Friday, March 18, 2011

Sementara Budu Dituang

Mahathir Diktator Demokrasi III

"MACAM mana Mahathir boleh terlibat dengan pemecatan Pas dari BN Tengku?" Tanya saya kepada Tengku Razaleigh. Tengku Razaleigh seorang yang kuat berpegang kepada amanah. Dia tidak akan mudah memecahkan apa-apa rahsia khususnya rahsia parti dan kerajaan yang dia tahu. Beliau juga seorang yang kuat berpegang kepada undang-undang.

Sebab itu kalau kita tengok kenyataan atau kritikan beliau kepada mana-mana pihak penuh berwaspada dan berlapik. Beliau seorang yang sangat menghormati undang-undang. Dalam masa sama seorang yang naif. Sudah tiga kali beliau ditipu hidup-hidup oleh Mahathir Mohamad.

Satu kelebihan Tengku Razaleigh dia tidak akan mencampur adukkan politik dengan persahabatan. Walaupun Mahathir mengkhiantinya, tetapi persahabatan dengan Mahathir diteruskan juga. Tengku Razaleigh seorang politician yang profesional.

"Amba bersain (berkawan) dengan dia Sayuti. Sebagai sain amba akan hormati dia. Walaupun dia buat jahat ke ambo, tidak ada masalah, sebab itu soal politik. Tetapi ambo tidak akan membalas kejahatannya," begitulah kata Tengku Razaleigh.

Sebab itu apabila Mahathir menuduh bukan-bukan kepada beliau termasuk menggunakan wang RM20 juta untuk menewasnya dalam perlawanan merebut jawatan presiden Umno tahun 1987, memoir Mahathir itu boleh diragui akan kejujurannya. Di manakah Mahathir mendapat maklumat itu. Apakah daripada Ibrahim Ali?

Mulanya Tengku Razaleigh keberatan untuk mendedahkan rahsia bagaimana Dr Mahathir khianat kepada Pas. Tetapi setelah diasak dan berjanji tidak akan menulisnya dimana-mana (ketika itu), akhirnya beliau menceritakan kronologinya.

Menurut Tengku Razaleigh punca kenapa Pas ditendang dari BN ianya bermula dengan satu peristiwa di Johor, di tanah rancangan Felda. Ketika itu Datuk Mohd Asri Muda menjadi Menteri Kemajuan Tanah Dan Wilayah. Jadi semua tanah rancangan dan juga hal pembangunan tanah berada di bawah portfolionya.

Sesuai dengan kedudukan itu Asri cuba membuat reformasi ke atas tanah rancangan termasuk Felda. Salah satu refomasi itu ialah dengan mengaktifkan Pas di tanah-tanah rancangan yang selama ini merupakan kubu kuat Umno. Di sinilah kebijaksanaan politik Asri. Bagaiman pun usaha Asri itu mendapat tentangan dari Umno. Kononnya semasa bersetuju untuk bergabung dengan Umno dulu, syarat lisan dibuat, bahawa Pas tidak dibenarkan menubuhkan cawangan di mana-mana tanah rancangan.Check Spelling
Larang itu tidak dipatuhi. Maka wujudlah beberapa cawangan Pas. Keadaan ini tidak menyenangkan dan cukup membimbangkan sesetengah pemimpin Umno. Apa lagi cawangan Pas yang mulai ditubuh itu mendapat sambutan dari kalangan peneroka Felda. Mungkin ini kerana mereka dapat melihat perbezaan pendekatan dan juga pengisian aktiviti antara Pas dengan Umno.

Seperti mana cerita Tengku Razaleigh berlaku satu peristiwa di salah sebuah Felda di Johor. Ketika itu Pas mengadakan majlisnya di situ. Kebetulan pula Umno juga mengadakan majlis di tempat yang sama di mana jaraknya tidak berapa jauh.

Kerana jalanya tidak banyak, para pemimpin Umno yang hendak ke majlis mereka terpaksa melalui melewati majlis Pas. Sewaktu pemimpin Umno melintas majlis Pas inilah berlaku sorakan oleh orang Pas.

Menurut Tengku Razaleigh sorakan telah disalah sanggap oleh Umno sebagai memperli pemimpin mereka. Walhal apa yang berlaku penyokong Pas menyorak kerana bersemangat apabila majlis mereka lebih ramai dari majlis Umno. Dan sorakan itu juga bukan sesuatu yang serius pun, kata Tengku Razaleigh.

Bermula periswai itulah timbul salah anggap. Umno memandang serius. Kata Tengku Razaleig ia tidak berakhir disitu saja, tetapi kejadian itu dilaporkan kepada pihak atasan Umno di Johor. Kemudian ia terbawa pula ke peringkat pemimpin tertinggi di Kuala Lumpur.

