Kerusi Speaker Dun Kelantan Panas!
KALAU anjing menyalak di balik busut kadang-kadang kita rasakan anjing itu gila. Saja membuat bising. Ataupun sengaja mahu membuang kerisauan dan kerungsingan kerana gagal mengejar betina. Kempunan mengawan kata orang.
Wahlal salakan itu ada maksud dan makna tersendiri. Ada perkara yang disalak dan dikejar di sebalik salakan itu. Ada signal. Selalunya kalau anjing liar dan jahat ia suka salak biawak, ajing adalah spesies makan biawak.
Begitulah apa yang berlaku kepada salah seorang Adun Pas di Kelantan yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan. Sehari dua ini menyalak tidak tentu fasal, melengking lengking. Tunjuk lagak dan tujuk bijak bersikap semua tahu sampai warna baju yang dipakai orang. Ingatkan salak kerana banjir, tetapi kawasannya tidak pula ditimpa banjir. Jadi untuk apa dia menyalak dan menyelak situ dan sini hingga ternampak 'batu berapi sendiri?'
Kalaupun banjir Siti Zailah Yusuf ahli Parlimen Rantau Panjang sudah ada. Zailah berkhidmat siang malam untuk membantu mangsa bangsa. Walaupun perempuan, tetapi demi rakyat, Zailah lakukan sendiri. Biar ada orang membenci kerja kebajikannya, dia tidak peduli. Jadi kalaupun Rantau Panjang kini ditenggelami banjir Zailah sudah menyediakan 'pelampung' penyelamat untuk rakyatnya. Zailah senantiasa siap siagap 24 jam untuk membantu rakyatnya tidak kira fahaman ideologi.
Banyak najis dan noda yang ditinggalkan Ahli Parlimen Rantau Panjang (bukan Daing Meriok) sebelum ini. Semuanya dibersih disapu dan disamak oleh Zailah. Akhirnya Rantau Panjang kini bersih dan merupakan kawasan yang mantap di Kelantan. Kerja rajin Zailah disebut dimana-mana. Cuma mereka yang dengki hati busuk saja cuba menidak dan cuba menghalang Zailah dari membantu rakyat. Buruknya perangai orang nak berkhidmat pun dihalang dan dimarahi.
Bak anjing tadi, bila ia menyalak, rupa-rupanya ada sebab yang kita perlu memahaminya. Jadi samalah dengan Adun berkenaan. Dia menyalak kerana dia dalam kesusahan dan kewalangan. Ia bukan setakat sakit perut, tetapi ada masalah lebih besar. Dia jadi macam kucing jatuh anak, fitnah situ fitanh sini, provok itu provok sini kerana kedudukannya kini sudah tidak selesa lagi. Dia sudah risau dengan masa depannya dalam politik.
Dia sudah dapat membaca pilihan raya akan datang kemungkinan dia tidak akan dicalonkan lagi. Dia sudah mengenali penerimaan umum kepadanya sudah berkurangan. Dia juga sedar politik kain pelikat dan janji mulut busuknya sudah dicemuhi rakyat. Beberapa kawasan dalam Rantau Panjang sudah tidak boleh dipijak lagi kerana ditunggu orang dengan batang langsat.
Bayangan mautnya sudah mula datang berbangar-bagar pada dirinya. Dia merasakan ajal kekalahan akan menimpanya. Dalam pilihan raya lalu pun beliaulah yang menang dengan undi terkecil, bawah 456 undi.
Kalau bukan kerana Umno di Dun itu berpecah dan retak, mungkin Adun itu sudah jadi peraih ikan dalam pasar Pasir Mas atau jadi tukang jolok sawit di Felda Kemahang. Sebelum ini pun beliau pernah tertumus di situ beberapa kali. Kalau bukan berkat doa dan aura orang keramat yang ditumpanginya sudah lama dia jadi kuluhum.
Kerana risau akan kekalahan itu maka dia menyalak dan menyelek tidak tentu fasal. Diam-diam menyusun strategi. Inilah dikatakan politik berpandangan jauh walhal dalam konteks ini politik munafik, kohong. Dia terus nak jadi wakil rakyat walaupun sudah tidak popular dan berpenyakit.
Katanya pelan sudah dibuat untuk dirinya sendiri. Beliau tidak akan bertanding di kerusinya sekarang kerana sudah tahu gambaran kalah. Jadi untuk memastikan dia terus berada dalam hegomoni politik dia mencari helah lain. Dia perlu menyelamatkan dengan kerusi free, kerusi speaker. Beliau kini katanya mengidamkan kerusi speaker.
