Ubah Lokasi Rumah Terbuka PM
SURAT khabar Utusan Malaysia melaporkan 100,000 hadir pada rumah terbuka Perdana Menteri di kediamannya di Sri Perdana, Putrajaya semalam. Tidak kisahlah berapa angka sebenarnya. Yang pasti wajar kalau jumlah kehadiran itu. Kalaupun jumlah mencecah setengah juta, ia juga tidak menghairankan kerana rumah terbuka itu rumah Perdana Menteri.
Kalau kehadirannya sekitar 20,000 tidak ada ertilah bagi seorang pemimpin nombor wahid negara.
Siapa lagi pemimpin tertinggi negara ini kalau bukan perdana menteri. Walaupun Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja ketua agama di negeri-negeri tetapi belum ada rumah terbuka di istana yang dihadiri orang ramai sebegitu rupa. Tidak ada rumah terbuka grand yang diadakan di istana seingat saya. Kalau diada pun secara eksklusif sahaja, rakyat tidak merasainya.
Istana baik istana negara atau negeri boleh mengadakan rumah terbuka. Atau kalau tidak mahu taman-taman dalam istana diinjak orang ramai, ia boleh diadakan di luar istana dengan Yang Dipertua Agong dan Raja-Raja menjadi hostnya. Mungkin perkara ini boleh difikirkan kemudian hari.
Soal peruntukan dan perbelanjaan tidak perlu risau kerana semuanya ditanggung oleh kerajaan. Atau kalau diminta rakyat secara gotong royong membawa makanan mengikut kadar masing-masing pun boleh. Cara itu lebih menyerlahkan semangat kerjasama dan ketaatan orang Melayu keada institusi raja. Majlis itu juga mengeratkan lagi hubungan istana dengan rakyat jelata.
Mengenai rumah terbuka Perdana Menteri dan menteri-menteri lain rakyat tidak perlu merasa teruja dengan kehebatan sambutannya. Atau merasaa teruja dengan hidangan yang disajikan, semuanya lazat dan bergizi. Peruntukan untuk mengadakan rumah terbuka itu adalah wang kerajaan, wang rakyat.
Bukan wang yang keluar dari poket perdana menteri atau isterinya atau menteri-menteri. Walaupun Perdana Menteri dan isterinya mampu untuk menanggung semua kos dengan wangnya sendiri, tetapi wang diperuntukan setiap tahun itu adalah wang kerajaan. Mereka tidak pernah 'absent' daripada mengambil wang berkenaan, kecualilah Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memulangkan wang keraian hari raya kepada kerajaan negeri.
Jadi mereka yang pergi makan jangan merasakan mereka makan makanan yang dibeli dari wang ringgit perdana menteri atau menteri-menteri. Apa lagi untuk mengatakan ketupat dan lemang di masakan oleh isteri perdana menteri. Dalam erti kata lain kalau yang hadir itu berhajat untuk makan lemang, ketupat, satay, ais campur ataupun apa-apa, semuanya dibayar dengan wang rakyat.
Perdana Menteri dan menteri-menteri bersama isteri-isterinya hanya menjadi 'tuan' saja. Tetapi tak mengapalah, biar apa cara dan siapa dapat nama, wang rakat akhirnya dipulangkan juga kepada rakyat. Setidak-tidak ada juga yang sempat disebat rakyat.
Perkara lain yang hendak saya sebutkan di sinilah mengenai tempat dan mereka yang kekesempatan untuk menghadiri rumah terbuka itu. Baik yang datang hendak bergambar dengan perdana menteri dan anak beranaknya ataupun yang hendak menjamu selera.
Saya perhatikan golongan yang pergi itu hanya mereka yang sama. Setiap tahun orang yang sama berjajaran ke rumah perdana menteri. Mereka yang berada di sekitar ibu negara saja. Adapun mereka yang berada nun jauh di negeri-negeri lain, di kawasan hulu tidak pernah berkesempatan merasai kemeriahan rumah terbuka Perana Menteri, melainkan melihat dari siaran tv, akhbar dan radio saja. Mereka hanya mendengar cerita saja akan kebaikan budi perdana menteri dan kelazatan maknan di rumahnya tetapi tidak pernah merasa dan terjatuh di lidah mereka.
Apa kata kalau di masa akan datang difikirkan cara lain untuk mengadakan rumah terbuka. Buat diluar Kuala Lumpur. Misalnya buat di negeri-negeri secara bergilir-gilir. Lebih afdal lagi kalau buat di negeri-negeri itu bukan saja berpusat di ibu negeri, tetapi diadakan rumah terbuka itu jauh ke pedalaman, di Bahau Negeri Sembilan, Ulu Rompin Pahang, Ulu Terengganu ataupun di Baling Kedah.
