Sunday, November 7, 2010

Bidasan Ahad

Qardhawi Malaysia Sila Pilih Gelanggang


WALAUPUN mantan atau sudah menjadi bekas penjawat sesuatu jawatan, tetapi kadang-kadang kenyataan mereka lebih berbara daripada kenyataan penjawat jawatan yang sama kini. Kenyataan mereka masih menjadi renungan, panduan dan bahasan orang ramai. Dalam kata lain kenyataan mereka persis lahar gunung berapi Merapi dan boleh menimbulkan kontroversi. Apakah sifat ini menandakan mereka (mantan, bukan menantang) ini masih berbisa dan relevan?

Perhatikan kepada kenyataan atau ulasan yang keluar dari rongga mulut dua mantan dari dua profesyen yang berbeza, Dr Mahatahir Mohamad selaku mantan PM dan Mohd Asri Zainul Abidin, mantan Mufti Kerajaan Negeri Perlis. Kenyataan dan ulasan mereka sering menjadi rujukkan dan tajuk besar sebuah akhbar arus perdana. Kenyataan dan singgungan mereka terhadap seseorang atau isu masih laku untuk melariskan jualan akhbar berkenaan.

Ternyata selepas menjadi mantan, (bukan menantang) apabila terlepas dari rantai general order, tindakan disiplin dan undang-undang profesyen, mereka jadi lebih berani dan keras. Nampak lebih jujur dan ikhlas. Mereka semacam memejelmakan diri hakikat mereka yang kini sedang menyinggahi syurga.

Apakah untuk menbuat ulasan keras, telus dan berani seseorang itu harus berada dari luar kandang profesyennya yang terikat dengan peraturan itu terlebih dahulu? Jadi kalau begitu, pecatlah mereka (penjawat jawatan sebegitu) baru mereka akan berkokok dengan suara sebenarnya. Baru mereka berpijak di bumi nyata. Selagi mereka dalam jabatan, terikat dengan undang-undang profesyen, general order mereka berkokok hanya separuh suara saja? Ertinya suara mereka sebelum ini adalah suara selektif demi memenuhi naluri parti pemerintah.

Mereka sebegitu mereka yang tidak jujur kepada diri sendiri. Mereka yang cuba hendak menegakkan keadilan tetapi keadilan di dalam diri sendiri mengendur dan mengelebeh. Mereka sebegitu adalah pejuang yang mencari makan menerusi jawatan mereka. Atau yang menyuapkan makanan menerusi lubang bawah bukan lubang atas. Nilailah sendiri kualiti orang sebegitu.

Mahathir jadi berani dan lebih terbuka mengkritik Umno apabila beliau tidak jadi presiden Umno. Dia nampak penyakit Umno dan dapat menghidu segala kebusukan dan kehampakan Umno yang sudah berulat selepas dia tidak berkuasa dalam Umno. Selama dia berkuasa dalam Umno dia juga melakukan kesalahan yang dia benci sekarang ini. Merasakan Umno adalah haruman agung dari firdausi.

Walaupun teguran Mahathir itu betul, tetapi ianya cacat dan sumbang sebab semasa beliau berkuasa beliau tidak menegurnya. Apakah manusia sebegini bukan manusia muanfik? Bila Abdullah Ahmad Badawi jadi PM, Mahathir tiba-tiba dikuriakan kahsyaf oleh Allah untuk melihat segala kebejatan dalam Umno. Umno tiba-tiba menjadi huduh menyebabkan Mahathir keluar dari parti berkenaan. Abdullah bagi Mahathir seolah-olah seperti pelesit dan jembalang.

Demikian dengan Asri Zainul Abidin yang kini menjadi Mufti swasta yang paling berani, paling adil, paling telus dan paling afdal? Selepas beliau tidak menjadi Mufti Perlis nampaknya beliau mahu menjadi Mufti dunia seperti Yusuf al Qardhawi – memberi pandangan, memberi fatwa dan mengkritik apa yang difikirkan palsu dan bercanggah dengan syariah Islam. Asri adalah Ysuf Qardhawi Malaysia. Itu nampaknya yang beliau mahu cari dan lebelkan kepada dirinya, ulama bertaraf internasional yang bebas dan progresif.