Kerusi ini sudah lama diidamkan. Apabila dia tidak dilantik jadi Exco, dia berharap dia akan dihadiahkan kerusi ini. Malangnya kerusi ini diberikan kepada Nasaruddin. Sepatutnya dia perlu tahu kenapa dia tidak serahkan kerusi ini. Tidak layak lah...tu. Bukan bermakna tua dan lama itu matang, ada juga tua dan lama itu gelonggong.
Dalam perancangan dan strategi ini, katanya dia akan berusaha untuk menolak Nasaruddin Daud (foto) ke parlimen Pasir Mas. Nasaruddin dicadangkan untuk berderpan dengan Ibrahim Ali. Dalam kata lain dia akan halau Nasaruddin ke parlimen. Dia akan 'gumba', Nasaruddin mampu untuk menewaskan Ibrahim Ali. Itulah cara nak selamatkan kerusi Pasir Mas dan dia pula dapat kerusi speaker. Soalnya kalau benar nak selamatkan kerusi Pasir Mas, kenapa tidak beliau sendiri melawan Ibrahim?
Apa takut kerana sudah terlalu banyak makan lembu dan duit Ibrahim? Ibrahim Ali akan menceritakan hal ini.
Nasaruddin masih belum mengetahui akan hal ini. Gerakan ini sedang berjalan. Lobi di peringkat tertentu sudah pun berjalan. Kalau Nasaruddin sayangkan kerusi sepaker beliau hendaklah berwaspada dengan Adun ini dan jangan mudah terjerat.
Adun seorang ini memang licik dalam politik. Selalu bersikap mulut manis jubur masam, kata orang Kelantan. Tetapi kelicitannya bodoh kerana dapat diduga awal. Semasa menjadi ahli Parlimen dulu dia cadangkan supaya calon Parlimen hendaklah mereka yang ada ijazah. Dia cadang begitu sebab dia tidak mahu tanding di parlimen kerana sudah berbau kekalahan. Sebenarnya dia juga tidak memiliki kelulusan peringkat ijazah.
Dia turun ke Dun dengan harapan kalau menang dilantik jadi Exco. Malangnya jawatan itu tidak diberikan kepadanya. Separuh hari dia memaki hamun orang yang menjanjikan dia untuk dapatkan Exco itu.
Tidak siapa dengki kalau dia nak jadi spekaer. Tetapi cara nak ambil kerusi itu tidak bermoral macam bubuh racun dalam pisang. Seperkara lagi, bolehkah jadi speaker. Macam mana nak jalankan mesyuarat kalau kita bercakap tergagap-gagap. Ayat Quran dan hadith juga hanya beberapa kerat saja dihafal. Kalau ada masalah dalam Dewan yang perlu diselesaikan dengan ayat Quran macam mana beliau nak uruskan? Kemhiran dan ilmu mantik dimiliki Nasaruddin tidak ada padanya.
Perkembangan ini jangan dipandang ringan oleh Nasaruddin khasnya. Jangan terkejut kalau apa yang dirancangkan ini akan mencapai kejayaan kerana dia ada kepakaran memanipulasikan keadaan termasuk sanggup membohongi Tok Guru Nik Abdul Aziz. [wm.kl.12:30 t/hari 02/01/11]
Saya sememangnya tahu siapa yang Tuan MSO maksudkan... Orang ni memang geng2 Tiga Abdul. Saya juga pernah mengikuti perkembangan beliau semasa menjadi Ahli Parlimen seketika dulu. Perbahasan beliau cukup hambar sekali.
ReplyDeleteKalau nak bandingkan beliau dengan Ustaz Nasharudin ibarat jauh panggang dengan api lah. Lihat lah pidato Ustaz Nasha dipentas-pentas politik cukup hebat sekali. Sebelum dia jadi speaker dulu memang selalu berhujah dengan ADUN UMNO di DUN Kelantan, serangan beliau cukup pedas sekali. Lantaran itu lah Kepimpinan PAS Kelantan mencadangkan beliau di lantik menjadi Speaker DUN Kelantan. Lepas tu beliau mula slow sikit..
Kepada ADUN yang Sasau tu tak payah lah dok jadi meroyan sebar cerita sana sini, jangan ingat awak tu besan TGNA boleh buat apa yang awak suka.. Rakyat sedang menilai apa yang kamu sedang lakukan dan rakyat juga sedang menilai apa yang kerajaan pimpinan TGNA akan lakukan kepada kamu.. Jangan kerana sikap kamu membuatkan rakyat menolak kepimpinan TGNA pada PRU-13 nanti..
Biarlah beliau dgn cita2 politiknya. Tapi jd speaker tu tak perlulah, setakat masuk ke dewan negara, ok kot.
ReplyDeleteJika tidak diberi, takut terasa hati, dan menulis cerita2 di FB pula. Biarlah dia .. 'tah' apa-apa 'tah'.