Tuesday, December 14, 2010

Melompat Rasa

Kenapa Najib Tidak Ghairah Dengan Pendedahan Wikileaks?

NAJIB Razak minta rakyat Malaysia tidak menghiraukan pendedahan Wikileaks yang mendedahkan laporan mengutuk Malaysia yang boleh menjejaskan hubungan serantau. Katanya apa yang penting memfokuskan kepada matlamat pencapaian negara.

Seruan Najib itu nampak bijak dan tidak emosi dengan pendedahan Wikileaks yang mengaitkan Anwar Ibrahim dengan homoseks. Anih sedikit bunyi seruan Najib itu kali ini. Ini kerana diluar sana media massa pro kerajaan dan termasuk juga beberapa pemimpin Umno riuh randah menerima pendedahan Wikileaks menghentam Anwar itu persis satu modal besar. Kenapa Najib semacam tidak ghairah untuk mengutip modal dilontarkan Wikileaks itu bagi menyerang Anwar?

Mahathir Mohamad sendiri yang selamanya tidak akan diam dan terus jadi gatal mulut bila terdengar nama Anwar terus menangguk di air keruh atau menongok air sambil berjalan mengutuk Anwar dengan memberi tafsiran negatif buat Anawar dengan mengatakan Lee Kuan Yew tentu tahu cerita sebenar mengenai Anwar itu. (Kalau pun Lee Kuan Yew tahu siapa yang memberi tahunya, tidak mustahil kalau Mahathir sendiri?).

Biarlah Mahathir selamanya tidak akan menerima dan memaafkan Anwar. Bagi Mahathir, Anwar adalah anak syaitan.

Tetapi saya tertarik dengan sikap dingin dan berhati-hati Najib mengenai pendedahan Wikileaks yang dianggap berita baru itu. Jika hendak dikira patutnya Najib terus ambil kesempatan menguar-uarkan laporan laman berkenaan kerana ia mengutungkannya. Tetapi nampaknya tidak berlaku begitu. Kenapa?

Sebelum ini saya sudah membayangkan atau menasihati supaya semua pihak berwaspada dengan Wikileaks - jangan mudah menerima apa-apa saja yang didedahkan oleh laman bebas berkenaan. Apa yang kena fikir sesuatu pendedahan atau maklumat didedahkan itu tentu ada motifnya. Sebagai badan bebas tentulah pengendalinya memikirkan komersial. Tidak ada manusia ikhlas dan melakukan tanpa apa-apa bayaran di dunia ini.

Ada kemungkinan apa-apa pendedahan dibuat oleh Wikileaks ianya dibayar dengan harga yang tinggi? Perdagangan maklumat berlaku bukan baru tetapi sejak lama dulu lagi. Ia dipelopori oleh Yahudi.

Apa yang saya khuatir kalau rakyat Malaysia mempercayai dan menjadikan Wikileaks sebagai Quran dan Hadith atau lebih dipercayai daripada Utusan dan TV3, satu hari nanti ia akan 'merangah' (memakan) diri sendiri. Apa kata kalau tiba-tiba misalnya menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti laman bebas itu mendedahkan pula skandal para menteri? Atau pun mendedahkan kontrek pembelian kapal selam atau penjualan bumi Malaysia di Singapura kepada rupblik itu?

Apakah waktu itu kita hendak menolaknya dan menganggap ia bohong sedangkan pendedahan mengenai Anwar itu dianggap sebagai benar dan konkrit?

Justeru kenyataan dan seruan NAjib itu saya lihat ada makna dan maksud tersendiri. Mungkin Najib sudah mendapat maklumat dari sumber tertentu yang selepas ini Wikilleaks akan memakan beliau dan orang-orangnya pula. Wikileaks tidak boleh dipercayai.

Dari kejauhan saya ada mendengar tentang berita mengenai Duta Malaysia di Amerika Syarikat. Katanya ada cerita mengenai Duta itu bakal mengejtukan negara. Apakah maklumat ini (sama ada sahih atau tidak) sudah berada ditangan Wikileaks. Rasanya perkembangan ini ditunggui oleh banyak pihak di Malaysia?

Yang tentunya Najib tidak akan bersikap terbuka begitu mengenai pendedahan Wikileaks kalau beliau tidak mendapat apa-apa signal dari luar. Yang pastinya beliau sudah menerima signal berkenaan maka beliau harus mengambil sikap tidak ghairah dengan apa yang dilakukan laman itu ke atas Anwar. [wm.kl.1:40 pm 14/12/10]

5 comments:

  1. Logiknya memang patut la dia tak happy dengan pendedahan wikileaks...
    obama pon tak happy... sebagai bekas menteri pertahanan dia mesti risau dan curious apa lagi yang dah terlepas maklumat pada kerajaan asing... sebagai PM saya tak rasa Najib kena risau pasal kedudukan politik je... cuba la sekali sekala pikirkan tentang keselamatan negara.. apa yang Spore tau... kalau pasal org liwat pon die boleh tau (private activity dalam apartment or bilik) pasal pertahanan negara apa maklumat yang diorang ade...
    mungkin Najib betul2 pikirkan pasal negara.... die org melayu.. patriotik.. bukan cam kaum pendatang tak patriotik (kata zahid hamidi menteri tak berapa bijak Malaysia)

    ReplyDelete
  2. Tuan MSO

    1. Mengikut satu sumber, wikileaks akan mendedahkan 250,000 maklumat kepada dunia. Sumber itu juga mengatakan Malaysia ada lebih 1,000 kes.

    2. Kita tidak perlu heran dengan saranan najib mengenai pendedahan wikileaks ini. Jika kita perhatikan pendedahan tersebut mengenai Malaysia, hanya terdapat satu pendedahan mengenai DSAI dan selebihnya mengenai pemimpin negara termasuk najib yang disebut dengan jelas.

    3. Jika kita amati reaksi najib dalam isu-isu yang membabitkan dirinya, beliau hanya berdiam diri sahaja. Yang menjadi hulubalangnya atau yang berperang bagi pihaknya adalah menteri-menteri UMNO(Baru) dan pemimpin UMNO(Baru) sahaja.

    Orang kata stail baling batu sembunyi tangan.


    bat8

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan MSO. Jika Singapore membantu Najib menjalankan provokasi terhadap Anwar melalui Wikileaks pun ada logiknya juga. Bukankah Najib selalu berjanji sebelum mana-mana PRK sedikit masa dahulu kepada rakyat berbunyi "anda bantu saya, saya bantu anda". Tambahan pula Singapore dah ada penawar cukup mujarab bagi mengatasi bisa patukan Anwar yang tersimpan di negara itu. Manusia kalau biasa berbuat kejahatan dan maksiat, biasanya akan merasa bimbang dan risau walaupun mempunyai harta setinggi gunung.

    ReplyDelete
  4. Assalamu alaikum tuan. Saya tak percaya kalau Najib tak risau dengan Wikileaks ni. Cuma ada sebab kenapa dia berkata sedemikian kepada rakyat Malaysia. Pastinya Najib tak mahu tersilap dalam membuat percatoran politiknya di saat dia belum sepenuhnya mendapat kepercayaan rakyat. Sebarang kesilapan dalam bertindakbalas berkenaan isu Anwar oleh wikileaks ini hanya akan memakan dirinya sendiri dan dia mungkin akan membunuh kerjayanya sendiri.

    Tapi tak mustihil juga dia dah baca posting tuan sebelum-sebelum ni. Tu pasallah dia tak cakap banyak.

    ReplyDelete
  5. kena kaji betul2 laporan wikileaks...ini tafsiran autalogi mso

    ReplyDelete