Keputusan muktamad pilihan raya kecil tenangPEJUANG yang kental dan sejati itu tidak akan mengaku kalah. Istilah kalah atau berundur tidak ada dalam kamus hidupnya. Pejuang tulen melatakkan syahid itu sebagai matlamatnya. Mujahidin tidak pernah membawa kain putih untuk dijadikan bendera. Lilitan perca merah sentiasa mengecapi kepalanya.
BN 6699, Pas 2992. Majoriti 3707
Saya selalu mengatakan kemenangan dalam perjuangan bukan mendapat kuasa atau menjadi ketua. Kemenangan sebenarnya ialah mati sewatu kita sedang menghayungkan pedang ke leher musuh.
Belum tentu kita seorang manusia (muslim) yang baik kalau kita mati dalam kuasa berada ditangan. Kuasa kadang kala menjadikan kita alpa, menjadi kita riak ataupun menjadikan kita munafik. Bayangkan kalau kita mati dalam keadaan itu maka hilang fitrah kerinduan kita untuk menjadi insan mutaqim lialamin.
Saya yakin dan percaya para pejuang agama di Tenang tidak akan kecewa dengan kekalahan semalam. Mereka pulang sambil mengibarkan bendera basah untuk dikeringkan di rumah kelak. Mereka akan turun semula untuk meneruskan perjuangan di Merlimau nanti. Hanya beberapa hari di rumah untuk menyembuhi letih, kemudian mengumpul kekuatan untuk datang (turun) kembali ke gelanggang perang baru di Melaka.
Kepada pejuang pertugas Pas dari segenap seantero negeri, pulang dan berihatlah mujahidin budiman. Mamah dan kunyahlah apa yang berlaku di Tenang setengang-tenangnya. Cari dan gali kesilapan anda di situ sehingga menyebabkan anda tidak marangkul piala kemenangan. Dalam menyalahi kezaliman musuh, cuba juga menyalahkan diri sendiri. Dalam konteks ini menyalah dan menginsafi diri sendiri rasanya lebih baik.
Berfikir sejenak mencari kesalahan diri sendiri lebih baik merenung sejam mencari keburukan musuh.
Kepada pejuang agama dan bangsa di Tenang juga tidak perlu bersedih dan bergunda gulana. Banjir itu bukan air mata kekalahan, tetapi dicelanya juga ada mata air rahmat. Dalam kekalahan itu Pas masih memiliki sejuring kemenangan. Begitu juga dengan BN dalam kebanjiran kemenangan itu ada juga sejuring kemarau kekalahan.
BN menyedari kenapa mereka menang. Mereka juga menyedari apakah kemenangan itu bermoral atau sebaliknya. Kekesalan, kesenduan dan keinsafan akan hadir pada saat detik nazak menghampiri kita. Waktu itu semuanya sudah tidak ada guna lagi melainkan satu simbolik dan pesan amanat untuk sebuah kehidupan yang lain.
Jadi peristiwa selama lebih seminggu di Tenang biarlah ia berlalu. Segala dendam, marah, kebencian dan kepiluan di antara satu sama lain biarlah ia hanyut bersam arus bajir yang kini sedang menirus. Buangkan semuanya di kuala dan tenggelamkan di tengah lautan.
Ikhwan muslimim dan muslimat di Tenang harus hidup seperti biasa rukun dan damai. Anggaplah pilihan raya sebuah permainan menyenggangi kehidupan yang sibuk, dalam pada itu memberi sedikit kegembiraan. Iya... bila kampung halaman kita dijadikan ruang pesta, keriuhan sebuah sistem, maka adalah kesukaan dan tuahnya.
Segala perselisihan faham kecil, perbalahan kecil, hapuskan, dan berjabat salamlah dengan penuh mesra di antara satu sama lain tetangga untuk berjumpa lagi dalam gelanggang sama selepas ini dalam pilihan raya umum. Penentuan sebenar dan lebih muktamad adalah di dalam pilihan raya umum.
