Thursday, November 4, 2010

Langsung Dari Galas

Pandangan Luar Pas Sudah Atasi UBN Di Galas

[kemaskini] Orang Asli Sokongan UBN? 3:20 pm - kesemua peti undi di pusat pengundian melibatkan Orang Asli, di Pos Broke, Sungai Ber, Belatim, Balar, Bijau dan Hau sudah dibawa dengan helekopter ke pusat pengiraan undi di Dewan Sivik. Peratus keluar mengundi di kalangan orang Asli dikatakan hampir mencecah 100%. Ini bermakna seramai 1,800 Orang Asli keluar mengundi.

Adalah dijangka lebih 80% Orang Asli mengundi BN. Ini dilihat kepada gambaran luar di mana rata-rata Orang Asli yang keluar mengundi memakai baju warna merah. Apakah warna merah akan memenangkan UBN di Galas? Sekiranya undi Pas gagal meraih 49& undi Melayu ini bererti Pas akan kehilangan kerusi Galas. Tunggu selanjutnya...

2:40 pm - sehingga kini sudah lebih 61.39% atau kira-kira 7,092 orang pengundi yang keluar mengundi di Galas. Peratus mengundi mungkin mencecah sekitar lebih 80%. Dalam tempoh dua jam sebelum berakhir masa pengundian jam 5:00 petang munking peratus yang disasaran SPR berjaya diperolehi.


Dalam perkiraan Pas parti itu akan menang sekiranya peratus keluar mengundi rendah. Seperti biasa kalau peratus keluar mengundi tinggi ia boleh mencemaskan Pas.

Secara umum dilihat kepada senario pilihan raya di Galas kali ini Pas menguasai undi Cina diyakini Pas mendapat lebih 70% undi Cina. Manakala UBN pula menguasi undi Orang Asli sehingga mencecah hampir ke 80%. Perebutan kini tertumpu kepada undi Melayu yang menguasai 61.67% dari kesemua jumlah pengundi.

Kedudukan kedua pihak kini saling pintas memintas. Kalau ini berlaku, undi luar sekitar 1,200 undi akan menentukan kemenangan antara Pas dengan BN.


Setakat ini pengundi luar yang datang menuntut elaun perjalanan di pejabat Pas dan UBN hampir sama rata. Di Bukit Cekati orang ramai beratur panjang untuk mendapat elaun yang dipercayai bernilai RM250 orang sahaja. Apakah pengundi luar 'makan' - mengambil elauan dari ekdua pihak?

Kalau hal demikian berlaku susah untuk membuat penilaian awal siapakah yang mendapat undi dari pengundi luar. Sekiranya pengundi luar datang untuk tujuan mengundi dan bukan kerana untuk mendapatkan wang, tentulah mereka akan memilih Pas sebab selalunya pengundi Pas komited dengan pilihan raya.

PEMERHATIAN umum meletakkan dari segi moral, semangat dan sokongan Pas telah mengatasi BN di Galas. Boleh dikata di semua 12 saluran pengundian, Pas mendominasi dengan kehadiran jumlah penyokong dan perayu undi yang ramai.

Hanya di beberapa pusat pengudian saja kelihatan jumlah penyokong sama ramai. Ketika ini bandar Gua Musang dilaporkan telah sesak teruk. Ini berikutan kenderaan luar dipercayai pengundi luar sudah dibawa masuk ke Gua Musang.

Sementara menurut seorang Adun Pas yang bertanggungjawab mengawal sebuah pusat pengundian ramai anak-anak muda yang balik mengundi mendatangi ke pejabat Pas untuk mengambil wang perbelanjaan. Tawaran yang dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya Pas untuk pilihan raya kecil itu, Abdul Halim Abdul Rahman untuk membiayai perbelanjaan menjadi tarikan. Halim menawarkan RM200 untuk penmgundi di Kuala Lumpur dan RM250 untuk pengundi di Johor.

Kira-kira 1,200 pengundi yang dikenal pasti berada diluar dan dipercayai Pas menguasai lebih 50%.

"Ada yang datang berseluar jens dan rambut gendrong dan jika dilihat kepada air muka mereka mengundi Pas," kata Adun berkenaan.

Mereka datang menuntut wang perbelanjaan itu sesudah mereka selesai menunaikan kewajiban.

Tuntutan wang tambang pulang mengundi bukan saja di pihak Pas tetapi UBN juga menyediakan peruntukan sama tetapi tidak diketahui berapa jumlahnya. Mana-mana pengundi yang tergamak mengambil kesempatan dipercayai tuntutan akan diperolehi sehingga RM500 sekiranya mereka menyengat di kedua-dua parti. [**** 12:00 t/hari 04/11/10]
'

No comments:

Post a Comment