Apakah Najib Bapa Anak Haram?
SUDAH saya ramal dan katakan Anwar akhirnya menjawab dan terus mencabar Najib untuk berdebat. Anwar terpaksa berbuat demikian kerana sindiran dan penghinaan Najib kepada Anwar untuk menolak perdebatan agak keterlaluan. Najib semasa bercakap di hadapan ribuan orang peneroka yang diangkut dengan bas, lori dan van dan dibayar di Tenang, memperli Anwar dengan mengatakan ketua pembangkang itu akan demam kalau berdebat dengannya.
Kata Najib sebagai PM dia tahu segala maklumat peribadi mengenai Anwar. Katanya kalau Anwar berdebta dengannya Anwar akan demam kerana dia mengetahui banyak rahsia peribadi Anwar.
Semalam semasa berkempen di Tenang Anwar menjawab sindiran dan penghinaan Najib ke atasnya dengan mengatakan beliau masih mampu berdebat kalau pun dalam keadaan demam. Kata Anwar dia akan telan penadol asalkan dapat berdebat dengan Najib. Anwar tidak mudah untuk merasa gerum dan kecut perut dengan Najib.
Kata Anwar kini dia tidak kisah topik mana yang Najib setuju berdebat dengannya. Kalau dhaif sangat untuk berdebat mengenai ekonomi Anwar setuju untuk berdebat fasal isu peribadi.
Anwar membuat cabaran itu bila Najib menyimpang dari topik asal untuk ikut sama mengheret isu periabdi. "Pilih mana yang kamu hendak, ekonomi atau peribadi," kata Anwar.
Kalau Najib mempunyai maklumat peribadi mengenainya, kata Anwar dia juga ada maklumat peribadi tentang Najib. Dia mahu tanya dan ceritakan siapa yang merampas isteri orang, siapa yang membunuh Altantuya dan siapa yang ambil rasuah RM500 juta untuk pembelian untuk peralatan perang negara.
Mungkin juga Anwar tahu mengenai tragedi seorang pemimpin yang tertangkap basah dengan seorang artis di Port Dickson Negeri Sembilan. Kalau tidak silap MB Negeri Sembilan ketika itu ada menelefon Anwar mengenai kejadian itu.
Cabaran dan kesanggupan Anwar itu menyebabkan Najib akan terkucil kali ini. Bagi rakyat tidak kira sama ada isu peribadi relevan atau tidak, elok kalau mereka berdua duduk atas pentas dan berdebat dan mendedahkan segala yang ada dalam kain kalau itu yang mereka mahu. Tetapi ingat politik membawa kepada peribadi adalah politik kampungan.
Bila Anwar sebut siapa yang rampas isteri orang, ramai yang tertunggu-tunggu untuk mendengar cerita sebenar macam mana proses pernikahan Najib dengan Rosmah. Apakah ketika itu Rosmah sudah berstatus janda, sudah habis edah atau tidak. Kalaulah ketika itu Rosmah masih isteri orang, berkahwin sebelum bercerai dan belum lepas edah, macam mana status kedudukan anak Najib dengan Rosmah. Bukankah itu bermakna mereka melahirkan anak haram?
Elok Najib kena jawab dan kena jelas apa yang diutarakan oleh Anwar itu. Kalau Najib tidak menjawabnya menyebabkan persoalan itu bermain dalam kepala orang ramai. Sangatlah malang bagi Najib dan juga nasib rakyat negara ini kalau Perana Menterinya bapa haram! Kita dengar apa pula balasan Najib selepas ini!
Sebaiknya Najib menjawab dan menjelaskan perkara ini semasa proses kempen pilihan raya kecil Tenang ini. Kalau perlu Najib kena tunjukkan surat perkahwinan dengan Rosmah. Bila perkara itu sudah disebut maka hendak tak hendak, suka atau tidak suka ia perlu dijelaskan.
Sebenarnya bila Najib menyetuh soal peribadi Anwar ia telah melakukan kesilapan. Tindakan itu seperti menjolok sarang tebuan. Mengenang ini saya teringat kepada kata-kata seorang tua di kampun saya, namanya Munah. Katanya kalau tubuh kita penuh dengan kurap kerapu, jangan sesesekali kita nak menjual ubat kurap dan kerapu! Nampaknya itulah terjadi kepada Najib... baik-baik generasi mudah tidak tahu status perkahwinan beliau dengan Rosmah kini ia sudah 'terkobek'. Meow.... [wm.kl.11:30 am 23/01/11]
kalau debat pasal peribadi bagus gak tu sebab kita nak tahu siapa pemimpin kita yang sebenar....
ReplyDeleteTuan janganlah tuduh sebarangan berkenaan si anu dan si polan ada anak haram,fitnah adalah dosa yang amat berat!dah confirmkah? Kalu ditomah orang, pihak yang satu lagi pun ada anak haram bagaimana? Nauzubillah..Jangan sedap cakap saja,Sebab pulut santan binasa....
