Majlis Mukabalah Anwar dan Rakan Abim
MALAM kelmarin telah berlangsung majlis 'mukabalah' (bersemuka) di antara kawan-kawan Anwar Ibrahim di dalam Abim. Majlis itu berlangsung di sebuah rumah sahabat (ikhwan Abim) di Petrajaya. Katanya sudah lama majlis berkenaan diatur tetapi ia baru dapat dilaksanakan malam kelmarin.
Lebih 100 orang terdiri dari bekas pemimpin dan anak usrah Abim yang sebelum ini menjadi pengikut kuat Anwar hadir pada majlis tersebut. Ia diadakan tertutup dan dikalangan orang-orang Abim saja. Ia berjalan dalam suasana harmoni dan penuh kekeluargaan.
Sudah pasti majlis itu dianjurkan oleh ikhwan yang tidak berpihak kepada mana-mana puak. Ia diadakan untuk mencari penyelesaian di antara kumpulan yang menentang Anwar. Kumpulan itu katanya sudah tidak bersama Anwar lagi dan menolak kepimpinan Anwar.
Satu demi satu mereka melarikan diri dari Anwar apabila Anwar disumbatkan ke dalam penjara. Sewaktu Anwar berkuasa dulu golongan inilah yang sering bersolat Subuh di rumah Anwar dan sering bergelewat di muka pintu pejabat Anwar yang tukang jadi pengawal ataupun penasihat peribadi yang dibayar 25%.
Itu dulu tetapi kini lain. Lebih malang lagi kumpulan inilah pula yang menjaja mengenai keburukan Anwar dan berusaha agar Anwar tidak diterima sebagai pemimpin. Berbagai usaha dan majlis penerangan keburukan Anwar dijalankan. Semua majlis atau aktviti yang dianjurkan dibayar oleh pihak tertentu. Kerja golongan ini seperti mencincang daging sahabat sendiri dan dijual dipasar kafir untuk beri makan anak isteri.
Penolakan mereka ke atas Anwar kerana mereka mempercayai Anwar meliwat. Anihnya golongan Islamik ini boleh mempercayai sesuatu berita yang disampaikan kepada mereka walaupun tanpa saksi yang adil berlandaskan kitab yang mereka amalkan sendiri.
Adapun mauduk majlis malam kelmarin ialah ingin penjelasan daripada Anwar mengenai pluralisme. Golongan itu menganggap Anwar menerima konsep kepelbagaian aliran agama yang menyesatkan. Hujah mereka ialah berdasarkan ucapan Anwar di satu majlis di London yang seakan-akan menerima konsep berkenaan.
Ucapan Anwar ini juga sudah diseminar, dibahaskan dan dirumuskan baru-baru ini sebagai bahaya dan menyesatkan. Isu ini sudah ditimbulkan oleh Utusan Malaysia beberapa minggu lalu tetapi nampaknya kurang mendapat sambutan. Masyarakat umum tidak begitu memahami isu pluralisme ini kecuali golongan pertengahan saja, istimewanya dalam Abim.
Golongan Abim yang tebal dengan fahaman ahli sunnah walah jemaah, yang merasa wangi dengan jubah carit dan serban robek itu tidak senang dengan faham berkenaan. Mereka menerimanya sebagai bahaya dan boleh menyelewengkan akidah. Golongan Abim itu jugalah yang menentang bekas Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin yang dianggap sebagai wahabi 'musyirikin wa tamato!'
Katanya majlis malam itu walaupun masih harmoni tetapi sempat hangat dan panas. Antara bekas Abim yang hadir dan menentang Anwar ialah Ismail Mina, Yusuf Yusuf, bekas Presiden Abim. Mereka inilah yang lantang menentang dan kini sudah mufarakah daripada Anwar. Merekalah menjadi juara atau tukang kempen agar pengikut Abim menolak Anwar.
Ismail mendesak Anwar menjelaskan pendirian Anwar mengenai ucapannya di London itu. Dalam penjelasan itu Anwar menghuraikan bentuk pluralisme yang ada berbagai-bagai. Beliau juga menarik perhatian bahawa pluralisme yang beliau perkatakan dari konteks berbeza dengan apa difahami oleh golongan Abim murtad itu - murtad dari menyokong Anwar.
Jelas Anwar beliau tidak bermaksud pluralisme itu dari sudut akidah (pegangan) tetapi dari sudut politik, tektik dan strategi. Pluralisme dalam konteks politik sebenarnya tidak dapat dielakkan bila kita berada di bumi yang realiti masyarakatnya berbagai-bagai. Hal ini juga berlaku kepada Tok Guru Nik Aziz atau pemimpin agama dari Umno.