Selepas beliau jadi Yusuf Al Qardhawi, skop percakapannya luas dan bebas. Ia bukan bercakap fasal hukum hakam agama saja. Tetapi sudah menjangku langit akal semua orang termasuk melintasi minda orang politik. Dia sudah berkeupayaan mengeluarkan fatwa-fatwa politik yang kontroversi dan bertentangan dengan penilaian demokrasi umum. Dia dlihat dan cuba memperlihatkan dia lebih canggih dari politician modern alis sekular dan juga politician Arab Melayu.

Kita menerima kalau beliau memperluaskan ilmu dalam tubuhnya. Dari bercakap soal kebebasan beragama, keringkasan dalam beribadat, anti bidaah dan khurafah kepada isu-isu politik dan turut memiliki ilmu untuk menyuluh apa yang ada dalam rektrum orang politik. Anihnya semasa Mahathir jadi PM slama 22 tahun dia tidak menerima hidyah untuk berbuat demikian. Kenapa? Apakah rektrum Mahathir kudus dan mulus?

Tidak kedengaran Asri bercakap mengulas dan mengenai pembangunan duniawi gila-gila yang Mahathir lakukan. Tidak pernah Asri menegur Mahathir yang gagal membawa perpaduan antara Pas dengan Umno. Tidak pernah beliau menegur masalah sosial di zaman Dr Mahathir? Tidak pernah beliau memberi formula untuk mengatasi masalah perkauman? Tidak pernah beliau ulas mengenangi kepincangan dasar dan pratik ekonomi baru di zaman Mahathir yang memberi kekayaan kepada kroni?

Anehnya selepas menjadi Yusuf al Qardhawi beliau rapuh untuk mengkritik dan menegur Anwar Ibrahim. Semacam ada imbuhan atau pun baksis tetap untuknya dengan berbuat begitu. Ada semacam dengki dan irihati beliau kepada Anwar Ibrahim. Semacam ada kontras dalam hal ini?

Tidak salah menegur dan mengkritik Anwar. Dia bukan maksum seperti juga Mahathir atau Najib atau Nik Aziz. Body Anwar juga rosak macam body Najib atau Mahathir. Tetapi cara Asri menegur itu ia tidak jujur dan semacam menggunakan air liur ahli Parlimen Kulim Bandar Baru saja. Kalau nak tegur dan buat pernilaian gunalah mirzan Allah dan bukan mirzan atau dacing BN.

Dua tiga hari lepas, beliau minta Anwar berundur. Katanya Anwar gagal jadi ketua pembangkang yang berkualiti dan berkesan. Politik anjuran Anwar juga tidak seimbang dan mengikiskan nilai atau kualiti baik dalam politik dan menyumbang nilai buruk. Begitu kira-kira maksudnya.

Saya ingin bertanya Asri, apakah beliau berlaku adil kepada dirinya sendiri dalam membuat penilaian ke atas kerja-kerja Anwar sebagai ketua pembangkang dengan kerja ketua pembangkan sebelum ini. Apakah beliau mengira Tan Chee Kon lebih baik daripada Anwar ataupun Lim Kit Siang dan Abdul Hadi Awang lebih baik daripadanya?

Rasanya Asri tidak membuat perhatian secara menyeluruh mengenai hal ini dan menimbang Anwar dengan dacing BN semata-mata. Untuk pengetahuan Asri selama beliau membuat pertimbangan menggunakan dacing BN selama itu natijah yang benar tidak akan diperolehi kerana dacing itu sendiri sudah rosak dan senget.