Kalau di Kelantan buatlah di Kuala Krai bukan di Kota Bharu. Apa masalahnya kalau buat di Kuala Krai. Semua orang Kelantan akan dapat menghadiri diri. Dengan cara itulah baru matlamat perdana menteri hendak mendahulukan rakyat akan tercapai. Ia juga boleh menguji sejauh mana popularnya PM dan juga menguji sejauh mana kesetiaan dan sayangnya rakyat kepada PM. Kalau perdana menteri benar-benar dikasih dan disayangi rakyat para pengampunya akan tetap juga pergi walaupun di mana sekali pun.
Kalau hanya buat di Putrajaya hanya rakyat yang berada berdekatan dan berkemudahan saja yang datang. Segelintir sajalah rakyat yang didahului perdana menteri. Lagipun cara 'memadah' orang ke rumah, masih lagi cara dan stail tuan-tuan besar ala golongan ningrat dan bangsawan.
Saya rasa yang ingin bergambar dengan perdana menteri dan isterinya bukan saja kalangan pengampu politik, tetapi orang Asli, Iban, Dayak, Kadazan dan Dusun juga ingin bergambar sama. Mereka juga ingin berjabat salam demi merasai kehalusan pekerti mereka.
Tidak ada yang susahnya kalau rumah terbuka itu dibawa ke luar. Perdana Menteri mempunyai segala kemudahan yang disediakan. Kalau ke Kuala krai beliau boleh pergi menaiki helikopter kalau malas untuk berkereta. Tetapi kalau beliau sedia berkereta dengan konvoi para menteri menerusi Gua Musang melalui jalan yang macam ulur kena palu dan berlubang-lubang itu.. lagi hebat. Cara itu baru rakyat akan melihat perdan menteri benar-benar berjiwa rakyat.
Kalau hanya mengadakan rumah terbuka di depan rumah, berhawa dingin, dan dihadiri segolongan rakyat sahaja, sukar untuk melihat sejauh mana perdana menteri popular dan ianya juga tidak mencapai maksud yang dilaung-laungkan untuk mendahului rakyat.
Rumah terbuka demikian juga boleh dipraktikan oleh parti-parti yang ingin berkuasa di Malaysia. Cubalah fikirkan idea dan cadangan ini. Harap akan ada pegawai perdana menteri menerima idea ini. Selamat hari raya sekali lagi Mat Maslan. Felda apa khabar? (Terima kasih jemputan rumah terbuka di Johor, di Lubuk Sipat, Benut.. tak dapat hadirlah, jauh). [wm.kl.10:30 am 11/09/10]
Salam tuan haji...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidil Fitri buat tuan haji sekeluarga. Cadangan tuan kepada Pak-pak menteri supaya menyambut raya di luar Putra Jaya amatlah saya sokong. Barulah nampak PM 1 Malaysia. Pada masa itulah kalau jalan berlubang, serta merta akan ditar... kalau tiada bekalan letrik akan dibekalkan. kalau tiada air, maka pada masa itu juga bekalan air diluluskan serta merta... almaklumlah PM nak datang. Projek mee segera. Apapun kami yang tinggal jauh dari sana tak merasalah nak pergi rumah terbuka PM. Telan air liur jelah.
Yang sebok sangat TV buat liputan tu apa hal? Selang sejam tayang, tak TV1, TV3.. Tu belum kira radio, suratkhabar, dll.. Berpada-padalah kalau nak cerita pun.. Tak rasa segan ke..?
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteTuan, saya stuju dgn saranan tuan. Bkn hanya stakat majlis rmh terbuka hari raya, tp juga mjls buka puasa.
Slalu org jemput org susah atau anak yatim dtg bk posa kat hotel. Tp, cb dtg bk puasa kat rmh org susah tu seniri. Rasa n nampak kesusahan rakyat sniri. Sama mcm DS Najib buat dulu masa kempen PRK, mkn besela kt rmh org kpg.
Perkara ni dbuat oleh PM Palestin, Ismail Haniyeh. beliau trn buka puasa di satu rumah rkyt dia, agak daif , sesak, rumah sempit , tiada tngkp, penghuni 8 org. Hasil lawatan, beliau hadiahkn sbuah kipas kpd keluarga trsebut. Tu baru berjiwa rakyat.
YB-yb malaysia patut contohi tndakan mcm ni
Salam Aidil Fitri. Tuan MSO, saya sokong 200% saranan tersebut dan amat menyetujui pendapat bahawa yang hadir adalah muka yang sama saban tahun dan yang dan tak tahu destinasi mana nak pergi(tak balik atau tak ada kampung), makan percuma dan yang lebih teruk lagi pembodek (sebab nak tunjuk muka).
ReplyDelete