Monday, January 24, 2011

Berita Dari Dun Selangor

DUN Selangor Panas

[kemaskini] Pindaan perlembagaan tubuh kerajaan Selangor yang dibentangkan hari gagal mendapat kelulusan dua pertiga. Ini bermakna keinginan kerajaan untuk pinda perlembagaan Perkara 52(1) Unsdang-Undang Tubuh Selangor tidak tercapai.

Pindaan undang-undang tidak dapat dilakukan sekiranya tidak memperolehi undi 2/3. Kerajaan memerlukan 38 undi bagi mencapai sasaran berkenaan. Kegagalan itu disebabkan semua Adun Umno menolak pindaan berkenaan.

Dari segi moral politik pindaan itu memalukan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Apakah beliau akan mengambil risiko atas kegagalan itu dengan meletakkan jawatan? - MSO.

DEWAN Undangan Negeri (Dun) Selangor ketika ini masih hangat dengan perbahasan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kuasa kepada Sultan Selangor dalam urusan perlantikan pegawai eksekutif (SUK) negeri berkenaan.

Pindaan itu membabitkan Perkara 52(1) Undang-Undang Selangor 1959. Kata Menteri Besar pindaan itu untuk mengelakkan generasi akan datang tertanya-tanya mengenai perlantikan SUK siapa sebenarnya berkuasa.

Ucapan pembentangkan pindaan itu telah disampaikan oleh Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim. Selepas Khalid menyampaikan ucapan, ketua pembangkang yang baru, Satiman Diman mengambil bahagian. Pihak pembangkang telah menolak pindaan berkenaan dan menganggap kerajaan syok sendiri.

Perbahasan yang bermula di sebelah pagi disambung ke sebelah petang. Dijangka lewat malam ini Dewan membuat keputusan apakah pindaan itu diterima atau pun ditolak.

Sementara Ahli Dewan berbahas hangat di dalam dewan lain pula kejadian di luar Dewan. Dua puak datang membawa sepanduk berdemontrasi membantah pindaan berkenaan dan satu pihak menyokong pindaan berkenaan.

Bersambung malam nanti. [ttdi.kl 6:00 pm 24/01/11]

6 comments:

  1. Ayahanda MSO, bagi saya dari segi moral politik pindaan itu TIDAK memalukan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor.

    Beliau berani mengambil risiko atas kegagalan itu walaupun tahu gagal mendapat 2/3 majoriti.

    Tindakan beliau sekurang-kurangnya membuka mata rakyat tentang perlembagaan. Pihak mana yang sebenarnya menyokong Sultan.

    Pindaan perlembagaan menjelaskan peranan Memanda Menteri menasihati Sultan bukan KSN menasihati Sultan. Ibarat masuk rumah ikut pintu belakang. Penjaga pintu depan tidak tahu. Kitakan kaya dengan adat Melayu.

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat pendapat Hanz... saya juga melihat dari satu sudut TS Khalid telah memulakan satu budaya sihat dalam menghadapi krisis apatahlagi berkaitan perlembagaan, walaupun sudah dapat dijangka risiko menghadapi kegagalan undi, TS Khalid sebenarnya telah berjaya menguruskan krisis tersebut dengan cara 'constitutional way' amat berbeza dengan cara UMNO ketika krisis perlembagaan di Perak dulu.

    ReplyDelete
  3. Saya sokong mb buat pindaan,sekurang2nya org muda tahu umno yg mengurangkan kuasa sultan pada 1993

    ReplyDelete
  4. Tuan MSO,

    Kegagalan Khalid dapatkan 2/3 majoriti di sebabkan terlalu tergesa-gesa buat pindaan.

    Dia sepatutnya belajar dengan Mahathir macam mana buat pindaan dengan kempen seluruh rakyat selangor untuk menerangkan kebaikan pindaan tersebut.

    Terima SUK itu dulu, dan jangan bagi heboh dengan sikap kontra dengan SUK yang dilantik oleh kerajaan pusat.

    Khalid tau media tidak menyebelahinya kenapa cepat ngelabah.

    Putar belit media menyebabkan kegagalan.

    ReplyDelete
  5. MB Selangor kalah di undian, tapi menang di hati rakyat. Maka, jadilah MB Selangor bekerja politik, berfikir korporat dan berhati rakyat.

    ReplyDelete
  6. Salam Tuan MSO,

    Jika kita renung semula bagaimana Nizar pernah dilantik menjadi MB Perak sedangkan mendapat tentangan kuat dari wakil dap & pkr Perak namun Raja tetap maukan Nizar.

    Begitu juga perlantikan Mad Said sebagai MB Terengganu walaupun mendapat tentangan dari Pak Lah selaku PM tapi Raja tetap menang, bayangkan lah PM pun kalah, itu menunjukkan kekuasaan Raja2 didalam hal yang berkaitan dengan pentadbiran didalam sesebuah negeri.

    Saya percaya sebagai MB Selangor Khalid tentu sudah maklum akan hal ini tambah lagi dengan barisan pegawai penasihat politik dan pakar perundangan Negara adalah mustahil untuk Khalid tidak faham, maaf tuan saya lebih mempercayai bahawa Khalid telah di desak oleh sesuatu pihak hingga beliau mengambil langkah terpaksa walaupun beliau sudah tau usaha tersebut tidak akan berhasil.

    Hari ini pihak yang mendesak sedikit pun tidak terjejas sebaliknya imej Khalid yang terjejas, tidak kah ini satu perancangan licik untuk mencalarkan nama Khalid ?

    Wassalam

    ReplyDelete