Si Cicak Dan Harimau Tua
KATA orang kalau harimau sudah tua dan sakit gigi, maka cicak mengkarung pun berani mendekatinya. Tetapi sewaktu ia kuat dan hebat, usahkan hendak mendekatinya mendengar namanya saja sudah kecut perut. Itu bukan gaumannya lagi, kalau mendengar ngaumannya saja orang sudah terberak dan terus demam.
Begitulah apa yang berlaku ke atas kerajaan UBN yang ditulangi Umno dalam menghadapi kes pemuda Cina bernama Wee Meng Chee (Namewee) yang dikatakan menerbit lagu yang berunsur perkauman dan mengecam kaum Melayu. Umno tidak ubah sang belang yang malang itu dan Namewee adalah hanya seekor cicak saja.
Kenapa saya kata begitu, kerana walaupun berbagai pihak mendesak supaya diambil tindakan terhadap pemuda Cina itu tetapi nampaknya kerajaan UBN berat untuk berbuat demikian. Kali ini kerajaan UBN berfikir panjang sebelum bertindak, tidak seperti biasa, cepat dan rakus kadang-kadang tanpa usul periksa sehingga menimbulkan implikasi buruk.
Sehingga kini belum ada apa-apa tindakan dikenakan ke atas pemuda ini. Berbagai pihak termasuk pahlawan Melayu juga sudah membuat desakan. Mereka semua semacam nak marah dengan sikap panjang akal kerajaan kali ini.
Pihak polis memberi tahu siasatan sudah dibuat dan kertas siasatan akan diserahkan kepada peguam negara.
Itu, Riza Marican Naina Marican mempertikaikan kelewatan kerajaan bertindak ke atas pemuda Cina ini. Beliau lantas mempertikaikan kenapa dalam kes-kes lain disegerakan tetapi kes pemuda Cina ini lembab. Keadaan ini menghairankan beliau.
Pahlawan muda Umno Temerloh pula mendesak supaya pemuda Cina ini ditahan di bawah ISA. (Ini sudah melampau!).
Ketuanya Megat Asri Abdul Jalil meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak tegas memandangkan kesalahan dibuat pemuda Cina itu berulang dan boleh mencetuskan api perkauman.
Memang dalam kes Namewee ini seakan ada berat sebelah oleh kerajaan. Beberapa individu yang melakukan kesalahan hampir sama, cepat dibawah ke mahkamah. Ada dua tiga budak Melayu yang melakukan tindakan bersalahan dengan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media kerana dikatakan menghina raja terus diseret ke mahkamah.
Bukan payah unttuk mengetahui kenapa kerajaan UBN berfikir panjang untuk bertindak kali ini. Semua ini ialah kerana sejarah lalu. Kejadian-kejadian lalu yang membabitkan orang Cina telah mengajar kerajaan UBN untuk berfikir panjang. Umno hanya berani dengan Melayu tetapi pengecut dengan orang Cina kerana terlalu ingin mengambil hati.
Misalnya apa yang menimpa Teoh Beng Hock sangat ditakuti oleh kerajaan UBN. Hingga kini kes kematian Beng Hock di ibu pejabat SPR Selangor belum selesai. Tengoklah mayatnya walaupun sudah dikebumikan tetapi digali balik. Kematian itu telah menjadi kontroversi dan menghiris hati orang Cina. Tragedi itu juga bukan saja hebuh di dalam 'ini negeri', tetapi di luar sana juga.
Jadi UBN tidak mahu penahanan atau tindakan tidak berhati-hati ke atas pemuda Cina itu nanti akan menimbul masalah. Silap menahannya ia akan dijadikan modal politik. Bagi UBN implikasi dari apa yang berlaku ke atas Beng Hock itu cukup mengesankan dan mengajarnya dalam melakukan sebarang tindakan.
Persoalannya di sini apakah kerajaan UBN menjaga kepentingan Umno sehinggakan sanggup membiarkan orang yang pada mata rakyat boleh menimbulkan masalah? Kalaulah benar begitu ini menunjukkan kelemahan ketara kerajaan UBN. Beginilah kalau kerajaan terlalu memikirkan soal nasib dan masa depan parti yang menjadi kerajaan sehingga bersikap jinak dengan penjenayah. Apa yang menjadi amalan UBN selama ini nampaknya sudah mula meracun dirinya sendiri.
Keadaan inilah menjadikan pemuda Cina dari Muar Johor berkenaan tidak serik dan makin berani melakukan aksi dan tindakan yang bertentangan dengan Rukun Negara. Pemuda Cina ini sudah memikirkan bahawa beliau tidak mudah untuk diambil tindakan. Dia juga tahu kalau dia masuk penjara dan mahkamah dia dibela.
