SEJAK dilantik menjadi timbalan menteri di Kementerian Pengajian Tinggi, saya terus memerhati bagaimana Saifuddin Abdullah menetaskan idea-idea bernasnya dan menyalurkan idealisme beliau yang saya kira mewakili pemikiran orang muda menerusi kedudukannya itu. Saya meletakkan bekas Presiden Majlis Beliau Belia (MBM) ini sebagai tokoh muda yang penuh dengan inovatif, komited dan menjana politik sihat kontemporari yang diimpikan oleh dunia keanakmudaan.
Saya tidak rapat dengan beliau bahkan tidak pernah mendekatinya. Jauh sekali untuk berbual dan bertukar-tukar fikiran seperti tokoh-tokoh muda lain baik dalam Pas atau PKR sambil mengenakan tea tarik di mana-mana cafe atau kopitiam halal. Saya hanya megenali keperibadian kepimpinan, idealisme beliau yang diuahkan menerusi tulisan-tulisannya dan juga bukunya. Sedikit saja saya mendengar peditonya.
Banyak beliau menulis meluahkan aspirasi hatinya dan hati orang muda. Sebagai penganut tegar Umno Saifuddin nampaknya tidak terikat dengan paradigma lapok partinya yang melihat keburukan teruk di pihak pembangkang tanpa sedia menerima kebaikannya dan menganggap apa saja yang Umno lakukan sebagai baik umpama firman dan sabda tanpa boleh ditegur dan diperbaiki.
Malahan beliau kadang-kadang kontra dengan suara original Umno itu sendiri.
Perkembangan ini saya merasakan Saifuddin adalah politician Melayu sejati. Pemimpin muda yang ada potensi dan membawa politik sihat dan tidak suka kepada provokasi ataupun melakukan havoc politik.
Misalnya kesediaan beliau untuk memberi kebebasan kepada mahasiwa berpolitik dengan memansuh (ataupun memberi kelonggaran) terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) jelas menunjukkan keterbukaan pemikiran beliau. Tentunya pendirian berkenaan disenangi oleh suara politik muda. Ia mencerminkan danimika beliau sebagai pemimpin muda Umno. Serta itulah juga tranformasi minda yang perlu berlaku dalam Umno.
Di sini Saifuddin juga komited dan istiqamah dengan kepercayaan dan idealisme Melayunya. Ia juga menyerlahkan leadship beliau. Walaupun cadanagn itu kurang disenangi menteri tetapi beliiu bertegas. Ketegasan inilah membuktikan keulitan beliau selaku pemimpin. Ini yang kita mahu di mana pemimpin adalah memimpin dan membangunkan minda bukan menjadi pak turut ataupun menutupi minda dengan taat secara membuta tuli.

Seperti mana tegasnya kalau tidak boleh disampaikan atas kedudukannya sebagai timbalan menteri (kerana menteri tidak sebulu dan penakut), tetapi dia akan menyampaikan atas kapasitinya sebagai ahli majlis tertingi Umno. Ini kelebihan dan keberanian kerana benar yang ada kepada Saifuddin.
Khabarnya kerana keberanian, terbukaan dan anjakan yang beliau ingin lakukan itu menyebabkan beliau dalam keadaan dingin dengan bosnya, Khalid Nordin. Sikap Khalid itu agak ganjil sedikit kerana Khalid juga sebelum ini dilihat seorang politican yang dilihat terbuka dan berfikir cara baru. Apakah Khalid masih berpegang kepada ajaran lama kalau sudah menjadi menteri, menteri harus senantiasa lebih betul dari timbalan menteri?
Atau pun penyekatan Khalid ini untuk tidak memberi ruang kepada Saifuddin melakukan pendekatan baru dalam kementerian itu terutamanya dalam mengolah politik mahasiswa kerana bimbang akhirnya Saifuddin akan lebih popular darinya? Kalau itu pegangan Khalid ia salah kerana menteri bukan perlu mementingkan populari tetapi memerlukan integriti dengan jawatannya.
Disebabkan hubungan dingin itu juga katanya Saifuddin tidak mempunyai ruang banyak dalam kementerrian itu bagi mencurahkan khidmat baktinya. Dan keistimewaan kebiasaan yang dikecapi menteri seperti mana mrenerima tempias projek (komisyen) dari kontrektor juga tidak dirasai Saifuddin. Betapa tidak untuk menyambung – memperbesarkan sedikit rumahnya di Temerloh katanya dia terpaksa membuat pinjaman dengan Bank Rakyat.