ReplyDeleteTerima kasih kepada sdr Melayu Raya, saya rasa saya tidak tuduh tetapi membuat persepsi atas apa yang disebut Anwar Ibrahim. Rasnaya tidak salah. Apa bezanya dengan apa yang Najib katakan kepada Anwar. Konotasi ucapan Najib menyindir Anwar itu dianggap menghina Anwar.
ReplyDeletekalau Najib membuat konotasi terhadap Anawar terhadap apa yang berlaku rasanya tidak salah kalau saya mempersoalkan itu. Saya tidak menuduh tetapi menterjemah persepsi yang dilakukan Anwar.
Makanya saya katakan bagi mengelakkan pentafsiran dan 'tuduhan" sebegini maka kedua pihak jangan bangkit soal peribadi. Sebab bukan saja mereka berdua ada kisah peribadi, kita juga miungkin ada.
Dan sebenarnya mengenai peribadi Najib banyak yang sudah terdedah lama sebelum ini. Saya pernah masuk dan rakamkan dalam buku-buku saya sebelum ini. Mungkin generasi baru tidak pernah membacanya dan menerima Najib selepas beliau menjadi PM dan dikenali sebagai anak PM ke dua tidak lebih dari itu.
Kalau orang korek peribadi peribadi pemimpin lain maka tidak salah kalau peribadi Najib juga dibongkar.
Yang baiknya sdr Melayu Raya membuat teguran kepada keduanya dan tidak kepada saya. Saya angkat persoalan itu untuk direnungi kemudian diperbetulkan. Saya adalah perakam sejarah, penganalisa dan peramal masa depan politik.
Wassalam.
Kenapa Anwar beriya-iya mahu berdebat dengan Najib, sedangkan Najib tak layan (banyak benda yang lebih penting). Disebabkan alkisah Anwar yang mencabar Najib ni sehingga Tuan sendiri selaku penyokong tegar Anwar, telah mengeluarklan kenyataan yang belum tentu kesahihannya (mungkin fitnah). Sedangkan Tuan berimejkan Islam (bukankah Islam tu murni?)
ReplyDeleteAssalam Tuan,
ReplyDeleteKalau nak tahu melayu jenis bodekraya
ialah apabila tuan kita di-fitnah dia akan sakan tepuk tangan tetapi bila tuan dia di-fitnah dia akan tunjuk penumbuk tangan,
Salam tuan MSO. Saya sokong debat mengenai peribadi atau pun soal ekonomi ke demi untuk rakyat jelata mengtahui siapa yang benar dan salah baru kita dapat ketua negara yang berseh dan akhlak mulia
ReplyDeletesiti norhanim ..
ReplyDeleteSepatutnya saudari kena bertanya kenapa sejak Anwar keluar UMNO hingga sekarang pemimpin2 UMNO asyik menyerang peribadi Anwar ? Media Massa asyik memutarkan suara2 pemimpin UMNO mencela Anwar . Najib dah berkali2 melalui saluran TV utama mencela / menghina / memperlekehkan anwar .
Kenapa tiba2 bila Anwar ajak berdebat dalam siaran langsung di kaca TV maka bergetar Najib berdolak-dalik itu ini ? Apa susahnya debat . Adakah audien yang melihat debat nanti naif dan tak mampu berfikir mana yang benar dan mana yang palsu maka ditakutkan audien percaya dengan anwar walaupun nanti dia menipu ? Ataupun takut kebenaran itu tersebar di kaca TV dan tertonton oleh jutaan audien maka sukar bagi UMNO hendak padamkan kebenaran ini nanti ?
Jadi saudari berfikirlah dengan panjang akal .. Penipu selalu mengelak manakala yang benar sentiasa ingin kedepan .
Tak nampak janggalpun bila melihat Hillary dan Obama berdebat menerangkan visi masing2 sebelum dapat mewakili dan merajai pentas politik . Maka di mana kita yang menekankan keadilan tetapi sebenarnya meninggikan kezaliman .
siti norhanim,
ReplyDeleterasanya tuan MSO dah terangkan pada komennya diatas dan rasa Tuan MSO tidak membuat fitnah tapi memberi persepsi berdasarkan apa yang anwar katakan....
satu persoalan yang saya nak tanya pada siti norhanim...kenapa najib mengelak untuk berdebat dengan anwar...siapa yang memperlekehkan siapa dahulu...mungkin siti norhanim kurang membaca biar saya terangkan...
anwar membentangkan perancangan PR 100 hari memerintah yang membawa kepada kesejahteraan rakyat...tapi apa respond najib...najib kata perancangan PR itu satu perancangan populis dan negara akan bankrap kalau dilaksanakan...jadi anwar ajak najib berdebat dan saya sebagai rakyat malaysia pun nak tahu juga lebih mendalam perancangan ekonomi siapa yang lebih praktikal dan telus dan yang penting untuk kesejahteraan rakyat malaysia keseluruhannya...sedari lah keadaan ekonomi kita sekarang ini semakin meruncing...dimana sahaja rakyat dah mengeluh...
