Gimik Mustafa Kamil Tidak Menjadi...
SAYA hanya mampu tersenyum mengenangkan politik Mustapa Kamil Ayub yang membuat gimik Wak Long (badut dalam wayang kulit) dalam PKR tetapi tidak menjadi. Hari ini dia membuat sidang akhbar memberitahu sekalian rakyat yang dia meneruskan hasrat perebutan jawatan timbalan presiden. Walaupun dia protes pemilihan itu yang dianggap tiak adil, tetapi dia teruskan juga.
Pelik bunyinya.. tetapi itulah politik. Mulanya Mustapa Kamil bukan main lagi melepaskan geli gelemannya dengan pemilihan itu yang dianggap tidak adil dan penuh dengan tipu daya. Dia memberi masa 48 jam untuk PKR memperbetulkan kepincangan dalam pemilihan itu kalau tidak dia akan melakukan sesuatu yang mengejutkan. Nada dan bunyi suara Mustafa Kamil sangat tegas, kalau tidak sama dengan suara Malik Zabaniah pun tetapi dekat-dekatlah dengan suara itu.
Dia mengeluarkan kenyataan itu saat dia mendamping Zaid Ibrahim yang membuat penjelasan berhubung tindakannya menarik diri dari bertanding dan meletakkan semua jawatan dipegangnya. Kenyatan itu dibuat di rumahnya (Zaid) di Tropicana. Ini bermakna Mustafa Kamil sengaja melangkah ke rumah Zaid untuk mendampingi Zaid. dan bersekongkol dengan kesucian dan kekudusan politik Zaid.
Jika dilihat kepada kesungguhan itu, Mustafa Kamil semacam turut berkerat rotan dan berpatah arang dengan PKR. Dia akan mengikut jejak langkah Zaid. Tetapi tidak begitu rupanya. Sebaliknya dia dorong ke belakang semula. Belum sempat ayam berkokok dia sudah memalingkan semula niatnya. Mulanya dia membuat kenyataan memberi isyarat masih sokong kepada penasihat dan presiden PKR. Selepas itu beliau...membuat pula kenyataan tetap akan bertanding walaupun menganggap proses pemilihan itu pincang.
Apakah erti kata-kata Mustafa Kamil itu? Budak kecil pun faham mengenai kesongsangan kenyataan itu. Tetapi koner baring Mustafa itu mudah untuk difahami. Dia sudah dapat mengangak bila Zaid lontar bom tetapi tidak meletup maka dia kena cari jalan selamat secepat mungkin. Caranya undur balik ke belakang.
Dalam pengamatan saya, cara Mustafa Kamil mendampingi Zaid itu di sidang akhbar itu dan mengangkat kertas memorandum satu kesilapan besar. Beliau senaga 'mendempetkan' dirinya dengan kebusukan yang ada kepada Zaid. Ingin saya beri tahu Mustafa Kamil beliau tidak akan terlwan dengan cara politik Zaid. Zaid boleh bergerak dengan wang. Mustafa jangan harap kalau hendak menumpang tuah Zaid.
Walhasilnya tindakan Mustafa Kamil bersama Zaid tidak sampai tiga hari itu telah merosakkan reputasi dirinya. Baik-baik dirinya dikenali sebagai seorang ahli politik berpotensi, cendekiwan tetapi julangan itu jatuh bercelabak apabila beliau tidak bijak memilih kawan atau tempat untuk membuat kritikan kepada parti. Dan apabila Mustafa tidak jadi membuat gimik Wak Long itu maka orang pun akan dapat mengukur sejauh mana kebestarian politik seorang Mustafa Kamil Ayub. [wm.kl 8:00 pm 11/12/10]
Mus...Mus... awat la Mus buat macam tu ? Mengapa ugut parti ? Bukankah sebelum ini Mus cukup rapat dengan Presiden ? Boleh bisik apa yang tidak puashati ? Mengapa Mus cari glamor dengan cara kurang sesuai kurang tepat ? Takkan seorang sehebat Mus tidak dpt membaca rentak dan tari Zaid sejak awal lagi ? Ahli akar umbi, marhaen org kampung pun boleh tahu sejak awal lagi ... bila dia mula membelasah parti guna media Umno, utk berkempen,? Takkan Mus boleh pejam mata, bila Utusan sebelum ini beria-ria 'berkempen' utk Zaid ? Walau apaun alasan Mus, sepertimana kata MSO, Mus dah terpalit dgn politik merapu Zaid ..
ReplyDelete