Menjelang perhimpunan agung Umno 19 hingga 23 Oktober ini Saifuddin sekali lagi telah menghantarkan mesej dan satu idea bernas untuk menjadikan parti Umno terus mendapat keyakinan umum.
Beliau melontarkan pandangan Umno memerlukan model politik baru menarusi pemikiran dan pendekatan. Katanya kenapa orang menolak Umno yang disifatkan parti berjasa kerana orang ramai melihat Umno kaku dan tidak dinamik dan tidak mengikut aliran biasa.
Maka katanya Umno menerusi pemikiran perlu melakukan pencetusan idea yang progresif berteraskan penghayatan budaya ilmu, keadilan sosial, pembinaan insiniah, partisipasi demokratis serta kelestarian ekonomi dan alam sekitar.
Mendalami apa yang diajukan Saifuddin itu bererti Umno selama ini sudah tidak bergerak atas landasan berkenaan maka itu gerakan dan pembangunan dilalukan Umno kosong tanpa roh dan ia mudah merelaikan rakyat negara ini dari nilai-nilai murni dan ketamdunan sosial.
.
Pada saya kalau suku saja pemimpin Umno hari ini berfikiran dan mengambil sikap 'tasamuh' seperti Saifuddin sudah tentu Umno tidak akan tergelecah jauh. Apakah orang seperti Saifuddin yang mementingkan kualiti dan tidak sedia membuehkan mulut dengan mengampu, beretorika akan mendapat tempat dalam hirerki kepimpinan Umno. Selalunya pemimpin yang nampak membawa pemikiran yang dinamik, yang ikhlas akan mati di tengah jalan dalam Umno ataupun akan ‘kocel’ dalam politiknya. Mat Maslan suka mencari publisiti dari menumpahkan idea. [wm.kl. 7:00 am 18/10/10]
Catatan: Kocel = kecut, kurus, lembek, makin mengecil macam orang kena kencing manis.
Saya pernah mengikuti pembentangan kertas kerja dalam seminar yang disertai Datuk Saifuddin sebagai pembentang kertas kerja.
ReplyDeleteTernyata, Datuk Saifuddin seorg yang memiliki karisma dan keupayaan menjana pemikirannya untuk dihayati dan direnungi oleh para peserta.
Kehebatan Datuk Saifuddin ialah bijak menguasai audien dan faham membaca kehendak audien. Cara beliau menyampaikan pembentangan begitu menarik,jelas dan mampu manrik tumpuan peserta.Memang wajar jika beliau diberi kedudukan yang lebih baik dalam kabinet kerana sejak dahulu dan kini cara pembawakan dan perwatakan dirinya tidak berubah. Idealisma dan perjuangannya lebih tulus,terbuka, kekitaan,tidak mencari gaduh dengan mana2 pihak.Seorang yg buat kerja untuk kebaikan umum bukan mencari kepentingan peribadi.
Namun,seperti kata Tuan MSO,mana2 pemimpin yang dilihat lebih ramah pembangkang, agak patuh dengan prinsip seorang pejuang bangsa, lebih ikhlas dan tulus menjadi pempin dalam erti kata bernai berkata benar selalunya tidak lama 'usia politik' mereka.Ada2 sahaja halangan dan sekatan.
Tahniah Datuk Saifuddin.Datuk bijak membawa diri.Terhalang untuk bercakap secara 'terus' beliau menulis buku,menggunakan medium lain untuk bersuara.Jika DS Najib ingin melihat UMNO lebih diminati dan lebih dipercayai,pemimpin seperti Datuk Saifuddin perlu dicari seramai mungkin dan diberi tempat yang selayaknya.Mungkin selepas PRU13, jika UMNO masih kerajaan Pusat, Datuk Saifuddin layak untuk seorg menteri,bukan menjadi timbalan kepada sesiapa..itu tempat yg betul untuk beliau.Rasanya Datuk Saifuddin ada bau2 bacang juga dengan PM..betul ker?.
UMNO perlu pemimpin seperti Datuk Saifuddin untuk survive. Datuk Seri Najib perlu menghargai tokoh seperti Datuk Saifuddin.
ReplyDelete