Kongres Yang Mantap Terhebat
RASANYA sudah lebih lima kali saya menghadiri kongres PKR termasuk sewaktu parti itu dikenali dengan nama Keadilan. Bahkan kongres pertamanya semasa parti itu bernama Parti Keadilan Nasional (Keadilan) di sebuah hotel di ibu kota Kuala Lumpur. Saya juga hadir kongres yang diadakan di Dewan Tokong di Ipoh Perak yang mana lokasi kongres itu berlangsung menjadi ejekan pihak musuhnya.
Dalam beberapa kesempatan itu saya merasakan kongres yang baru berakhir tadi lebih berjaya dan bersemangat dari beberapa kongres yang berlalu sebelum ini. Dalam kongres semalam begitu terserlah semangat di kalangan penyokong, ahli dan juga saf kepimpinan sendiri. Agenda untuk menakluki Putrajaya kian berkembang dalam minda setiap yang hadir.
Apakah kejayaan semalam disebabkan komitment tinggi atau dendam semua ahli PKR yang mahu meletakkan parti berkenaan sebagai pengemudi kepada Pakatan Rakyat untuk menuju ke Putrajaya? Begitu yang saya nampak. Ancaman, kecaman dan pemburukan oleh bekas rakan mereka menyebabkan ahli bangkit untuk membela parti itu. Serangan ke atas PKR dari segenap jerung dan pelbagai cara telah menjadi bajak dan pupuk menyuburkan iman perjuangan ahli dan pemimpinnya.
Sekiranya PKR dapat meneruskan semangat yang terkopak semalam, tidak syak lagi ia akan menjadi parti yang kian dewasa dan berkembang. PKR akan menjadi semakin mantap dan kukuh. Orang yang paling gembira dengan kejayaan itu semalam tentulah Pemimpin Umumnya, Anawar Ibrahim. Ini dapat disaksikan dengan keseronokan beliau untuk bertemu orang ramai. Walaupun beliau sudah membuka pintu kereta untuk pulang, tetapi turun kembali kerana merasaikan begitu sayang untuk meninggalkan perwakilan yang berdiri dan menanti untuk bersalaman dengannya.
Jarang suasana begini berlaku dalam keadaan. Selalunya selepas selesai kongres semua akan berebut untuk pulang kekadang tidak sempat pun bersalam dengan pemimpin.
Secara ringas dalam waktu terbatas ini, menyimpul kejayaan kongres semalam dapat dikatakan ia memberi pukulan maut kepada musuh PKR yang sedang berusaha keras untuk melebur lumatkan parti berkenaan. Harapan mereka untuk melihat berlaku kejutan besar di hujung kongres itu berkubur ditimbus oleh semangat tinggi ahli-ahlinya yang sedia berdepan dengan apa saja ancaman musuh.
Mulanya terdengar desas desus mengatakan kongres itu akan berakhir dengan satu ledakan. Sebuah saluran tv telah bersedia membuat liputan langsung bagi menunjukkan apa bakal berlaku kelak. Kononnya dengan liputan itu akan memperlihatkan masalah dan kejelakan sebenar di dalam PKR.
Siaran langsung bertujuan untuk mendedahkan kekecohan itu adalah untuk dijadikan bukti. Sebelum ini laporan kononnya berlaku perpecahan, kekecohan dalam PKR yang dibuat oleh media tertentu sudah tidak dipercayainya. Justeru siaran langsung itu disuluh untuk merakam kekecohan yang berlaku untuk dijadikan bukti sahih.
Tetapi apabila apa yang diharapkan semalam tidak berlaku, ia sangat mengecewakan para kuda tunggang atau 'tengkorang' musuh PKR terutamnya pihak Umno dan Barisan Nasional yang didokong oleh pemuda sepak kertas di dalam parti berkenaan. Sebaliknya dengan apa yang dipersaksian semalam benar-benar merujakan dan membuat mata mereka terbeliak. Menjadikan mereka terpaksa mencari idea baru bagaimana hendak merobohkan tembok kebal yang dibina PKR.
Ada beberapa aspek lain yang saya lihat ia menggembirakan ahli dan penyokong PKR. Antaranya ialah ketulusan para pemimpin meluahkan pandangan dan kritikan mereka. Begitu juga dengan janji dan azam. Terutamnya oleh Mustapa Kamil Ayub yang sedang dijejaki dan dipujuki oleh Umno agar meninggalkan PKR.
