Wednesday, December 8, 2010

Lontaran Rasa

Sejarah Tidak Bererti Kalau Ianya Tidak Dikanunkan

MASA kini ada yang vokal memperjuangkan menggunakan sejarah sebagai asas untuk menuntut sesuatu. Paling ketara ialah dari kalangan Umno dan golongan Melayu tertentu misalnya menjadikan sejarah kesultan Melayu Melaka 600 tahun lalu sebagai asas. Apa-apa dirujukkan kepada sejarah berkenaan. Memang kita tidak boleh menolak sejarah. Sejarah adalah cermin untuk suluh hidup dan menjadi kompas untuk mengarahkan meruntun perjalanan ke masa depan. Sejarah adalah perisitwa yang patut diingat dan dijadikan iktibar.

Dalam mempertahankan hak, kedudukan dan kuasa, sejarah tidak cukup dan tidak ampuh. Kerana sejarah atau peristiwa lampau bukan undang-undang atau akta. Sejarah adalah sebahagian dari bukti atau sandaran bagi mengemaskan percakapan saja. Atau pun boleh dijadikan hujah untuk menyedapkkan percakapan. Tidak lebih dari itu. Yang jelasnya sejarah bukan undang-undang yang boleh dikuatkuasakan ke atas sesiapa dan dalam keadaan bagaimana sekalipun.

Sejarah tidak sebisa undang-undang dan peraturan yang dikanunkan. Sebenarnya undang-undang lalu lintas - langgar lampu merah lebih berkuasa dari sejarah keagungan kerajaan Melaka.

Misalnya sejarah mengatakan pokok pinang itu adalah hak Melayu kerana ia ditanam dan dipupuk oleh orang Melayu. Itu setakat sejarah dan cerita saja. Pokok pinang itu tidak semestinya menjadi hak Melayu selamanya kerana ia tidak ditulis ataupun dikanunkan demikian. Justeru bila tidak ada catatan undang-undang mengatakan demikian maka pemilikan atau sesiapa saja boleh mengatakan pokok pinang itu sebagai hak mereka.

Begitu juga kalau panglima membunuh kolonial kerana mereka datang menjajah ke negara ini dan memilik segala harta, ia bukan boleh dianggap sebagai itu satu hukuman berdasarkan sejarah itu. Kita tidak boleh membunuh sesiapa saja yang datang dan memiliki apa-apa harta negara ini berdasarkan sejarah itu. Ini kerana sejarah itu tidak dikanunkan sebagai undang-undang.

Jadi apabila sejarah tidak merupakan undang-undang tetapi hanya boleh dijadikan iktibar ataupun panduan kepada hakim yang membuat keputusan dalam sesutau kes. Namun ia bukan konkrit. Sesiapa pun tidak boleh menghukum dengan menggunakan sejarah. Sejarah tidak laku dalam mahkamah.

Sejarah hanya boleh dicakap dan dicakap saja tanpa ada autoriti darinya untuk dilakukan apa-apa. Jadi bila setiap kali kita merujuk kepada perbuatan tidak senonoh bukan Melayu ke atas Melayu maka dirujuk kepada sejarah, rujukkan itu tidak memberi apa-apa kesan. Sebaliknya ia akan diketawakan orang kerana kebodohan kita tidak mengkanunkan sejarah.

Sayang kita telah melakukan kesilapan dalam hal ini. Lama kesilapan ini menghayat diri. Kita hanya membaca sejarah tetapi tidak mengambil iktibar apa lagi untuk menggubal sesuatu yang pernah dilalui itu dalam mana-mana undang-undang. (Kanunkan). Maka hari ini bila ada kejadian berulang ianya hanya boleh dilihat saja. Paling-paling dikecam dengan sepanduk dan laungan secara biadap. Sejarah akan tetap menjadi sejarah sampai ke bila-bila.

Justeru, mengenai kebimbangan sesetengah pihak terhadap kuasa Melayu, terhadap gangguan ke atas Melayu, ia tidak boleh diambil tindakan berdasarkan sejarah, melainkan setakat bercakap saja. Makanya kalau orang Melayu yang berkuasa hari ini mempercayai dan merasakan perlu hak Melayu dan kedudukan Melayu terus kekal seperti kini, maka pindalah perlembagaan untuk membolehkan sejarah yang memberi pengajaran kepada bangsa Melayu itu dikanunkan.

Dalam konteks ini apakah Umno yang kini lantang memperjuangkan hak Melayu atau menjadikan Melayu sebagai tuan, berani untuk mencadangkan perlembagaan dipinda? Seperti mana diketahui umum dalam perlembagaan negara tidak dimaktubkan Melayu sebagai tuan. Nah buat cadangan untuk meminda perlembagaan bagi memasukkan perkara itu sebagai undang-undang memagar kepentingan Melayu.

Umnu boleh mencatatkan dalam manifesto pilihan rayanya nanti akan meminda perlembagaan berdasarkan sejarah. Dalam erti kata lain akan mengkanunkan sejarah.

Kalau Umno juga tidak berani untuk membuat cadangan itu, cakap-cakap lantang Umno kini demi menjaga hak Melayu tidak ada guna setengah dinar Kelantan pun. Cakap-cakap itu ternyata tidak lebih dari satu retorik untuk memberi tahu yang Umno mengambil berat tentang Melayu. Dalam kata lain Umno hanya ingin bermuka-muka saja bagi menunjukkan mereka adalah hero dan pembela Melayu.

Umno hanya ini gambaran saja. Kononnya apabila Umno cuba mempertikai dan mengelirukan pemikiran umum yang PKR khsusnya Anwar Ibrahim hendak menghapuskan Melayu perbuatan itu tidak lebih daripada membubuh gula dibibir mulut selepas Umno terketik (tergigit cili api? [wm.kl. 7:50 am 08/12/10]

1 comment:

  1. Tuan MSO,

    1. Kalau tidak silap saya, semasa UMNO(Baru) ingin memasuki sabah, perlembagaan UMNO(Baru) mengenai keahliannya telah dipinda.

    Pindaan itu membolehkan bumiputra bukan melayu bukan islam juga boleh menjadi ahli UMNO(Baru).

    2. Pada saya sejak UMNO(Baru) memasuki sabah, UMNO(baru) telah bertukar dari menjadi parti melayu 100% KEPADA menjadi PARTI BUMIPUTRA. Sama seperti PBB di sarawak, parti pimpinan taib mahmud.

    3. Sedih rasanya melihat gelagat pemimpin-pemimpin UMNO(baru) dengan tanpa rasa malu heboh, geger dok laung slogan ketuanan melayu semata-mata hendak sokongan orang melayu agar mereka terus mengekalkan kuasa untuk merompak kekayaan negara atas nama melayu.

    Sedangkan hakikatnya parti mereka juga sepatutnya memperjuangkan nasib ahli-ahli bukan melayu Islam yang menjadi ahli di sabah. Ahli-ahli di sabah ini telah berjasa besar kepada UMNO(Baru) dalam PRU 2008.

    bat8

    ReplyDelete