Khairy Tunjuk Kejantanan
KETUA Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin meminta agar Duta Malausia ke Indoneisa ditarik balik sekiranya rundingan Malaysia - Indonesia untuk mengendurkan ketegangan yang berlaku di perkarangan kedutaan tidak selesai. Khairy juga membayangkan kalau perlu Malaysia patut menutup kedutaan ataupun hentikan beberapa perkhidmat yang diuruskan oleh kedutaan kita di Kuningan, Jakarta itu.
Sekali dengar tepat juga pandangan Khairy itu. Ia menunjukkan keberanian pemuda Umno dalam berdepan dengan tindakan agresif segelintir rakyat Indonesia. Suara itu suara pemuda ting negara untuk membela nusanya. Syabas.
Khairy juga mengatakan penerusan tunjuk perasaan dan pencerobohan kedutaan kita sebagai kegagalan Menteri Luar, Anifah Aman. Dapat dirasakan Khairy kesal dengan apa yang berlaku dan 'murih' benar dengan Anifah Aman. Apakah maksud Khairy agar kerusi menteri itu kosong dan diganti dengan orang lain. Dan apabila ada proses itu maka wujud satu kerusi untuk membolehkan beliau dimuat di situ? Begitukah?
Bagaimana pun bukan mudah untuk kerajaan menurut desakan Khairy itu. Menutup kedutaan senang, tetapi sebelum ia dibuat perlu lihat apakah risiko dan implikasinya. Saya hormati keberanian Pemuda Umno tetapi merasakan desakan itu keterlaluan. Penutupan sesuatu kedutaan negara akan memberi impak yang besar. Dunia akan menyuluh kita berada dalam krisis kenegaraan besar dengan Indonesia. Sedangkan tanggapan itulah yang kita cuba hindarkan selama ini dengan mana-mana negara sekalipun.
Memang kita kesal dengan apa yang berlaku itu. Sesiapa pun tidak suka dengan tindakan segelintir rakyat Indonesia itu. Sikap berlemah lembut pemerintah Indonesia terhadap penunjuk perasaan itu juga menghairankan kita. Justeru seakan ia direstui oleh pemerintah negara itu. Namun ia bukan harus dilayan begitu dengan menarik balik Duta. Tindakan diplomasi dan secara berhemah hendaklah dilakukan. Masih banyak jalan dan ikhtiar boleh dilakukan.
Kalau ketegangan dan perselisihan sebelum ini, lebih besar dari itu boleh diselesaikan dengan harmoni kenapa tidak dengan perselisihan ini?
Saya hendak tanya Khairy dalam hal ini sejauh manakah Pemuda Umno sendiri berperanan untuk menenangkan keadaan. Apakah yang Pemuda Umno telah lakukan untuk mengeratkan hubungan kedua negara selama beliau menjadi ketua pemuda? Tidak nampak?
Saya ingat kalau dulu Pemuda Umno ada menjalinkan hubungan dengan pemuda (dan juga pemudi) Indoensia menerusi program lawatan timba balas. Baik di zaman Anwar Ibrahim, zaman Najib Razak dan juga di zaman Ahmad Zahid Hamidi jadi ketua pemuda kerap sekali Pemuda bersatu, bersetia dan berkhidmat itu ke Indonesia. Pemuda Indonesia juga kerap datang ke Malaya ini.
Tetapi hari ini nampaknya tardisi dan hubungan itu sudah tidak ada lagi. Sudah putus. Kalau pemuda Umno ke Indonesia pun secara individu dan atas urusan peribadi saja atau untuk bertemu 'cewek'. Kenapa Khairy tidak meneruskannya? Mungkin juga kalau Pemuda Umno mengekalkan jalinan itu ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan ketegangan yang ada dan kedua pihak dapat memahami keperluan masing-masing.
Adalah tidak bijak kalau kita hendak menutup kedutaan atau menarik balik duta kita hanya disebabkan kejadian-kejadian seperti itu. Seperti mana telah disebut oleh kerajaan kedua pihak, mereka yang terlibat menunjuk perasaan itu segelintir rakyat Indonesia saja. Mereka terdiri daripada mereka yang mencari makan dengan cara 'unjuk perasaan' (berdemon). Di mana jika mereka tidak mengambil bahagian mereka tidak dapat makan?
Di Indoensia tunjuk perasaan sudah tidak hairan lagi. Ia berlaku setiap hari hampir di seluruh daerah. Kadang-kadang tunjuk perasaan bukan menyentuh soal-soal besar dan menyentuh maruah negara bangsa pun, tetapi kerana kerbau terputus tali dan masuk ke dalam sawah pun diadakan tunjuk perasaan. Jumlah penunjuk perasaan pula bilangannya 100 kali ganda jumlah penunjuk perasaan anjuran Perkasa.
Khairy kena memahami hakikat dan budaya rakyat Indonesia ini. Sebab itu saya katakan beliau kena jalinkan kerjasama dengan pemuda Pancsila atau PKS. Jangan kerana mengira Indoensia negara kolot, kotor, miskin (dari perspektif sesetengah orang kita) menyebabkan Pemuda Umno tidak terliur untuk mendekatinya. Indonesia mempunyai banyak orang, cubalah berusaha mempergunakan tenaga yang banyak itu.
Saya rasa Perdana Menteri, Najib Razak tidak terasa apa-apa dengan gesaan menantu bekas PM ke 4 itu melainkan menganggap aksi Khairy itu hanyalah sebagai usaha beliau dalam proses menunjukkan kejantannnya kepada orang ramai saja selepas beliau merasakan dirinya pondan apabila tidak dilantik menjadi anggota kabinet. Tergelak Mak Maslan membaca posting ini. Selamat hari raya Mat, Felda macam mana? [wm.kl.4:10 pm 08/09/10]
No comments:
Post a Comment