Cerita Tengku Razaleigh lagi, akhirnya peristiwa itu sampai kepda Mahathir. Di sinilah Mahathir megambil peluang untuk menyocokkan jarum jahatnya. Dalam satu mesyuarat dengan Pemuda Umno di Kuala Lumpru, kata Tengku Razalegh Mahathir, Mahathir telah mencadangkan agar Umno mengambil tindakan kepada Pas. Beliau cadangkan agar perkara itu disampaikan kepada Hussein Onn.

Bila mesyuarat MT diadakan dan Mahathir ketika itu sebagai salah seorang naib Presiden Umno telah mendesak Hussein Onn supaya mengambil tindakan ke atas Pas. Alasan Mahathir kalau Hussein tidak mengambil tindakan kedudukan Umno akan terancam. Di sinilah puncanya.

Jadi kata Tengku Razaeigh atas cadangan Mahathir itulah akhirnya Hussein mengambil tindakan tanpa terlebih dahulu memberi warning kepada Pas. Apabila mendapat mandat dari Hussein Onn itu maka Mahathir terus menjalankan jarumnya dengan mencipta berbagai isu untuk menimbulkan kebencian Umno kepada Pas. Kemucak kepada rancangan jahat Umno- Mahathir itu kata Tengku Razaleigh, ialah dengan menghuruharakan Kelantan kemudian melatkkan Kelantan dibawah pemerintahan darurat.

Manakala sejarah bagamana berlaku ke atas kerajaan Kelantan gara-gara projek tunjuk perasaan itu sudah terbungkus dalam sejarah. Kerana itu kerajaan Kelantan yang berusia 18 tahun jatuh terguling.

Kesimpulannya orang bertanggungjawab mencampak Pas keluar atau yang memutuskan silaturahim antara Umno dengan Pas ialah Mahathir bukannya Hussein Onn.

Melihat kepada ketegangan orang Melayu hari ini seperti mana dianggapkan Umno, yang menuduh Pas sebagai punca pecah belah, ianya adalah disebabkan orang Umno sendiri bukannya Pas. Lebih merujakan lagi orang itu ialah bekas presidennya, Mahathir Mohamad. Adalah adil mungkin kalau Nik Aziz tindak hingin untuk berkawan dengan Umno kecuali parti itu menukar dasarnya. [wm.kl 8:45 pm 18/03/11]

4 comments:

  1. Salam Pak MSO,

    Macam kisah Kitul pun ade juga sikit2. Tapi rasanya kalau pun Mahathir yg cucuk jarum, Allahyarham TUn Hussein pun sepatutnya selidik la dulu betul2.

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan MSO,

    Sejak pelancaran Buku memorinya, beberapa pehak telah mempertikai fakta-fakta tertentu dalam buku itu seperti mana respon daripada tengku Razaleigh dan juga oleh wartawan NST Singapura.

    Ternyata Mhathir, seperti biasa enggan mengakui kesalahan fakta yang dibangkitkan.

    Tuan MSO juga ada mencatatkan dakwaan Mahathir bahawa Tengku Razaleigh membelanjakan sebanyak 20 juta untuk perbelanjaan pertandingan jawatan presiden Umno.

    Sekali lagi memori Mahathir terbukti tidak tepat. Jumlah itu jauh lebih besar dari 20 juta ringgit sepertimana dilapurkan oleh akhbar Berita Harian terbitan
    9 November 1991:

    9/11/1991 Bekas menteri cuba sogok Kerajaan Selangor (230 wds)
    PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mendedahkan perbuatan seorang bekas Menteri Kewangan yang cuba menyogok Kerajaan Negeri Selangor dengan wang $3 ribu juta dan lesen bank. Dewan perniagaan di setiap negeri pula diberikan lesen syarikat kewangan manakala on-the-spot grant yang dikhaskan untuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, juga digunakan oleh bekas menteri itu.


    Itulah jumlah yang dilapurkan oleh akhbar tersebut.

    Siapakah yang berbohong? Adakah Berita harian atau Mahathir?

    Bila dilihat kepada soalan wartawan yang menyatakan Mahathir bukan jumpa Presiden Singapura yang juga bekas gurunya sebaliknya Presiden Singapura yang lain dengan mengemukakan bukti rekod lapuran akhbar NST Singapura, Mahathir seperti biasa menolak fakta daripada akhbar itu.

    Jika Tuan MSO "hingin" menguji memori Mahathir sekali lagi, cubalah gunakan fakta daripada Berita Harian yang saya pastekan diatas, bagi kita lihat apa pula yang keluar dari mulutnya.

    ReplyDelete
  3. Tuan MSO,

    Saya menyarankan supaya tuan mengarang buku keburukan perangai pemimpin seperti Mahathir ini. Ia berdasarkan cerita-cerita orang yang seangkatan dengannya.

    Selama ini kita hanya tahu orang memuja Mahathir sampaikan menubuhkan 'Pengajian pemikiran Mahatir.

    Saya naik muntah mendengarnya.

    ReplyDelete
  4. Anwar pun kerana dendam kesumat Mahathirlah .

    ReplyDelete