Mereka tidak boleh menolak dan hidup secara rigid dengan fahaman sendiri melainkan harus bersama. Misalnya Nik Aziz aktiviti politiknya bersifat plurarisme. Apakah aktviti begini boleh dikatakan Nik Aziz dan tidak Islam?
Kata Anwar beliau harus bercakap demikian, kepelbagaina fahaman agama kerana majlis yang dihadiri itu dihadiri lebih 85% bukan Islam termasuk Yahudi, Kristian dan lain-lain. Sudah tentu katanya dalam keadaan itu beliau bercakap mengenai pluralisme dalam konteks itu.
Penjelasan Anwar dapat diterima oleh yang hadir. Mereka merasakan selama ini mereka dikelirukan oleh golongan penentang Anwar dalam Abim itu. Katanya, Ismail Mina tidak berpuas hati dan terus menyerang Anwar. Sikap melampau rakan baik Anwar yang sebelum ini banyak mendapat bantuan Anwar sewaktu Anwar jadi menteri, tidak disenangi oleh sebahagian yang hadir.
Begitu juga dengan Yusri Mohamed yang mulanya lantang menentang Anwar tetapi terkial-kial kerana tidak dapat mempertahankan hujah dan dakwaanya. Katanya bagi menyelamatkan dirinya terpaksa beliau menyandarkan tindakan itu atas kenyataan orang lain. Bagaimana pun orang yang disandarkan Yusri itu bangkit dan menjelaskan yang beliau tidak berpendirian seperti Yusri perkatakan itu.
Sedikit sebanyak majlis itu dapat menghuraikan kekusutan dalam keluarag awal Abim itu. Tetapi harapan untuk mereka akan kembali bersama Anwar menerus perjuangan Islam sebagai way of live yang menjadi slogan dan retorik Abim selama ini tidak akan mudah terlaksana. Kesetiaan, perpaduan dan iltizam mereka kini sudah berubah. Anwar dengan cara dan pendekatannya, manakala yang menetangnya kini dengan cara dan keyakinan barunya.
Apa lagi kalau setiap bulan poket jubah para penentang Anwar itu dipandati dengan sampul mempunyai RM, makin sukar untuk meraut sebuah kejernihan. Sedangkan Anwar pada masih ini usahkan untuk membubuh wang ke dalam sakut mereka, dalam sakut sendiri pun sering ketiadaan wang. Wang wa wangggggg. [wm.kl.9:20 am 05/01/11]
Apa lagi kalau setiap bulan poket jubah para penentang Anwar itu dipandati dengan sampul mempunyai RM, makin sukar untuk meraut sebuah kejernihan. Sedangkan Anwar pada masih ini usahkan untuk membubuh wang ke dalam sakut mereka, dalam sakut sendiri pun sering ketiadaan wang. Wang wa wangggggg
ReplyDeleteSemakin lama saya dapati tulisan tuan semakin keras menghentam siapa saya yang tidak bersetuju dengan Anwar. Tuan memberi gambaran mereka semua seolah dibayar untuk menentang Anwar. Kalau ada yang dibayar untuk menentang, mesti ada yang dibayar untuk menyokong. Betul tak tuan?
Sdr MSO,
ReplyDeleteSaya tak nampak pun kelibat MSO di sana. Kalau tak hadir dan dengar sendiri jangan terlalu berani buat laporan. Langsung tak profesional dan tak amanah. Saya ada rakaman penuh pertemuan malam itu. Komen MSO tentang saya adalah salah dan memberikan gambaran yang salah. Apa kata kalau saya ambil sikap tidak menghalalkan fitnah terhadap saya ini dan menuntutnya di akhirat? Sediakan MSO membayarnya?
Dr.Yusri Mohamad
Abim dulu dan kini amat jauh berbeza, bagaikn langit dan bumi... Dulu Abim merupakan gerakan pemuda2 Islam yg amat berpengaruh, baik sebelum dan selepas Anwar menyertai Umno, namun pemecatan Anwar sbg TPM pd 1998 mengubah segala-galanya, Abim trbahagi dua, yg menyokong Anwar menyertai Pas dan Keadilan(kini Pkr) kemudiannya disingkirkn manakala yg percaya dgn fitnah jahat trsebut terus kekal dlm Abim dan menjadi anjing2 kurap penjilat Umno... mrk2 yg didlm Abim ini mudah lupa dgn sgala jasa2 yg Anwar telah curahkn pd mrk(biasalah melayu mudah lupa versi Tun Dr. M), klu boleh sejarah penubuhan Abim pd 1972 pn mrk xmahu sebut siapa pengasasnya... itulah Abim kini dimulut brcakap psl Islam tp dlm poket sendiri penuh dgn duit upah sbg pencacai memburukkn Anwar n pemimpin2 PR...