Asri juga mengatakan PKR atau Pakatan Rakyat memerlukan pemimpin baru jika tidak momentum pembakang yang ada sekarang akan lupus. Saya bersetuju, perlu ada persediaan untuk ini. Anwar atau sesiapa yang berada di barisan hadapan dalam Pakatan hari ini tidak akan kekal. Paling lama selepas pilihan raya umum ke 13 mereka akan kondam.

Malangnya Asri tidak sedia menunjukkan calon untuk menggantikan Anwar Ibrahim. Sambil menolak Anwar, beliau kena tunjuk calon lain yang dilihat menerusi jiwa batin dan kahsyafnya. Siapakah yang layak memimpin PKR dan Pakatan Rakyat; Azmin Ali, atau Zaid Ibrahim (dari PKR) ataupun Abdul Hadi Awang, atau Husam Musa atau Nasharuddin Mat Isa dari Pas?

Orang-orang ini saya rasa tidak bertakhta di dalam hati Asri untuk diangkat menjadi pemimpin kerana kurang senafsu dengannya kecuali Nik Aziz. Tetapi masalahanya Nik Aziz sudah lama dan letih.

Orang memahami dengan apa yang dilontarkan Asri itu. Para pencari pengganti Anwar akan faham. Tetapi saya rasa banyak yang tidak faham dan terkapai-kapai dengan pandangan beliau itu. Makanya Asri kena jujur di dalam hal ini. Ulama bukan saja menyatakan haram tetapi menghuraikan apakah sebab-sebab kenapa ia haram. Selepas sesuatu (kalau makanan itu haram) maka ulama juga kena menunjukkan apakah makanan halal dan kena menyediakannya. Tanpa menunjukkan makanan halal menyebabkan orang akan mati kebuluran dan mati, kematian itu sangat zalim dan dosanya akan menimbus ke atas pundak ulama.

Adalah zalim kalau ulama menutup jalan kerana satu muslihat tetapi tidak membuka jalan untuk keluar dari muslihat itu. Pengharaman ini bukan ke atas manusia saja, tetapi kalau menutup laluan air (sungai) ia juga haram. Nah kalau Asri sendiri merasakan dia merasa sudah popular amat, dan boleh memimpin negara ini, beliau perlu membuat persiapan. Saya ingin sebut, dalam politik demorkasi keserabutan dan menhajnya tak sama dengan pancaroba dilalui seorang penjawat jawatan Mufti.

Seorang Mufti boleh menggubal hukum dan menghukum dari atas sejadah. Tenguk Mufti dalam Musang Berjanggut. Mutif boleh mengatakan haram di atas sejadah atau di birai jendela tetapi orang politik untuk mendapt sokongan rakyat perlu bertarung dan turun padang hatta disumbat ke dalam penjara!

Asri kini sedang mencari wadah untuk berjuang. Beliau juga seperti tidak percaya menerusi jawatan Al Qardhawi Malaysia itu tidak akan membawa beliau ke mana. Jadi beliau perlu masuk gelanggang. Makanya lebih 'autentik' kalau beliau mengkritik dan ingin mengajar rakyat membenci Anwar duduklah dalam gelanggang yang jelas.

Pilihlah mana-mana gelanggang ... dan memandangkan UBN sudah mula mendapat kepercayaan rakyat(?) ekoran kemenangan di Galas dan Batu Sapi masuklah Umno dengan tenang dan bertadinglah di mana-mana kerusi dalam pilihan raya umum akan datang. Di situ baru populariti, ilmu, profesonalisme, libralisasi ataupun pulralisme fahaman agama anda milik itu akan diuji rakyat. Silalah... Mat Maslan sedang menanti dengan borang Umno. [wm.kl 11:20 am 07/11/10]

15 comments:

