Thursday, October 21, 2010

Lintas Langsung Perhimpunan Agung Umno 2

Ucapan Najib Hanya Satu Jam

PRESIDEN Umno, Mohd Najib Razak baru selesai menyampaikan ucapan dasar perhimpunan agung Umno ke-61 yang memakan masa satu jam. Pendek. Selalunya ucapan dasar memakan masa lebih satu jam. Apakah Najib tidak ada modal atau tidak mahu mengulangi modal yang sama?

Saya hanya mendengar suku masa pertama saja, bagaimana Najib menarik perhatian perjuangan Umno yang dibawa oleh takah-takahnya sejak zaman Onn Jaafar, Tuanku Abdul Rahman, Tun Razak, Hussein Onn, Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi. Selepas itu saya terlelap.

Umumnya takah-takah itu bersambungan antara satu sama lain. Beliau banyak memainkan sentimen sejarah dan peranan Umno dalam menjayabangunkan bangsa dan negara. Beliau mengingatkan akan jasa, bakti dan budi Umno yang kini sudah mula dipinggirkan.

Selepas itu saya tertidur dan sedar-sedar Najib memberi jaminan tegas bahawa hak keistimewaan Melayu tidak boleh diusik. Beliau memberi amaran kalaupun ada yang ingin menghapuskan apa yang sudah dimaktubkan tidak dapat dilakukan apa-apa kerana ianya sudah konkrit. Katanya setitik pun apa yang termaktub itu tidak boleh diubah? Betul ke?

Sejauh manakah perlembagaan memberi jaminan terhadap keresahan sesetengah orang Melayu. Kalau perlembagaan begitu kuat dan konkrit kenapa harus dihebohkan kepada para peteluang yang hendak meruntuhkan Melayu yang ditakhta atas perlembagaan itu? Umno tidak perlu gerun kepada sesiapa kalau benar kedudukan hak Melayu itu begitu istimewa dan utuh meraja.

Nampaknya mesej itu Najib tujukan kepada pembangkang, tetapi hakikatnya beliau menghantar mesej itu kepada rakan-rakan Umno di dalam komponen itu sendiri. Kita tenguklah selama ini apakah rakan Umno dari kalangan bukan Melayu akan akur dan memahami mesej berkenaan.

Apakah jaminan dan ketegasan Najib itu akan dipedulikan?

Akhirnya seperti biasa dengan nada lantang penuh bersemangat Najib menyeru ahli Umno supaya bangkit mempertahankan Melayu. Dalam hal ini ada tiga kaedah bagi merealisasikan; mengumpul kudrat, cari penawar dan menggerakkan kerja. Mungkin kudrat ada - menggunakan agensi kerajaan, penawar ada - formula dan kaedah tetapi soal menggerakkan. Ahli Umno sudah mangli dengan kesenangan dan bentuk gerak kerja yang dilakukan selama ini. Ini dilihat masalah yang bakal menimpa Umno kemandulan untuk melakukan gerak kerja.

Di akhir ucapannya Najib mengakhirnya dengan laungan (slogan) Hidup Melayu sebanyak tiga kali. Kemudian ia disudahi dengan pujian agung oleh pengerusi ke atas sang presiden itu dengan menyebut hebat... hebat. Apa yang hebat? [wm.kl. 11:40 am 21/10/10]

10 comments:

  1. Najib klu berhujah mcm budak tadika haha...lawak btul la bebudak bleh la kincing wei...

    ReplyDelete
  2. Ucapan Khairy,ucapan Sharizat, ucapan Rosnah dan Datuk Najib semuanya melihat teks ucapan.Tidak nampak keluhuran ucapan itu daru hati sanubari.Sekadar lakonan,kaku dan tidak sampai ke natijah yg bernama ada roh dlm ucapan itu.Suram,mendatar dan tidak 'masuk hati' kepada yg mendengar.Bertepuk tangan sbb ikut tepuk,sbb org lain bertepuk apa yg ditepuk mereka pun tidak tau.Itulah org Melayu kita,bertepuk secara ikut rentak bukan bertepuk dengan faham dan reti apa yg menjadikan mereka bertepuk tangan.

