Tuesday, October 19, 2010

Sebuka Mata

Biarlah Mahathir Terus Mengeluarkan Air Bisanya

JALON (bukan nama sebenar) seorang budak jahat dari kampung berhampiran kampung saya. Dia bukan saja jahat, nakal, tetapi pembohong, degil dan suka bergaduh dengan sesiapa saja. Pantang bermain dengannya akan berlakulah pergaduhan. Bohongnya 10 kali ganda pembohongan Zulkefli Nordin.

Jahatnya Tuhan saja yang tahu dan tidak ada di kampung lain. Dia boleh berak dalam daun keladi dan melontarkan najis ke arah Imam yang sedang sembayang. Salahnya sikit saja sebab imam menegurnya agar kembali ke masjid seperti budak-budak lain. Ajakan Imam kepada agama itu dianggap sebagai berfikiran sempit.

Dia juga keras kepala dan tidak menerima pandangan orang lain. Selamanya dia merasakan dirinya saja yang betul, orang lain salah dan tidak mencapai tahap pemikiran termasuk kejahatan dimilikinya. Sampai ke akhirnya (mati) dia berada dalam keadaan begitu dan kejatahatannya menjadi lagenda seperti mana kejahatan dan kezaliman Firaun di Mesir.

Hari ini cerita Jalon menjadi sebutan. Ia dijadikan bidalan dan perumpamaan, kalau nak merujuk kepada sesuatu kejahatan, orang akan kata, kamu jahat macam Jalon. Kalau ada budak degil, orang akan kata degil macam Jalon. Begitu juga kalau ada budak suka bergaduh dan bergasak dengan orang dan merasakan dia hebat, orang akan kata macam Jalon.

Mengingat watak Jalon ini saya teringat kepada watak bekas PM, Dr Mahathir Mohamad yang tidak pernah merasa besalah atas perbuatan politiknya dan apa lagi untuk menginsafinya. Baik sebelum jadi PM semasa jadi PM dan selepas tak jadi PM dia tetap seperti dia. Mahathir seorang yang konsisten sifat, fiil dan juga perwatakannya. Tidak ada penghijarahan akhlak dalam hidupnya. Takah-takah 40, 60 atau 70 tidak berlaku dalam kitaran hidupnya.

Mahathir tidak pernah mengubah cara dia berfikirnya dalam politik. Cara berfikir begitu sudah melekat dan menjadi darah dagingnya. Dia melihat hanya dirinya saja yang betul. Kalau dia sudah tidak suka kepada seseorang dia akan benci selamanya. Sejuring kebaikan orang itu tidak akan diingat dan dikenang lagi. Inilah kedegilan dan kekerasan yang membatu dalam dirinya.
Tiga manusia yang menjadi sasaran Mahathir kerana dendam kesumatnya tidak pernah ada tara dalam hal ini. Pertama Tengku Razaleigh Hamzah kedua, Anwar Ibrahim dan ketiga Abdullah Ahmad Badawi. Bagi beliau saya lihat ketiga orang ini adalah musuh yang dianggap mengekorai perjalanannya sampai ke liang lahad.

Dendam dan bencinya kepada Tengku Razaleigh tidak pernah habis. Tidak ada yang baik padanya bagi Tengku Razaleigh walaupun Tengku Razaleigh melakukan apa saja kebaikan bersama dengannya. Puncanya ialah kerana Tengku Razaleigh menentanngya dalam tahun 1987 kerana tidak dapat menerima dasar dan pendekatan beliau sebagai PM. Penentangan yang membawa dia hampir tewas itu menjadikan ia berdendam terus. Wajah Tengku Razaleigh adalah wajah pembunuh kerjayanya.

(Sebenarnya ada sebab lain lagi menjadikan dia berdendam, nanti diceritakan lain kali).

Kerana perangai busuk itu, saat orang kini memuji Tengku Razaleigh atas kesediaan untuk menerima tanggungjawab sebagai pengarah pilihan raya kecil Galas, Mahathir diam membisu. Tanpa asa apa-apa ulasan dan kata-kata semangat darinya. Mengapa? Jawabnya kerana dendam. Seperti dia tidak sedia untuk memuji Tengku Razaleigh takut pujian mengutungkan Tengku Razaleigh di Gua Musang.

Mungkin juga Mahathir menyedari penerimaan Tengku Razaleigh itu sebagai permulaan untuk mencetus semula usaha memulihkan Umno secara holistik yang dirosakkan oleh beliau selama 22 tahun lalu.
Demikian juga terhadap Anwar Ibrahim. Serangan beliau tidak pernah reda ke atas Anwar. Kalaulah serangan itu persis memukul Anwar dengan kayu dan batu, sudah lama jasad Anwar tenggelam dalam tanah. Bagi Mahathir beliau melihat Anwar sehuduh makhluk atas muka bumi ini. Walaupun Anwar memaafi atas apa juga kesalahannya yang membawa Anwar dan keluarganya merana namun tidak pernah didengari Mahathir. Dendam dan marahnya mengatasi pertimbangan lain, terhadap Anwar. Semacam Mahathir tidak perikamanusiaan dan petunjuk agama dalam menentang Anwar.

