Bolehkah Dipercayai Pendedahan Wikileaks?
PENDEDAHAN laman bebas Wikileaks mengenai isu politik Malaysia khasnya pembabitan bakal Perdana Menteri ke 7, Anwar Ibrahim dalam isu liwat jangan mudah ghairah untuk mempercayainya. Pendedahan laman itu yang memetik pegawai atas kerajaan Singapura mempercayai apa yang belaku ke atas Anwar (liwat) boleh jadi satu perangkap kepada politik negara ini sendiri.
Tidak mustahil juga pendedahan itu satu konpirasi melibatkan pembayaran wang beratus juta ringgit. Ingat, manusia sanggup melakukan apa saja bila sudah terdesak dan demi mempertahankan kekuasaan.
Mungkin pihak UBN merasa senang dengan pendedahan laman berkenaan. Blog blog tajaan UBN akan memperdagangkan hal itu segila-gilanya. Mereka boleh menguatkan lagi hujah untuk memburukkan Anwar yang kini dijalankan dengan pelbagai cara. Media UBN telah memungguh semua sampah sarap dan pemuda sepak kertas untuk menimbus dan membusukkan Anwar.
Kalaulah semut ataupun burung dapat bercakap memburukkan Anwar, pasti media masa akan menyedut dan menggunapakai cakap hawainan itu. Semua manusia telah digunakan media pro UBN untuk memburukkan Anwar. Namun hasilnya nampak masih belum sampai kemuncak.
Mungkin ada rancangan media Malaysia untuk menterjemahkan kicauan burung ataupun kokok ayam, atau katak bagi mengukuhkan tuduhan ke atas Anwar. Tidak mustahil akan keluar dalam akhbar atau tv, ayam atau burung atau katak akan dipetik kenyataannya yang memburukkan Anwar.
Kenapa saya melarang agar jangan ghairah dengan pendedahan Wikileaks itu? Apakah Wikileaks selamanya akan memburukkan peribadi Anwar? Belum tentu! Iya sebuah laman bebas yang menyaring 250,000 kebel diplomatik Amerika Syarikat. Gambaran diberikan bahawa laman berkenaan profesional dan mengetahui segalanya. Dan kenapa pula kita mudah akur dan tunduk kepada badan-badan bebas yang bersikap propagandis seperti Wikileaks itu?
Ingat juga pada mulanya ia dijalankan secara percuma. Tetapi bila ia sudah menjadi perhatian dunia, laman itu akan berharga berbillion ringgit. Sesiapa yang ingin mendedahkan sesuatu untuk kepentingan politik dan peribadi akan sedia membayar laman berkenaan. Dalam politik hari ini hanya mereka mempunyai wang saja mampu berada di atas dan memegang kuasa.
Pada saya kemunculan Wikileaks adalah strategi musuh Islam. Ia bukan saja musuh negara ini tetapi Islam seluruhnya. Kalau dari sisi lain dengan pendedahan laman bebas itu ia memberi gambaran Amerika itu sendiri mengetahui luar dan dalam sesebuah negara dan juga individu di mana-mana saja. Dalam erti kata lain Wikileaks dan Amerika terus menjalani propaganda dan perang saraf mereka bagi melemahkan negara dan kuasa lain. Mereka nampak bergaduh tetapi hakikatnya mereka bersekongkol untuk mengugut dunia.
Bagi mereka yang ghairah menerima pendedahan laman berkenaan harus berhati-hati dan waspada. Jangan ghairah sangat. Saya bimbang ia akan terbalik kod (istidraj) nanti. Apa kata kalau selepas ini Wikileaks atau laman-laman blog dunia yang lain mendedahakan pula apa yang berlaku ke atas isu-isu lain termasuk pembunuhan wanita Mongolia yang dibunuh kejam di hutan simpan di negara ini dua tahun lepas itu? Apakah kita boleh menolaknya begitu saja?
Dengan mempercayai Amerika mengetahui setiap apa yang berlaku dalam seluar kita, termasuk juga dalam seluar dalam isteri kita, kita percaya kes pembunuh Altantuya juga berada dalam kabel diplomatiknya. Bila-bila masa ia akan terbongkar. Apakah selepas Wikileaks mendedahkan jenayah itu nanti kita akan mempercayainya? Amerika hanya menanti masa saja untuk mendedah apa-apa rahsia kita kalau kita tidak sedia mengikut telunjuknya.
