Saturday, February 12, 2011

Sabtu Menyatu

Salam Kaherah Untuk Kuala Lumpur

SEMALAM kita menyaksikan satu lagi kemenangan kuasa rakyat dan lumatnya kuasa manusia berteraskan kepada nafsu amarah, apabila Presiden Hosni Mubarak,82 di Mesir jatuh. Selepas 17 hari rakyat Mesir bangkit menentangnya akhir Mubarak tidak mampu bertahan dan terpaksa akur dengan desakan rakyat. Beliau dan anak beranaknya kini dalam perjalanan melarikan diri.

Biasalah dunia diktator sewaktu berkuasa tegak megah atas singgahsana tetapi bila kuasa sudah menghujung mereka akan melarikan diri. Kediaman terbaik untuk mereka ialah di negara ketiga yang sedia memberi suaka politik.

Banyak tafsir lain yang boleh dilihat dengan kejatuhan Hosni Mubarak itu. Ia mengesahkan bahawa kekuasaan, kekayaan dan kekejaman seseorang itu tidak akan kekal dan selamanya menjadi tongkat langit kehidupannya. Ia sebenarnya rapuh apabila rakyat hilang sabar dan bangkit berarak dan menentangnya.

Kekayaan seseorang itu memiliki harta berbillion juga tidak menjamin kedudukan dan kuasanya akan kekal. Apabila rakyat sudah berang dan tidak ada kasih dan simpati lagi biarlah sebesar mana diktator itu ianya akhirnya akan tumbang dan rebah juga.

Diktator boleh bertahan selagi rakyat merasa takut dengan ugutan dan kekejaman dilakukan. Tetapi sampai bila? Ia tidak akan kekal sebab apabila rakyat berpengetahuan dan arif mengenali hak-hak mereka, rakyat sedia merempuh apa saja hatta menggadaikan nyawa dan harta.

Di sini menunjukkan kuasa rakyat adalah kuasa keramat. Rakyat boleh mengubah apa yang mereka tidak suka, melawan cengkaman dan kerakusan dilakukan ke atas mereka. Justeru jangan main dengan rakyat. Dalam konteks negara Malaysia, rakyat juga mempunyai kuasa dan kekeramatannya tersendiri.

Rakyat kita sebenarnya bukan lemah atau tidak tahu bertindak membela hak dan kuasa mereka. Di Malaysia rakyat juga sudah sedia, tetapi tindakan mereka lebih diplomasi dan berlemah lembut. Atau dalam kata lain kemarahan rakyat ke atas beberapa tindak tanduk pemerintah masih belum matang. Apabila ia sudah matang kelak pasti apa yang berlaku di Mesir itu akan turut sama merebak dan 'memborak' ke negara ini.

Ia berbeza dengan rakyat Mesir yang sudah lama menyimpan dendam terhadap pemerintah diktator atau bersifat anarki. Kesedaran rakyat bahawa mereka bukan selama hamba orang kaya sudah mula menyerlah. Akan sampai satu masa rakyat akan membenci kepada kerakusan atau sifat munafik orang politik.

Perjuangan yang digerakkan oleh Ikhwan Muslim (IM) menerusi pelbagai saluran dan kesempatan telah melata kepada rakyat. Apa yang dibawa oleh IM ialah keadilan sosial. Nampak itu tidak dipedulikan oleh kerajan autoritarian Mubarak menyebabkan berlaku apa yang berlaku.

Atas kejayaan rakyat Mesir itu seluruh dunia bergembira. Semua pihak yang anti kezaliman dan kerakusan meraikan kemenangan itu. Bukan saja rakyat Mesir merasa bahagia dan seronok atas kejatuhan diktator itu tetapi semua kaum tertindas di mana-mana negara juga turut merasa kegembiraan dan kupasan atas apa yang berlaku.

Tidak terkecuali wap demikian juga turut sama dirasai di negara ini. Setiap dari kita yang tidak suka kepada penindasan, kronisme, penyalahgunaan kuasa, pemilikkan kuasa melebihi hak menerima kejayaan rakyat Mesir menumbangkan Mubarak itu sebagia cendermata untuk rakyat di sini. Manakala bagi rakyat Mesir dengan jatuhnya diktator Mubarak sebagai tibanya sinar baru buat mereka. Semalam seolah-olah rakyat Mesir baru mencapai kemerdekaan.

Perubahan di Mesir itu merupakan salam Kaherah untuk Kuala Lumpur.