Mudahnya, pemuda Cina ini cerdik kerana pandai membaca ramalan bintang. Dia tahu kalau beliau dikenakan tindakan akan ada orang membelanya. Yang belanya bukan saja kaum sejenisnya, tetapi segelintir Melayu yang sudah lupa makan secara duduk bersela juga akan bangkit membelanya.
Sesiapa pun boleh menjadi jahat kalau sudah pasti akan di bela kelak. Dalam negara ini bukan mudah untuk menjadi hero, kamu sokong dan pertahankan satu kaum, kaum itu akan membela kamu selama-lamanya. Ertinya sikap perkauman masih bermaharajalela di negara ini. Sekali lagi 52 tahun Umno memerintah negara ia gagal untuk menghapuskan naluri perkauman.
Jadi dalam keadaan Umno sudah jadi harimau tua ini, bukan saja perbuatan dan aksi yang membabitkan Namewee itu akan berlaku, tetapi banyak lagi. Semua yang berlaku itu bukan disengajakan tetapi cabaran untuk kerajaan UBN.
Kepada para pahlawan Melayu tidak usahlah mendesak berlebih-lebihan sangat. Insaflah bahawa Umno yang kini sudah menjadi harimau tua itu sudah tidak bermaya lagi. Mendesak kerajaan UBN bertindak ke atas kes seperti Namewee itu menjadikan Umno semakin sakit saja. Bukan begitu Mat? Mat mana? Mat Maslanlah! [wm.kl.5:30 am 06/09/10]
mca jaga cina, gerakan jaga cina umno terpaksa berhati hati dng cina melayu mesti cari parti baru utk jaga mereka, jawabannya pas
ReplyDeletejika tak percaya, tunggulah suatu masa nanti akan kuar lagi video klip kontroversi dari namewee. kerajaan di gesa bertindak segera !
ReplyDeleteya kerajaan digesa bertindak segera.. jangan asyik nak fikir kertas undi sahaja
ReplyDeletesekurang-kurangnya dalam buku sejarah akan adalah tercatit bahawa bukan kita sebenarnya dalang huru-hara dan perang
kalau ISA itu tindakan agak terlampau mungkin gesaan supaya kewarganegaraan si s*h** dilucutkan mungkin patut difikir kerajaan dia boleh pergi ke negara lain terdekat umpamanya ke Sinagpura, negara ulung yang banyak kemudahan itu....
itulah balasannya, masa ada kuasa tak reti ada kuasa, bila taring dah longgar pelanduk main jentik telog pun tak berani nak buat apa. padan muka hampa...
ReplyDeletemungkin lepas ni ramai lagi namewee akan timbul, versi india, punjabi, dayak, kadazan...
kalau UMNO masih tidak mampu bertindak ke atas si namewee tu maka sokongan Melayu terhadap UMNO akan terus merosot kerana hati Melayu cukup terguris.apa yg mereka tunggu?DS Chua Soi Lek pun dah beri 'lampu hijau' kerana dulu dia yg bela budak ngok ni tetapi skrg dia tidak mahu bersekongkol lagi.Kalau faktor undi membuatkan UMNO/BN takut utk bertindak maka sahla UMNO/BN tidak menjaga kebajikan bangsa dan negara tetapi menjaga hati dan kepentingan puak semata2.
ReplyDeleteKes ni sama lah dgn isu pelajar yg bermasalah di sekolah.Mak bapak dtg membela mati2an anak2 mereka.Guru2 pulak yg dituduh cuba memalukan anak2 mereka.Mengamuk,tumbuk guru dan mcm2 utk membela anak sendiri.Aduhhh..susahnya guru2 utk menjalankan tugas.Kemudian pelajar tadi buat hal lagi,kenapa?sbb dia tau sekolah tak mampu buat apa.dan mak bapak akan sokong dia.PPD [pejabat pelajar daerah ] juga sudah memberi arahan supaya tidak membuang pelajar..hai mcm2.kalau dibuang pun tuk tempoh seminggu jer,kemudian masuk balik sekolah yg sama.Tersenyum dan tersengih pelajar tersebut,dm hati mereka dgn angkuh akan berkata2 " cikgu2 bukan boleh buat apa pun kat aku,buang pun masuk balik ke sini ".Bahananya..mana pegi moral guru yg bertungkuslumus mengawal soal disiplin kalau diambiltindakan, tidak kemana.Akhirnya guru2 berkaitan malas nak brtindak..biarkan sahaja apa yg nak jadi.Kesian guru2..tidak terbela,kerajaan lebih membela org yg bersalah.Memberi ruang utk pelajar menjadi tidak bermoral.Bila melibatkan pelajar,guru tidak disokong.Sdgkan pelajar yg bersalah..mak bapak pun sama,2 x 5.sama2 mangkuk.Kelak kalau anak2 jadi penjenayah,guru2 juga yg dipersalahkan..