Kalau misalnya dalam pendedahan itu (pembubunah Altantuya) ia membabitkan pemimpin negara yang berkuasa sekarang ini, apakah kita akan mempercayainya. Atau kita akan menganggap pendedahan itu satu fitnah pula? Hendaknya jangan ada sikap double standard dalam menerima pendedahan Wikileaks ataupun maklumat yang dimiliki oleh Amerika ini.
Kalau hari ini kita percaya maka esok juga kita kena percaya apa yang akan didedahkan. Jangan... kalau ia dedah mengenai keburukan oposisi, kita mudah menerimanya dan kalau ia mendedah kelakuan pemimpin pemerintah kita buat-buat buta untuk melihatnya.
Dalam tilikan saya pendedahan penglibatan Anwar dalam isu liwat semacam ada urusan jual beli dan strategi lebih lanjut. Ia melibatkan kewangan yang besar. Tunggulah..
Jadi semua pihak hendaklah tidak mudah mempercayai pendedahan Wikileaks itu dan anggaplah ia hanya permainan kuasa dunia yang ingin mencaturkan politik dunia saja. Kita boleh akui dunia luar itu lebih maju dan moden daripada kita, tetapi kita tidak dapat merasakan apakah nawaitu mereka ke atas kita benar atau tidak. Saya yakin selamanya Amerika akan memperkudakan kita. Maka semua pihak perlu berhati-hati jangan sampai menggit jari tertelan air liur. Kita jangan kehilangan banyak orang yang berpotensi untuk jadi pemimpin. [wm.kl. 8:00 pm 12/12/10]
Nampaknya Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa pertama Wikileaks..jika pertuduhan itu benar (90% benar setakat ini),adakah kita sebagai rakyat Malaysia boleh menerima hakikat itu? Tepuk dada tanya hati..
ReplyDeleteTahniah Tuan MSO diatas keprihatinan tuan terhadap isu-isu sensitif yang mulai memberi impak besar kepada percaturan politik tanahair.Saya amat teruja bilamana tuan dapat memberi komen pantas serta istiqomah dalam mengupas sebarang topik panas.Ibarat ikan dilaut,bila naik ke darat dilumur garam,barulah masin.
ReplyDeleteNescaya setiap jalan menuju kebenaran,ianya tetap berliku,selagi ianya obat,pahit jua harus ditelan.Allah shj yang dpt membalas keikhlasan perjuangan tuan.Kepantasan dan ketajaman mata pena tuan memberi semangat kental kepada kami supaya lebih beristiqomah juga.
puak hangpa selama ini pun duk banyak menjaja dan mempercayai berita diluaq dan dari luaq, la ni kena kat btg hidung hangpa sendiri awat hang tak percaya plak..hehe
ReplyDeletesalam mso
ReplyDeletesy setuju. jgn mudah melatah dgn setiap pkembangan yg berlaku, shingga mghilangkan fokus kita kpd mslh sbenar. hari ini, propaganda dari musuh semakin rancak. hati2
Bagaimana tuan tahu Anwar tak bersalah kerana tuan bermatia-matian membelanya dan bagaimana tuan tahu Altantuya ada kaitan dengan pembesar negara kerana tidak henti tuan cuba mengaitkannya.
ReplyDeleteCodeName... saya tidak tahu apakah anda faham apa=apa yang saya tulis selama ini, atau pun tidak. Tapi terima kasih atas komen anda. Sesiapa pun kalau nak jadi penyokong fanatik kepada mana-mana parti atau individu jangan sampai mempamerkan akan kekemotan akal kita.
ReplyDeletebrother MSO, nak cakap dia musuh umat islam amatlah tidak betul..
ReplyDeletewikileaks la yang pertama mendedahkan 'kabel' yg menyatakan tiada 'weapons of mass destruction' di iraq, dan video dari Pentagon dia mana askar amerika menembak penduduk awam dan reporter reuters dekat iraq (boleh google yoputube, askar emarika siap gelak2 lagi dan menjerit 'kill all those bastard')...
nasihat saya jgnlah bersikap selektif....wikileaks mungking tidak benar dan MUNGKIN BENAR!!!!
nak percaya atau tidak, bergantung kepada sebelah mana anda siokong, kalo la najib altantuya didedahkan oleh wikileaks, juak2 PR akan terlebih dahulu mengatakan 'ini 100% sahih, wikileaks bukan utusan beb'...kena batang hiodung sendiri menag la x suka kan?
