Tuesday, October 12, 2010

Berita Busora

Tok Guru Akan Tunai Haji Bersama Sultan Mohamad Ke V

HASRAT Tok Guruku, Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menunaikan fardu haji tahun lepas yang terhalang atas kehendak Allah juga inysaAllah akan tertunai pada musim haji kali ini. Tok Guru dijangka akan berangkat ke Makkah awal bulan depan. Tarikh pemergian beliau masih belum ditetapkan.

Maklumat yang diterima dari sumber tertentu sama dengan maklumat yang diterima dari Kuala Lumpur. Jadual penerbangan beliau sedang diuruskan oleh pihak Tabung Haji. Seorang kakitangan Tabung Haji memberi tahu tarikh pemergian itu sekitar 9 atau 10 November. Ini bermakna selepas pilihan raya kecil Galas sekiranya ia berlaku pada 4 Nov.

Apa lebih mengharukan dan manisnya lagi pemergian beliau bersama dengan Tuanku Sultan Mohamed Ke- V. Samada pemergian itu bersama atau satu rombongan tidak dapat disahkan. Sumber-sumber memberi tahu Sultan Mohamad Ke V juga akan berangkat menunaikan haji pada tahun ini.

Ada hikmah besar kenapa Allah menggerak hati orang tertentu mencetuskan isu pemergian Tok Guru ke Makkah tahun selepas sehingga beliau membatalkan pemergian itu dalam keadaan sedih. Rupa-rupanya Tok Guru akan mengeliling Kaabah bersama banginda Sultan Mohamad Ke V, Tengku Mohammad Faris Petra.

Sama-sama kita mendoakan semoga Tok Guru diberikan kesihatan dan kekuatan untuk ke Makkah. Muda-mudahan tidak adalah pula sesiapa yang cuba mempolitikkan pemergian beliau kali ini. Selamat berangkat Tok Guru! [wm.kl.5:50 pm 13/10/10]

8 comments:

  1. Assalamu alaikum tuan. Inilah bukti ilmu kita terlalu sedikit untuk menilai sesuatu yang berlaku dan Allah adalah maha menganugerah.

    ReplyDelete
  2. dari satu sudut, tak elok la TG berhaji berkali2. Ikut sunahnya sekali ja. Dgn byknya saudara2 kita yg menunggu untuk kali pertama haji, ada yg kemaruk berhaji berkali2. Cuba sesekali berada di pihak yang dah menunggu lama tapi masih tak dpt kerna masalah tempat.

    ReplyDelete
  3. Salam tuan MSO,Saya mendoa kan semuga Allah memperkanankan hajat DYMM tuan dan YAB Dato Sri Tok Guru, semuga mereka berdua serta rombongan nya mendapat haji yang mabrur, Insya Allah, Daulat Tuanku, Allah Huakbar

    ReplyDelete
  4. Amin..
    Semoga pemergian menunaikan Haji akan diberkati..
    Jangan campurkan urusan amal seseorang dengan politik..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah,
    itulah setiap kejadian ada hikmahnya tersendiri,hanya Allah jua yang menentukan.

    ReplyDelete
  6. Hati kita ni memang selalu berperasangka buruk pada mereka yg tidak sepemikiran dengan kita. Ada sahaja modal bicara utk sakitkan hati sesama sendiri. Dalam hal nik aziz ni, pasti akan terdengar selepas ini isu yg nik aziz ni hanya pergi bila ditaja. Tahun lepas konon hampir nak pergi dengan tajaan orang awam. Kali ini mungkin jadi sebab di taja kerajaan negeri? Atau nik aziz pergi dengan wang simpanan beliau hasil dari gaji bulanan? harap2 beliau tak sama macam menteri UMNO yg naik haji guna duit kerajaan seperti yg pernah saya dengar tuduhan ini dari rakan2 ahli PAS. Wallahuaklam.. ini sekadar renungan bersama, bukan tuduhan baik pada nik aziz mahupun menteri UMNO tersebut. harap2 ianya berupa khabar angin belaka.

    ReplyDelete
  7. ALHAMDULILLAH!!!

    SYABAS Tuanku... semoga Allah S.W.T., akan terus merahmati dan memberi petunjuk kepada Tuanku untuk terus berjuang menegakkan Syariat Islam dalam pemerintahan Tuanku... dan semoga Allah S.W.T., memberkati Tuanku dan memberi kemuliaan di Singgahsana Pemerintahan Tuanku... ALLAHUAKBAR!!!

    Kami hamba rakyat akan bersama-sama Tuanku, Raja yang Beriman dan Bertakwa Kepada Allah S.W.T. AMIN YA-RABBAL ALAMIN

    ReplyDelete
  8. MB dan KM atau para pemimpin negara mempunyai keistimewaan sendiri sebagai seorang pemimpin.Mereka tidak mengambil hak orang,sebab mereka selalunya diperuntukan tempat untuk ke Mekah.

    Soal terlalu lama menunggu itu ada kaitan dengan 'keizinan Allah' jika sudah 'dijemput, tempoh menunggu yang sepatutnya puluhan tahun akan berubah serta merta.Niat kita jika disertai dengan takdir Allah kita perlu segera ke Mekah maka bila2 masa sahaja kita akan ke sana walupun mungkin kita dalam senarai menunggu ke 500,000.

    Tahniah dan bertuah Tokguru,setahun menepis derita,setahun ditohmah dan dicaci,namun Allah itu lebih Adil dan Maha Kaya.Rupa2nya tahun ini Tokguru akan ke Mekah 'bersama' Tuanku Sultan. Banyak istimewa dan layanan akan diperoleh jika benar Tokguru bersama Sultan menunaikan haji kerana aura seorang Sultan akan memberi tempias ke MBnya sendiri.Pihak kerajaan Arab Saudi pasti tidak terlepas pandang akan kehadiran baginda Sultan ke sana.

    ReplyDelete