Wednesday, September 1, 2010

Melintang Rasa

Mustapa Patut Jadi DO Bukan Menteri

PEMBERIAN wang ehsan kepada rakyat Kelantan dibuat bukan secara membuta tuli, tetapi atas nasihat Peguam Negara. Begitulah kata Mustapa Mohamed, (foto) Tok 4 Umno Kelantan itu. Beliau membuat penjelasan itu setelah Kerajaan Kelantan mengemukakan writ saman terhadap Petronas semalam menuntut agar membayar royalti kepada kerajaan Kelantan seperti mana mengikut perjanjian di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974..

Apa yang hendak dinyatakan Mustapa ialah tindakan pemberian wang ehsan itu dibuat berdasarkan prinsip undang-undang. Sekaligus ia menafikan tuduhan pemimpin kerajaan Pas Kelantan yang menuduh keengganan melunasi royalti minyak itu sebagai pencabulan undang-undang dan penganiyaan secara melanun terhadap harta rakyat Kelantan.

Penjelasan Mustapa ini memperlihatkan siapa Mustapa sebenarnya. Sejauh itu sajalah politik Mustapa. Ia tidak lebih dari sempadan kampungnya di Badak, Bachok atau kawasan dimenanginya di Jeli saja. Peluang menjadi menteri kabinet tidak membawa apa-apa perubahan kepada Mustapa. Beliau masih utuh kekal sebagai pekerja ala pegawai kerajaan dan bukannya pemimpin jauh sekali seorang pejuang.

Mustapa hanya mengikut general order yang dikemukakan kepadanya tanpa langsung berani membuat sesutau di laur general order itu meskipun untuk kebaikan.

Beliau tersalah pilih profesyen sebenarnya. Mustapa bukan sepatut menjadi menteri atau ketua Umno Kelantan, tetapi dia patut menjadi gebenur atau DO. Memang gebenur akan menjalankan tugasnya mengikut undang-undang tanpa menunjukkan kecenderongan melampau kepada mana-mana pihak. Mustapa seorang yang baik tetapi bukan politician yang bijak.

Mustapa tidak dapat membaca apaklah implikasi dari nasihat Peguam Negara itu kepada politik Umno dan dirinya sendiri di Kelantan. Mungkin apa yang dinyatakan Peguam Negara itu betul dari segi perundangan. Tidak salah dengan apa yang dilakukan itu bahkan ia tepat mengikut undang-undang. Tetapi beliau kena faham bahawa politik tidak ada undang-undang dan sering melanggar undang-undang. Politik mengnyahkan undang-undang, adat dan agama.

Peguam Negara mungkin betul memberi 'kebenaran' wang ehsan itu diagihkan tetapi rakyat Kelantan mungkin marah. Sebab rakyat Kelantan mahukan wang royalti bukan wang ehsan. Rakyat Kelantan tidak akan melihat undang-undang itu betul dalam konteks ini. Seharusnya sebagai ahli politik yang inginkan kuasa Mustapa memahami realiti itu. Nampaknya beliau tidak mempedulikan itu dan masih terus mentadbir dalam bingkai kepegawaian yang sempit.

Sebab itulah krisis yang timbul di Kelantan beliau gagal menyelesaikannya. Mustapa tidak berani atau pun pandir untuk menggunakan kuasa yang ada kepadanya. Contoh klasik ialah di Tanah Merah dan Rantau Panjang. Sampai ke hari ini Umno didua bahagian itu berkucah.

Kalau Mustapa bijaksana dalam politik beliau tidak bercakap menggunakan nasihat Peguam Negara itu. Beliau juga tidak perlu mengambil nasihat Peguam Negara yang menyebabkan rakyat Kelantan membencinya. Beliau harus faham mengenai politik. Orang kampung tidak akan dapat menerima nasihat itu walaupun benar kerana tindakan meleyapkan royalti dan digantikan dengan wang ehsan itu menganiayakan mereka dan memberi alamat buruk kepada BN Kelantan.