  1. Tuan MSO,
    Ini laman tuan,tuan berhak untuk menulis apa saja.Begitu juga dengan Dr Asri.Beliau punya blog sendiri.Terpulang padanya untuk menulis mengikut pandangannya.
    Orang yang mengenali Dr Asri akan tetap mengatakan bahawa ia tidak pernah berubah.Samada terikat atau tidak dengan perintah am,ulasannya tetap sama.Ia akan berkata ikut cita rasanya,pendapatnya.
    Bagi saya tuan adalah antara pengkritik yang amat diminati apa jua bentuk ulasan tuan.Samada olih mereka yang sebulu atau tidak.
    Saya tidak layak untuk menasihati tuan kerana tuan terlalu luas pengtahuan berkaitan politik,namun sekali sekala cubalah memahami orang lain juga punya hak dan kebebasan untuk memperkatakan sesuatu dan tidak semestinya apa yang disuratkan terselindong disebalik peti undi.

    ReplyDelete
  2. Isu utama dalam komen DR MAZA terhadap Anwar Ibrahim itu ialah apakah ia benar-benar ikhlas?Itu je isunya.Jika ikhlas mana bukti keihkhlasannya itu?Dari komennya terserlah sikap memihak.Dalam hal ini pastilah ia memihak kepada BN sbb dalam politik negara kita ni ada dua kelompok parti sahaja itu BN dan Pakatan Rakyat.

    Cara komen yang dilontarkan DR MAZA itu terlihat ia lebih memihak bukan atas dasar menasihati secara ikhlas.Benar kata Tuan MSO,jika ingin bercakap dan berhujah secara orang politik masuk je parti politik.Pilihlah mana-mana parti untuk berjaung.Bukan melalak dari luar.Seorang yang benar-benar jujur dan berpegang teguh dengan agama mengapa DR MAZA tidak menegur kebobrokan yang juga berlaku dalam BN?.Rasanya lagi banyak masalah berkaitan melanggar hukum agama,rasuah, penyelewengan dan pelbagai macam lagi yang terjadi.Pembaziran wang rakyat juga berlaku sesuka hati..mengapa DR MAZA tidak menegur mereka?.Memang blog itu kepunyaan DR MAZA namun tidak semstinya ia boleh becakap sesuka hati lebih-lebih lagi melibatkan batang tubuh orang lain..kalau ia ingin bercakap soal agama itu hak dia sbb agama menyentuh semua aspek kehidupan manusia..

    ReplyDelete
  3. Ramai orang suka mengkritik, tapi dia tidak menyediakan alternatif atas kritikannya itu. Ini bukan pengkritik yang bagus, ini pengacau ketenteraman!

    ReplyDelete
  4. salam tuan,


    mungkin ada benarnya kritikan tuan,kerana ramai yang tertanya2 apakah kayu ukur Dr asri terhadap kritikan DSAI dan kenapa di saat ini tiba2 kritikan ini dilontarkan.

    Apa pun kenapa Dr asri tidak mebgkritik Dr mahathir adalah kerana Dr asri jadi mufti di zaman Pak Lah,belum sempat nak kritik,Dr mahathir dah turun tahta.

    dan sebelum ini pun banyak juga kritikkan Dr asri kepada UMNO,kepada Pak Lak,kepada Najib dan isterinya,dan juga segelintir ahli PAS..apabila tiba giliran DSAI dinasihati oleh sahabatnya(dr Asri) maka ramai yang melenting dan memberi respons tidaks etuju dan seakan-akan tidak setuju terhadap nasihat Dr asri.

    kelihatannya UMNO yang sering kali dikritik oleh Dr asri lebih terbuka dalam menerima kritikkan Dr asri berbanding PKR!

