Sebutir Lagi Bom Kapur Diletupkan Di Kelantan
[kemaskini] SEMALAM saya agak sibuk sedikit dan tidak dapat memberi reaksi kepada kejadian satu 'letupan bom' di Kota Bharu tentang pemberian wang sebanyak RM4 billion kepada kerajaan negeri dan Pas Kelantan oleh sebuah syarikat yang berhati murah. Ramai yang bertanya saya sejauh mana kesan letupan bom berkenaan. Apakah ianya menyebabkan banyak kematian dan kecederaan serta kesan kepada negeri Kelantan. Semalam sepanjang hari melayani seorang wakil rakyat dan rombongan yang mengadakan kunjungan peribadi ke atas saya. (Macam pembesar pulak).
Beberapa orang dan penjenguk blog menelefon secara personal meminta saya memberi ulasan dan mencari punca kenapa bom berkenaan meletup atau diletupkan. Rata-rata kesal atas apa yang berlaku walaupun jauh di sudut hati ianya sukar untuk dipercayai dan menganggap pemberian itu satu taktik murahan yang hanyir.
Kelantan negeri Serambi Makkah yang mana ketua pentadbirannya Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala Sultannya pula, Sultan Mohamad ke V yang warak, zuhud dan berjiwa rakyat. Persoal itu tidak percaya dengan apa yang berlaku itu namun kerana ia disiarkan dalam akhbar sedikit sebanyak meresahkannya.
Jadi pagi ini saya akan memberi reaksi dan mengulas kejadian letupan bom berkenaan. Sebenarnya mereka yang waras akan menolak dengan mudah terhadap apa yang dilaporkan itu. Bagi mereka yang ada akal dan sisa otak bersih dan masih berfungsi tidak pun perlu mempersoalkan mengenai iya atau tidak tentang perkara itu. Ia boleh tolak secara automatik tanpa banyak mencari masa dan ruang mempersoalkannya.
Tetapi bagi mereka yang cenderong dan ada niat buruk kepada kerajaan negeri Kelantan dan Tok Guru akan cuba 'mengogeh-ogehkan' perkara itu supaya ia nampak benar dan betul. Pada saya pemberian replika itu tak ubah sebagai bom palsu saja digunakan oleh orang yang putus ikhtiar.
Secara logik apakah ada manusia yang akan memberi derma kepada sebuah kerajaan dan parti sebanyak itu. RM4 billion bukan jumlah yang kecil. Lagipun proposal yang dikemukakan oleh syarikat berkenaan untuk mendapatkan projek di Tumpat itu masih pun belum ditengok oleh Nik Aziz sebagai MB Kelantan. Memang katanya proposal itu ada di atas meja Tok Guru dan Tok Guru tidak pun membacanya jauh sekali meluluskannya.
Munasabahnya, seperti mana jelas Nik Aziz, dia tidak tahu, kerajaan tidak tahu dan surat cat pun tidak dibuat macam mana derma itu boleh diberikan atas maksud hendak membalas budi? Kerja ini samalah kerja seorang budak yang tergila Siti Nurhaliza si penyanyi itu satu masa dulu. Kerana dia tergila-gilakan kepada Siti Nurhaliza dicetakkan kad undangan kahwin mengatakan dia nak kahwin dengan Siti. Walhasil Siti Nurhaliza usahkan bertunang dengannya, kenal pun tidak dengan budak lelaki itu. Nah begitu jugalah orang yang memberi derma itu lebih kurang budak lelaki yang tergilakan Siti Nurhaliza itu saja. Hukum dan nilailah sendiri.
Negara Malaysia atau mana-mana kerajaan negeri dan parti politik di dunia tidak pernah menerima pemberian sebanyak itu. Begitu juga tidak ada raja dan orang kaya yang 'ngor' - ngor ini gak yang tolol bodoh dan bebal - di dunia ini yang membelanjakan wang sebanyak itu. Tiba-tiba ada seorang manusia bernama Abdul Rahim Abdul Wahab Melayu asal Malaysia sanggup menghulurkan derma sebanyak itu ia satu yang aneh bin ajaib binti tak masuk akal dan s/o gila.