Kepada cikgu Mala, mekarlah kamu dihati rakyat. Teruskan perjuangan dan kuatkan semangat. Kekal kembangkan senyuman sampai kapan. Pilihan raya itu telah meletakkan nama anda dalam arkib sejarah yang ada makna tersendiri. Pilihan raya itu membuka kertas Phd untuk anda menjadi seorang ahli politik hebat di masa depan.
Kepada Azahar Ibrahim pula jangan persia-siakan harapan dan impian rakyat. Anda hanya memiliki masa kuranag setahun untuk melalui ujian sebenar.
Kepada Sallahuddin Ayub selaku pengarah pilihan raya Pas masih ada beberapa hal yang anda harus mempelajari dan menceramtinya untuk muncul sebagai seorang komender perang yang berjaya. Ingat ada sudah melewati dua pengalaman sebagai pengarah.
Salam hormat dan mohon berundur dari bumi Tenang lautan terbentang biru dan bulan akan mengambang atas ubun-ubun bangsa! [wm.kl.10:00 am 31/01/11]
dalam hal ni pihak SPR tak boleh ke guna budi bicara dalam sekurang-kurangnya memperuntukkan satu hari lagi untuk rakyat di kawasan DUN Tenang keluar mengundi
ReplyDeletedengan hujan lebat berserta dengan banjir adalah tidak adil kepada mereka yang terlepas peluang berbuat demikian
apalah gunanya deomokrasi.. walaupun hakikatnya sudah diketahui menang dan kalah tetapi sekurang-kurangnya kita semua berhak untuk mendapat penghormatan sedemikian
bukan kalah atau memang jadi pertaruhan tapi demokrasi...
kadang-kadang SPR tau nak marah kepada anak-anak muda yang belum lagi mendaftar menjadi pemilih.. selama ni pun apa yang SPR buat bagi kita semua membuat pilihan....
Assalamu alaikum tuan, Lama juga saya tak menulis dalam blog tuan. Apa pun terima kasih dahulu pada kesungguhan atas kemaskini tuan dalam menelusuri Pilihanraya Kecil Tenag ini.
ReplyDelete"Kalah bukan sebenarnya kalah, menang bukan hakikatnya menang". Itulah kesimpulan yang boleh dikatakkan kepada UMNO-BN dan Pakatan Rakyat dalam PRK Tenang ini. Dalam keriuhan berkempen sejak sebelum hari penamaan calon lagi tiba-tiba di hari mengundi Allah dengan iradahnya menurunkan hujan yang secara akal pendek manusia membantutkan semua usaha kita. Ibarat kita menanam padi berramai-ramai sejak membajak dan menabur tiba-tiba di masa menuai hujan turun dan banjir pula.
Bagi mereka yang beriman, pastinya apa yang berlaku itu diterima dengan redha dan ikhtiar akan dicari untuk memperbaiki keadaan namun untuk mengkhianati sesiapa tidak sama sekali. Namun bagi mereka yang orpotunis, setiap keadaan akan dieksploytasi untuk mendapatkan laba bagi pihak mereka.
Buat PR dan Pas, tahniah atas kerja gigih anda semoga ada nilai sejati di sisi Allah. Buat UMNO-BN, renunglah Mesir, Tunesia dan mungkin Yaman sebagai panduan masa depan anda sebelum anda menjadi seperti mereka.
Buat tuan MSO, "selamat Hari jadi pada 03.02.2011 nanti. Mas tu mungkin saya tak berkesempatan berada dengan komputer dan sebab itulah ucapan awal diberikan di sini.
Assalam,
ReplyDeleteTahniah kepada bn yang mempertahankan dun tenang dan syabas kepada calun serta penyokong pas kerana telah berjuang pada jalan Allah,bersabarlah kerana Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.Kemenangan di-dun tenang sebenarnya tidak membawa apa apa makna pada kedua belah pihak...inshaallah selepas pru 13 nanti Johor adalah satu satunya negeri pembangkang setelah PR memerintah.Amin