Masih seperti Jalon tidak pernah mengakui kesilapannya. Beliau masih beranggapan tindakan mendakwa Anwar lebih 10 tahun lalu tepat dan berasaskan fakta dan bukti katanya. Dia juga menolak yang pendakwaan itu satu konspirasi. Inilah Mahathir bercakap seolah-olah 28 juta rakyat Malaysia semuanya buta, bisu dan pekak untuk memahami dan menilai sandiwara politik jahat politik beliau dalam mempertahankan kuasa dan kedudukannya.

Katanya mana boleh untuk melakukan konspirasi, ia bukan mudah sebab melibatkan orang ramai. Katanya dia tidak pernah panggil hakim untuk makan atau datang ke rumah. Tetapi Allah itu maha menunjuki kebenaran, dalam beliau menafi itu beliau ada pula menyebut kcuali Ketua Hakim Negara. Kalau sudah Ketua Hakim Negara dipanggil, tidak payah lagi panggil hakim-hakim kecil, sebab Ketua Hakim Negara akan mengrahkan hakim-hakim lain seperti mana kehendak perdana menteri itu.

Sejarah telah menunjukkan bagaimana Mahathir menguasai dan berkuasa ke atas hakim. Di zamanya lima hakim Mahkamah Tinggi termasuk Ketua Hakim Negara dipecat. Apakah ini sudah dilupai oleh Mahathir. Kejahatan melampau dan rasa bangga diri melampau menyebabkan kejahtaan tidak tertampan di kolam mata dan orang yang taksub kepadanya pula melihat sebagai satu jasa besar yang harus diasappujakan.

Orang mengatakan Malaysia beruntung mendapat insan seperti Mahathir. Tetapi saya merasakan negara kerugian besar kerana menerimanya sebagai pemimpin selama 22 tahun.

Apakah Mahathir lupa dengan tindakan beliau ke atas Anwar menyebabkan negara menjadi huruhara. Setiap kali beliau melakukan tindakan sadis Umno dan negara huruhara. Tahun 1987 bila beliau mematikan Umno menyebabkan wujud Semangat 46 dan Umno berpecah. Implikasi dari dendam itu Kelantan jatuh ke tangan Pas sampai kini sukar untuk diambil alih.

1987 beliau pecat dan sumbat Anwar ke dalam penjara bukankah menghuruharakan Umno dan negara. Akibat dari itu BN kehilangan kuasa majoriti 2/3 di parlimen dan empat buat negeri. Siapakah yang menjadi punca dan angkara? Bukan Mat Maslan kecuali Mahathir.

Mahathir tidak pernah mencermin dirinya dan tetap merasakan hebat. Kelemahan BN dan Umno itu tetap diletakkan atas bahu orang lain. Dia telah menyalahkan 100 % kepada Abdullah Badawi yang katanya mengsia-siakan mandat besar diberikan rakyat 2004. Fahamkah kita yang dikatakan Mahathir itu. Ianya tidak lain dan tidak bukan kerana Abdullah telah melepaskan singa yang dikandangkan olehnya. Walhal cara Abdullah melepaskan Anwar itu adalah tindakan kemanusiaan yang mulia terhadap satu kekejaman dilakukan oleh seorang Jalon bernama Mahathir.

Kerana itu beliau terus mengkritik Abdullah. Baginya tidak ada satu juring pun kerja dan pengorbanan Abdullah baik dan berguna. Malam siang kadang-kadang dalam tidur beliau melutu dan mencerca Abdullah Badawi. Itulah di Jalon Dr Mahathir Mohamad.

Sebenarnya orang seperti Mahathir ini memang dilahirkan Allah untuk menjadi batu pengasah kepada kita. Anggalah dia sebagai batu yang akan menajamkan pemikiran kita dan mengenalikan kita dengan mentara keTuhanan. Biarlah dia terus berkata-kata selagi mahunya.
Makin banyak dia mengeluarkan kata-kata maka rakyat akan lebih mengetahui dia dan mengenali peribadinya. Mahathir kini umpama ular sawa yang akan mengeluarkan semua air bisa dan racunnya sebelum dia membungkus diri dan terjun ke dalam lubang. Biarkanlah dia mengkritik dan mencerca, kerana sifat mazmumah itu adalah penawar dan pil kesihatan untuk di Jalon ini, tiada pilihan lain hanya itu saja. [wm.kl.8:00 am 19/10/10]

10 comments:

  1. Tuan MSO,

    banyak fakta yang boleh dipertikaikan dalam tulisan tuan kali ini.

    pertamanya, kumpulan Tengku Razaleigh lah yang membawa UMNO ke mahkamah dan akhirnya UMNO diharamkan. jadi, bukan Mahathir yang mematikan UMNO. tetapi, Team B lah yang membawa kepada pengharaman UMNO.

    kedua, Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas bukan dipecat oleh Mahathir. tetapi, beliau telah diadili oleh satu tribunal yang terdiri dari hakim2 dari dalam dan luar negara. apatah lagi hanya YDP Agong sahaja yang boleh memecat Ketua Hakim Negara.

    ketiganya, memang benar Anwar dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri. tetapi, yang membawa kepada masukknya Anwar ke dalam penjara adalah mahkamah itu sendiri. mahkamah yang sama juga membebaskannya dari tuduhan liwat pada September 2004. mahkamah yang 'dipengaruhi' itu..