Tidak siapa dapat menyekat apa yang berlaku di Mesir atau Tunisia itu. Kita tidak boleh memberi keyakinan bahawa negara kita tidak berkeadaan sama seperti negara berkenaan. Benar rakyat negara ini mewah tetapi dari beberapa sudut lain kedudukan negara kita lebih malang daripada Mesir itu sendiri.

Negara kita dianugerahkan Allah dengan perbagai sumber dan hasil bumi. Kita ada getah, sawit, minyak, biji timah, emas dan sebagainya. Kekayaan yang dikaut dari sumber itu sudah cukup untuk membiaya rakyat negara ini seramai 37 juta. Namun kerana ada ketirisan, ketidak telusan dalam mengurus dan tatacara kendali kekayaan menyebabkan kekayaan itu tidak tumpah kepada rakyat. Sebab itu masih ada rakyat dikelaskan dalam miskin tegar atau dibawah paras kemiskinan seperti mana digariskan oleh PBB.

Kenapa Umno sibuk melakukan transformasi kini ialah kerana Umno sudah sampai ke peringkat macam Hosni Mubarak. Sudah ada pemimpin Umno yang lebih obses mengumpul kekayaan diri dan kronis berbanding dengan kepedulian kepada rakyat. Kerana fenomena itulah maka Umno dan UBN kehilangan kuasa majoriti di parlimen. Ini realiti bukan ilusi.

Soalnya kini apakah Umno sudah benar memulihkan keadaan. Umno memalingkan muka mereka kepada rakyat. Nampaknya Umno masih tercari-cari momentum untuk mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti itu seperti 40 tahun lalu.

Sedar atau tidak rakyat negara ini pernah menentang diktator yang tercitpa menerusi Umno. Tahun 1998 rakyat pernah keluar beramai-ramai di jalan raya meminta bekas PM Dr Mahathir Mohamad berundur. Apakah maksud desakan rakyat tempoh hari. Ia bukan saja setakat kerana tindakan Mahathir memecat Anwar tetapi sudah timbul berbibit atau bunga-bunga diktator yang diamalkan oleh Mahathir.

Ramai orang tidak perasaan kebangkitan rakyat 12 tahun lalu sudah berjaya menjatuhkan individu diktator dicipta oleh Umno. Perletakan jawatan oleh Mahathir ialah kerana demonstrasi. Kalau beliau masih berdegil seperti Hosni Mubarak mungkin juga beliau akan membawa bantal dan selimut waktu malam. Di sini Mahathir bernasib baik dan lebih cerdik daripada Hosni Mubarak. Mahathir mengaku secara diplomasi di atas pentas di PWTC sebelum rakyat menyerang rumahnya. Beliau telah apolegetik kepada rakyat dengan tangisan dan air mata.

Rakyat negara jangan sedap duduk. Jangan ingat diktator kecil Malaysia sudah tidak ada lagi maka kekejaman dan kezaliman tidak berlaku. Beliau masih juga bersuara memberi rangsangan kepada pemerintah hari ini agar meneruskan kekejaman diamalkannya. Kepada saya kronisme adalah juga bentuk diktator.

Hanya satu saja untuk memastikan negara ini bebas dari pemerintah diktator ialah dengan membuang instrumen yang mencipta para diktator. Selagi instrumen itu tidak dibuang atau dileburkan maka orang-orang seperti Hosni Mubarak itu akan terus berkeliaran dan bergentayangan di negara ini. Mungkin ia tidak mudah dilihat kerana ia memakai topeng berbeza dengan Hosni Mubarak. [wm.kl.1:30 t/hari 12/02/11]

7 comments:

  1. salam, ayat huraian yang menarik untuk dibaca dan difahami, terutama melibatkan kepimpinan negara dan melibatkan kepimpinan politik, yang masyarkat yang ramai. terima kasih

    ReplyDelete
  2. Salam Pak MSO.

    Memang betul, Malaysia kalau diurus tadbir dengan amanah, dengan penuh integriti, saya lebih daripada yakin yang Malaysia mampu jadi lebih kaya dan maju berbanding Singapura dan Brunei.

    Dalam banyak-banyak surah dalam Al Quran, Surah Al Ikhlas darjatnya tinggi - baca tiga kali, sama pahala dengan khatam Quran. Kalau baca Surah Yasin kena baca empat kali.pada pendapat saya la, itu
    menunjukkan keikhlasan ni satu sifat yang tinggi darjat di sisi Allah.