Apabila Mustapa Kamil menegaskan bahawa dia sesekali tidak akan meninggalkan PKR ia melegakan banyak pihak. Bukan sahaja Anwar tetapi para penyokong juga. Sesungguhanya penegasan Mustapa Kamil memberi kekuatan baru kepada PKR. Ya, walaupun kalau tertakdir tanpa Mustapa Kamil, PKR tetap juga akan hidup. Tetapi dengan pengakuan ikhlas, penuh diplomasi itu ia seolah-olah memberi satu sinar baru kepada PKR dan membunuh musuh secara pukal.
Boleh dikatakan semua pemimpin baru diberi peluang untuk berucap menggulungkan kongres. Setiap yang muncul saya lihat penuh bersemangat dan memberi gambaran keikhlasan dan kesungguhan. Luka-luka yang berlaku semasa proses pemilihan sudah sembuh semuanya tanpa pun meninggalkan parut lagi. Hubungan mesra sikap terus terang menjadi penawar terbaik merawat segala kecacatan.
Selain Mustapa Kami yang berucap memberi semangat pengukuhan, Saifuddin Nasution Ismail selaku Setiausaha Agung berjaya menghidupkan suasana kongres. Cara pengolahan pidatonya, kupasan, kritikan dan menjawab kritikan cukup bernas dan bijaksana. Pada saya Saifuddin bagaikan sebuah pedang tajam yang menikam kita tanpa disedari.
Tidak terlampau kalau dikatakan Saifuddin Nasution adalah setiausaha agung yang dilahirkan PKR secara berkebetulan yang tidak ada tolak bandingnya. Untuk 10 tahun akan datang PKR tidak akan memperolehi seorang setiasusaha yang bukan saja rajin tetapi sarat dengan ilmu siasah seperti beliau.
Kali ini pilihan Anwar untuk menjadi nadi kepada parti berkenaan tidak salah. Pemilihan Saifuddin itu mengganti bekas setiausaha yang busuk tepat dan mungkin kerana ianya dibuat menerusi sembahayang istikarah.
Demikian juga dengan Mohamad Azmin Ali yang dilihat tokoh kontroversi dan banyak tidak disenangi orag dalam PKR. Janji dan ikrar baru beliau sebagai Timbalan Presiden hendaklah benar. Semoga Azmin tidak akan jadi seperti Azmin sebelum ini yang dibenci sehingga mengundang seorang bernama Zaid Ibrahim untuk menentangnya. Apapun ternyata antara Azmin dengan Zaid, Azmin terhebat dan di sinilah rahsia kejayaan seorang yang setia dalam perjuangan dan setia kepada Anwar serta yang rasional dan bukan mabuk. [ttdi.kl 10:00 am 29/11/10]
Ketokohan DSAI lebih terserlah dan ada aura jika beliau berkaca mata.Bila melihat DSAI sudah tidak lagi berkaca mata, terlihat berkurang sedikit karisma padanya.Seri kepimpinannya seperti hilang dan layu.Kalau boleh, DSAI teruskan berkaca mata,lebih trampil dan ketokohannya menyerlah,..apa pun hidup PKR.Bersama ke PUTRAJAYA dengan label PAKATAN RAKYAT.
ReplyDeletemohon dalam post yg akan datang, sdr MSO boleh menulis serba sedikit mengenai ketokohan YB Saifuddin Nasution, MP Machang..
ReplyDeleteTuan MSO,
ReplyDeleteBerita Politik yang tuan sampaikan ini sudah tentu menyenangkan hati peminat PKR,terutama mereka yang bergantung harap sebarang maklumat dari media negara.
Blog yang bebas seperti blog tuan menjadi alternatif berita yang diterima.
Manusia yang celik akal memerlukan suapan berita benar yang dihasilkan oleh penyampai berita yang tidak dipengaruhi oleh
agenda seseorang.
Ketika ini tv yang kecewa dengan kedamaian dan jumlah kehadiran dalam perhimpunan tersebut memutar belitkan isu "ketuanan melayu".
Saya percaya peminpin PKR bukan bermaksud menghancurkan ketuanan melayu.
Disebabkan media negara ini menyiarkan pendapat serta kritikan sebelah pehak maka orang ramai yang beku fikiran dan buta mata hatinya akan terus membenci kepimpinan PKR seterusnya parti menjadi kecamanan.
Terma kasih kerana catatan blog tuan.Pengorbanan tuan melalui blog ini tentu melapangkan dada pembacanya.Menyenangkan hati seseorang pasti menerima ganjaran pahala.
Tuan,
ReplyDeleteSebelum ini saya was was dan risau dengan perkembangan terakhir baru baru ini. Sekarang, satelah membaca blog tuan saya rasa lega dan berkeyakinan yang PKR sekarang on the right track. InsyaAllah.