Sunday, December 26, 2010

Catatan Semalam - Kenduri

Kenduri, Mempertemu dan Merapatkan Kita

KATA orang penat tidak terasa letih seharian berbaloi apabila sesuatu yang kita laksanakan berjalan lancar dan penuh bermakna. Begitulah apa yang dapat saya rasakan (saya percaya isteri dan anak-anak juga) apabila majlis ringkas kenduri sambutan meraikan menantu pertama kami semalam berjalan lancar dengan penuh meriah.

Tidak ada apa yang paling bererti apabila semua keluarga dan tetamu jemputan sudi menghadiri diri ke majlis berkenaan. Pengorbanan masing-masing meninggalkan tugas kerana semata-mata ingin meraikan majlis tersebut sesuatu yang cukup mengharu saya dan keluarga. Hampir 100 peratus jemputan terdiri dari sanak saudara, tetangga dan sahabat handai saya dan isteri hadir.

Majlis semalam bukan saja mempertautkan dua buah keluarga saya dengan keluarga basen saya, tetapi ia mengeratkan lagi silaturahim yang sedia terjalin dengan pera sahabat dan ahli keluarga semua pihak.

Matlamat sesebuah majlis untuk mempertemu dan menyatukan ahli keluarga dan sahabat handai tercapai, apabila kawan yang lama menghilang diri sebelum ini tiba-tiba muncul.

Ada beberapa jemputan yang merujakan saya. Antaranya kehadiran tiga rakan bersama isteri dan keluarga masing-masing semasa menuntut di Indoneisa 30 tahun. Kehadiran itu mengembalikan nostalgia bersama semasa di Indonsia. Dalam detik yang amat terhad itu menyebabkan kami akan terpulang ke zaman 'ritu' khasnya saya mengenangkan kembali zaman azab di Sumatera tatkala menuntut di sana.

Melihat kepada suasana hari ini, masing-masing berjaya dalam hidup dan kerjaya masing-masing serta membina keluarga dan sudah ada menantu dan cucu. Seperti dalam mimpi pula terhadap apa yang berlaku hari ini jika dibandingkan kehidupan masa lalu. Saya sendiri tidak percaya kalau saya dibenarkan Allah melalui sunnah perjalanan hidup sebagai seorang manusia yang lazimnya. Apa yang wujud hari ini membuktikan Allah tidak pernah menzalim hamba-Nya.

Demikian juga dengan semua rakan sebilik dan semaktab semasa menunaikan fardu haji pada tahun 2007 turut sama hadir. Hanya satu pasangan saja yang tidak muncul sampai kini mungkin tersalah hitung hari kenduri. Jelas kehadiran itu membuktikan ikatan persaudara yang tertambat di tanah suci sukar untuk direlaikan.

Demikian juga dengan kedatangan rakan-rakan besar dalam dunia penulisan dan juga peminat blog turut sama meraikan majlis semalam. Walaupun ada yang dijemput di hujung waktu kerana terlupa dan sebagainya namun tetap juga hadir. Kehadiran itu juga secara tidak langsung mempertemukan di antara satu sama lain yang sudah lama membawa haluan (ideologi) tersendiri.

Manakala saudara, adik beradik yang datang jauh dari Kelantan merentasi dua sempadan negeri lebih memberi erti dan menambahkan nilai kehidupan. Terutamanya keluarga dari pihak isteri, semuanya hadir dan matlamat kenduri sebagai wadah pertemuan tercapai. Seolah-olah kenduri semalam mempertautkan semula tali kasih yang terhurai sebelum ini disebabkan kesibukan diri masing-masing.

Majlis sambut menantu semalam tidak melibatkan orang politik. Tidak ada seorang pun orang politik khasnya yang bergelar wakil rakyat yang saya jemput secara khsuus. Kepada rakan politik saya minta maaf banayak. Tetapi kalau semalam ada orang politik yang hadir adalah mereka yang teraniaya dan sedang dalam proses pembinaan untuk jadi orang politik.

Sebenarnya dalam dunia politik saya suka menghampiri diri dengan mereka yang teraniaya ataupun tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam politik. Bukan apa, ini bagi mengelakkan kita ada motif tertentu dengan mereka. Dan menjadi keseronokan kepada saya pula mendampingi mereka yang baru belajar politik dan ingin mencapai kejayaan dalam politik.


Sudah tentunya sesuatu majjlis apa lagi seperti kenduri semalam walaupun kecil dan ringkas ia tidak akan sukses kalau tanpa kerjasama dan bantuan dari semua pihak. Untuk ini saya sangat terasa dengan kerjasama jiran tertangga saya khas jiran di sepanjang jalan Wangsa Siaga 1 dan Wangsa Siaga amnya. Kalau majlis semalam sedikit sebanyak menganggu ketenteraman mereka. Atas keperihatin dan toleransi saya ucapkan berbanyak terima kasih.

Tidak terlupa juga kepada rakan-rakan anak saya, khasnya dari Perlu dan teman-teman rapatnya yang datang membantu dan menggerakan majlis semalam. Kecekapan anda bekerja diharap ia menjadi simbol kepada demikianlah kekuatan dan kualiti generasi Malaysia di akan datang.

Akhirnya di ruang terbatas ini saya bersama isteri, Naimah dan anak-anak sekali lagi mengucapkan terima kasih banyak kepada semua yang terlibat menjayakan majlis saya semalam. Semoga majlis semalam bukan saja ceria dan meriah tetapi mendapat berkat dan rahmat berpanjangan daripada Allah s.w.t. [wm.kl.9:00 26/12/10]

Sdr Sobree dan isteri Hajjah Mahani turut

Menantu Tok Guru Ariffahami bersama isteri dan anak-anak juga turut hadir.

Nik Amalina Nik Aziz dan anak-anak sempat masuk ke dalam rumah dan beramah mesra dengan keluarga saya.

Nik Mohammad Abdul juga hadir.... secara mengejut, tambah menyerikan majlis.

Ibu mertua kepada suami isteri saya, sedang dipapah oleh adik ipar kepada suami isteri saya. Mereka datang dari jauh jauh..

Pasukan yang keras membantu kenduri, bergambar kenangan dan sempat mempromosikan Siasah baru.

Tetamu yang istimewa datang di hujung waktu sempat makan kepala kambing yang disimpan oleh tetamu yang juga istimewa tetapi tak hadir. Rezeki.

Kedatangan Ketua Pembangkang Dun Kelantan sdr Alwi... diapit oleh saya dan Abang Zainal (Abe) nampaknya tak terkata Alwi...

Orang kuat Siasah, patner saya, Wak (Jurucamera) dan Nizam wartawan tidak ketinggalan hadir sama.

Lagi gambar sila jenguk Fb saya.

No comments:

Post a Comment