    Pemimpin yg ikhlas memerintah kerana Allah akan beroleh rahmat dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Pemimpin yang zalim, kalau tak terhumban masa hidup, panjang lagi perjalanan lepas mati. Yang bernasib baik akan diguling, melarikan diri dan kalau sedar diri, sempat bertaubat dan memohon keampunan atas kesilapan. Yang tak bernasib baik, mungkin mati kojol secara mengejut, tak sempat taubat atau mohon maaf kepada orang2 yg dizalimi.

    Diktator yang diguling akan melahirkan pemimpin yang baru. Pemimpin yang baru kemudian bakal jadi diktator, kemudian anak muda generasi seterusnya akan menyambung perjuangan menghumban pemimpin yang zalim. Dunia ni tak ubah macam roda, balik2 benda sama jugak nanti yang berlaku

    ReplyDelete
  3. sy melayu yg xmudah lupa kepada firaun Malaya...

    ReplyDelete
  4. Assalam,
    Terima kasih dan shabas di-atas tulisan Tuan yang menyemarakkan semangat rakyat malaysia kecuali rakyat UBN untuk menentang kemungkaran dan menegakkan kebenaran serta keadilan di-negara kita di-mana majoriti rakyat tertindas sekian lama oleh pemerintahan firaun made in malaysia.Diktator dan kronisme adalah satu sistem yang sama tetapi berbeza dari segi perlaksanaanya sahaja...jadi tiada apa bezanya di-antara pemimpin UBN dan mubarak.Sumber air negara kita di-jual dengan harga yang murah kepada negara jiran sedangkan kita yang memiliki sumber itu membeli dengan harga yang lebih mahal,adakah itu tidak zalim??.Jika kita survey pemilikkan tanah di-bumi malaysia barat ini saya rasa lebih 3/4 di-miliki oleh kroni UBN...adakah itu juga tidak zalim??Kisah kezaliman pemerintahan UBN ini jika di-bukukan boleh dapat satu ribu muka surat untuk di-baca.Satu lagi kezaliman pada zaman internet ini oleh pemerintah UBN ialah melindungi penganjur sekim cepat kaya,kita maklum bahawa pelabur sekim cepat kaya ini adalah golongan orang yang teranaya,kenapa kerajaan tergamak menindas golongan ini di-atas kebodohan mereka??mengapa tindakkan tidak di-ambil semasa dana penganjur sekim tersebut masih kecil??tetapi apabila dana telah meningkat ratusan juta baru lah penganjur sekim ini di-sita dan deposit pelabur di-lesapkan oleh BNM,penganjur pula telah lesap dengan mengumpul harta dengan nilai jutaan rm hasil dari deposit pelabur.Cerita dongeng ini juga berlaku di-mesir sebagaimana yang telah di-ceritakan oleh sahabat saya di-sana.Doa orang beriman yang terinaya sangatlah mustajab dan mungkin itu lah yang berlaku di-Mesir...Wassalam

    ReplyDelete
  5. MSO,

    SEHINGGA KINI SAUDARA GAGAL MEMBUKTIKAN JAHATNYA MAHATHIR DAN BAIKNYA MAJIKAN SAUDARA.

    MANA MUNGKIN AKAN ADA KEBANGKITAN DALAM KEADAAN RAKYAT KENYANG DAN SEJAHTERA.

    DI PULAU PINANG, RAKYAT DIJIJAK DAN DIHALAU DARI KAMPUNG HALAMAN, MASIH TIADA KEBANGKITAN.

    TAMBAHAN PULA ORANG YANG MENYERU KEBANGKITAN SEPERTI SAUDARA, BERSELIMUT DALAM HAWA DINGIN BERTILAM EMPUK.

    ReplyDelete
  6. Assalamu alaikum tuan. 12 Februari, 1949 adalah hari syahidnya pengasas Ikhwanul Muslimin iaitu Imam Hassan Al-Banna. 12 Februari, 2011 rakyat Mesir mampu menumbangkan pemerintah Mesir yang zalim.

    62 tahun syhidnya Imam Hassan Al-Banna baru ini berlaku. Begitulah panjangnya sebuah perjuangan yang memerlukan kesabaran dan istiqamah.

    Persoalannya apakah para pejuang Islam di malaysia telah ada ciri-iciri seperti para mujahid di Mesir itu?

    ReplyDelete
  7. Jangan lupa apa yang berlaku di Afganistan dan Iraq
    Rakyat disana bergembira apabila Taliban dijatuhkan dengan bantuan Amerika begitu juga apabila Saddam juga dijatuhkan dengan bantuan Amerika.

    Tapi keadaan disana makin bertambah teruk.
    Harap harap mesir tidak jadi begitu..tapi benarkah hosni dijatuhkan tanpa ada tangan amerika yang membantu..

    ReplyDelete