tapi apa yang najib balas bila diajak berdebat...dia suruh anwar selesaikan masalah peribadi iaitu kes liwat...kita semua sedia maklum bahawa kes liwat ini terlalu banyak sangat persoalan yang tergantung dan berat sebelah...dan yang penting ianya telah jadi kes mahkamah jadi biar la mahkamah yang belum tentu adil itu selesaikan...minta dibawa ke mahkamah syariah tak berani la pulak...so kenapa pulak najib serang peribadi anwar...najib kata kalau dia bercakap tentang peribadi anwar nanti anwar akan demam kerana dia ada banyak maklumat...so anwar ajak juga najib berdebat tak kira la samada nak debat hal peribadi atau ekonomi...anwar kata dia tak kisah...kerana dia kata dia pun banyak juga menyimpan rahsia terbuka peribadi najib...so kita tunggu pulak apa nasihat APCO pada najib..hehhe...
kesimpulannya siti norhanim...sebelum bagi komen, analisis dulu tulisan org...lihat apa yang tersirat dan tersurat...saya tak nampak pun Tuan MSO buat fitnah...tapi ianya persepsi berdasarkan apa yang anwar katakan....
Ya Allah.......
ReplyDeleteKau tunjukkanlah yang mana benar.agar jelas lagi terang..........
isu...tetap isu........
maka bila di soal....maka kene jawab......
PM harap beri respond.......kalau tak cukup kuat nak hadapi tiap persoalan..mahupun soalan boleh diketagorikan soalan *BODOH* sekalipun....jawab tetap perlu untuk kreadibiliti seorang pemimpin....kenapa perlu takut untuk perdebatan??? nak berdebat pun takut ni kan pula nak menghadapi situasi negara bila berperang. kalaulah negara kita berperang.....pemimpin yang sebegini rupa.....lagi terang lagi tersuluh akan lari tinggalkan negara.....fikir-fikirkan wahai rakyat..... wallahualam
siti norhanim atau siapa pun dia sebenarnya ialah lambang kepada pengikut totok UMNO! kenapa totok? sudeah menerima dan menjadiakan apa saja yg UMNO danpemimpinny abuat sebagai benar belaka...tiada ruang dalam otak atau hati mereka untuk terdetiksoal kebenaran> kebenaran hanya ada pada UMNO sja..kalau ada saksi mata sekalipun yang kata pemimpin UMNO bunuh orang , saksi itu yg akan di hukum bunuh! toksah layan merka ni..
ReplyDeleteuMNHO berjaya mentarbioah orang melayu bahawa merekalah yg telah menyelamatkan bagnsa melayu dan membawa kemerdekaan..bila sibijak poandai nak sokong PR mereka akan peleceh dan kata orang itu lupa diri..belajar tinggi dengan biasiswa kerajaan (BN la tu) ..lupa dia duit kerajaan tu, datangnay dari rakyat semua..bukan dari poket pemimpin atau orang UMNO saja...itu yg cikgu2 berebut sokong kerajaan..sebab itu mereka senang je songlap duit kerajaan, lupa duit tu duit rakyat!
orang ajak main dam, kita ajak main perang? akai ada ka? padan la muka kalau terkena bom!
salam semua,
ReplyDeletekepada yg masih dok tanya adakah debat tu penting atau tak penting, sila rujuk pemimpin kerajaan dan pemimpin pembangkang negara luar.. jgn malas membaca!! nanti negara kena jual!!
debat antara pemimpin tu penting untuk dinilai oleh rakyat sejauh mana polisi/dasar yg dibawa boleh parti boleh menjamin masa depan pengundi.
PM australia yg pompuan tu pun berani berdebat dengan tony abbot!! tujuannya untuk menerangkan kepada pengundi dasar yang dibawa lebih baik dari pihak pembangkang!! yang menilainya sapa? pengundi/rakyat laa.. sapa lagi?
sibuk sangat kaa PM najib sampai takdak masa langsung untuk berdebat? atau PM najib tak competent??
untuk pm najib, jadilah pemimpin yg berwibawa dan bertanggungjawab. tunjukkan karisma kepimpinan anda dalam sesi debat dgn saudara anwar.. jangan jadi pengecut!
Sokong Debat Perihal Ekonomi Dan Penyelesaiannya... Fakta jelas kearah malaysia dan rakyat marhaen maju...
ReplyDeletePerihal peribadi sendiri tanggung lah.. tak payah berdebat... cuma persepsi..
Selalunya yang tidak mampu hujah bersama fakta jelas akan membuat alasan menolak debat tersebut...
saya berhaparap sangat PM kita dapat debat dengan anwar lagi pun depa dua orang buka orang lain.... dua dua sama level.. PM ketua kerajaan... ketua pembangkang si anwar.. so memong cocok laaa....
ReplyDelete