    ReplyDelete
  2. Di PRU13 nanti,
    1. Kaum Cina tidak akan mengundi MCA dan Gerakan sebaliknya akan mengundi DAP.
    2. Kaum Melayu tidak akan mengundi UMNO kerana melihat UMNO tidak serious menjaga kepentingan Melayu.
    3. BN akan tewas besara-besaran!
    Melayu mudah lupa ............
    Melayu mudah lupa ............

    ReplyDelete
  3. Assalam Tuan,
    Saya tidak pernah membenci PM Malaysia dari yang pertama hingga yang kelima.Saya setuju 101% tulisan Tuan MSO mengenai Mahathir.Manusia yang suka mengaibkan manusia lain...percayalah satu hari nanti dia akan menerima aib yang teramat sangat sebelum meninggalkan alam fana ini.Belum pernah bekas PM kita di-sembur gas pemedih mata tetapi dia telah terkena...tapi itu hanyalah satu permulaan yang kecil.

    ReplyDelete
  4. salam tuan MSO, TM ni Almarhun Tengku A Rahman dah pecat dari UMNO pada tahun 60han dulu,selepas 13 mei,dia naik pentas PAS dihantam tengku dan UMNO habis-habis, apabila Almarhun TAR naik PM, orang yang membawa beliau menyertai UMNO semula ialah Almarhun Dato Harun Idris,MB Selangor,semasa Dato Harun bertanding lawan Dato Ong teng kiat di Ampang Jaya,tahun 80 an, dan Almarhum Datok Harun tidak di terima semula masuk UMNO oleh Tun M, dan Almarhun Datok Harun Meninggal dalam parti Semanagat 46, itulah bencinya Tun M kepada musuh nya.Sekian kalau tak betul sejarah ni tolong betulkan.

    ReplyDelete
  5. Tuan MSO,

    1. Seronok juga membaca komen kama irahsa. Terasa hujah-hujahnya seperti yang keluar dari TDM sendiri. On the surface, secara lahiriahnya betullah hujah sdra kama.

    Bagi mereka-mereka yang mengikuti peristiwa-peristiwa tersebut semasa ianya berlaku, tahu apa sebenarnya terjadi.

    Hujah kamal itu hanyalah sesuai untuk menipu budak-budak masih berhingus atau masih belum lahir semasa peristiwa-peristiwa itu berlaku. Not those we lived thru the said period.

    2. tentang TDM ini, kita yang dewasa semasa 22 tahun pemerintahannya tahu apa yang berlaku. Kita pulangkan kepada Allah untuk menghakiminya kerana allah jua yang Maha Adil dan Bijaksana dalam segala sesuatu.

    Namun begitu, dalam usianya lebih 80 tahun, tindakan-tindakannya banyak yang tidak bersesuaian dengan umur dan statusnya sebagai bekas PM. Apakah umurnya yang panjang ini adalah cara Allah Rabbul Jalil untuk memperlihatkan kepadanya kemusnahan yang beliau lakukan selama 22 tahun ditampuk pemerintahan?....wallahuallam.


    bat8

    ReplyDelete
  6. Tuan MSO
    Saya pernah dengar 'sahrulbariah politik ini mengatakan "masa kita ada kuasa apa pun kita boleh buat" Anwar tu bukan salah apa pun"

    Itulah manusia gila yang ke 99 ini benci lebih dahsyat dari abu jahal.

    Kalau selain dari Anwar saya rasa mahathir dah lama kena tibai.

    Kesian!!! anwar.

    ReplyDelete
  7. Assalamu alaikum tuan. Tahun 1981 saya di tingkatan 2. 22 tahun kemudian tahun 2003 saya telah bergelar bapa kepada empat orang anak. Bayangkan itulah tempoh masa Mahathir jadi perdana menteri. Buat mereka yang faham tentang gerak kerja dan tipu daya politiknya memang benar-benar tersentuh dalam hati bila membaca posting tuan. Itu pun tuan tidak menyentuh bagaimana pertarungan Mahathir ini dengan institusi raha pada tahun 1984 dan 1991, bermusuh dengan mufti, menghina sunah dalam ucapannya dan banyak lagi. Entahlah, kenapa dia masih terus begitu? Mungkin benar dia adalah batu asah untuk menajamkan pemikiran dan kerja kita tapi kalau boleh janganlah sampai batu asah makin lama makin nipis dan akhirnya tak berguna langsung.

    ReplyDelete
  8. Moga PM ketujuh nanti bukan lagi anak didikannya tapi seorang reti masalah dunia akhirat dan dapat mentadbir Malaysia dengan agama langit

    ReplyDelete
  9. Saya pernah dengar org kat Almarhum Ust Fadzil ada sebut atu doa agar Mahathir ni pjg umur supaya dia boleh lihat kerosakan yg berlaku disbbkan dirinya... Allahua'lam.

    ReplyDelete