    ReplyDelete
  5. Salam Tuan MSO..
    Memang sejarah telah membuktikan bahawa yang dikejar manusia adalah kekuasaan bertambah pula ke'popular'an. Jika dihalusi ungkapan mereka begitulah terutamanya fahaman yang dibawa dan yang hendak diketengahkan terutamanya golongan cendikiawan berteraskan Islam moden?
    Pendapat kontrovesi sebegini memang merupakan amalan serta mainan manusia yang mengejar pengaruh almaklum Yusuf Qardawi M'sia yang mendapat sokongan penuh dari UBN (Mahathir/Shahidan etc)serta PR (Saari Sungib/Zuraidah etc).
    Bila diri merasakan kekuatan sudah wujud bersetuju benar dengan pandangan tuan utk beliau menerjunkan diri memperkukuhkan ulama muda UBN sptmana persekongkolan beliau dgn Fathul Bahari. Elok benar jika beliau menterjemahkan @ memperkenalkan penampilan sebenar yang memihak kepada pemerintah sebagaimana ulama bodek dizaman Khalifah.

    ReplyDelete
  6. Tuan MSO. Saya nantikan begitu lama untuk ulasan tuan berhubung sikap "pukul curi" bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Saya telah membaca dengan begitu teliti segala komentar beliau terhadap DSAI. Beliau selalunya bersikap mengambil jalan tengah (mudah) untuk dilihat popular dan mahu dijunjung sebagai "ulama neutral". Beliau juga selalu mengingatkan (tidak mengaku) bahawa beliau bukan orang politik, tetapi selalu memberi komen yang "menyakitkan hati" kepada orang politik sedangkan beliau sendiri tidak berani menari di pentas politik. Beliau hanya berani menembak curi kepada yang lemah (pembangkang) dan hanya berani menegur pemerintah (UMNO) yang zalim secara suam-suam kuku sahaja, tetapi tidak pernah diambil kira oleh pemerintah. Patutlah tulisan dan pendapat beliau hanya layak di Utusan Meloya sahaja. Teguran beliau kepada DSAI langsung tak relevan, seperti orang yang baru sedar dari koma untuk satu jangka masa yang lama (1998-2010) dan tak tahu perkembangan apa satu yang terjadi di negara ini. Janganlah beliau mahu menjadi "kudis buta" kepada seorang pemimpin yang begitu teruk difitnah dan dimalukan oleh bangsa sendiri, demi menegakkan perjuangan dan keadilan. Besar sangatkah pengorbanan beliau berbanding DSAI? Rupanya betullah segala cerita sensasi yang didengar dari rakan-rakan seperjuangan yang pernah belajar sekali dengan beliau. Ianya kini bukan menjadi bahan dan cerita-cerita fitnah lagi. Mohonlah kepada Mat Maslan borang ahli UMNO masih banyak, tambahan pula beliau amat baik dengan Tun Mahathir.

    ReplyDelete
  7. Salam
    Aku pun pelik karakter dr asri ni, sblm ni secara jelas tulisannya tentang IFF islamic fashion show memaparkan najib dan rosmah telah menghina Islam begitu juga dgn pelan menjadikan malaysia sebagai hub hiburan dll, sepatutnya sebagai org dlm bidang agama lebih afdhal dia mengesyorkan najib untuk berundur, dr asri perlu tengok peranan anwar dan sumbangannya dlm penjelasan ttg islam di peringkat antarabangsa, dia manusia biasa ttp lebih banyak berdamping dgn ulamak muktakbar berbanding dr asri yang cuma berbunyi di gelanggang malaysia(tak salah, cuma bila berbicara perlu la berilmu dan menggunakannya, ketepatan dan keutamaan perlu dilihat terlebih dahulu)..lihat sejarah anwar balik bersama abim dan sumbangannya slps itu hungga skrg..kata buat 'RESEARCH'...Salam
    Aku pun pelik karakter dr asri ni, sblm ni secara jelas tulisannya tentang IFF islamic fashion show memaparkan najib dan rosmah telah menghina Islam begitu juga dgn pelan menjadikan malaysia sebagai hub hiburan dll, sepatutnya sebagai org dlm bidang agama lebih afdhal dia mengesyorkan najib untuk berundur, dr asri perlu tengok peranan anwar dan sumbangannya dlm penjelasan ttg islam di peringkat antarabangsa, dia manusia biasa ttp lebih banyak berdamping dgn ulamak muktakbar berbanding dr asri yang cuma berbunyi di gelanggang malaysia(tak salah, cuma bila berbicara perlu la berilmu dan menggunakannya, ketepatan dan keutamaan perlu dilihat terlebih dahulu)..lihat sejarah anwar balik bersama abim dan sumbangannya slps itu hungga skrg..kata buat 'RESEARCH' dalam bidang agama...