Siapa dia Abdul Rahim pengerusi Eksekutif I' DA World Group Sdn. Bhd (I'DA World) ini? Apakah dia seorang terkaya Malaysia yang disenaraikan bersama Ananda Krishnan atau Robert Quok, ataupun Lim Goh Tong, Nazim Najib, Mokhzani Mahathir dan lain-lain? Rasanya tidak. Jadi kalau dia bukan orang kaya, apakah logik dan munasabah orang yang entah dari mana datang itu boleh mendermakan wang sebanyak itu?
Itu sebab saya kata dia ini kurang empok. Sekiranya dia memiliki wang sebanyak itu beliau tidak perlu menderma kepada Kelantan untuk mendapat projek, cukup dia gunakan wang itu untuk makan dia bersama anak beranaknya. Peruntukan tahunan negeri Kelantan untuk masa 10 tahun pun tidak mencecah ke angka itu. Kalaulah dia menjadi saya dengan wang sebanyak itu saya tidak akan dermakan kepada Nik Aziz atau Pas sebaliknya saya gunakan untuk mengambil kerajaan negeri Kelantan, lagi bagus.
Hanya orang yang tidak waras dan tidak sihat saja akan mempercayai perkara berkenaan. Bagi mereka yang waras akan tergelak dan ketawa dengan apa yang berlaku. Bahawa ada satu lagi drama ataupun babak badut di Kelantan. Entah kenapa di Kelantan sejak akhir-akhir ini pun banyak berlaku perkara yang aneh manih.
Baru-baru ini ada seorang gadis mengaku keturunan Puteri Saadong. Riuh randah orang Kelantan dibuatnya sampai para kerabat raja Jembal berhimpun untuk mencari "DNA" terhadap gadis berkenaan. Walhal awal-awal lagi ia sudah nampak lucu dan bohong tetapi tetap juga dipedulikan. Inilah satu kelemahan orang Kelantan tidak mudah hendak menolak sesuatu yang tahyul, bidaah walaupun nas dan dalil pembohongannya sudah terang benderang.
Jadi dakwaan oleh orang bernama Abdul Rahim memberi wang kepada kerajaan Kelantan dan parti itu juga salah satu lagi babak aneh yang melucukan di Kelantan. Ia tidak lebih daripada babak untuk mencukupkan senarai pelbagai keanehan di Kelantan.
Siapa dia Abdul Rahim ini? Dari maklumat yang diperolehi beliau seorang yang bercita-cita besar untuk jadi seorang usahawan berjaya. Dia sudah lama mendekati keluarga Tok Guru. Katanya dia mendakwa dan memberi tahu kepada orang ramai yang dia baik dengan semua keluarga Tok Guru. Dia juga mendakwa kenal rapat dengan para menantu Tok Guru.
Katanya satu masa dia mendakwa dia adalah keluraga Che Yah.. cik Yah.. cik Yah ni gat isteri Tok Gurulah, Datin Sabariah Ishak. Katanya dia pernah meminta projek tertentu kononnya untuk kepentingan anak menantu Tok Guru. Dia menggunakan nama Tok Guru dan keluarganya untuk kepentingan dirinya. Beliau pernah meminta bantuan seseorang untuk mendapatkan tanah seluas ratusan ekar daripada kerajaan Kelantan.
Selain dari itu dia ini juga dikatakan menjadi alat dan diperalatkan untuk menjauh dan merenggangkan hubungan Tok Guru dengan seorang Exco Kelantan. Ahli keluarga Tok Guru hendaklah faham peranan orang ini bagi mengelakkan keburukan lebih teruk.
Senario ini boleh memberi faham siapa dia ini dan apa jenis orang ini. Senario ini juga akan menjawab kenapa berlaku kejadian yang tidak masuk akal itu tetapi boleh mengejutkan orang ramai dan menyebabkan Umno tersenyum?
