Mahathir Diktator Demokrasi
SEPANJANG pembacaan saya mengenai Dr Mahathir Mohamad hanya dua perkara saja yang beliau mengaku (bersalah), pertama gagal membangunkan Kampung Baru, Kuala Lumpur dan kedua gagal mengubah sikap orang Melayu.
Selain daripada itu Mahathir berjaya melaluinya. Orang yang memandang Mahathir dengan mata sebiji akan berpuas hati dengan Mahathir dan akan mengagungkan bekas PM keturunan asal Krala, India itu setinggi bangunan KLCC.
Orang tidak tahu Mahathir menipu dalam politik, memperdayakan banyak orang untuk menjadi kerbau dan lembu pawah kepadanya. Selama 22 tahun jadi PM, dalam tempoh selama itu Mahathir melakukan apa saja yang dia suka. Mahathir adalah si diktator demokrasi di Malaysia.
Dengan kuasa yang mengakar tunjang beliau melakukan apa saja. Dengan politik perangkap dan memerangkap dan mencagarkan projek (wang) beliau utuh mempergunakan penyokongnya untuk menjadi hantu dan syaitan.
Orang yang memuja Mahathir hari ini adalah orang yang menerima jasa dan kebendaan rasuah dari Mahathir. Sokongan dan pemujaaan itu diteruskan oleh anak cicit penerima rasuah Mahathir hingga ke hari ini.
Saya atau sesiapa tidak menerima rasuah Mahathir akan membenci Mahathir dari sudut-sudut yang boleh dibencikan. Misalnya mengenai usaha dan pengorbanan Mahathir untuk agama, untuk menyatukan Melayu atau membantu orang miskin. Di zaman Mahathir negara kaya, tetapi rakyat miskin. Inilah yang hendak diatasi oleh Najib apabila PM itu mengumumkan berbagai projek rakyat yang belum pasti akan dicapai dalam masa terdekat.
Hari ini Mahathir terloncat-loncat dan sempuk dada bercakap mengenai kuasa Melayu akan hilang, apakah dia tahu semasa dia jadi PM apa yang dilakukan untuk mengukuhkan perpaduan Melayu. Ramai orang tidak tahu punca kenapa Pas ditendang dari BN ialah atas cadangan dan desakan Mahathir! (Saya akan cerita kemudian versi Mahathir cadang agar Pas dipecat dari BN ini. Selama ini orang ingat Hussein Onn yang bersalah).
Kerana kehebatan - lama berkuasa dengan menggunakan tipu daya yang licit, orang percaya Mahathir jujur dan ikhlas. Mahathir tidak berbohong dan tidak menipu. Memang orang Melayu akan mempercayai kepada orang kaya dan berkuasa daripada orang miskin yang jujur dan papa. Mahathir memahami psikologi ini terus meliwat bangsa Melayu.
Tetapi hakikatnya adakah Mahathir begitu, ikhlas, jujur dan baik? Kerana beliau sudah tua bukan alasan untuk tidak menghina Mahathir. Selagi dia bercakap maka kita akan bercakap mengenai dirinya. Walaupun Mahathir sudah tidur di liang lahad kejahatan dan kebejatannya akan dituturkan kalau tidak kuat pun perlahan oleh generasi akan datang atau jiran di sebelah rumahnya.
Dalam memoirnya beliau turut menceritakan perihal Tengku Razaleigh Hamzah. Katanya anak raja itu tidak dapat jadi PM kerana tidak sabar. Kata Mahathir kalau Tengku Razaleigh sabar, sudah pasti dia akan ganti Musa menjadi TPM, bila Musa berhenti?
Betul ke begitu dan ikhlaskah Dr Mahathir ke atas Tengku Razaleigh? Saya tidak percaya samalah dengan beliau tidak percayanya beliau kepada Tengku Razaleigh. Kalau Mahathir ikhlas terhadap Razaleigh dia boleh membantu dan menebusnya. Saya berani berkata begitu kerana saya pernah tanya Mahathir secara mendada. Bersambung... [wm.kl.11:09 am 10/03/11]
Tuan,
ReplyDeleteSelepas Presiden Tunisia, Mesir, Libya lari/tergugat barulah tahu mereka berharta berpuluh Bilion dan bertan emas. Bgaimana Dr M ni , 20 tahun memerintah semi-auto-demokratik. Tak mengimpun ke..?? Cuba siasat..
Agak sudah tiba masanya untuk rakyat mulai berbicara tentang Mahathir Iskandar Kutty dan memior tentang diri beliau.
ReplyDeleteElok lah juga kita berbicara tentang diri beliau diketika beliau masih hidup.
Dengan demikian dapat juga beliau membaca dan menjawab kembali jika terdapat sebarang kesalahan.
Inikan adil untuk semua pihak.
Interesting. Saya akan tunggu sambungan nya....
ReplyDeleteAssalam Tuan,
ReplyDeleteYang tua di-hormati dan yang muda di-sayangi..hormat saya pada pariah tua ini hanya-lah kerana dia sebaya bapa saya,,kalau sebagai pemimpin negara tidak sekali-kali akan saya hormat kerana dialah orang yang di-kenal pasti oleh orang yang bukan dari mahzab umno sebagai pengkhianat bangsa melayu dan islam yang sebenar benarnya.Untuk di-hormati apakah jasa besar yang di-lakukan oleh beliau terhadap islam dan bangsa melayu??islam di-persendakan dan di-hina oleh beliau sedangkan islam itulah ugama rasmi orang melayu.
Dengan bayar RM100, buku Mahathir ini sebenarnya tidak bawa sebarang makna kepada pembaca. Dia hanya tahu menyalahkan Ku Li, Anwar dan orang-orang yang dia tidak suka, tetapi tak berusaha mendedahkan kelemahannya sendiri.
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteteman memang dah lama tak caya kat orang tua ni... merapu je. Lepas pencen ni, teman orang tua ni dah masuk line nyanyuk... orang nyanyuk biasalah ... orang lain tak pernah betul dia je betul.Nak menipu pun patut-pautlah, jangan sampai membodohkan orang lain. Patut dia duduk diam-diam je, main dgn anak cucu. Teman tunggu lagi sambungan seterusnya dari tuan MSO... pasti menarik...
saya akan ceritakan kepada anak cucu saya akan sejarah yg penuh kotor dan jijik di era demokrasi mahathir..
ReplyDeleteSeluruh rakyat malaysia mesti ceritakan kejahatan manusia yang bernama mahathir ini kepada anak cucu cicit mereka.ini manusia bangsat yang memulakan era kezaliman keatas rakyat malaysia dari parti umno dan tradisi ini di teruskan oleh pengganti beliau hingga kini....
ReplyDelete