    ReplyDelete
  8. klu betul Dr. Asri ikhlas, beliau kena g jumpa Anwar Ibrahim secara personal, nasihati secara baik...berdepan sendiri dengan anwar ibrahim...bukan tegur rata dalam alam maya ni...

    ReplyDelete
  9. Salam,
    Artikel ini jelas menunjukkan Tuan MSO berpihak kepada parti oposisi. Saya bersetuju dengan pandangan anda bahawa Tun Mahathir mengkritik UMNO dengan begitu teruk selepas tidak lagi memegang jawatan sebagai Presiden. Namun, bagi saya beliau merupakan seorang pemimpin yang mampu melihat jauh ke hadapan. Mungkin dulu ramai yang mengatakan kenapa perlu membina KLIA & KLCC. Hari ini Malaysia dikenali kerana adanya KLIA & KLCC.
    Mengulas sedikit tentang Dr. Asri. Bagi saya beliau sering mengkritik tanpa melihat kepada parti politik. Sekiranya beliau berada dalam UMNO misalnya, pasti pendapat2 beliau akan cenderung menyokong UMNO. Jadi, lebih baik beliau berada di luar. Pendapat beliau tentang pemain2 politik sezaman dengan Tun Mahathir perlu bersara, saya amat bersetuju. Politik orang muda hari ini berbeza dengan politik zaman Tun Mahathir, DSAI, Lim Kit Siang dan mereka yang seangkatan. Orang muda hari ini cenderung membincangkan politik tanpa melibatkan parti. Pandangan yang jauh lebih realistis dan tidak memihak kepada sesiapa. Ramai orang muda termasuk saya sudah menyampah melihat telatah pemimpin2 politik yang bertikam lidah untuk isu2 yang tidak penting untuk rakyat.

    ReplyDelete
  10. salam...

    saya rasa tak adil bagi mengkritik Dr Asri kerana beliau bukannya tidak pernah mengkritik kerajaan, bahkan saya tengok dia lebih banyak mengkritik kerajaan BN daripada PR. Tentang mengapa dia tidak mahu masuk politik, saya rasa itu adalah haknya, dan dia menjelaskan itu adalah bagi mengelakkan pendapatnya nanti menjadi berat sebelah. Contoh bila masuk PAS, pendapatnya mungkin tidak akan di dengar lagi oleh orang UMNO, walaupun kenyataannya itu memang benar. Dan Dr ASri juga mungkin susah untuk menegur kalau2 ada kepincangan dalam PR, sebab sudah terang lagi bersuluh, kalau ada kesalahan dalam PR, susah antara ketiga-tiga parti itu untuk menegur antara satu sama lain. Tentang penjelasan tentang perlunya pengunduran DSAI juga adalah haknya sebagai pemerhati dari luar kaca politik. Saya berasa dia tidak mahu segala fitnah yang dilemparkan ke atas DSAI itu akan memperlahankan rentak PR untuk menakluki Putrajaya. Kes liwat, kes DSAI yang didakwa sebagai Islam Liberal, walaupun perkara itu mungkin tidak benar, sedikit-sebanyak telah banyak mempengaruhi orang ramai serta pengundi muda yang masih di atas pagar. Bukan semua orang suka menganalisa politik, sebab kadang orang dengar saja benda tak elok, terus tak sokong. Kebetulan DSAI telah dijadikan "Bull Eye" oleh BN bertujuan untuk memburuk-burukkan PKR dan PR bagi terus mempertahankan kuasa politik mereka, jadi dilihat pihak pembangkang ada cacat cela bagi menggantikan BN. Hanya sebagai pendapat.

