Tuesday, October 19, 2010

Pas Beli Bangunan Umno Kota Bharu

APA sudah jadi? Pembelian bangunan Umno Kota Bharu oleh Dewan Pemuda Pas sungguh memalukan parti tersebut. Ke mana ketua bahagian Umno Kota Bharu, Mohd Fatmi Che Salleh (foto) hendak meletakkan mukanya. Bangunan adalah lambang kediaman dan keutuhan sesebuah pertubuhan. Kalau rumah mereka kini sudah dibeli orang ibarat miskin dan dhaif sangatlah parti berkenaan.

Khabarnya tuanpunya bangunan itu Zaid Ibrahim telah menjual bangunan itu kepada Dewan Pemuda Pas dengan harga RM4.5 juta. Murah. Sebelum ini katanya Zaid minta Umno membayar dengan harta sekitar RM6 hingga RM8 juta sekiranya Umno berminat untuk memiliki bangunan tersebut. Apakah ada diskaun dan ianya begitu tinggi kerana ada apa-apa di sebalik batu?

Hendaknya harga itu harga semasa yang tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi, fleksible. Biarlah pembelian bangunan itu atas perasaan semangat jual beli sebenarnya. Jangan Zaid jual kerana hendak memalukan Umno Kota Bharu tidak baik ataupun mengharapkan apa-apa ganjilan daripada Pas pula. Dan Pemuda Pas pula jadi seronok membeli dengan harga murah kerana ingin memperli Umno Kota Bharu. Jangan sesekali pasang niat tidak baik.

Jangan ditanya dari mana Pemuda Pas memperolehi duit sebanyak itu? Saya masih ingat Akademik Keluarga Bahagia dimana pengerusinya Abdul Latiff Abdul Rahman pernah memiliki wang sebanyak RM5 atau RM7 juta. Mungkin wang itu dipinjamkan kepada Dewan Pemuda Pas untuk membeli bangunan Umno yang terbelangkai itu. Rasanya tidak salah pembelian itu demi maruah perjuangan.

Ataupun Dewan Pemuda Pas buat pinjaman bank? Biarlah jangan peduli dari mana wang itu diperolehi. Dalam dunia hari ini wang sebanyak itu sedikit saja. Saya sendiri kini sedang menyusun dan mengira wang hasil penjualan Siasah kepada Anwar Ibrahim seperti mana ditulis oleh rakan bloger saya Hambali Latiff.

Kerana mudah itu jugalah tidak rasa mustahil kalau jutawan kertas kosong bernama Abdul Rahim Abdul Wahab bermurah hati mendermakan replika chek bernilai RM4 billion kepada Pas Kelantan. Semua orang kini sudah memiliki banyak wang. yang kurang wajar ialah mereka yang menjadi pengampu Umno sahaja.

Sekali lagi kepada Dewan Pemuda Pas Kelantan diucap tahniah. Semoga dengan adanya bangunan sendiri Pemuda lebih berperanan dalam membawa panji membangun bersama Islam. Dan yang paling baik Pemuda juga hendaklah bebas dari diserkup oleh hegemoni mana-mana pihak dan berdirilah atas astka perjuangan sendiri. [wm.kl 6:30 pm 19/10/10]

4 comments:

  1. Saya percaya pembelian itu hanya kerana kedudukan bangunan itu yang strategik. Tiada sebab lain.Eh! Kalau sebab lain salah ke?

    ReplyDelete
  2. Tahniah...hadiah dari DPPK sempena Membangun Bersama Islam selama 20 tahun.... Bagaimana Dewan Muslimat PAS Kelantan ?. Memang sepatutnya PAS memiliki bangunan yang semacam itu. Faktor 20 tahun memerintah dan akan memerintah seterusnya menguasai Malaysia. Amat bertepatan diera YB Ustaz Abdul Latif. Tahniah Ustaz Tif !

    ReplyDelete
  3. Tahniah...hadiah dari DPPK sempena Membangun Bersama Islam selama 20 tahun.... Bagaimana Dewan Muslimat PAS Kelantan ?. Memang sepatutnya PAS memiliki bangunan yang semacam itu. Faktor 20 tahun memerintah dan akan memerintah seterusnya menguasai Malaysia. Amat bertepatan diera YB Ustaz Abdul Latif. Tahniah Ustaz Tif !

    ReplyDelete
  4. Salam tuan MSO,
    Saya ucapkan tahniah yang yang tak terhingga, kepada sof kepimpinan DP Pas Kelantan, Bagaimana pemuda Pas lain-lain negeri saya harap dapat meniru lah akan kegigihan DPPK kalau x dapat macam DPPK pun dapan yg rendah sedikit pun OK lah asalkan dapat bangunan sendiri.Shabbas sekali lagi DPPK,

    ReplyDelete