    Sejarah tidak mampu disembunyikan, DSAI adalah seorg pemimpin yg sanya memiliki kualiti,karisma utk mengkagumkan audien, ucapa bersahaja, melawak tapi benar, gurau tapi serius,boleh menyampaikan ucapan tanpa teks,teks cuma pendamping sahaja,kalau2 terlepas poin,utk terikat dgn teks tidak sama sekali.Pemimpin mcm ini yg akan memukau jiwa dan halwa telinga pengikut.Sebab itu berapa ramai pengkagum beliau meniru2 cara cakap dan suara beliau...yg menikam belakang DSAI pun masih bercakap dan berucap dgn gaya DSAI.

    Selain DSAI, tiada lagi yg boleh menandingi beliau dalam kehebatan ucapan.Ada roh yg hidup menjalar dlm jiwa pendengar. Bukan tempoh masa yg perlu kita jadika isu tetapi isi ucapan yg maha penting.Jika ringkas, tetapi tahap pemahaman dan jiwa rakyat terbangun,itulah yg terbaik.DS Najib TIDAK terbukti seorg pemimpin yg punya karisma dalam berpidato tetapi dia seorg pemerhati dan pencakna kepada keluhan rakyat.Dia seorg yg berkerja.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum mso

    Ape yang hebat dengan ucapan Tuan Presiden UMNO tu ke?
    Jawapannya ade diPRK Galas dan PRU13. sesamalah kita jadi saksinya ye..

    ReplyDelete
  4. mcam mana demo nak tau hebat ke dok... demo tidur... :)

    ReplyDelete
  5. dah nak buat macam mana..kalau niat nak cari salah orang maka yang benar pun di batil kan...

    ReplyDelete
  6. Assalamu alaikum tuan. Tuan ikuti juga sedikit ucapan tu, sedang saya dah tiga persidangan agung UMNO gagal mengikuti sebarang ucapan presidennya. Tak tahulah kenapa sedang di zaman Mahathir dan Pak Lah saya tertunggu-tunggu ucapan mereka. Bukan apa sangat, suka pada teknik ucapan mereka saja.

    ReplyDelete
  7. aku tgk sikit smlm.. geli hati.. dia cakap.. hidup melayu.. jawa pon melayu.. bugis pon melayu.. dayak pon melayu.... yg tak tahan hati aku tu.. mamak pon melayu...muallaf (mungkin dia merujuk kepada cina muallaf kot) pon melayu.... apa da... mcm tu ke PM... agaknya kalau ada lagi saki baki imigran yahudi (seperti yg ada di penang zaman 1800an) kira melayu lah jugak kot.. melayu yahudi

    ReplyDelete
  8. Dewasa in kalau guna teropong angkasa pun amat susah nak cari kebaikan UMNO ni. Bukan tak nak cari baik, kalau ada baikpun UMNO ni hanya 0.1% aje, manakala 99.9% adalah sebaliknya. Kecualilah yang cari tu, orang yang penuh mulutnya disuap oleh UMNO dan hingga colinya pun diberi percuma oleh UMNO. Kalau dah buta hati sampai begitu sekali, lahirlah 1 juta blogers pun yang menulis, tetapi spesis "Si Ikan Masin" yang mambacanya, memang mulia selamanya lah UMNO ni, kini dulu dan selamanya.

    (Mata atas dan bawah sentiasa terbuka, tapi tak nampak apa-apa pun) - itulah "IKan Masin". Zaharah tu mesti tak setuju lagi!

    ReplyDelete
  9. setuju dengan dexidle....aku pun tergelak bila PM bagi takrifan Melayu. Desperate sangat la tu kot nak meraih sokongan.

    ReplyDelete
  10. Assalamu alaikum tuan. Nak sambung sikit je. Nak sambung kata-kata dexidle
    . Najib kata Jakun pun orang Melayu. Peliknya dalam daftar pemilih di Galas Orang Jakun (orang ASli) masuk dalam kelompok lain-lain bukan Melayu. Najib tak tahu ke?

    ReplyDelete