Sebenarnya Nik Aziz perlu cemas dan tidak perlu jelas mengenai kejadian itu kerana orang ramai boleh fikir secara logik mengenai kejadian dan laporan terhadap kejadian itu.
Masakan wang sebanyak itu yang hendak diberikan kepada kerajaan Kelantan dan parti, ketua kerajaan dan ketua parti tidak tahu. Anih bukan? Apa pula peranan dan fungsi Nik Din untuk menerimanya sebagai mewakil kerajaan dan parti? Di sini saja bagi mereka yang tahu sistem pentadbiran dan tatsusila hidup sudah merasa janggal dan pelik.
Apa yang boleh difahami di sini babak itu adalah satu perangkap untuk memburukkan imej Tok Guru dan kerajaan Kelantan. Jelas di sini adik Nik Abdul Aziz bernama Nik Din Nik Mat itu sudah menjadi alat dengan tujuan tertentu. Alangkah dayusnya mereka yang memperalatkan adik Nik Aziz kerana beliau seorang yang jujur, ikhlas dan tidak tahu sepak terajang politik. Salahnya di sini orang menganjurkan majlis berkenaan.
Apa yang saya nampak di sini ianya sudah diplankan demikian rupa. Buat replika cek besar-besar tulis derma untuk Nik Aziz atau Pas atau kerajaan negeri kemudian 'pukul gambar' dan masukan dalam surat khabar. Tujuannya biar Umno dan musuh Pas ulas. Dan itulah nampaknya yang berlaku pagi ini bila baca akhbar penjilat punggung. Abdul Rahim bukan saja berjaya memperdayakan Nik Din dan mempermainkan Nik Aziz tetapi ikut sama mempermainkan akhbar-akhbar tertentu yang menyiarkan berita berkenaan. Seharusnya Editor memeriksa dan menilai sejauh mana logiknya kejadian itu sebelum ianya disiarkan apa lagi bagi memberi gambaran Nik Aziz dan kerajaan korup.
Sekali lagi, kalau kita melihat dan menilai wibawa beberapa oknum yang mengulas dan mempersoalkan perkara itu dalam akhbar ia wajar ditolak awal-awal lagi. Orang yang mengulas atau cuba memainkan isu itu juga tidak mempunyai kecerdikkan dan pengetahuan secukupnya dalam hidup mereka. Mereka ini sebenarnya sudah 'dawas'. Kalau mereka ini jenis haiwan mereka tak ubah macam biawak saja boleh libas dan memakan apa benda yang melintas di depan asalnya perut mereka membuyut.
Begitulah selalunya menimpa orang bodoh yang cuba hendak bercakap menunjukkan kecerdikan... ia jadi tambah bodoh. Dia akan cakap apa saja walaupun apa yang dicakapkan itu diketawakan orang. Ada yang meminta SPRM menyiasat pemberian itu kononnya hendak menceritakan kepada dunia kerajaan Kelantan dan Pas sebuah kerajaan yang korup dan parti korup.
Kalau pencadang itu cerdik ada sedikit ilmu ataupun lulus Empat Thanawi tentu dia akan merasa malu untuk membuat desakan demikian. Apakah dia faham bahawa replika itu sudah mempunyai nilai sebanyak RM4 billion. Replika ialah tiruan cek saja yang biasanya dibuat daripada kertas atau polistrim yang harganya tidak sampai RM50.
Rasanya SPRM tidak jadi sebodoh mereka yang suruh menyiasat kes berkenaan. Tidak tahulah kalau sewaktu penambahbaikkan ke atas SPRM yang dibuat baru lalu boleh memsabitkan pemberian replika seperti itu tidak pula saya tahu. Dan kalau ianya boleh disabitkan sangatlah melucukan dan jadilah taraf SPRM itu sama rendah mutu dan darjat dengan orang yang mendesak agar kerajaan Kelantan di siasat ekoran babak lucu dan anih itu.
