Jangan Percaya
Kata Salentia yang kini jadi presiden sebuah NGO, persatuannya tidak akan berkempen di pilihan raya kecil Galas. Tetapi dia tidak akan larang ahli yang menjadi anggota parti berkempen. Murai hendak termuntah mendengar penjelasan si Salentia ini. Seribu tahun lagi pun Murai tidak akan percaya. Kata orang dengar boleh, tetapi untuk percaya jangan sama sekali.
Sekali terkena tidak akan terkena sampai ke bila-bila pun. Cukupkah termasuk ke dalam perangkap buta sehari saja.
Pilihan raya ibarat musim banjir kepada makhluk jenis ini. Belum bah lagi, bunyi saja guruh dia sudah siap sedia untuk melompat. Jadi bila dia kata tidak akan pergi berkempen hanya belawak semata-mata. Tidak percaya sama-sama tenguk nanti, di mana dia kat Galas nanti. Rasanya bukan saja dalam paya atau di sungai tetapi atas bukit dan dalam gua pun dia akan naik dan masuk kerana nak tunjukkan diri kepada umum yang dia sokong Umno.
Di mana pilihan raya di situlah dia berniaga. Dia pandai mencari celah untuk mendapat duit dan menjual nama busuknya.
Tentu dia akan guna alasan sebab Tengku Razaleigh Hamzah jadi pengarah. Tak percaya nak main aci gapa? Nak bertanding sendiri takut kalah malu muka pula jadi cukup kalau membantu Umno dari belakang secara gelap saja.
Sebuah berita dari agensi Bernama di Kedah pula melaporkan 30 orang ahli Pas tunjuk perasaan di hadapan pejabat MB, Azizan Razak. Murai terus tergelak membaca berita berkenaan. Tunjuk perasaan apa kalau 30 orang. Lebih ramai pemberita dan jurugambar dari penunjuk perasaan.
Nampaknya di negara ini mudah sangat untuk membuat berita...mengenai tunjuk perasaan. Tidak payah ramai cukup 30 saja. Kalau begitu pemberita itu boleh buat seribu berita mengenai deemonstrasi sehari. Cari orang dua tiga orang tunjuk perasaan dan lapor.
Entah-entah mereka yang menunjuk perasaan itu diupah seperti mana puak lapar perut kumpulan Bendera di Jakarta. Murai curiga mereka orang Pas dakwaan agensi berkenaan. Kalau mereka orang Pas bermakna mereka sudah tercabut siqah dan sudah berpaling tadah. Kalau begitu lagaknya tak hairanlah Murai kalau kumpulan 30 itu membuat onar di hadapan MB Kedah.
Rasanya elok kalau pihak berkuasa negara ini mewujudkan peraturan khas di mana setiap pihak yang hendak mengadakan tunjuk perasaan harus memenuhi kreteria tertentu. Salah satu kretria yang wajib ialah mengenai bilangan. Ertinya kalau tunjuk perasaan itu tidak mencapai jumlahnya maka media tidak akan mengikhtirafnya dan usahlah dilaporkan.
Atau pun kalau tidak nak buat peraturan media harus bersikap adil di mana jangan saja lapor penunjuk perasaan ke atas kerajaan Pakatan Rakyat saja, tetapi tunjuk perasaan ke atas kerajaan UBN perlu dilaporkan. Ini tidak kalau tunjuk perasaan ke atas kerajaan UBN digelapkan ataupun sengaja disuluh kameranya ke tempat yang kosong.
Murai: Dapat melihat semua dari atas ini.
Ahli PERKASA majoritinya ahli UMNO. Pasti mereka akan berkempen utk UMNO. PERKASA sebuah NGO,mereka bukan parti.Oleh itu,ahli PERKASA pasti akan menyokong parti asal mereka,iaitu UMNO.
ReplyDeleteIbrahim Ali tidak berkempen pun tidak timbul isu sbb PERKASA itu sendiri adalah NGO penyokong kuat UMNO kerana ahlinya adalah org2 UMNO.
Dia akan bermain silap mata jer dalam soal ni.Hari ni pun dia adalah 'org UMNO' kalau tidak mengapa dia tidak menyokong PAS sdgkan dia menang atas tiker PAS..
Dia nak kelentong budak UPSR boleh la,tu pun budak UPSR belum tentu terpedaya.Siapa yg tak kenal Berahim Ali?..sejarah dan rekodnya terpampang di 'setiap pondok telefon atau stesen bas' mcm ah long menampal khidmat kewangan pada mereka yg terdesak..
Kalau dah kaki politik,sampai bila pun akan bercakap dgn sifir politik juga.Sampai mati pun begitulah..tak berubah dah.Kata org tua2,kalau selepas umur 40tahun jika tidak berubah jadi baik maka dia akan terus jadi jahat sampai mati...