ReplyDelete-Bekas ahli Abim-
Assalamualaikum.
ReplyDeleteApa? saudara kata Anwar dan kehabisan WANNNNG???.
Mana dia dapat wang untuk bayar yuran guaman kepada abang angkatnya KAPAL SINGH?. Tengok kes perbicaraannya boleh ditangguh sampai 2 tahun. Kalau nak buka fail baru kena bayar la satu fail harga RM......... eeeemh. Dah berapa kali dia tangguh dah berapa fail dia buka baru?
Cuba saudara fikir, sebelum nak membodek (ada apa-apa ka). Nampak lebih Islamik tapi main tuduh si ABIM dapat habuan, bukankah menuduh tanpa bukti DOSA?
Dalam setahun berapa kali dia terbang keluar negara? itu belum kita kira anak bini dia.
Banyak komen pro dan kontra mengenai posting di atas. Saya lepaskan beberapa termasuk dari sdr Yusri Mohamad.
ReplyDeleteMarah nampaknya ahli akademik ini dan mengatakan tulisan saya terhadapnya tidak benar.
Kita mahu mencari kebenaran mengenai majlis berkenaan. Ysri salah seorang yang hadir dan beliau mengakui ada rakaman.
Beliau boleh menulis dan menjelaskan senario yang belaku.
Saya akui hanya mendapat maklumat daripada apa yang dikatakan berlaku. Untuk pengetahuan Yusri tidak semua penulis hadir pada sesuatu majlis dan menulis bersumberkan maklumat.
Jika maklumat salah maka salahlah. Saya tidak percaya kalau orang Abim juga bercakap bohong.
Saya sedia menyiarkan penjelasan apa yang berlaku dalam majlis berkenaan. Mudahan tulisan sdr nanti akan dijadikan perbandingan dan dapat menolak keburukan yang sadr maksudkan yang lahir dari tulisan saya.
Nah jelaslah sama di sini atau dalam blog sdr. Wassalam.
Salam MSO.
Membaca komen MSO mengenai pertemuan Anwar dengan bekas pimpinan ABIM amat menarik untuk dikaji. MSO menggunakan "secondary source" dan tidak hadir dalam pertemuan itu. Judgement MSO akan jadi tidak adil dan tepat. Apakah itu memang SIASAH seorang wartawan yang tidak mampu berdiri atas kebenaran dan sifatnya memihak. Lalu berlaku tidak adil dengan laporan yang sensasi. Sedangkan keadilan dalam Islam ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.
ReplyDeleteApakah adil namanya dengan menuduh pengkritik Anwar sebagai menerima habuan dari pihak tertentu. Apakah MSO mempunyai bukti yang sahih tentang perkara tersebut. Mengaitkan kritik dengan imbuhan adalah strategi Anwar Ibrahim. MSO tahu ini. Tapi Anwar bukan "maksum" dan tidak silap dan salah. Bukti "circumstances" terlalu banyak untuk beliau nafikan dimedia. Mengapa beliau tidak bertindak atas kenyataan kawan rapatnya dulu yang "libel". Membisu boleh bermakna benar. Membisu menyebabkan kredibiliti hilang. Sebab itu orang-orang yang berfikir dengan jiwa yang terbuka bukan jumud dan mati rasa akan tetap mengambil sikap terbuka terhadap Anwar. Sokongan yang diberi kepadanya bukan tidak bersyarat. Dalam ABIM orangt-orang ABIM diajar tentang patuh terahadp kebenaran dan keadilan dan bukannya keadilan dan kebenaran yang melulu. Orang lain juga ada pegangan dan pertimbangan. Seseorang boleh diperbodohkan pada sesuatu masa tapi tidak boleh dibahlulkan pada setiap masa. Taktik MSO sama macam taktik Anwar.
Ismail Mina memang kawan Anwar sejak di Universiti Malaya lagi. Aktif membangunkan Yayasan Anda. Dan dirujuk oleh Anwar sekian lama. Yusri Mohamad, bekas Presiden ABIM adalah kawan Anwar. Ia terlibat dengan GERAK dan pernah membantu Wan Azizah. Mengapa MSO tidak mendengar dari mereka dan kawan-kawan Anwar yang lain untuk mendapatkan maklumat bandingan. Memang MSO selalu bertemu Anwar. SIASAH saudara untuk mendengar suatu pihak bukanlah prinsip keadilan dalam Islam. Belajarlah makna keadilan. Ianya menyentuh tentang dosa pahala dan salah benar akan sesuatu. Tulisan MSO dibaca orang. Nyatakanlah yang benar itu benar walaupun pahit. Kalau tidak saudara akan menanggung dosa nanti. Dosa dengan Allah boleh diminta ampun. Dosa dengan manusia bagaimana. MSO taubatlah!