    ReplyDelete
  11. Tak apalah.. dalam kehebatan teknologi IT sekarang, semua orang boleh dan senang memberikan pandangannya. Sama ja tuan melabelkan orang, orang juga boleh melabelkan sesiapa sahaja bukan. Bagi orang berpatisan macam saya, tuan berkata, saya tersinggung. Begitu juga tuan, pasti tersinggung jika orang berkata dan mengkritik tuan atau pendirian tuan. Patahkan saja hujah mereka. Kerana mereka ada pengaruh. Hujah dengan hujah. Hujah tuan kini hanya menyerang peribadi. Ok lah tu, jika itu yang terbaik yang tuan boleh berikan.

    ReplyDelete
  12. saya tidak pandai menulis tetapi apa yg di tulis para komentar di atas harus di panjangkan ke blog dr asri juga kerana saya pasti dengan ke egoan beliau,beliau tidak mejengok blog ini

    ReplyDelete
  13. salam..tahniah tuan mso. baru kena buku dengan ruas. tidak sabar rasanya menunggu feedback dari dr. maza ni.

    ReplyDelete
  14. Salam tuan. Tahniah di atas tulisan tuan. Saya tidak bersetuju dgn beberapa komen di atas yg menyatakan pemangkang tidak boleh dikritik. Pembangkang hanya ada blog untuk menjawab segala kritikan, berbeza dgn Kerajaan yg boleh menepis segala kritikan dgn media milik mereka. Setiap kritikan Dr Maza terhadap pembangkang akan menjadi tajuk utama akhbar perdana tetapi setiap kritikan kepada kerajaan hanya seperti angin lalu, contoh isu judi di P.Pinang, tiada akhbar yg ambil peduli. Dr Maza pun boleh di kritik ke ?

    ReplyDelete
  15. Salam.... saya yakin, orang yang paling tak suka [sebut tak suka untuk lembutkan bahasa sikit] kepada DSAI ialah Tun, mantan PM...dan saya yakin semua pihak mengakui. Semua pihak tahu mantan PM dan mantan Mufti punya hubungan yang baik. Logiknya, saranan dan kritikan mantan Mufti menyukakan mantan PM. Untuk menghalang kebangkitan PR dan menguatkan serta mengekalkan UMNO di Putra Jaya maka DSAI dan PR perlu dihancurkan. Apakah ini kerja Dr. Asri ? ...logiknya ada !. Kalau Dr. Asri nak jadi Dr. Yusuf Qardhawi Malaysia, lebih baik beliau mencadangkan penyatuan antara Melayu dan Islam di Malaysia. Siapa yang menolak penyatuan dan taqrib yang berasaskan al-Quran dan al-Hadith, sampai masanya untuk mencadangkan supaya mereka itu perlu undur dari pentas politik negara seperti mana yang diutarakan kepada DSAI atau jika kumpulan mana yang menolak maka kumpulan itu mesti di bubarkan...undur dari memerintah negara. Rasanya pandangan ini lebih adil dari memberi fokus kepada seseorang individu supaya berundur supaya berundur kerana setiap individu selain Rasulullah S.A.W. pasti punya kelemahan. Sifir mudahnya sepatutnya Dr. Mahathir pun duduk diam. Tapi tidak elok juga duduk diam kerana beliau 'orang tua' !. Buat masa ini Dr. Asri tak perlu sertai mana-mana parti politik kerana beliau belum memaksimakan perjuangan penyatuan yang dimaksudkan diatas. Akhirnya, bila terbukti kumpulan mana yang menolak penyatuan maka saya sarankan Dr. Asri sertailah kumpulan yang inginkan penyatuan itu. Dr. Asri hendaklah adil dalam sebarang cadangan dan kritikan. Tahniah Tuan MSO yang membuka ruangan perbincangan dan terima kasih kerana memberi sedikit peluang kepada saya yang dhaif ini. Wallahu A'lam

    ReplyDelete