Wednesday, December 15, 2010

Ulasan Isu

Pendedahan WikiLeaks:
Percaya Juga Pendedahan Mengenai Najib


SETIUSAHA Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail meminta orang ramai memahami keadah operasi ataupun fungsi laman web bebas WikiLeaks sebelum terus menerima pakai setiap apa yang didedahkah oleh laman berkenaan.

Katanya menerusi kenyataan akhbar yang disebarkan kepada umum malam tadi, WikiLeaks adalah sebuah laman yang memberi ruang kepada orang ramai menghantar maklumat-maklumat sulit yang dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai.

Jelasnya, orang ramai bebas untuk menghantarkan apa-apa jenis maklumat, jadi ada maklumat datang dari kajian terperinchi dan ada juga hanya rakaman perbualan di antara ahli-ahli diplomatik.

Mengenai pendedahan maklumat mengenai Malaysia katanya adalah maklumat yang dipetik dari komen-komen pengunjung blog berkenaan.

Misalnya laporan yang dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald termasuk mengenai penglibatan Anwar Ibrahim dalam kes sodomi adalah dipetik dari komen-komen umum di blog berkenaan.

"Laporan The Sydney Morning Herald ditulis berdasarkan catatan pendapat peribadi ahli diplomat Singapura mengenai jiran serantau di dalam Asean, Jepun, China dan India," katanya.

Untuk memahami aktiviti laman berkenaan dengan lebih dekat lagi bahawa catatan itu adalah pandangan peribadi yang disensasikan, beliau meminta orang ramai meneliti secara keseluruhan maklumat-maklumat lain yang didedahkan oleh WikiLeaks yang terkandung dalam kabel yang sama merakam percakaan peribadi pegawai-pegawai diplomatik Singapura dan tidak kepada isu Anwar semata-mata.

Beliau memberi contoh bagaimana kenyataan atau percakapan Bilahari Kausikan pada satu mesyuarat September 2008 telah memberi tahu Timbalan Setiausaha AS, David Sedney bahawa; "ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia" yang akan menyebabkan orang Cina akan meninggalkan Malaysia dan menyusahkan Singapura.

Mengenai kepimpinan Barisan Nasional pula, kata Bilhari masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa, Najib perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa.

Hurai Saifuddin lagi, selain itu percakapan itu juga secara jelas mengaitkan penglibatan Najib dalam skandal pembunuhan perempuan Mongolia, Altantuya Sharibu, dan berpendapat Najib Razak terancam diebabkan kes pembunuhan itu.

Selain itu menurut Saifuddin juga menurunkan contoh satu lagi rakaman menerusi kebal diplomatik mengenai bagaimana Peter Ho pada Mac 2008 telah mengutuk Dr Mahathir Mohamad sebagai melempar batu sembunyi tangan kepada penggantinya, Abdullah Badawi.

Justeru kata Saifuddin kebal sulit yang mengandungi pandangan peribadi Lee Kuan Yew dan perisikan Singapura mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim peru dilihat di dalam konteks yang sama dan sebetulnya dengan komen-komen peribadi yang menghina semua pihak di Malaysia.

Tegas Saifuffin mengambil pendirian pandangan tersebut - termasuk pendedahan mengenai Anwar yang didedahkan adalah pandangan peribadi individu-individu tersebut yang tidak disokong oleh fakta.

Untuk berlaku adil kepada semua pihak, tegas Ahli Parlimen Machang itu, komen-komen itu perlu dianggap sebagai cakap-cakap kosong dan pendapat peribadi mereka, jika tidak perdana menteri, Najib Razak sendiri yang kena berhempas pulas untuk menjawab dakwaan demi dakwaan yang terkandung dalam kabel sulit yang sama yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya Sharibu," jelasnya. [wm.kl. 8:30 pm 15/12/10]

4 comments:

  1. Apa yang WikiLeaks tulis mengenai DSAB, umno minta rakyat Malaysia percaya itu adalah benar. Tapi apa yang WikiLeaks tulis mengenai kerajaan dan ketuanya yang dipimpin umno, mereka minta rakyat jangan percaya. Lawak apa ini?

    ReplyDelete
  2. Tuan MSO

    1. Pendapat yang diutarakan oleh YB Machang itu ada logiknya. dari beberapa pendedahan tersebut, skor adalah seperti berikut : 1 mengenai DSAI, 1 mengenai huungan kaum dan selebihnya mengenai pimpinn negara aka UMNO(Baru) dan najib.

    2. setelah beberpa hari pendedahan tersebut dibuat dan disensasikan oleh MSM dan media elektronik untuk memburukkan DSAI, akhirnya pihak-pihak ini akhirnya menyedari bahawa pendedahan-pendedahan tersebut banyak ditujukan kepada UMNO(Baru)
    dan pemimpin-pemimpinnya terutama najib.

    3. saya berkata demikian apabila membaca tajuk muka depan Utusan malaysia hari ini dimana serangan keatas DSAI berdasarkan pendedahan wikileaks ini diberhentikan dn diganti dengan tajuk lain : "Anwar anti Islam" pula.

    4. Ini lari dari amalan biasa Utsan dimana DSAI akan diserang berhari-hari, bersambungan apabila mereka mendapat satu isu yang boleh digunakan untuk memburukkan DSAI. Pelbagai sudut journalism mereka akan serang DSAI.Kali ini mereka tiba-tiba berhenti selepas sehari sahaja!

    4. Sekali fikir setelah isu ini sejok sikit, pendedahan itu sebenarnya ditujukan kepada pimpinan negara dan najib secara khusus berbanding dengan tujuan untuk menyerang DSAI. Pada saya menyebut isu perangkap DSAI itu sekadar untuk mengabui sahaja agar tak nampak totok sangat.

    5. Isu yang didedahkan mengenai pimpinan negara/UNO(Baru) itu agak sukar untuk ditangkis kerana isu " incompetency" pimpinan negara dan yang berkaitan dengan najib sering diperkatakan oleh rakyat. Pendedahan ini hanya mengesahkan lagi persepsi rakyat mengenai perkara ini. Agaknya inilah antara sebab mengapa Utusan tiba-tiba menghentikan serangan keatas DSAI mengunnakan isu wikileaks ini.

    wallahu alam, sekadar lintasan dibenak fikiran ambo.

    bat8

    ReplyDelete
  3. berita ini ada 2 perbezaan ketara 1. LKY menyatakan yg Anwar meliwat berdasarkan laporan perisikannya.
    2. Kenyataan yg kononnya Najib perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa hanya datang dari pandangan seorang wartawan Bilahari Kausikan.

    ReplyDelete
  4. Polo Team,

    Bilahari kausikan bukan seorang wartawan. Beliau adalah pegawai kanan kementerian luar singapura. Jauh bezanya antara wartawan dengan pegawai kanan kerajaan.

    2. Kalau nak putar alam pun biarlah nampak cerdik sedikit, nanti nampak sangat akal kita tu kemetot.Ini memberi gambaran yang negatif kepada pemimpin dan parti yang kita sokong.

    ReplyDelete