Percayalah penjelasan Mustapa itu tidak mampu untuk mengurangkan rasa 'murih' rakyat Kelantan atas tindakan Umno. Usaha Mustapa 'membawa' Penguam Negara dan menjustifikasikan usaha beliau hendak meredakan perasaan marah rakyat Kelantan terjadi sebaliknya. Rakyat akan ketawa dengan cara itu kerana mereka merasakan Mustapa ingin memperbodohkan mereka. Cara Mustapa itu benar-benar tidak cerdik. [wm.kl. 9:50 pm 01/09/10]

3 comments:

  1. Tuan MSO,

    1. Setuju dengan pendapat tuan bahawa Tokpa adalah orng yang baik tetapi bukan politicia yang bijak.kekadang teserlah perangai berada diawangan, tidak berpijak dialam nyata.

    2. Tokpa boleh mengeluarkan statement diatas jika di akan bertanding dalam PRU13 ini diluar kelantan. takkan orang jeli begitu taksub dengan tokpasehingga sanggup menafikan hak sendiri.

    3. ambo boleh terimapenjelasan tokpa dan kerajaan jika Kuli dan tun Salleh Abas sudah tiada lagi. Kedua-dua mereka telah menjelaskan kedudukan sebenar mengenai PDA.

    Apatah lagi, fakta yang kemukakan bahawa telaga-telaga minyak di kelantan terletak lebih dekt dengan telaga-telaga minyak di terengganu. masakan dengan kedudukan begitu terengganu boleh mendapat royalti sedangkan kelantan tidak boleh.

    4. Dalam isu ini terserlah dan nampak "tungging" hati budi UMNO(Baru) dalam melaungkan perjuangan bangsa melayu. tindakan menafikan hak rakyat kelantan adalah tindakan bodoh yang akan merugikan UMNO(baru) sendiri.

    Dengan sikap begini, UMNO(Baru) sebenarnya nak berbalah dengan rakyat kelantan. apakah rakyat kelantan yang 98% melayu ini lebih cero melayunya berbanding dengan melayu-melayu dinegeri lain? Apakah darah melayu mamak-mamak itu lebih melayu dari darah melyu kelantan?

    5. Sebenarnya dengan memberi royalti kepada rakyat kelantan, ia boleh membantu meningkatkan kedudukn ekonomiorang melayu.

    Kelantan adalah negeri yang terbaik untuk dijadikan tapak bagi membina ekonomi orang melayu kerana faktor majoriti rakyatnya adalah orang melayu.

    6. dengan duit tersebut kerajaan negeriboleh merangka bersama-sama dengan kerajaan pusat bagaimana untuk mengurus wang tersebut untuk membangun ekonomi orang melayu.

    dengan rakyatnya 98% melayu, adalah senang bagi kerajaan negeri untuk melaksanakan polisi-polisi in favour orang melayu. juga dengan jumlah penduduk bukan melayu yang sedikit, mereka juga boleh di intergrasikan dibawah rancangan tersebut agar seiring dengan orang melayu kelantan membina ekonomi.

    Kerajaan pusat mempunyai banyak kekangan jika ingin melaksanakan polisi-polisi tersebut tanpa mendapat bantahan dari bukan melayu.

    7. Satu lagi faktor yang penting - orang melayu kelantan memounyai daya keusahawanan yang tinggi dalam diri mereka. Mereka adalah kelompok yang sesuai untuk dijadikan asas untuk membina ekonomi orang melayu.

    Juga, terdapat ramai pakar-pakar yang terdiri dari rakyat kelantan dalam pelbagai bidang untuk membantu rancangan pembangunan ekonomi ini.

    bat8

    ReplyDelete
  2. Kalau benar inginkan perpaduan melayu, lanilah umno perlu tunjukkan kerana dengan memberi royalti kepada kelantan secara tak lansung ianya boleh membantu meningkatkan ekonomi orang melayu kerana 95% rakyat Kelantan adalah orang Melayu. Ni dok kata pas toksir perpaduan, hanya umno dok sunggoh. Hampes.

    ReplyDelete
  3. Astaqfirullah, kenapa tok pa ni sanggup bercakap sedemikian, bukankah kuasa pak menteri tu besar dari kuasa AG, tok pa tok pa letak jawatan aja lah balek ke Jeli buat perusahaan sayor di tanah tinggi tu, Terima kaseh Tuan MSO

    ReplyDelete