggu kelancaran perjalanan.
Rasanya Tuan semestinya telah melalui kedua2 jalan ini, dan yang pasti ia jauh lebih selesa dari Jalan KL-Kuala Lipis-Kota Bharu terutamanya di musim perayaan.
Assalaamualaikum.
nak komen sikit. Tahun nie, saya tak balik ke kelantan. sebabnya, saya dah tau...banyak kereta dan akan berlaku macam macam hal. Dulu, 2 tahun lepas, pernah saya di kedah. Raya ke-3, saya balik ke kb. mak oiii, kecut perut saya tengok ore kelate gedebe, potong takm kira tempat. sampai saya ketepi bagi laluan, sedbabnya, saya tak mau terlisted dalam senarai ops sikap, samada cedera ataupun mati. tahun nie, saya balik ke raub jer. walaupun pakai kereta besar, estima, tapi saya lebih pentingkan nyawa. bagi saya, lebih baik mengalah, sama sama selamat. kalau masing masing besar kepala, bahas jadinya.
ReplyDeleteberbalik kepada cerite kera jantan dan kera betina nie, dulu, errr, tahun lepas, masa balik ke raub, saya pernah kena henjut dengan ore kelate, maso tu saya nok balik raub. dia libas depan saya di bentung. mula mula sabar lagi. tapi kera jantan nie tak faham bahaso. ore bagi can, buat buat tak tau. last last saya kejar sampai raub. saya langgar dia sampai masuk parit. lepas tu saya bagi 2, 3 bijik, lain kali tengok ore dulu kalu nok buat hal. kelate samo kelate jugok, tapi kawe jenis panas bare. kawe tok kiro sapo dale kereto. ado 4 ore, habis kawe belasoh. puas ati kawe. lain kali bawok kereto molek, kalu keno hok ore baik selamat, kalu dok, gi klinik, make ubat. pado budok tu, kawe minta maaf lah, hari rayo nie...bule molek, ingat, kalu lalu drp bentung ko raub, jale lurus, demo lari berapo pung, ore lain bule hambat deh...bawok molek lah...he he he ...selamat ari rayo...
Saya ingat ibu negeri kelantan ni patut kasi pindah ke Gua Musang laa. Strategik, aman damai.
ReplyDeleteKB ni dah padat sangat.
Uhuhh..
Bagus komen Tuan Haji ni... Saya pun masa balik Hari Rabu 2 hari nak raya terjumpa juga spesis macam ni di Raub.
ReplyDeleteSaya sampai kat simpang Bilut dalam pukul 4.30 ptg. Nampak kat depan sana nun jauh kereta dah berderet panjang.. Saya dah agak ini mesti jem kat Pekan Raub. Hampir 45 minit kereta terhenjut-henjut. Sebab jalan lurus dalam jarak 1km saya dah nampak ada Polis kat tepi jalan. Tiba-tiba satu kancil potong ikut sebelah kiri bukan main laju lagi. Polis yang berada di sebelah kanan jalan berlari ke kiri jalan untuk menahan Kereta Kancil tersebut. Mungkin pemandu tu tak perasan polis ada. Bila sampai dekat kereta tu rupanya perempuan yang bawa. Kat cermin masih ada "P" lagi.. dalam hati saya kata padan muka, tak pasal2 kena RM300. Lepas tu nak kena tunggu kereta yang last sekali habis baru boleh masuk jalan balik..
Salam , saya setuju dengan catatan tuan. Saya hari-hari dok kelantan sudah muak dengan gelagat berok dan kera yang memandu di jalan raya. Tahun ni saja ,sudah 4 kali sebelah kiri kereta saya telah di sondol oleh berok jantan dan betino.Masing masing nak masuk ikut kiri kerana malas beratur. Bila langgar kita tanya dia jawab, saya bagi segenal dah.Mana kita nampak pasal kereta dia dok sebelah kita, taada pasal nak jengok lampu segenal keta demo.. Bodooo. Sakit hati kita penat beratur demo senang jah masuk ipit belah kiri.Kalulah saya bawa keta gala pasti kawe tepoh , peduli apo.Sampai hari ini kereta saya tak baiki lagi, tiga buah kereta dan sebuah motorsikal, ada lekat 4 warna di badan kereta saya: Ne'las.
ReplyDeletekalu bleh kita kena ambil nombor kereta berok kera ni publish kat internet dengan tittle KETA BEROK GILO.
Tuan MSO.
ReplyDeletePemandu di Malaysia ni bila berada di jalanraya mereka akan jadi tidak siuman.Penyakit itu akan datang tiba-tiba bila pegang steering. Itulah sebabnya manusia mati akan melambak-lambak seperti matinya biawak,kucing tupai dan babi hutan kena langgar tidak kira musim.
Saya percaya penyakit ini tidak ada ubatnya di Malaysia ni .Buatlah Operasi bunuh pemandu pun perkara ini akan terus belaku.
Tuan MSO,
ReplyDeleteRaub tu tempat ambo.....rugi ambo tak dok masa tu, kalau tidak ambo nak tengok juga bulu jagung tuh.....Selamat Hari Raya tuan!.
Saya setuju dengan cadangan materengganu. Sejak 16 tahun lalu setelah mempunyai kereta sendiri, saya hanya menggunakan laluan KL-KUANTAN-KT-KB melalui jalan persekutuan 2&3 untuk pulang beraya. Sekarang makin selesa dengan adanya LPT (Lebuhraya Pahang Terengganu, bukan Pantai Timur sebab tak termasuk Kelantan). Maksima masa diambil cuma 9 jam termasuk berhenti rehat.
ReplyDeletePerkongsian pengalaman 'ngeri' oleh saudara dan rakan yang tersangkut hampir sehari di jalan persekutuan 8 antara Bentong-KB membuatkan saya lebih selesa ambil jalan alternatif.
Cuma sekali semasa hendak pulang ke kota saya cuba gunakan laluan KB-Gua Musang-KL, saya mengalami apa yang tuan MSO alami sehingga keluar ayat yang tak elok menyumpah pemandu yang tak beretika potong Q sesuka hati. Hari tu, saya mengambil masa 17 jan untuk sampai ke KL. Isteri saya turut membebel, sambil kata "tahun depan tak payahla memandai ikut jalan ni lagi".
Mengenai cadangan sorang lagi mengenai Gua Musang dijadikan ibu negeri, saya setuju jugak, cuma kalau boleh ditukarkan nama bandarnya kepada 'Bandar Darulnaim' di samping kekalkan nama daerah Gua Musang. Kalau Pahang ada Bandar Muadzam Shah, Terengganu ada Bandar al-Muktafi Billah Shah yang kedua-duanya terletak di pendalaman, apa salahnya Kelantan juga ada bandar yang cantik namanya walaupun terletak di hulu. Mungkin tuan boleh cadangkan kepada Tok Guru atau Tuanku Sultan yang baru?