Melihat kepada maksud perbuatan orang bernama Abdul Rahim itu jelas ia cuba memberi imej buruk kepada Kerajaan Kelantan dan ada unsur-unsur jenayah. Barang kali dalam proses untuk menyapu arang yang dilakukan itu kerajaan Kelantan, Pas dan Nik Aziz sendiri wajar membuat laporan polis ke atas kejadian itu. [wm.kl.8:15 am 22/09/10]
Mendakwa memiliki harta mencecah RM2 trillion...manusia terkaya di dunia Carloss Slim pun tidak sampai RM500b hartanya.Tup2 ada org 'MELAYU' melatah, punya harta yg membuatkan beruk pun 'selok ternganga'..Tapi jika benar dia sekaya itu,baguslah negeri Kelate,satu negeri dlm planet ni memiliki umat yg begitu kaya.Tokoh perniagaan dunia luar sana pun akan 'tersedak' atau mati mengejut jika mendengar perkara ini.
ReplyDeleteSaya sangat sokong pendapat MSO, si Abdul Rahim ni perangainya sama dengan apa yg di panggil jutawan dari Lubnan yg kononya mahu menderma 1 billion kepada Farid Arifin utk membiayai penyakit kanser....
ReplyDeleteAkhirnya terbukti jutawan ini adalah penipu, cumanya dia beruntung kerana dengan penyamaranya itu membolehkan org percaya kononya dia seorg kaya dan dapat kahwin dng anak dara M'sia.
salam, isk sama seotak sya dg ababina328. Bila baca berita itu, terus teringat ke Elie Yusof si jutawan lubnan tuhh....
ReplyDeleteYang suka sangat bagi replika cek ni adalah org UBN dan sealiran dgnya....
ReplyDeleteada berita sebok dok kata chairman bilionwan tu ada bergambar dengan tok guru.. tok guru tak nafi jumpa dgn dia cuma tok guru takde endorse lak projek2 mega dia tu.. cara media spin seolah2 syarikat ni dok berurusan dgn PAS je.. apa kata sambil2 tu pegi laman web syarikat bilionwan tu dan tengok galeri gambar2 dia.. cuba tgk dengan menteri2 parti mana dia dok bergambar/terlibat sebelum ni.. ni link dia http://idaworldgroup.com.my/Everest.php dan http://idaworldgroup.com.my/Bowling.php
ReplyDeleteBukan Dia anak abdul wahad ulam raja...harta yang dipunya di luar angkasa...diberitahu kepadanya oleh seorang peguam yang satu lagi...P.Ramlee dah nampak dahhhh
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam MSO
ReplyDeleteBetullah kata MSO ia satu yang aneh bin ajaib binti tak masuk akal dan s/o gila. Senarai melayu terkaya diMalaysia, contohnya Syed Bukhari pun tidak ada wang sebanyak itu. Ini pulak Ab Rahim Ab wahab yang kita tidak pernah mengenalinya memiliki wang RM4 billion. Jika ada manusia yang mempercayainya samalah dengan pak pandir bin bodoh...
Inilah perlakuan wayang dari watak watak kebodohan,apa pun kami masih tak tergamak nak kata dia orang itu sebagai melayu mamai,mabuk yang bukan dimabukan olih minuman arak.
ReplyDeleteSalam MSO.
ReplyDeleteSaya ni orang kampung ,tak pandai matematik.Nak bilang sampai billion pun tak tahu, ada berapa biji kosong dalam RM 4 billion ?.Benda tak masuk akalderma RM 4 Billion. Yang saya tahu dekat Kelantan ada 2 billion iaitu ( Billion Shopping Centre kat Renaissance Hotel dan Billion Shopping Centre kat Jalan Wakaf Mek Zainab ).Wassalam.
bab bergambar dengan menteri2, dengan org tersohor macam Tok Guru memang antara aset penting utk company2 yg macam ni... faham2 je la kann.... salam ada maknaaa tuuu.
ReplyDeleteErrr.. adik Tok Guru yg terima replika cek tu kena jawap ni...