Sdr Yat... apa yang saya tekankan ialah supaya waspada. Jangan pula kerana wikileaks mendedahkan mengenai keburukan US dalam perang makan kita menerimanya sebagai sumber mempertahankan Islam. Musuh mempunyai seribu tektik manakala kita pula masih menggunakan tektik lama, percaya kepada apa yang kita rasa baik. Tidak timbul soal selektif di sini, dan memang sokongan bergantung kpd kecenderungan kita kepada warna apa. Maka kita kena hormatnya juga kepada kecenderungan berwarna itu.
ReplyDeleteAssalam Tuan ,
ReplyDeleteZaman kini adalah zaman FITNAH atau zaman internet,kita tidak boleh mempercayai berita tanpa meneliti dan mengkaji kesahihannya walau pun berita itu mempunyai bukti atau fakta kerana perkara itu boleh di-reka untuk membutakan hati umat islam.Sebagaimana contoh kes liwat...islam mengajar kita memerlukan empat orang saksi yang beriman untuk mengesahkan fitnah itu dengan mata kasar bukan nya dengan teknologi internet.Teknologi internet adalah ciptaan bangsa yahudi yang terang terang adalah musuh Islam sebagaimana di-terangkan di-dalam Al-quran,maka waspadalah kepada dakyah licik mereka untuk mmengelirukan dan memesongkan kita semua yang kebanyakkan dari kita ini adalah yang buta ilmu tentang teknologi internet.Wassalam
Bro,
ReplyDeleteusah dilayan orang2 yang jenis tak cukup akal untuk berfikir, sampai bila pun x selesai..
betul la tu apa yang bro ckp, berwaspada... tak buleh ditelan bulat2 tentang sape pun kata.
guna akal untuk berfikir, guna mata untuk melihat, guna telinga untuk mendengar..
jangan jadi mcm ada pengikut fanatik yg ada telinga buat2 pekak, ada mata buat2 buta, ada akal berfikir mcm xda akal.
Satu perkembangan yang baik untuk Negara Malaysia dan juga untuk rakyat mengetahui perkara yang benar mengenai kes Sodomy 2. Pertamanya Pihak perisik Singapura mendapat maklumat dan memberitahu Lee Kuan Yew bahawa DSAI memang meliwat Saiful . Soalan nya dari manakah maklumat itu di perolehi? Kedua kenapa di beritahu kapada Australia? Mr Lee kuan Yew pernah melawat Tuan Guru Nik Aziz di Kota Bharu, kenapa dia tidak menyatakan kapada Nik Aziz atau Lim Kit Siang? Jawapan kapada soalan tersebut tidak perlu pada masa ini. Apa yang penting ialah pihak pendakwaraya Malaysia yang bertungkus lumus untuk mensabitkan DSAI dengan kesalahan atau jenayah tersebut patut mengambil peluang dengan membawa saksi antarabangsa iaitu, Lee Kuan Yew dan perisik Singapura, Wikileaks, dan akhbar The Sun-Herald. Jadi kes sodomy2 ini patut di pindahkan ke Mahkamah AntaraBangsa untuk membolehkan mahkamah menyaman saksi-saksi antarabangsa ini. Beranikah Peguam Negara berbuat Demikian? Kalau tidak ia akan menjadi fitnah terbesar diabat ini terhadap DSAI
ReplyDeleteDi zaman yg serba mencabar ini, wang boleh mencorakkan segala-galanya. Buat DSAI, jika anda bersalah, terimalah azab di akhirat nanti, tetapi jika ini mainan fitnah dan keadilan tidak di perolehi di dunia ini, hadapilah mereka dan tuntutlah keadilan di akhirat nanti.
ReplyDeleteKita pun tidak tahu, mengapa ahli politik yang faham tentang asas perundangan, "Tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah" boleh mengguna dakwaan WikiLeaks ini. Apakah mereka sudah tidak upaya untuk menegakkan konspirasi jahat mereka setelah beberapa kali dilihat tidak betul dalam prosiding mahkamah yang sedang berlangsung?
ReplyDeleteKalau begitu, WikiLEaks pun boleh gemparkan dunia dengan laporan perisikan Singapura yang mengatakan gambar 'orang itu' dengan model C4 yang telah mati.